Memaparkan catatan dengan label derma darah. Papar semua catatan

SEKITAR KEMPEN DERMA DARAH HPSF MUAR -AMAL MALAYSIA DI DUN MAHARANI


Program Kempen Derma Darah DUN Maharani  Kali Kedua telah diadakan pada hari Ahad 21 Mac 2010 mulai jam 11.00 pagi hingga jam 3.00 petang di pekarang Wetex Parade,Jalan Ali,Muar.

Kempen ini diadakan oleh Amal Malaysia bersama Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar.YB Dr Mohammad Taslim sebagai Penasihat Amal Malaysia Muar telah menerajui program ini dengan bantuan AJK DUN Maharani dan Unit Amal Kawasan Muar.

Sambutan daripada penderma sangat memuaskan.Sebanyak 40 unit darah dapat dikumpulkan dan 15 orang penderma terpaksa ditolak atas beberapa sebab.Petugas-Petugas daripada HPSF Muar,termasuk doktor,jururawat dan kakitangan Unit Tabung Darah telah berkorban masa dan tenaga untuk berbakti kepada masyarakat.Tahniah kepada semua.

Terima kasih YB Gwee Tong Hiang,ADUN Bentayan dan AJKnya yang turut memberi sokongan dan menghadiri program ini.Terima kasih juga kepada pihak pengurusan Wetex Parade dan MPM yang memberi ruang untuk kami menjayakan Program kempen Derma Darah ini.

Kempen Derma Darah bermula

 
 YB Dr Mohammad bersama isteri,Puan Rubiah,Sdr A Bakar Ismail,
AJK DUN Maharani dan petugas-petugas  dari HPSF Muar

YB Dr Mohammad dan isteri,Puan Rubiah bermesra dengan Doktor Nani
yang mengorbankan masa untuk bersama menabur bakti.Terima kasih Dr!
YB Dr Mohammad diberi penerangan oleh Pegawai Tabung Darah HPSF Muar

 Tahniah Sdr Farid,Ketua Unit Amal Muar!

Sokongan moral daripada YB Gwee,ADUN Bentayan

Cabaran kepada pemuda ! Muslimat dan wanita sanggup menderma darah 
dan ini BUKAN pertama kali mereka menderma! Syabas...







Read More

KEMPEN DERMA DARAH HPSF MUAR -AMAL MALAYSIA DI DUN MAHARANI







----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Ahad, 21 March 2010  KEMPEN DERMA DARAH DI DUN MAHARANI

文打烟区州议员魏宗贤在21-03-2010
出席四项由民联朋党举办的活动

Aktiviti 1:
ADUN Kawasan Bentayan, YB Gwee Tong Hiang telah menghadiri Program Kempen Derma Darah Anjuran Yayasan Amal Malaysia di Perkarangan Wetex Parade, Muar pada jam 11.00 pagi, 21-March-2010.
活动一 : 21-03-2010, 早上11.00 文打烟区州议员魏宗贤出席马来西亚慈善协会在麻坡威德广场举办的捐血运动
Bersama-sama dalam majlis tersebut termasuklah dari kiri, Setiausaha Publisiti DAP Parlimen Bakri, Sdr Stephen Lim Yong Hwa dan Naib Pengerusi, Sdr Lim Kem Wat. Dari kanan ialah Penuang Yayasan Amal Malaysia, YB Dr Mohammad Taslim (ADUN Maharani).
随行者包括国会选区宣传秘书林荣华同志与副主席林生发同志。 右为马哈拉尼州议员莫哈末达斯林

Bersama-sama dengan salah seorang penderma darah. 州议员与其中一位捐血者合照留念

Source: gweetonghiang.blogspot.com








Read More