Memaparkan catatan dengan label jerebu. Papar semua catatan
ADUN MAHARANI EDAR ' MASK ' DI BANDAR MUAR
Posted in: jerebuBeberapa hari yang lalu,Indeks pencemaran udara (IPU) bagi Muar, Johor dilaporkan pada keadaan amat berbahaya manakala bagi kebanyakan tempat pula ia diletakkan dalam keadaan tidak sihat.
Menurut laman sesawang, Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar - www.doe.gov.my - bacaan melebih paras 100 dikategorikan sebagai tidak sihat dan bacaan melebihi 300 pula dikatakan amat bahaya. Kategori sihat adalah ukuran IPU daripada 0 hingga 50 manakala 51 hingga 100 sebagai sederhana.Sekolah-sekolah di Muar ditutup pada hari Khamis 21 Oktober 2010.YB. Dr. Hj. Mohammad Taslim,ADUN Maharani, mengambil inisiatif mengedarkan topeng hidung dan mulut percuma kepada orang ramai di Perhentian Bas Muar dan di Pejabat Pos Muar pada pagi Jumaat 22 Oktober 2010. Beliau diiringi oleh Ust. Hj. Abu Bakar Lajat (YDP PAS Muar) dan AJK DUN Maharani dan PAS Kawasn Muar.Sdr Ahmad Jimin turut bersama mewakili YB Dr Sheikh Ibrahim (ADUN Sg Abong). Terima kasih YB Dr Sheikh di atas sumbangan YB dan wartawan The Star dan Sinar Harian yang membuat liputan.
Pada hari sebelumnya YB Dr Mohammmad bersama dengan YB Gwee (ADUN Bentayan) telah mengedarkan topeng percuma kepada orang ramai dan pesakit di Klinik Kesihatan Maharani di hadapan Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar.
Sila ambil,percuma...
Satu untuk Pak Cik !
'Ha..begini cara memakainya,' terang YB Dr Mohammad.
Us Abu Bakar dan Tn Hj Abd Rahman turut mengiringi.
Tuan punya restoran pun perihatin dengan kesihatan mereka.
YB Dr Mohammad memasangkan topeng dengan
diperhatikan oleh Sdr Abd Razak dan Us Abu Bakar.
Penumpang bas juga diberi 'face mask'
Satu untuk adik,jangan tak pakai.Jaga kesihatan.
Pemandu bas prihatin,moga selamat dalam perjalanan.
Nak ke mana Sdr Rozi ni? Oh mengedarkan topeng dalam bas...
Special...topeng untuk Sdr Ahmad,PA YB Dr Sheikh
Konvoi Posmen dari Pejabat Pos Muar keluar bertugas.
'Ini cara nak pakai topeng,' terang Tn Hj A Rahman Lajim
Terima kasih Tuan Posmen.Selamat bertugas,kesihatan kena jaga !
Rakan kita ini penyokong tegar Pakatan Rakyat !
Berita di atas dilaporkan dalam Sinar Harian pada hari Sabtu 23 Oktober 2010.
JEREBU DI MUAR : ADUN MAHARANI/BENTAYAN TURUN PADANG
Posted in: jerebu
Muar dikejutkan dengan masalah JEREBU sejak beberapa hari ini.Dengan bacaan IPU (Indeks Pencemaran Udara) pada hari Rabu 20 Oktober 2010 di paras 432 sekolah di daerah Muar telah diarahkan tutup.
YB Dr Mohammad Taslim (ADUN Maharani) dan YB Gwee Tong Hiang (ADUN Bentayan) telah melapangkan masa memberi topeng mulut dan hidung percuma kepada pesakit-pesakitdan orang ramai di Klinik Kesihatan Maharani (dahulunya Klinik Komuniti Bandar Maharani ) pada hari Khamis 21 Oktober 2010.
Dengan diiringi pembantu-pembantu dan pemberita akhbar Nanyang Siang Pau dan China Press,lebih 100 orang pesakit yang berada di Klinik telah mendapat manafaat.Inilah simbul kerjasama ADUN Pakatan Rakyat membuat kerja-kerja kebajikan.Program ini mendapat kerjasama yang baik daripada YB Dr Sheikh Ibrahim Salleh , ADUN Sg Abong.
Keesokan harinya program memberi topeng percuma akan diteruskan di bandar Muar di sekitar perhentian bas dan warong-warong.
GAMBAR-GAMBAR ehsan daripada YB Gwee Tong Hiang
http://gweetonghiang.blogspot.com/2010_10_01_archive.html
Berita di atas tersiar dalam akhbar Nanyang Siang Pau, China Press, Oriental daily dan Sin Chew Daily pada hari Jumaat 20-10-2010.
Read More

YB Gwee sedang memakaikan topeng kepada seorang pesakit.
YB Dr Mohammad bersedia dengan topeng untuk diberi percuma kepada orang ramai.
YB Dr Mohammad bersedia dengan topeng untuk diberi percuma kepada orang ramai.
Ha...inilah cara memakai topeng hidung dan mulut.
GAMBAR-GAMBAR ehsan daripada YB Gwee Tong Hiang
http://gweetonghiang.blogspot.com/2010_10_01_archive.html
Berita di atas tersiar dalam akhbar Nanyang Siang Pau, China Press, Oriental daily dan Sin Chew Daily pada hari Jumaat 20-10-2010.
MUAR DILANDA JEREBU
Posted in: jerebuKualiti udara di Muar bahaya, Melaka tak sihat | |||||||||||
|
Pada jam 11 pagi tadi, bacaan di Muar adalah pada 432 sementara bacaan yang diukur di Bukit Rambai, Melaka pada 95 dan bandaraya Melaka pada 111.
Menurut laman sesawang, Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar - www.doe.gov.my - bacaan melebih paras 100 dikategorikan sebagai tidak sihat dan bacaan melebihi 300 pula dikatakan amat bahaya.
Kategori sihat adalah ukuran IPU daripada 0 hingga 50 manakala 51 hingga 100 sebagai sederhana.
Kualiti udara yang merosot juga dilaporkan di beberapa tempat seperti di utara Jojor, Negeri Sembilan dan Selangor sejak beberapa hari kebelakangan ini.
Kualiti udara yang merosot juga dilaporkan di beberapa tempat seperti di utara Jojor, Negeri Sembilan dan Selangor sejak beberapa hari kebelakangan ini.
Ia berikutan peningkatan bilangan titik panas di Sumatera kepada 244 sejak empat hari lalun, berbanding 80 yang dikesan pada 16 Oktober.
"Imej satelit NOAA-18 pada 17 Oktober 2010 juga menunjukkan terdapat pergerakan asap jerebu dari kawasan-kawasan kebakaran di Wilayah Riau, Wilayah Sumatera Selatan dan Wilayah Jambi, Sumatera, Indonesia ke Pantai Barat Semenanjung Malaysia," kata jabatan itu.

Gambar-gambar jerebu di Muar pada 19 Oktober 2010
Bangunan TNB Muar nampak kelam.
Pemandangan dari Sek Keb Pt Kadi Jalan Temenggung Ahmad Muar
Bangunan Baru Mahkamah Muar dalam jerebu.
Jalan Temenggong Ahmad berhampiran Pam Minyak ESSO
di hadapan Taman Bunga Raya - kelam.
Adun Anda
Y.B. DR. MOHAMMAD BIN TASLIM
ADUN MAHARANI ( PAS )