Memaparkan catatan dengan label hari ibu. Papar semua catatan

'SELAMAT HARI IBU' DARIPADA ADUN MAHARANI DAN AHLI PARLIMEN BAKRI


HARI IBU BERSAMA ADUN MAHARANI DAN AHLI PARLIMEN BAKRI DI PASAR TANI STADIUM SULTAN IBRAHIM MUAR

Pagi ini, Ahad 8 Mei 2011, seawal 8.00 pagi  YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani, dan YB Er Teck Hwa, Ahli Parlimen Bakri serta rombonganya telah berkunjung ke Pasar Tani di Stadium Sultan Ibrahim, Muar untuk mengucapkan 'Selamat Hari Ibu' kepada ibu-ibu yang membeli-belah di situ sambil mengingatkan para bapa supaya tidak lupa mengucapkan selamat hari ibu kepada  isteri dan emak mereka.Turut bersama Sdr Ahmad Anwar Asyraf b Ismail,aktivis Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).


Dengan menghadiahkan sekeping kad ucapan sebagai tanda ingatan diharapkan usaha kecil ini dapat mengeratkan hubungan keluarga sempena Hari Ibu ini. Di samping itu inilah peluang kedua-dua wakil rakyat ini mendekati rakyat dan memahami hati budi mereka serta memahami permasalahan yang dihadapi oleh rakyat. Kehadiran kedua wakil rakyat  bersama rombongannya mendapat sambutan yang sangat baik daripada pengunjung pasar tani dan peniaga -peniaga.




 YB Dr Mohammad  dan YB Er Teck Hwa bersama ibu-ibu di Pasar Tani.


  
 YB Dr Mohammad dan YB Er bermesra dengan seorang bapa,
Encik Tupin Ngadian. seorang pemimpin masyarakat dari Sri Jong.


Hari Ibu juga untuk para bapa mengiktiraf peranan ibu. Bapa berbincang tentang ibu ?


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjsiXLfZTPZGTHp3n1s9gSvuCRA6YK-fkSv98a-Q3M8RVoMxq9GRnKDUGvcNeXeyvT6gSmUbaj-5LXTF7eFLrONBibaQgIdav3LO1-fKBOA_yr3GMvzDdurWGRzGgIKlyvvSIbjVgga4a0/s1600/IMG_1140.JPG 

Mesti ada sesuatu yang penting yang dibincangkan oleh kedua YB ni ?


 Tugasan Hari Ibu selesai......YB Er belanja makan satey dan mee rebus
di kedai di simpang Jalan Stadium.
Sila datang ke Muar untuk menikmati satey dan mee rebus di pagi hari,
hanya di Muar...........
Terima kasih YB Er yang menyediakan kad Hari Ibu dan gambar-gambar di atas.




Read More

SELAMAT HARI IBU


AHAD 9 MEI 2010
SELAMAT HARI IBU KEPADA SEMUA IBU DAN ISTERI
Terima kasih.
Tiada kata yang dapat diungkap.Allah maha mengetahui.

 Hajjah Rubiah Bt Raffee

daripada kami:

YB Dr Mohammad dan Puan Hjh Rubiah

Anak-anak tersayang.Dari kiri Mohammad azhar,Siti Zahirah
dan Mohammad Syakirin 

Kenangan di Hari Raya

Anak sulung,Siti Zahirah bersama ibu
 
 
Siti Zahirah at her College's advertisement 

 
 Siti Zahirah n friend at IACT's brochure

Mohammad Azhar mohon keampunan ibu

Si Bongsu,Mohammad Syakirin

 Mohammad Syakirin (kanan) bersama rakan-rakan di Mansoura University,Egypt

 
 Banyaknya KFC Arab.......makan sorang je ke Syak? Oh..ini untuk ibuku...
 
 
Syak (3rd from right) n friends @ Mansoura University,Egypt.
Make sure all of you come back as doctors,dentists or pharmacists!

 













Read More