Memaparkan catatan dengan label anugerah cemerlang. Papar semua catatan

ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR-PELAJAR PARIT AMAL JALAN JONED MUAR


MALAM PENGHORMATAN  PELAJAR-PELAJAR CEMERLANG PARIT AMAL MUAR

Untuk julung kalinya Pakatan Surau Al Ehsan Parit Amal Jalan Joned, Muar telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar-Pelajar UPSR, PMR, SPM dan yang akan melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi. Majlis ini dianjurkan oleh Pakatan Surau Al Ehsan pada hari Sabtu 21 Mei 2011 mulai jam 9.00 malam. Anugerah wang tunai disumbangkan oleh PAS Cawangan Parit Amal Jalan Joned Muar.Surau Al Ehsan ini telah dirasmikan oleh YB Dr Mohammad tidak lama dahulu.

Menurut Pengerusi Pakatan, Tuan Haji Abdul Aziz Talib, seramai 13 orang pelajar cemerlang menerima sumbangan tersebut. Salah seorang daripada mereka  akan melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Jordan denga biasiswa JPA Malaysia. Tahniah anak-anak Parit Amal !


Majlis dipengerusikan oleh adik Mohd Fahmi Abdul Aziz, salah seorang penerima anugerah.Sempena dengan majlis tersebut dua orang pelajar cemerlang telah diberi peluang memberi ucapan motivasi. Memang berbakat anak-anak ini.


YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani, telah diberi penghormatan merasmikan majlis tersebut bdan seterusnya menyampaikan hadiah.Majlis juga diserikan dengan kehadiran Ahmad Ibrahim Zakaria, Pelajar Cemerlang SPM 2010 Negeri Johor, untuk memberi ucapan motivasi.Beliau adalah anak tempatan dari Parit Raja Darat, Muar dan bekas pelajar SMKA Maahad Muar.


 YB Dr Mohammad menyampaikan cenderamata kepada Ahmad Ibrahim.
Di kiri ialah Tuan Hj Abdul Aziz, Pengerusi Pakatan Surau Al Ehsan.

  
Tuan Haji Abdul Aziz menyampaikan cenderamata kepada YB Dr Mohammad.
Di sebelah kanan ialah Sdr Abdul Razak juga diantara pelajar cemerlang Pt Amal. 

Sdr Abu Bakar Ismail menerima hadiah mewakili dua orang anaknya yang berjaya.
 

 Kegembiraan seorang bapa......

 Pelajar Cemerlang Pt Amal.Almarhum datuknya seorang pejuang Islam yang gigih.

 Tahniah anakanda. Anda hebat !

 Bakal-bakal pelajar cemerlang dari Parit Amal.
Sdr Ahmad Ibrahim, Pelajar Cemerlang SPM 2010 Negeri Johor.
Dalam ucapan motivasinya beliau menurunkan ilmu kejayaannya dengan
memetik pesanan Almarhum ayahnya, Ustaz Zakaria Noor:
Pertama jangan tinggal SOLAT,
Kedua banyak berDOA,
Ketiga panggil anak, kawan, dengan NAMA-NAMA YANG BAIK,
Keempat didik anak mengikut CONTOH RASULULLAH.

Tambahan daripada seorang lagi pelajar cemerlang:
Bersihkan hati,
Cinta Allah,
Belajar kerana Allah,
Makan makanan halal.


Jamuan lazat.......Nasi Ayam Spesial.......licin dulang.......
Read More

ADUN MAHARANI DAN SUNGAI ABONG RAI PELAJAR CEMERLANG SPM 2010



http://www.sinarharian.com.my/sh/images/logo.jpg

Pelajar cemerlang terima komputer riba


 Mohamed (dua, kanan) menyerahkan komputer riba kepada Ahmad Ibrahim
di kediamannya di Kampung Parit Raja Darat  , baru-baru ini.

 MUAR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Maharani, Dr Mohamed Taslim dan ADUN Sungai Abong, Dr Sheikh Ibrahim Salleh meraikan kejayaan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010, Ahmad Ibrahim Zakaria, baru-baru ini.


Dalam kunjungan ke rumah pelajar tersebut, Mohamed menyerahkan komputer riba kepada Ahmad Ibrahim sebagai tanda penghargaan ke atas kejayaan yang diperolehnya.


Mohamed berkata, lebih membanggakan apabila Ahmad Ibrahim bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Muar turut muncul sebagai pelajar terbaik seluruh Johor.


Menurutnya, kejayaan tersebut mengharumkan nama daerah Muar, sekolah dan juga keluarganya.


“Ahmad Ibrahim merupakan anak kepada seorang aktivis Pas yang dikenali ramai, Zakaria Nor yang kembali ke rahmatullah pada 2008 selepas Pilihan raya Umum (PRU) yang lalu.


“Zakaria pernah memegang amanah sebagai Ketua Pemuda Pas Kawasan Bakri, Ketua Urusan Ulama’ Pas Kawasan Bakri dan juga Exco Dewan Pemuda Pas Negeri Johor,” katanya kepada Sinar Harian.


Mohamed berkata, kejayaan Ahmad Ibrahim perlu menjadi teladan kepada pelajar yang lain kerana ketabahannya mengharungi hidup walaupun ketiadaan ibu dan ayah tercinta.


Selain itu, Ahmad Ibrahim juga telah hafaz 13 juzuk al-Quran dan keberkatan itu memungkinkan beliau memperoleh semua A dalam SPM 2010.


“Semoga ketabahan beliau ini menjadi pendorong dan contoh terbaik kepada adik-adik lain yang bakal mengambil SPM akan datang,” katanya.

sumber: http://www.sinarharian.com.my/sh/johor/content/story8923964.asp
            31 Mac 2011






Read More

SEPETANG BERSAMA AHMAD IBRAHIM, PENERIMA ANUGERAH CALON CEMERLANG JOHOR 2011


Nama Ahmad Ibrahim bin Zakaria, bekas pelajar Sek Men. Agama MAAHAD Muar, sedang meniti di bibir pelajar dan ibubapa sekarang. Beliau merupakan anak jati Kg Parit Raja Jalan Dato Kusai Muar, seorang yatim piatu, satu-satunya anak lelaki dalam keluarga, anak ke empat daripada lapan beradik.
Beliau telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Calon Cemerlang  Negeri Johor baru-baru ini.Beliau memperolehi 11A+ dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2010.
Ditanya tentang rahsia kejayaannya, "Hormati Ibubapa, Hormati Guru, amalkan Surah Al Insyirah  dan Tahajjud setiap malam". Itulah di antara resipi kejayaannya. Kejayaan Ahmad Ibrahim adalah kesinambungan daripada kejayaan 3 orang kakaknya yang berada di IPT (seorang pelajar Perubatan di Mesir) dan adiknya yang mendapat 9A dalam PMR 2010 baru-baru ini.. Syabas !
Alfatihah untuk kedua-dua ibubapanya  (Allahyarham Norhanan Ismail dan Ustaz Zakaria Nor) yang berjaya melahirkan insan cemerlang dunia akhirat Ahmadlah  yang mengimamkan jenazah bapanya dahulu. Sekarang Ahmad Ibrahim sedang mengikuti Diploima Tahfiz di Darul Quran. Dalam masa tiga bulan sahaja beliau sudah berjaya menghafal 13 juzuk Al Quran. Moga cita-cita beliau untuk menjadi Jurutera Nuklear yang hafiz di mudahkan Allah. Amin.

 YB Dr Mohammad dan isteri, Puan Rubiah Raffee turut meraikan kejayaan
Ahmad  Ibrahim (mendokong adik bongsu kesayangannya, bakal ahli syurga.) 

Pada petang Ahad 27 Mac 2011 yang lalu keluarga Ahmad Ibrahim telah mengadakan majlis kesyukuran di rumahnya di Kg Parit Raja, Jalan Dato Kosai Muar. Ramai pemimpin masyarakat, masyarakat tempatan, guru-guru dan teman-teman sekolah bersama meraikan beliau.Kepimpinan PAS Kawasan Muar dan Bakri tidak ketinggalan meraikan kejayaan beliau.
YB Dr Mohammad Taslim,ADUN Maharani, mewakili PAS Kawasan Muar menghadiahkan sebuah notebook dan wang tunai kepada Ahmad Ibrahim. YB Dr Sheikh Ibrahim, ADUN Sg Abong turut menyumbang wang tunai kepada Ahmad.

Pada sebelah pagi Ahmad Ibrahim telah diberi penghormatan membaca doa pembukaan Majlis Maulidur Rasul anjuran bersama Badan Kebajikan Taman Sri Temenggong Fasa 3 Muar dan PASTI Ar Rahmah Taman Sri Temenggong. 

 Ahmad diberi penghormatan memulakan Majlis Maulid dengan doa.
YB Dr Mohammad dan Sdr Uzair Ab Hamid (Pengerusi Badan Kebajikan TST 3) di belakang.

Majlis tersebut dirasmikan oleh YB Dr Mohammad Taslim selaku Penaung PASTI Ar Rahmah.Pungutan derma untuk Ahmad telah dijalankan dan sejumlah RM500.00 berjaya dikumpulkan sumbangan individu dan PASTI Ar Rahmah.

 YB Dr Sheikh Ibrahim dan YB Dr Mohammad mengucapkan tahniah 
dan syabas di atas kecemerlangan Ahmad Ibrahim .
 
 
Ahmad Ibrahim, anda adalah anak impian ibubapa dan idola pelajar !

YB Dr Sheikh Ibrahim menyampaikan sumbangan wang tunai.
Kelihatan YB Dr Mohammad  dan Tn Hj Malik Md Diah di sebelah kanan. 

Tahniah Ahmad Ibrahim !


Tn Hj Malik Md Diah, Naib YDP PAS Kawasan Muar
menyampaikan sumbangan wang tunai kepada Ahmad Ibrahim. 

 
Hadiah untuk Si Comel daripada Puan Rubiah (kiri),
Sdr Fuad di kanan.


 Ahmad bersama Sdr Fuad dan muslimat

 
Kegembiraan terpancar di wajah bapa saudara Ahmad ketika menerima kunjungan tetamu.
YB Dr Sheikh Ibrahim di sebelah kanan.

Alfatihah untuk Allahyarham Ustaz Zakaria Nor , ayahanda Ahmad Ibrahim:















Allahyarham Ustaz Zakaria Nor






Ahmad Ibrahim sentiasa amal solat Tahajud

JOHOR BAHRU - Biarpun kejayaan tidak dapat dikongsi bersama kedua ibu bapanya, pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 dengan keputusan 11 A+, Ahmad Ibrahim Zakaria, 17, yakin telah membanggakan mereka.
Anak tunggal lelaki dari lapan adik-beradik ini telah kehilangan ayahnya yang meninggal dunia dalam tidur pada 2008, manakala ibunya maut akibat kanser usus pada tahun berikutnya.
Ahmad Ibrahim adalah antara lapan pelajar yang menerima Anugerah Pelajar Cemerlang Kategori Cemerlang Tertinggi dengan keputusan 11 A+, bagi negeri Johor.
Beliau yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad, Muar, bercita-cita menjadi Perdana Menteri apabila dewasa kelak.
Menurutnya, tumpuan dalam kelas merupakan resipi utama kejayaannya hari ini.
“Saya memang fokus dalam kelas dan menggemari subjek Fizik, malah saya tidak pernah lupa berdoa untuk kesejahteraan kedua ibu bapa, selain mengamalkan bacaan surah Insyirah dan solat Tahajud.
“Biarpun kedua ibu bapa saya telah tiada, saya tahu mereka bangga dengan pencapaian saya hari ini (semalam),” katanya selepas Pengumuman Keputusan SPM 2010, di sini, semalam. 

























Read More