Memaparkan catatan dengan label PRK. Papar semua catatan

HARI MENGUNDI PRK MERLIMAU


Hari Mengundi PRK Merlimau, Ahad 7 Mac 2011

YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani, dan isteri, Puan Rubiah Raffee, mengambil peluang turun padang bersama ahli-ahli dan penyokong Pakatan Rakyat di hari mengundi PRK Merlimau.


Sungguh hebat semangat juang petugas-petugas. Muslimin muslimat dan rakan-rakan DAP dan PKR.


Gambar-gambar di bawah menceritakan detik-detik di hari mengundi:
Pertemuan mesra YB Dr Mohammad dan Calon PAS
Tn Hj Yuhaizad Abdullah di Markas Induk  Merlimau.
 
 YB Dr Mohammad dan isteri di Markas Induk PAS
 
Pejuang cilik penuh semangat.
 

' ALLAHUAKBAR' laung anak ini..... bakal pemimpin masa depan.
YB Dr Mohammad bersama rakan-rakan daripada DAP.
 
 
;;
Menyantuni petugas-petugas PAS
 
 
 PRK Merlimau pun ada FRU !


Penyokong PAS bertenaga, beradab, bersemangat.
 
Puan Rubiah bersama penyokong.
 
 
Muslimin dan Muslimat terus berjuang hingga ke saat akhir.
Read More

PRK MERLIMAU -KERDAU


UNDILAH CALON PAKATAN RAKYAT


PRK Merlimau - Kerdau 6 Mac 2011

UNDILAH CALON PAKATAN RAKYAT

undi-pas1


CALON N27 MERLIMAU

CALON N27 MERLIMAU

CALON N28 KERDAU

CALON N28 KERDAU








Read More

PILIHANRAYA KECIL GALAS



Posted: 24 Oct 2010 02:37 AM PDT

Setiausaha Umno Gua Musang Aziz Yusof dipilih bagi mewakili Barisan Nasional (BN) merampas kerusi DUN Galas daripada penguasaan PAS.

Pemilihannya diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini sebentar tadi.


Tiga hari lalu, pengamal perubatan yang juga pemangku Yang Dipertua PAS kawasan Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad dipilih sebagai calon Pakatan Rakyat.


Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya Che Hashim Sulaima daripada PAS, yang meninggal dunia akibat kanser usus 27 September lalu.


Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, 11,553 pengundi layak untuk mengundi dalam pilihan raya kecil itu iaitu Melayu 7,125 orang atau 61.7 peratus, kaum Cina 2,317 atau 20.06 peratus, India 185, Bumiputera Siam 10 orang dan Orang Asli 1,889 orang.
sumber : http://blog2-pas.blogspot.com/ 
___________________________________________________

BIODATA CALON PAS PRK GALAS N45 GUA MUSANG

Biodata Calon
Ditulis oleh Administrator
Ahad, 10 Oktober 2010 01:29


Nama : Dr.Zulkefli bin Mohamed
Umur : 44 Tahun
Tarikh Lahir : 16hb. Januari, 1966
Nama Isteri : Zainab binti Jalar
Umur : 30 Tahun
Tarikh Lahir : 2hb. Jun, 1980


Kelayakan Akademik :
Lulusan Ijazah Sarjana Muda Perubatan & Sarjana Muda Pembedahan Universiti Malaya Kuala Lumpur tahun 1992.



Pengalaman Kerja :
1992 – Pegawai Perubatan di Hospital Taiping, Perak.
1993 – Pegawai Perubatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu, Kelantan.
1994 – Pegawai Perubatan di Klinik Kesihatan Chiku 3, Gua Musang.
1996 – Membuka Klinik Perubatan sendiri di Chiku 3, Gua Musang.

Kerjaya Politik :
2003 – 2005: AJK PAS Kawasan Gua Musang & juga sebagai Penyelia DUN Paloh.
2004: Menjadi Calon PAS Parlimen Gua Musang menentang calon BN Tengku Razaleigh Hamzah dalam PRU-11.
2005 – 2009: Yang DiPertua PAS Kawasan Gua Musang.
2005 sehingga sekarang sebagai Penyelia Parlimen Gua Musang.
2008: Menjadi Calon PAS Parlimen Gua Musang menentang Calon BN Tengku Razaleigh Hamzah dalam PRU-12.
2009: Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Gua Musang.
2010: Pemangku Yang DiPertua PAS Kawasan Gua Musang.

*Mempunyai sejumlah 10 orang adik beradik yang terdiri dari 7 lelaki & 3 perempuan. Dr.Zulkefli adalah anak yang ke-7
Ibu beliau bernama Hajah Ramlah binti Mat Jusoh, berumur 76 tahun manakala bapa beliau pula merupakan bekas ADUN Guchil, Kuala Krai pada tahun 1974-1978 iaitu Allahyarham Haji Mohamad bin Awang.
Allahyarham bapa beliau ketika hayatnya pernah menjadi Setiausaha PAS Kawasan Ulu Kelantan semasa Allahyarham Ustaz Khaidir bin Khatib menjadi Yang DiPertua PAS Ulu Kelantan

sumber: http://wanhassan.wordpress.com/2010/10/23/biodata-calon-pas-prk-galas-n45-gua-muang/
 
UNDILAH PAS
________________________________________________________________________



Data undian PRU 12 DUN Galas menurut pecahan Peti Undi.
 t=1296 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh6K8wlIY01r9kZuZEaucMsUcMcrEdFBKzFyczszT3_fTTNxSJBqt74hY9L2ngne5UUrBapu_1gh2FbjXOA07hiaqj_XUK4tSmUbfWqKuZMpQwlQCOlAvlVW86x7aESecbpfqqsV1UE1iw/s1600/p





Read More