Memaparkan catatan dengan label bersih. Papar semua catatan
BERSIH...BERSIH...BERSIH....PERUTUSAN TG NIK ABDUL AZIZ DARI MEKAH
Posted in: bersih
PERUTUSAN TG NIK AZIZ DARI TANAH SUCI.
Saat ini saya sedang berada di Masjidil Haram, Makkah al-Mukarramah menunggu waktu solat Zohor dan menghadap wajah saya ke Kaabah. Insya Allah selepas Asar, saya akan bertawaf wida’ dan akan meninggalkan Tanah Suci. Baru sebentar tadi saya dimaklumkan tentang penahanan Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.
Saya juga dimaklumkan bahawa Timbalan Presiden PAS dan beberapa orang pimpinan tertinggi PAS dan Pakatan Rakyat adalah antara beratus-ratus orang yang telah ditangkap oleh polis kerana menyertai Bersih 2.0 pada hari ini.
Hati saya cukup remuk mendengar nasib yang sedang dihadapi oleh sahabat-sahabat pimpinan pada saat ini. Saya menuntut agar dibebaskan segera pimpinan-pimpinan yang ditangkap oleh polis. Jangan menyangka gari dan peluru boleh menakutkan semua orang.
Saya tegas untuk menyatakan bahawa tindakan yang dilakukan ini hanya akan menambahkan kebencian rakyat terhadap Umno. Sekalipun yang bertindak ialah polis, tetapi semua pihak mengetahui bahawa alat kawalan jauhnya dipegang oleh Perdana Menteri yang mengetuai kerajaan yang juga merupakan Presiden Umno. Padahal, apa masalahnya dengan berhimpun?
Bukankah Presiden Umno baru saja mengumpulkan sejuta belia beberapa minggu yang lalu tanpa ada sedikitpun halangan? Sejuta belia yang dikhabarkan hadir dengan penuh layanan mesra oleh pihak berkuasa tiba-tiba hari ini hanya untuk mengumpulkan 300 ribu orang dibalas dengan gari dan semburan gas? Bukankah orang yang sama juga pernah menjanjikan bahawa himpunan akan dibenarkan jika dibuat di dalam stadium bahkan diberikan keizinan untuk ‘melalak sampai pagi’?
Saya yakin, apa yang berlaku pada hari ini hanya akan menaikkan kemarahan rakyat kepada Umno. Buatlah setakat mana yang boleh dibuat, sesungguhnya kezaliman yang boleh dilakukan ini hanya setakat kehidupan di dunia sahaja. Di akhirat, setiap tangan yang digari, tubuh yang disakiti dan maruah yang dicalari akan dituntut bayar di hadapan Allah SWT. Kepada mereka yang dizalimi hari ini, jangan lupa menuntut balasannya di hadapan Allah SWT nanti. Umno barangkali tidak tahu bahawa orang yang dizalimi mempunyai senjata yang ampuh iaitu doa.
Saya menyeru kepada semua umat Islam agar marilah bersama-sama berdoa di dalam sujud kita kepada Allah SWT agar dilaknat kezaliman yang dilakukan pada hari ini. Yakinlah, perjuangan menuntut keadilan ini pasti akan berjaya. Umno pasti akan jatuh tersembam juga akhirnya. Tentangan dan penindasan ini hanyalah tanda perjuangan keadilan akan berjaya. Umpama layang-layang yang tidak akan terbang melainkan dengan melawan angin, begitu juga dengan perjuangan, tidak akan berjaya melainkan dengan menghadapi tentangan!
Allahu Akbar!
NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT.
Masjidil Haram, Makkah al-Mukarramah.
Dicatat pada: 12.00 tengah hari (5.00 petang waktu tempatan).
sumber:http://www.malaysiakini.com/news/169420
Read More

Wira BERSIH dari Muar bebas ! Takbir !!!
PELANCARAN BERSIH 2.0 DI MUAR DIHALANG
Posted in: bersih, Ceramah
POLIS GAGALKAN PELANCARAN BERSIH 2.0 DI MUAR

Kain rentang ini menjadi mangsa kerana 'bersih' - alasan untuk menghalang
ceramah oleh Tn Hj Mohamad Sabu !

Biasalah, bahu jalan diletakkan cone dan tali keselamatan tetapi kali ini
plastik pembahagi jalan ini kepunyaan Majlis Perbandaran Muar (MPM) ! Apa hal MPM pun terlibat ? Oh.... nak saman peniaga. Nampaknya malam ini peniaga rugi besar....

YB Dr Mohammad Taslim menyampaikan ucapan alu-aluan selaku tuan rumah.

Pengunjung bertuah yang dapat memasuki Dewan kerana hadir lebih awal
sambil bermunajat kepada Allah.

Pelik tetapi benar. Biasanya orang ramai diarahkan supaya masuk ke dalam kawasan
tetapi mereka ini tidak dibenarkan masuk !

Selepas solat maghrib YB Dr Mohammad keluar dari Markas untuk bersama
pengunjung.Malangnya selepas itu polis tidak membenarkan beliau masuk !

Rayuan ditolak. "YB tak boleh masuk, arahan. Boleh ditangkap nanti."
Eh, mengugut nampaknya?

Akur......YB Dr Mohammad ditunjukkan jalan keluar, tak boleh masuk.
Alhamdulillah kehadiran Tuan OCPD Muar selepas itu meredakan suasana dan
YB dibenarkan masuk untuk memulakan majlis tanpa kehadiran Tn Hj Mohamad Sabu.

Markas PAS Parit Pechah bertambah selamat dengan kawalan oleh
FRU di pintu besar markas ! Tapi tiada siapa boleh masuk !

YB Dr Boo Cheng Hau, ADUN Skudai merangkap Pengerusi DAP Johor,
akhirnya dibenarkan masuk Markas selama 10 minit sahaja !
Read More
Badan Perhubungan PAS Johor dengan kerjasama Dewan Ulamak PAS Johor telah merancang untuk mengadakan Munajat Perdana dan Pelancaran BERSIH 2.0 sempena lawatan Tuan Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS Malaysia ke Muar. Program ini bermula dengan Munajat Perdana di Markas PAS Parit Pechah Muar pada jam 645 petang 1 Julai 2011. Alhamdulillah Munajat Perdana telah diketuai oleh Dato Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Dato Dr Mahfoz Mohamad. Majlis ini turut dihadiri oleh ialah Ustaz Abdullah Hussin , Ketua Dewan Ulama PAS Johor, dan YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani, serta kepimpinan PAS Kawasan Muar, Ledang , Bakri dan Pagoh.
Pada sebelah malamnya Ceramah Perdana bersama Tuan Haji Mohamad Sabu dirancang untuk melancarkan BERSIH 2.0 peringkat negeri Johor.Malangnya atas alasan program ini berkaitan dengan BERSIH maka pihak keselamatan telah diarahkan untuk menggagalkan majlis.ini.
Kain rentang ini menjadi mangsa kerana 'bersih' - alasan untuk menghalang
ceramah oleh Tn Hj Mohamad Sabu !
Pegawai ini diarah untuk menutup laluan ke dalam Markas PAS Parit Pechah
sebelum ada sebarang aktiviti di dalam Markas !
Sejarah PAS Muar - markas di sita Polis ?
Kawasan Markas bertambah selamat dengan kawalan Polis....
Belum pernah berlaku dalam sejarah PAS Muar program ceramah
diberi perhatian istimewa oleh pihak keselamatan.
Van Polis bergerak pun ada berhampiran markas !
Di sini tiada penjenayah......
Di sini tiada penjenayah......
Biasalah, bahu jalan diletakkan cone dan tali keselamatan tetapi kali ini
plastik pembahagi jalan ini kepunyaan Majlis Perbandaran Muar (MPM) ! Apa hal MPM pun terlibat ? Oh.... nak saman peniaga. Nampaknya malam ini peniaga rugi besar....
Diantara pemimpin yang berada dalam markas: Ustaz Abdullah Hussin, Dato Dr Mahfoz,
YB Dr Boo Cheng Hau dan Tn Hj Zulkifli Ahmad.
YB Dr Boo Cheng Hau dan Tn Hj Zulkifli Ahmad.
YB Dr Mohammad Taslim menyampaikan ucapan alu-aluan selaku tuan rumah.
Pengunjung bertuah yang dapat memasuki Dewan kerana hadir lebih awal
sambil bermunajat kepada Allah.
Pelik tetapi benar. Biasanya orang ramai diarahkan supaya masuk ke dalam kawasan
tetapi mereka ini tidak dibenarkan masuk !
Selepas solat maghrib YB Dr Mohammad keluar dari Markas untuk bersama
pengunjung.Malangnya selepas itu polis tidak membenarkan beliau masuk !
Rayuan ditolak. "YB tak boleh masuk, arahan. Boleh ditangkap nanti."
Eh, mengugut nampaknya?
Akur......YB Dr Mohammad ditunjukkan jalan keluar, tak boleh masuk.
Alhamdulillah kehadiran Tuan OCPD Muar selepas itu meredakan suasana dan
YB dibenarkan masuk untuk memulakan majlis tanpa kehadiran Tn Hj Mohamad Sabu.
YB Dr Mohammad memulakan ucapan alu-aluan pada jam 9.30 malam diikuti dengan penerangan daripada Ketua Pemuda PAS Negeri, Sdr Suhaizan Kayat, ucapan YB Dr Boo dan Dato Pesuruhjaya PAS Johor, Dato Dr Mahfoz Mohamad.
YB Dr Boo Cheng Hau, Pengerusi DAP Johor merangkap ADUN Skudai, hadir lewat bersama Tn Hj Zulkifli Ahmad, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, hanya dibenarkan masuk selama 10 minit untuk berucap.
Sdr Hizwan Ahmad (PKR) pula diarah balik atau ditangkap.
Majlis tammat pada jam 11.40 malam tetapi hadirin yang berada di luar markas masih tidak bergerak kerana teruja dengan kehadiran begitu ramai pegawai keselamatan.
sumber gambar: http://pulakdah.blogspot.com/2011/07/apa-lagipolis-fru-jpj-mpm-untuk-halang.html
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=215451691827179&set=a.204520802920268.48322.100000870496902&type=1&theater

LAGI GAMBAR-GAMBAR DI SEKITAR CERAMAH BERSEJARAH DI PARIT PECHAH:
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.213581815350214.48973.100000951914995Markas PAS Parit Pechah bertambah selamat dengan kawalan oleh
FRU di pintu besar markas ! Tapi tiada siapa boleh masuk !
YB Dr Boo Cheng Hau, ADUN Skudai merangkap Pengerusi DAP Johor,
akhirnya dibenarkan masuk Markas selama 10 minit sahaja !
Kenapa jalan jam? Ada sekatan jalan raya menghalang rakyat dengar ceramah !

Polis bukan lagi menjaga keselamatan rakyat tapi jaga kuasa pemimpin Umno. | foto HarakahdailySementara itu Majlis Pelancaran Himpunan Bersih 2.0 Peringkat negeri ini pada 1 Julai lalu oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, di Kompleks Tarbiah PAS Parit Pecah Muar, tidak dapat dijalankan setelah polis bertindak mengepung kompleks tersebut seawal jam 3.00 petang.
Ratusan anggota polis termasuk FRU yang dikerah untuk menggagalkan program tersebut tidak membenarkan orang ramai memasuki kompleks tersebut, anggota FRU telah ditempatkan dipintu utama kompleks ini bagi menghalang orang ramai memasuki kawasan ceramah.
======================================================================
Pemimpin Umno sanggup porak-peranda negara semata-mata mahu kekal berkuasa
Polis bukan lagi menjaga keselamatan rakyat tapi jaga kuasa pemimpin Umno. | foto Harakahdaily
Ratusan anggota polis termasuk FRU yang dikerah untuk menggagalkan program tersebut tidak membenarkan orang ramai memasuki kompleks tersebut, anggota FRU telah ditempatkan dipintu utama kompleks ini bagi menghalang orang ramai memasuki kawasan ceramah.
Bagaimana pun ceramah oleh pimpinan PAS dan DAP terus diadakan, Pengerusi DAP negeri, Dr Boo Cheng Hau, Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Dr Mahfodz Muhamad serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Maharani, Dr Mohamad Taslim, telah menyampaikan ceramah pada majlis ini.
Selain itu tindakan polis mengadakan sekatan jalan raya berhampiran kompleks ini juga menyebabkan berlaku kesesakan yang sangat teruk di kedua-dua hala, tindakan polis ini telah menimbulkan sungutan pengguna jalan raya yang terperangkap dalam kesesakan ini. -Harakahdaily
Adun Anda
Y.B. DR. MOHAMMAD BIN TASLIM
ADUN MAHARANI ( PAS )