Memaparkan catatan dengan label Tuan Guru Nik Abd Aziz. Papar semua catatan
SEMBAHYANG DUA IMAM DI JOHOR ?
Posted in: Tuan Guru Nik Abd Aziz
TUAN GURU DATUK NIK ABDUL AZIZ SOLAT ZOHOR DAN SOLAT JAMAK ASAR DI MASJID REDONG

Berita Akhbar Sinar:
KOTA TINGGI: Sultan Johor, Sultan Ibrahim hari ini bertitah berasa murka dengan tindakan sekumpulan umat Islam yang bersembahyang dua imam di sebuah masjid, ketika pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, bulan lalu.
Perbuatan tersebut, titah baginda, amat dikesali dan tidak seharusnya berlaku hanya kerana perbezaan fahaman politik.
"Ketika kempen PRK DUN Tenang baru-baru ini, ada kumpulan yang singgah di masjid untuk sembahyang fardu tetapi malangnya mereka tidak menyertai jemaah yang sedang bersolat jemaah.
"Kalau mereka terlambat mereka hanya perlu sertai jemaah yang ada dengan berimamkan imam di masjid itu. Sebaliknya kumpulan ini membentuk satu sembahyang jemaah yang lain di barisan belakang, sedangkan solat jemaah yang ada masih belum selesai," titah baginda.
Gambar-gambar seterusnya lawati :http://minaq-jinggo.fotopages.com/?&page=6
Read More

Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengimamkan solat jamak asar bersama para musafir (bulatan kiri)
SELEPAS solat zohor berimamkan Imam Masjid Redong,
sementara Tuan Imam Masjid Redong membaca doa solat zuhur dan makmum mengaminkan
doa di sebelah tepi kerana menghormati jamaah musafir sembahyang jamak asar (bulatan kanan).
KOTA TINGGI: Sultan Johor, Sultan Ibrahim hari ini bertitah berasa murka dengan tindakan sekumpulan umat Islam yang bersembahyang dua imam di sebuah masjid, ketika pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, bulan lalu.
Perbuatan tersebut, titah baginda, amat dikesali dan tidak seharusnya berlaku hanya kerana perbezaan fahaman politik.
"Ketika kempen PRK DUN Tenang baru-baru ini, ada kumpulan yang singgah di masjid untuk sembahyang fardu tetapi malangnya mereka tidak menyertai jemaah yang sedang bersolat jemaah.
"Kalau mereka terlambat mereka hanya perlu sertai jemaah yang ada dengan berimamkan imam di masjid itu. Sebaliknya kumpulan ini membentuk satu sembahyang jemaah yang lain di barisan belakang, sedangkan solat jemaah yang ada masih belum selesai," titah baginda.
Gambar-gambar seterusnya lawati :http://minaq-jinggo.fotopages.com/?&page=6
LAWATAN YAB TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT KE MUAR
Posted in: Tuan Guru Nik Abd Aziz
BERITA INI BELUM DITERBITKAN SEBELUM INI KERANA KESILAPAN TEKNIK.
HARAP MAAF.
Program Lawatan YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ke Negeri Johor anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Johor telah bermula pada hari Jumaat 14 Ogos 2009 yang lalu.PAS Kawasan Muar telah dipilih sebagai tuan rumah dengan kerjasama PAS Kawasan Bakri,Pagoh dan Ledang.Acara lawatan Tuan Guru dimulakan dengan Majlis Dialog Bersama Rakyat di Muar Traders Hotel (dahulunya Bangunan UMNO Muar-Pagoh).
Ceramah Pakatan Rakyat berlangsung di Pusat Tarbiyah PAS Kawasan Muar di Parit Pechah Muar pada sebelah malam.Tuan Guru berceramah lebih satu jam dengan penuh semangat ketika memnyampaikan ilmu politiknya.Turut berucap ialah YB Dr Mohammad Taslim sebagai Pengarah Program,YBhg Ustaz Idris Ahmad Ketua Penerangan PAS Malaysia dan YB Dr Boo Cheng Hau Pengerusi DAP Johor.Sdr Mazlan Aliman,Ketua Penerangan PAS Johor mempengerusikan majlis ceramah tersebut. Hampir 10,000 orang dari semua bangsa membanjiri majlis tersebut.
Malam itu Tuan Guru dan rombongannya bermalam di Muar Traders Hotel.
Semoga Allah kurniakan kesihatan kepada Tuan Guru untuk terus berdakwah menyampaikan Islam.Amin.
Read More
HARAP MAAF.
Program Lawatan YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ke Negeri Johor anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Johor telah bermula pada hari Jumaat 14 Ogos 2009 yang lalu.PAS Kawasan Muar telah dipilih sebagai tuan rumah dengan kerjasama PAS Kawasan Bakri,Pagoh dan Ledang.Acara lawatan Tuan Guru dimulakan dengan Majlis Dialog Bersama Rakyat di Muar Traders Hotel (dahulunya Bangunan UMNO Muar-Pagoh).
Ucapan YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz memulakan Dialog
Dialog bersama Tuan Guru.Dari kiri: Sdr Aminol Huda (TPJ PAS),Dato' Mahfoz (PJ PAS)
Tuan Guru, YB Dr Sheikh Ibrahim (ADUN Sg Abong) dan YB Dr Mohammad Taslim (ADUN Maharani)
Tuan Guru menjawab soalan, diperhatikan oleh Sdr Aminol Huda (TPJ PAS Johor)
Majlis Dialog Bersama Rakyat telah diadakan di Muar Traders Hotel pada petang hari tersebut.Sambutan sungguh hebat daripada masyarakat Tionghua dan India khususnya sehingga tamat majlis pada jam 7.00 malam.Majlis dialog dipengerusikan oleh YB Dr Sheikh Ibrahim Salleh ADUN Sg Abong.Pelancaran Tabung Dana Dewan PAS Kawasan Bakri turut disempurnakan oleh Tuan Guru.Tuan Guru, YB Dr Sheikh Ibrahim (ADUN Sg Abong) dan YB Dr Mohammad Taslim (ADUN Maharani)
Tuan Guru menjawab soalan, diperhatikan oleh Sdr Aminol Huda (TPJ PAS Johor)
Puan Rubiah (isteri YB Dr Mohammad),Dr Asiah (Allahyarham -isteri Sdr Aminol Huda TPJ PAS)
dan Datin Norani (isteri Dato' Mahfoz PJ PAS) dan sahabat tekun mendengar dialog
Muslimat tidak ketinggalan...
Hadirin lelaki dan muslimin
Muslimat tidak ketinggalan...
Hadirin lelaki dan muslimin
Salam perpaduan Tuan Guru dan YB Er (Ahli Parlimen Bakri)
Anak bertuah (cucu Hj A Rahman Lajim) ditahnik oleh Tuan Guru
Malam itu Tuan Guru dan rombongannya bermalam di Muar Traders Hotel.
Ceramah Tuan Guru di Pusat Tarbiyah Parit Pechah Muar
Tuan Guru di pentas bersama pemimpin Pakatan Rakyat
Pada pagi Sabtu 15 Ogos 2010 Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz dan rombongan serta kepimpinan PAS dan sahabat-sahabat singgah sebentar bersarapan pagi di rumah YB Dr Mohammad Taslim di Taman Bunga Raya Muar.Gambar-gambar dibawah ini dirakamkan oleh Sdr Hamidun Omar.
Tuan Guru bersarapan Bijirin Radix
Doa Tuan Guru
Salaman membawa berkat
YB Dr Mohammad melayan tetamu istimewa hari ini
Kunjungan Tuan Guru memberi rahmat kepada Dr Mohammad,isteri dan keluarga
Kelihatan Tuan Guru memakai baju bersulam Mursyidul Am dan Kawasan Bakri
sempena pelancaran Dana Dewan PAS Bakri

Muslimat tidak ketinggalan merakamkan gambar kenangan bersama Tuan Guru
YB Dr Mohammad bersama isteri dan sahabat-sahabat bergambar kenangan
Puan Rubiah Raffee (isteri YB Dr Mohammad) : Alhamdulillah hajat tercapai....
Muslimat juga idak ketinggalan bergambar bersama pemimpin
Sdr Hamidun Omar (belakang kiri) selalu jadi fotografer,hari ini berpeluang bergambar
dengan Tuan Guru
Ustaz Abu Bakar Lajat (YDP PAS Muar) dan YB Dr Mohammad tidak ketinggalan
bergambar dengan Tuan Guru
Ustaz Idris Ahmad (Ketua Penerangan PAS Malaysia) kelihatan di kanan
sebelah Dato' Mahfoz (PJ PAS Johor)
Catitan untuk Buku |Pelawat YB
Selamat Jalan Tuan Guru
Selepas sarapan Tuan Guru bertolak ke Dewan Bustanul Ariffin di Semerah Batu Pahat untuk merasmikan Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Johor. Tuan Guru bersama Dato' Mahfoz (PJ) dan Timbalannya Sdr Aminol Huda
di atas pentas Dewan.Sdr Aminuddin Ayub sedang mengalu-alukan hadirin

Selepas perasmian Tuan Guru bertolak ke Singapura pula untuk satu lagi urusan rasmi.
TG DATO' NIK ABDUL AZIZ AKHIRNYA KE MEKAH dan TG BERSAMA KETUA-KETUA AGAMA-AGAMA
Posted in: Tuan Guru Nik Abd Aziz
Hasrat TG Nik Aziz ke Makkah tercapai
Rabu 7 April 2010

Datuk TG Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam selamat berlepas ke Tanah Suci bagi menunaikan umrah selepas kegagalannya menunaikan fardu haji musim lepas ekoran kontroversi isu tajaan haji oleh pihak tertentu yang bernilai RM65,000.
Nik Abdul Aziz berkata, beliau amat dukacita kerana tidak dapat menunaikan haji pada musim lalu berikutan isu kontroversi itu.
“Hok yang lepas itu memang saya amat dukacita, tak apalah, kali ini saya dapat pergi juga walaupun untuk umrah.
“Itu tak betul, biarlah Tuhan balas ke atas mereka yang cuba mengkhianati niat saya itu,” katanya kepada pemberita sebelum berlepas ke Makkah di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, di sini, semalam.
Menurutnya, walaupun kecewa dengan kontroversi tersebut sehingga membuatkan beliau gagal menunaikan fardu haji bersama keluarga musim lepas, namun ia dapat ditebus kembali apabila beliau dapat memenuhi hasrat untuk ke Tanah Suci pada kali ini walaupun sekadar mengerjakan umrah.
Pada 10 November tahun lepas, media melaporkan pengakuan Nik Abdul Aziz bahawa beliau ditaja pihak tertentu untuk menunaikan haji dengan kos RM65,000 dan mendapat layanan bertaraf ‘VVIP’.
Bagaimanapun ketika isu kontroversi haji ditaja hangat diperkatakan, Nik Abdul Aziz mengumumkan kesanggupannya untuk menerima tajaan mana-mana pihak bagi membolehkan beliau menunaikan ibadat haji pada tahun depan.
Pesuruhjaya Pas II Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, Menteri Besar membatalkan hasratnya untuk menunaikan haji berikutan isu tajaan hajinya dipolitikkan.
Ketika diminta meng-ulas sama ada pemergiannya ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah kali ini mendapat tajaan daripada mana-mana pihak atau ditanggung sendiri, berapa pegawai yang mengiringinya menyekat daripada Nik Aziz menjawab soalan wartawan itu.
Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas, mula berlepas ke Makkah semalam bersama isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Yahya dan Setiausaha Sulitnya, Ahmad Shargowi serta beberapa pegawainya.
Turut sama mengiringi rombongan Nik Abdul Aziz di lapangan terbang itu Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub, beberapa anggota Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri.
Menurut sumber Kerajaan Negeri, sepanjang percutiannya, jawatan Menteri Besar tidak akan dipangku oleh Timbalannya, kerana mengikut peraturan jawatan tidak perlu diganti oleh pemangku kerana pemergian Nik Abdul Aziz tidak lebih daripada sebulan.
sinar harian
sumber: /http://demokrasi93.blogspot.com/
_________________________________________________________________________________
28 January 2010

Foto-foto di atas menggambarkan kemesraan di antara TG Nik Aziz yang beramah mesra dengan sebahagian tetamu yang hadir dalam majlis perjumpaan dengan ketua-ketua penganut agama di Kota Bharu sebentar tadi. Perjumpaan itu turut dihadiri ketua-ketua Majlis Perundangan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia, K. Kamalanathan dan Ketua Kesatuan Agama Kristian Malaysia, Bishop Ng Moon Hing.
~ pendikar gunung kriang
sumber: http://kedahlanie.blogspot.com/2010/01/gambar-ini-najib-tak-suka-tengok.html

Gambar Ini Najib Tak Suka Tengok
(foto: Bernama)
(foto: Harakahdaily)
Foto-foto di atas menggambarkan kemesraan di antara TG Nik Aziz yang beramah mesra dengan sebahagian tetamu yang hadir dalam majlis perjumpaan dengan ketua-ketua penganut agama di Kota Bharu sebentar tadi. Perjumpaan itu turut dihadiri ketua-ketua Majlis Perundangan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia, K. Kamalanathan dan Ketua Kesatuan Agama Kristian Malaysia, Bishop Ng Moon Hing.
Perdana Menteri 1Malaysia yang ingin menonjolkan dirinya sebagai jaguh perpaduan kaum di sebalik kebakaran gereja dan surau serta pembuangan kepala babi hutan di masjid tentu tidak berapa senang melihat gambar kemesraan pelbagai kaum sebegini.
sumber: http://kedahlanie.blogspot.com/2010/01/gambar-ini-najib-tak-suka-tengok.html
PERLANTIKAN SEMULA TG DATO' NIK ABDUL AZIZ SEBGAI AL - MURSYIDUL AM PAS
Posted in: Tuan Guru Nik Abd AzizGambar menarik dua Ulama' besar di Malaysia

KENYATAAN RASMI
YAB TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
MENTERI BESAR KELANTAN

PERLANTIKAN SEMULA SEBAGAI AL-MURSYIDUL AM PAS
Saya telah dimaklumkan mengenai perlantikan semula saya sebagai Al-Mursyidul Am bagi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk sesi 2010-2015 sebagaimana yang telah diputuskan di dalam mesyuarat kedua Majlis Syura pada hari ini, jam 10 pagi pada hari ini, 29 Mac 2010.
• Sukacita saya ingin merakamkan terima kasih kepada kepimpinan PAS Pusat di atas kepercayaaan diberikan kepada saya bagi memikul amanah yang berat ini. Ia juga adalah satu cabaran bagi saya untuk terus memberikan khidmat sebagai Al-Mursyidul Am menurut apa yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS.

• Namun, saya anggapkan ia sebagai ketentuan Allah Subhanahu wataala kerana kemampuan saya untuk menjalankan tugas ini amat bergantung kepada masa dan keupayaan serta keadaan kesihatan saya. Bahkan pada pagi ini pun, saya baru saja menghadiri sesi pemeriksaan doktor di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
• Seperti yang telah saya tegaskan sebelum ini, bahawa saya tidak mempunyai sebarang halangan untuk menerima pelantikan ini sekiranya Majlis Syura berpandangan untuk terus memberi kepercayaan kepada saya. Saya sifatkan itu adalah keputusan ‘syura’ yang bakal membantu saya memikul amanah ini. Lebih-lebih lagi di dalam mempersiapkan upaya parti menghadapi pilihanraya umum yang ke-13 nanti.
• Menyedari harapan ahli dan semangat serta kepercayaan Majlis Syura, maka dengan lafaz bismillah, saya menerima amanah ini dengan doa agar Allah Subhanahu wataala sentiasa memandu saya di dalam mengemudi hala tuju parti.
• Saya berharap agar seluruh kepimpinan PAS di pelbagai peringkat akan terus memberikan komitmen di dalam menjayakan misi parti bersama-sama Pakatan Rakyat.

Semoga kerjasama dan husnul-zhon (sangka baik)dari semua kepimpinan, saya yakin PAS akan terus menjadi parti yang perkasa dan Insya-Allah PAS di Kelantan bersama-sama PAS di seluruh Negara akan terus utuh bersama-sama rakan-rakan Pakatan Rakyat dalam mendepani cabaran politik baru di Malaysia hari ini.
Sekian, wassalam.
TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Bertarikh : 29 Mac 2010

| Kenyataan rasmi: Perlantikan semula Al-Mursyiul Am PAS |
| Ditulis oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz | ||||||
| MONDAY, 29 MARCH 2010 06:58 | ||||||
Adun Anda
Y.B. DR. MOHAMMAD BIN TASLIM
ADUN MAHARANI ( PAS )