Memaparkan catatan dengan label SPM 2010. Papar semua catatan

MUHAMMAD PUTERA FARID ISKANDAR PELAJAR CEMERLANG SPM 2010


Mahu teroka teknologi nano



Muhammad Putera Farid Iskandar



IPOH 22 April - Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010, Muhammad Putera Farid Iskandar yang mendapat 10A+ berhasrat untuk meneruskan pendidikan di Massachusstts Institute of Technology (MIT) di Amerika Syarikat (AS) dalam teknologi nano.
Penerima biasiswa nasional itu berkata, MIT menjadi pilihannya kerana ia mampu merealisasikan hasratnya untuk menjadi penyelidik dalam bidang nano pada suatu hari nanti.
Bagaimanapun, menurut beliau, sebelum menempatkan diri di MIT, beliau akan mengikuti Program Ijazah Amerika Syarikat (ADP) selama setahun di Malaysia sebelum berangkat ke AS akhir tahun 2012.
‘‘Saya sudah bersedia untuk meneruskan pendidikan bagi mencapai cita-cita sebagai penyelidik,” katanya ketika ditemui selepas selesai berkongsi pengalamannya di sesi Ikon Inspirasi Minggu Saham Amanah Malaysia, di sini hari ini.
Ketika ditanya resipi kejayaannya, Muhammad berkata, beliau sentiasa membuat ulang kaji lebih awal untuk memastikan tidak ketinggalan dalam pembelajaran seharian.
Jelasnya, sejak kecil sehingga SPM, beliau tidak pernah pergi tuisyen kerana percaya dengan teknik pembelajaran sendiri.
“Selain mengulang kaji secara konsisten, saya memastikan setiap kali selesai mendapat ilmu dari guru, saya meminta mereka memberkati ilmu dan mendoakan saya,” katanya.


sumber: http://www.utusanonline.com.my/utusan/info.asp?pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&div=1


Read More

SPM 2010 MALAYSIAN TOP SCORER


Tuesday April 5, 2011

Top scorers meet the DPM

  Tops in SPM: Muhyiddin presenting the plaque to Muhammad in Kuala Lumpur yesterday.
 
Kuala Lumpur: Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin met with the top students in last year's Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) examinations at an awards ceremony for SPM 2010 high-achievers at the Malaysian Examinations Syndicate office in Jalan Duta here.
The event yesterday honoured 41 students who received excellent results in SPM 2010.
The 41 included the top 30 high achievers, seven top scorers in the special needs category and four high achievers from sports schools.
Muhyiddin, who is also Education Minister, said he hoped the students would continue doing well.
He also presented a plaque to overall top scorer Muhammad Putera Farid Iskandar, who scored 10A+.

See full report in StarEducation on Sunday.
_______________________________________________________

Nota kaki:
Tahniah anakanda Muhammad Putera Farid Iskandar. 
Keluarga di Johor bangga dengan pencapaian anakanda.
Tahniah juga kepada kedua ibubapa dan ahli keluarga anakanda
yang telah berjaya mendidikmu.
Moga tercapai cita dan diberkati Allah sentiasa. Amin.
Ingin cuba menjadi al hafiz sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara? Ahmad Ibrahim Zakaria, pelajar Anugerah Calon Cemerlang SPM 2010 Johor, dari Muar, sekarang di Darul Quran dan telah berjaya menghafaz 13 juzuk al Quran dalam masa 3 bulan.
 
Daripada Pak Cik Mat dan Mak Cik Ruby Sekeluarga
                 (Dr Mohammad Taslim  ADUN Maharani)
Read More