Memaparkan catatan dengan label air. Papar semua catatan

TARIF BARU AIR JOHOR - SUDAHKAH KAH ANDA SEMAK BIL AIR BULAN NOVEMBER ?


TARIF AIR SAJ HOLDINGS S/B DAHULU........
(Dahulu PEMBERITAHU !)

PEMBERITAHU


Kategori Pengguna
Kadar (m3)
Harga bagi
satu bulan (RM)
Bayaran Minima
Satu bulan /sebahagian
daripadanya (RM)
1. Rumahtangga
  0 - 15
16 - 30
31 -  45
46 -100
     >100
0.38
1.31
1.82
2.20
2.23
 4.00
2.Perdagangan
 0 – 20
     >20
2.22
2.96
18.48
3. Bangunan      
    Kerajaan
Purata
2.13
 9.24
4. Kapal-kapal
Purata
5.20
-
6..Ladang-ladang
Purata
1.14
-
7. Pangsapuri
   (Meter Pukal).
Purata
1.18
 4.00

TARIF AIR SAJ HOLDINGS S/B SEKARANG.........
(Sekarang KENYATAAN !)

KENYATAAN


Jenis Kegunaan (kod tarif)
Kadar tiap-tiap satu meter
Pada (sebulan) RM
Kadar Minimum (setiap bulan atau sebahagian daripadanya) RM
 Domestik (1)
0 m3  hingga 20 m3             0.60
Lebih 20 m3 hingga 35 m3  1.65
Lebih 35 m3                         2.96
            5.00
 Komersial (2)
0 m3 hingga 35 m3              2.60
Lebih  35 m3                        2.96
           25.00
 Kerajaan  (3)
Kadar rata                      2.80
           25.00
Perkapalan (4  & 5)
Kadar rata                      7.00
           30.00
Kuarters Estet – Pukal (6)
Kadar rata                      1.15
           10.00
Rumah Pangsa – Pukal (7)
Kadar rata                      1.35
           15.00

________________________________________________________________________________

INILAH KENYATAAN SAJ HOLDINGS SDN BHD BARU BARU INI
Pelarasan tarif air Johor

JOHOR BAHRU - SAJ Holdings Sdn Bhd (SAJ Holdings), operator bekalan air di negeri ini semalam mengumumkan pelarasan tarif air berkuat kuasa 1 November ini bagi seluruh Johor sebagaimana yang diluluskan Kerajaan Persekutuan baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SAJ Holdings, Abdul Wahab Abdul Hamid berkata, pelarasan itu tidak membebankan pengguna di negeri ini di mana kenaikan bil air kepada pengguna-pengguna majoriti adalah purata RM1.85 sebulan sahaja. 

Bagaimanapun ia mempunyai elemen-elemen bagi menggalakkan penjimatan penggunaan air di kalangan pengguna sambil mengekang pembaziran air yang melampau.

“Pelarasan ini juga dapat memenuhi peningkatan kos operasi bekalan air yang meningkat serta untuk membina aset baru yang akan membantu SAJ Holdings untuk menyediakan bekalan air yang berterusan dan berkualiti kepada rakyat Johor.

“Di samping itu, selepas pelarasan ini dilaksanakan, pengguna berhemah  yang menggunakan hanya 20,000 liter air sebulan akan mendapat penjimatan 25 sen sebulan daripada bil bulanan asal mereka, iaitu bayaran pada RM12.25 pada kadar tarif lama kepada RM12.00 pada kadar tarif baru ini untuk 20,000 liter. 
Bagi pengguna yang menggunakan 25,000 liter air sebulan pula, peningkatan bil bulanan adalah amat minima iaitu sebanyak RM1.45 sahaja,” katanya.

Menurut Abdul Wahab lagi, dengan pelarasan ini juga sebagai program tanggungjawab korporatnya dalam memberi rebat-rebat percuma bagi golongan miskin tegar dan miskin.

Golongan miskin tegar katanya, akan menerima rebat percuma air sebanyak 20,000 liter sebulan manakala golongan miskin diberikan rebat percuma sebanyak 10,000 liter sebulan. 
Golongan ini dikenal pasti melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) dan Jabatan Hal-Ehwal Orang Asli (JHEOA). Program ini juga adalah salah satu dari inisiatif Kerajaan Negeri Johor untuk memberi bantuan kepada golongan miskin dan miskin tegar.

“Pelarasan ini sudah melalui beberapa forum perbincangan sebelum ianya diputuskan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), dan seterusnya direstui pihak Kerajaan Negeri dan pihak Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA),” katanya.

Pelarasan tarif itu juga mewajarkan pulangan yang setimpal bagi memperbaiki perkhidmatan SAJ Holdings kepada pelanggan-pelanggannya serta untuk berdaya maju dalam jangka masa yang panjang ke arah kemampanan jangkapanjang dalam industri.

Ini bermakna instalasi bekalan air di negeri ini harus terus dibangunkan dan pembangunan itu berupaya menyediakan perkhidmatan bekalan air yang berdaya maju untuk kesejahteraan orang ramai.

sumber: http://www.sinarharian.com.my/johor/content/story8349616.asp

SILA SEMAK BIL AIR ANDA UNTUK BULAN NOVEMBER 2010 BERI ULASAN ANDA DI SINI SEBELUM TINDAKAN SELANJUTNYA DIAMBIL.

 Inilah  hasil penyerahan SAJ Holdings Sdn Bhd kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)
sekaligus menyelesaikan  masalah hutang SAJ kepada Kerajaan Persekutuan yang digerenti oleh Kerajaan Johor ! 
________________________________________________________________________________

  Tarif Air

Speak
Turutan Tarif Air Domestik Tahun 2009

Kadar Air (Domestik) 2009
Negeri / Kawasan
Tahun
Purata Tarif Air (RM/m³)
Turutan
PULAU PINANG
2001
0.31
1
TERENGGANU
1997
0.52
2
KEDAH
1993
0.53
3
KELANTAN
2001
0.55
4
SARAWAK1
1984
0.56
5
PERLIS
1996
0.57
6
PAHANG
1993
0.57
6
BINTULU
1995
0.61
7
SARAWAK2
1992
0.62
8
NEGERI SEMBILAN
2002
0.68
9
MELAKA
2005
0.72
10
PERAK
2006
0.73
11
SELANGOR
2006
0.77
12
LABUAN
1982
0.9
13
SABAH
1982
0.9
13
JOHOR
2007
0.98
14
PURATA NASIONAL
0.65

Nota :
Purata tarif air domestik bagi 35 meter padu yang pertama
Lajur “Tahun” menunjukkan tarikh terkini tarif air yang disemak mengikut negeri/ kawasan.
Sarawak1 – JKR Sarawak
Sarawak2 – Sibu, Kuching, Sri Aman, Limbang, Sarikei, Kapit
Turutan Tarif Air Industri Tahun 2010
Tarif Air (Industri) 2010
Negeri / Kawasan
Tahun
Purata Tarif Air (RM/m³)
Turutan
SABAH
1982
0.9
1
LABUAN
1982
0.9
1
PULAU PINANG
2001
0.94
2
SARAWAK2
1992
1.06
3
TERENGGANU
1997
1.12
4
SARAWAK1
1984
1.19
5
KEDAH
1993
1.2
6
BINTULU
1995
1.21
7
KELANTAN
2001
1.25
8
PERLIS
1996
1.3
9
PAHANG
1983
1.45
10
MELAKA
2005
1.47
11
NEGERI SEMBILAN
2002
1.59
12
PERAK
2006
1.6
13
SELANGOR
2006
2.27
14
JOHOR
2003
2.93
15
PURATA NASIONAL
1.32

Nota :
Purata tarif air industri bagi 500 meter padu yang pertama
Lajur “Tahun” menunjukkan tarikh terkini tarif air yang disemak mengikut negeri/kawasan.
Sarawak1 – JKR Sarawak
Sarawak2 – Sibu, Kuching, Sri Aman, Limbang,Sarikei,Kapit    
   

(Sumber: SPAN)



 Johor,kadar tarif air domestik teratas !


SILA BUAT ANALISA SENDIRI.
FAKTA TELAH DISEDIAKAN .









Read More

PELARASAN TARIF AIR JOHOR


Pelarasan tarif air Johor

JOHOR BAHRU - SAJ Holdings Sdn Bhd (SAJ Holdings), operator bekalan air di negeri ini semalam mengumumkan pelarasan tarif air berkuat kuasa 1 November ini bagi seluruh Johor sebagaimana yang diluluskan Kerajaan Persekutuan baru-baru ini.


Ketua Pegawai Eksekutif SAJ Holdings, Abdul Wahab Abdul Hamid berkata, pelarasan itu tidak membebankan pengguna di negeri ini di mana kenaikan bil air kepada pengguna-pengguna majoriti adalah purata RM1.85 sebulan sahaja. 


Bagaimanapun ia mempunyai elemen-elemen bagi menggalakkan penjimatan penggunaan air di kalangan pengguna sambil mengekang pembaziran air yang melampau.


“Pelarasan ini juga dapat memenuhi peningkatan kos operasi bekalan air yang meningkat serta untuk membina aset baru yang akan membantu SAJ Holdings untuk menyediakan bekalan air yang berterusan dan berkualiti kepada rakyat Johor.


“Di samping itu, selepas pelarasan ini dilaksanakan, pengguna berhemah  yang menggunakan hanya 20,000 liter air sebulan akan mendapat penjimatan 25 sen sebulan daripada bil bulanan asal mereka, iaitu bayaran pada RM12.25 pada kadar tarif lama kepada RM12.00 pada kadar tarif baru ini untuk 20,000 liter. 
Bagi pengguna yang menggunakan 25,000 liter air sebulan pula, peningkatan bil bulanan adalah amat minima iaitu sebanyak RM1.45 sahaja,” katanya.


Menurut Abdul Wahab lagi, dengan pelarasan ini juga sebagai program tanggungjawab korporatnya dalam memberi rebat-rebat percuma bagi golongan miskin tegar dan miskin.


Golongan miskin tegar katanya, akan menerima rebat percuma air sebanyak 20,000 liter sebulan manakala golongan miskin diberikan rebat percuma sebanyak 10,000 liter sebulan. 
Golongan ini dikenal pasti melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) dan Jabatan Hal-Ehwal Orang Asli (JHEOA). Program ini juga adalah salah satu dari inisiatif Kerajaan Negeri Johor untuk memberi bantuan kepada golongan miskin dan miskin tegar.


“Pelarasan ini sudah melalui beberapa forum perbincangan sebelum ianya diputuskan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), dan seterusnya direstui pihak Kerajaan Negeri dan pihak Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA),” katanya.


Pelarasan tarif itu juga mewajarkan pulangan yang setimpal bagi memperbaiki perkhidmatan SAJ Holdings kepada pelanggan-pelanggannya serta untuk berdaya maju dalam jangka masa yang panjang ke arah kemampanan jangkapanjang dalam industri.


Ini bermakna instalasi bekalan air di negeri ini harus terus dibangunkan dan pembangunan itu berupaya menyediakan perkhidmatan bekalan air yang berdaya maju untuk kesejahteraan orang ramai.


sumber: http://www.sinarharian.com.my/johor/content/story8349616.asp

__________________________________________________________________________________

2010-11-10


Johor to ensure revised water tariff will not burden people

The Star

JOHOR BARU: The Johor government will spend more than RM1mil yearly to subsidise the cost of water for those who use less than 35,000 litres a month, following the recently revised water tariff in the state.


“The decision to streamline the water tariff was made by the Federal Government but the state government wants to do its part in ensuring such a decision will not burden the people further,” said state Energy, Water, Communication and Environment committee chairman Tan Kok Hong.


State water management company SAJ Holdings Sdn Bhd announced recently the streamlining of water tariff from Nov 1.


Its chief executive officer, Abdul Wahab Abdul Hamid, said the new tariff would not burden consumers as the increase would only be an average of RM1.85 per month for those who used more than 35,000 litres a month.


Tan said it would cost the state government RM1mil a year to help lower the tariff from RM1.85 per 1,000 litres to RM1.65 (per 1,000 litres) for 80% of consumers who used between 21,000 litres and 35,000 litres monthly.


Tan, speaking at a press conference after launching the state-level World Water Day at Kulaijaya, near here yesterday, said the state government would also foot the bill for hardcore poor families by as much as 20,000 litres a month and for those in the lower-income group by as much as 10,000 litres monthly.


“We have not ascertained the exact number of recipients (in hardcore poor and lower-income families) as the data is still being compiled by the Welfare Department.”


Tan reminded those who used more than 35,000 litres of water monthly that they would be subject to the RM1.85 rate.


“We want to remind the people to use water wisely and avoid any wastage,” he said.


Meanwhile, the Johor Baru Chinese Chamber of Commerce said it was against the increase.


Chamber president Loh Lian Hang said: “The increase will spike our companies’ operational costs.”


“We hope the government can reconsider its decision, taking into account the industries’ needs to be competitive,” he added.



Read More

ISU SEMASA - Kenaikan Harga Air Di Kedah


     Agak menarik dalam isu kenaikan tarif air di Kedah ialah sepatutnya Kerajaan Negeri yang teruk dihentam kerana menaikkan harga air. Apa yang berlaku adalah sebaliknya, di mana pihak pembangkang (BN) pula yang terpaksa berhempas pulas mencari dalih dan helah untuk melepaskan diri dari dipersalahkan.
Setiausaha Umno Kedah, Datuk Ir Nawawi Ahmad menganggap Menteri Besar Dato’ Seri Azizan Razak macam ‘gangster’ kerana asyik mengugut untuk mendedahkan kepincangan mereka sewaktu jadi kerajaan dulu. Nawawi agak tertekan kerana dia adalah Exco yang bertanggungjawab terhadap air di masa BN. Menteri Besar mendedahkan pembinaan logi pembersihan air Lubuk Buntar yang berkapasiti 25 juta liter sepatutnya bernilai RM25 juta. Tetapi pembinaan di tangan BN menjadikan harganya RM65 juta.
    Logi pembersihan air Padang Sanai yang sepatutnya bernilai RM50 juta untuk kapasiti 50 juta liter air tetapi dengan sentuhan tangan BN, harganya melonjak menjadi RM155 juta. Ia mungkin menjawab persoalan mengapa kerajaan lalu beriya-iya menolak geran peruntukan Pusat untuk perkhidmatan air. Sebaliknya mereka menerima pinjaman yang memberi peluang menentukan siapa kontraktornya serta tidak terikat dengan harga berasaskan spesifikasi dari Kementerian Kerajaan Pusat.
     BN dipersalahkan juga berhubung perjanjian-perjanjian yang merugikan rakyat dalam pengurusan air yang dimeterai oleh kerajaan lalu. Antaranya ialah dengan syarikat Taliworks di Langkawi. Taliworks dikatakan syarikat kroni pemimpin BN dan maklumat dalaman syarikat itu mendedahkan bahawa mereka pernah menyumbang RM90 ribu untuk satu jamuan raya anjuran Ir. Nawawi. Mujur beliau belum lagi menjadi ADUN dan Exco sewaktu mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kedah bersetuju menyambung kontrak Taliworks sehingga tahun 2020.
     Dalam perkembangan terbaru, Menteri Besar menyerahkan kepada SPRM sama ada mahu menyiasat atau tidak pemimpn-pemimpin kerajaan lalu. Sebenarnya SPRM berbeza dengan polis yang membuat siasatan selepas laporan dibuat. SPRM mempunyai detektif dan boleh menyiasat tanpa laporan pun. Dan memang dalam banyak kes yang melibatkan individu dalam Pakatan Rakyat mereka menyiasat tanpa laporan dibuat oleh mana-mana pihak. Cuma persoalannya, antara mahu atau tidak.
     Kenaikan harga air sehingga 27 peratus adalah angka besar dan menakutkan. Tapi hakikatnya ia tidak sebesar mana kerana harga asal air di Kedah cukup murah pun. Syarikat Air Darul Aman (SADA) mudah saja bermain perang saraf. Mereka membandingkan harga sebelum kenaikan iaitu 8 sen bagi satu tong dram (200 liter) menjadi 10 sen bagi satu tong dram selepas kenaikan. Kenaikan untuk satu tong dram Cuma 2 sen. Poster dan risalah mengenainya diedarkan ke seluruh negeri. Sebenarnya ramai yang tidak tahu bahawa harga air di Kedah serendah itu lalu mengiyakan kenaikan tarif air.
    Ada juga yang bertanya mengapa kerajaan negeri tidak beri subsidi air? Ketua Pegawai Eksekutif SADA Dato’ Adzmi Din menjelaskan bahawa kenaikan yang sepatutnya ialah RM0.96 semeter padu, barulah kerajaan dapat menampung semua kos pengurusan air.
Dengan tarif yang baru diumumkan ini (RM0.50 semeter padu), SADA dijangka masih mengalami kerugian sebanyak RM24 juta setahun. “Maknanya kerajaan dah bagi ‘subsidi’ RM0.46,” katanya. Kenaikan tarif air di Kedah, ternyata dapat diatasi dengan mudah oleh kerajaan negeri. Maka kenaikan bukan lagi isu besar. Isu besar di sebalik kenaikan tariff air ialah penjajahan Pusat terhadap hak air negeri.
Perlembagaan Persekutuan telah dipinda pada bulan Januari 2005 di mana perkhidmatan bekalan air berkaitan dengan rawatan air dan pengagihan dipindahkan dari Senarai Negeri ke Senarai Bersama (Negeri dan Pusat).
    Penstrukturan semula industri bekalan air oleh Kerajaan Persekutuan berlaku pada tahun 2003 iaitu melibatkan penstrukturan semula indsutri Bekalan Air Negara oleh Kerajaan Persekutuan, Pindaan Perlembagaan Persekutuan (2005), Kelulusan Akta Industri Perkhidmatan Air (Akta 665) pada tahun 2006, Kelulusan Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air (Akta 654) pada tahun 2006 dan Penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) tahun 2007. Semua itu menjadi langkah-langkah penaklukan Pusat terhadak hak air negeri.
    Dengan adanya kedua-dua akta tersebut (Akta 655 dan Akta 654) yang telah diluluskan pada tahun 2006 dan telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2008, maka Enakmen Bekalan Air yang diguna pakai oleh negeri-negeri tidak lagi terpakai dan semua Jabatan Bekalan Air dan Lembaga Air Negeri diletakkan di bawah kawalan SPAN.
    Seksyen 3 Akta 655 telah memperuntukkan bahawa Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa eksekutif berkenaan sistem bekalan air dan perkhidmatan bekalan air di seluruh Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan.
    Enakmen Bekalan Air (Syarikat Pengganti) 2008 telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kedah pada 18 November 2007 dan diwartakan pada 27 Mac 2008 di mana Enakmen ini membolehkan Kerajaan Negeri berkenaan dengan perkhidmatan bekalan air kepada satu syarikat penganti yang akan berfungsi sebagai operator bekalan air bagi menggantikan Jabatan Bekalan Air Kedah (JBAK). Pengkorporatan JBAK ke SADA adalah untuk memenuhi Akta Persekutuan ini. Semua ini angkara kerajaan BN yang separuh abad berkuasa di Pusat. Dan episod-episod kehilangan hak negeri terhadap air selepas ini akan berlarutan.
    Hak negeri terhadap api (elektrik) tiada lagi. Hak terhadap tanah juga banyak yang telah dicerobohi Akta. Dari ‘tanah, air, api, angin’ maka yang tinggal untuk anak negeri selepas ini cuma angin. 

Sumber : http://www.detikdaily.net 
___________________________________________________________________________________ 


Tarif air: Kedah 40 sen, Sabah 90 sen  per meter padu
Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM 
PENDANG – Dakwaan kerajaan negeri Kedah telah menswastakan urusan bekalan air serta dan menaikkan kadar tarif air di negeri ini satu pembohongan, demikian tegas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yb. Dato’ Ir Haji Amiruddin Hamzah kepada hadirin yang datang pada siri penerangan kerajaan negeri yang diadakan di Dewan Majlis Daerah Pendang.

Menurut beliau, bagi memastikan perkhidmatan bekalan air menjadi bertambah baik, kerajaan negeri memutuskan untuk urusan tersebut ditadbir sebagai sebuah syarikat bermula 1 Januari 2010.
Oleh itu jelas beliau, pengkorporatan urusan bekalan air tersebut dari Jabatan Bekalan Air ke Syarikat Air Darul Aman (SADA).
“Ini yang mereka kata kita swastakan? SADA ini sahamnya 100 peratus dipegang kerajaan negeri. (Jadi) swasta macam mana? Kita tidak swastakan cuma ia diurus tadbir sebagai sebuah syarikat. Sebagai syarikat tatakerja menjadi lebih cepat, kurang prosedurnya.
“Yang menswastakan perkhidmatan air (ini) ialah kerajaan dahulu yang memerintah Kedah. Kerajaan dahulu telah menswastakan rawatan bekalan air kepada Syarikat Air Utara Indah,” ujarnya menjelaskan perbezaan antara penswastaan dengan pengkorporatan.
Sedangkan rawatan air katanya, merupakan bahagian paling mudah dalam urusan perbekalan air berbanding kerja-kerja penyaluran, perpaipan, pembaikan, penyiasatan dan seumpamanya yang sangat sukar.
“Kerajaan dahulu juga menswastakan bekalan air di Langkawi. Beban itu hari ini kerajaan sekarang yang tanggung.
“Langkawi ini kosnya kalau kita buat sendiri di bawah SADA akan lebih efisyen. Masa itu (sebelum diswastakan) kosnya hanya 70 sen seliter padu, tiba-tiba bila swasta harganya melambung RM1.92 1 meter padu. Ini cerdikkah?” tempelak Amiruddin pada.
Maklumnya, kesan penswastaan dilakukan itu menyebabkan kerajaan negeri perlu menanggung tambahan kos sebanyak RM5juta berbanding hasil yang dikutip setiap tahun.
Amiruddin yang juga Ahli Lembaga Pengarah Sada turut menyangkal dakwaan bahawa tarif air dinaikkan melalui pengkorporatan tersebut.
Ujar beliau, sekiranya kerajaan negeri ingin menaikkan tarif air, tindakan itu sememangnya wajar memandangkan kali terakhir tarif air negeri ini disemak adalah pada tahun 1983. Pun begitu tegasnya, kerajaan negeri tidak akan menaikkan tarif tersebut.
Maklum beliau, pada ketika ini tarif air di Kedah merupakan kedua terendah di Malaysia iaitu 40 sen per meter padu.
“Paling tinggi, negeri yang kononnya paling maju, negeri Menteri yang komen kita mundur baru ni. Sabah, 90 sen semeter padu, sekali ganda Kedah kerana dia maju dan ‘sempurna’. Kemudian Melaka 63 sen, Johor 61 sen,” ujarnya menyindir.
Tambahnya lagi, Kerajaan Negeri Kedah sudahpun berkorban dengan tidak menebang balak dipinggir kawasan tadahan air demi menjaga kepentingan bekalan air untuk kegunaan yang pelbagai.
Bagaimanapun katanya, persetujuan Kerajaan Persekutuan untuk membayar RM100 juta setahun atas ‘pengorbanan’ tersebut masih tidak ditunaikan sehingga kini.
Mengakhiri ucapan, beliau berharap agar maklumat itu disebarluaskan untuk menjawab pembohongan yang sengaja diada-adakan.

Sumber : www.kedah.gov.my.
TONTON  VIDEO UCAPAN YAB MENTERI BESAR KEDAH TENTANG ISU KENAIKAN TARIF AIR KEDAH DI SINI :


Read More