Memaparkan catatan dengan label PASTI. Papar semua catatan
MAJLIS KECEMERLANGAN DAN PENYAMPAIAN SIJIL PASTI AL-FALAH, SRI JONG MUAR
Posted in: PASTI
PASTI AL-FALAH di Sri Jong, Jalan Abdul Rahman Muar adalah di antara PASTI terawal dilahirkan dalam DUN Maharani. Terletak di tepi jalan besar Jalan Abdul Rahman ia merupakan sebuah rumah yang diwakafkan sbagai PASTI oleh keluarga Sdr Mohd Sab Mohd Amin yang juga Ketua Cawangan PAS Sri Jong Muar. Ia telah memberi khidmat kepada penduduk di sekitar kawasan tersebut.
Read More
Iklan pengamilan pelajar baru sesi 2012
Di antara PASTI lain yang berdekatan ialah PASTI At-Taqwa di Parit Amal Jalan Junid Muar dan PASTI Ar-Rahmah di Taman Sri Temenggong Jalan Temenggong Ahmad Muar. Dengan adanya PASTI tersebut maka bilangan pelajar telah menurun tetapi tahun ini masih terdapat 13 orang pelajar berumur 4, 5 dan 6 tahun yang menuntut di situ. Dengan kegigihan Pengurus PASTI, Tuan Haji Mahat dan AJKnya serta sokongan daripaada YDP PAS Muar, Ustaz Abu Bakar Lajat, PASTI ini terus memberi sumbangan kepada masyarakat dalam agenda membina generasi al-quran.
Bangunan PASTI Sri Jong di tepi Jalan Abdul Rahman Muar
Bangunan di atas inilah tempat penghubung PASTI dan masyarakat tempatan. Selain digunakan untuk PASTI di sini juga dijadikan sebagai surau dan aktiviti kemasyarakatan. Pada setiap bulan Ramadhan ia terkenal sebagai tempat menyediakan bubu lambuk percuma kepada orang ramai.
YB Dr Mohammad Taslim merasmikan Majlis Kecemerlangan
dan Penyampaian Sijil PASTI Al-Falah
Pada pagi Jumaat 19 November 2011 yang lalu satu Majlis Kecemerlangan dan Penyampaian Sijil telah diadakan di PASTI ini. YB Dr Mohammad Taslim selaku ADUN Maharani dan juga Naib YDP PAS Muar telah merasmikan majlis tersebut. Kesemua pelajar dan ibu bapa hadir pada pagi tersebut dalam suasana meriah.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh pelajar sendiri diikuti dengan persembahan daripada pelajar. Mereka menunjukkan bakat mengalunkan azan, iqamah, menghafai ayat-ayat suci al-quran, menghafal doa-doa harian dan juga bernasyid.Sungguh mengagumkan kebolehan pelajar-pelajar tersebut.
Majlis Penyampaikan Sijil dan Hadiah Kecemerlangan serta penyerahan wang tabungan pelajar telah disempurnakan oleh YDP PAS Muar, Ustaz Abu Bakar Lajat sendiri.
Pelajar-pelajar berdoa penuh syahdu
Azan berkumandang di pagi tersebut. Guru PASTI yang perihatin
boleh berbangga dengan hasil didikannya.Alhamdulillah.
Pesembahan oleh 13 orang pelajar PASTI Al-Falah
Tuan Haji Mahat, Pengurus PASTI Al-Falah sedang berucap.
Ustaz Abu Bakar Lajat turut hadir untuk menyampaikan Sijil dan Hadiah.
Amanat daripada Pengerusi PASTI.
Hadiah kecemerlagan menunggu pelajar-pelajar
Hadiah-hadiah ini disampaikan oleh YDP PAS Muar,
Ustaz Abu Bakar Lajat. Tabungan pelajar juga diserahkan kembali
kepada pelajar pada hari tersebut.
HARI KELUARGA & PASARIA PASTI AT-TAUFIQIAH MUAR
Posted in: PASTI
SILATURRAHIM BERSAMA PASTI AT-TAUFIQIAH SUNGAI PULAI MUAR
PAS Kawasan Muar mempunyai 13 buah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI). Ia merupakan sebahagian daripada aktiviti pendidikan PAS Malaysia yang diamanahkan kepada Dewan Pemuda PAS untuk memberi pilihan alternatif pendidik awal kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun. PASTI mempunyai kurikulum tersendiri yang di cetuskan oleh pakar-pakar pendidikan kanak-kanak dan telah terbukti berkesan sesuai dengan motonya " Mendidik Generasi Al-Quran".
PASTI bukan sahaja mendidik kanak-kanak membaca, menulis malah memberi ilmu agama dengan kemahiran membaca al-Quran, hafalan surah-surah al-Quran, doa-doa dan ilmu fardu ain. Guru-guru Sekolah Kebangsaan yang mendidik pelajar PASTI ini mengakui kelebihan tersendiri dibandingkan dengan pelajar lepasan tadika lain.
PASTI sentiasa kehadapan dengan merancang dan menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan untuk merapatkan hubungan dengan masyarakat setempat. Sambutan Hari Raya, Maulidurrasul, Hari Kemerdekaan, Hari Guru, Kuliah Agama, Hari Terbuka , Sukan adalah di antara aktiviti asas.
Di bahagian bawah bangunan PASTI inilah terletaknya Pejabat Pusat Aduan Rakyat DUN Sungai Balang yang diketuai oleh Tn Hj Malik Md Diah.Di bahagian atas bangunan ini pula terdapat Pejabat PAS Kawasan Muar. Bermakna bangunan ini adalah nadi PAS Kawasan Muar.
Menurut Tn Hj Malik, selaku Pengarah Program ini, (gambar di atas) beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyumbang untuk menjayakan program hari ini. Diharapkan dengan adanya aktiviti kemasyarakatan ini rakyat akan dapat menilai sumbangan besar yang diberi oleh PASTI dalam mendidik anak-anak menjadi Generasi al-Quran.Diantara aktiviti pada hari ini ialah berbagai pertandingan khusus untuk muslimat,muslimat,remaja dan kanak-kanak. Pemeriksaan Kesihatan Percuma dijalankan oleh 3 orang sukarelawan terdiri daripada seorang doktor pakar kanak-kanak dan dua orang doktor perubatan, YB Dr Mohammad Taslim bermurah hati menyumbang kit mengesan kencing manis dan darah tinggi dan ubat-ubatan. 50 strip ujian kencing manis yang disediakan tidak mencukupi kerana sambutan hebat daripada pengunjung.Terima kasih para doktor yang sanggup memberi khidmat di hari cuti ini.
YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani, diberi penghormatan merasmikan majlis ini. Beliau merupakan anak tempatan yang tidak asing lagi kepada penduduk di sini. Beliau juga biasa mengadakan Program Pemerilksaan dan Rawatan Perubatan Percuma dalam Program Kebajikan bersama PAS Kawasan Muar.
Beliau gembira dengan perkembangan PASTI ini yang berjaya melahirkan pelajar cemerlang dalam akademik dan kerohanian. Ini diakui oleh ibubapa dan guru-guru Sekolah Kebangsaan yang yang mendidik mereka. Mereka dapati pelajar-pelajar PASTI mahir dalam akademik,kegiatan ko-kurikulum, ilmu agama dan al-Quran, boleh menulis Jawi dengan baik, hafal doa dan mulia budi pekerti.
Beliau memuji kegigihan guru-guru PASTI mendidik anak-anak ini di samping kerjasam erat daripada Pengurus dan AJK PASTI.
YB Dr Mohammad mencadangkan supaya satu Jamaah Ibubapa dan Guru seperti PIBG di Sekolah Kebangsaan ditubuhkan supaya dapat menambahbaik perjalanan PASTI.

Hari ini, Ahad 17 Julai 2011, PASTI At-Taufiqiah mengadakan Hari Keluarga & Pasaria untuk meraikan ibu bapa, pelajar dan masyarakat setempat. PASTI ini merupakan PASTI terawal yang ditubuhkan dalam Kawasan Muar. Tapak bangunan ini diwakafkan oleh Tuan Haji Abu Musa , mantan YDP PAS kawasan Muar. Pada peringkat awal PASTI ini melakar sejarah tersendiri dengan kehadiran 2 orang pelajar Tionghua yang tinggal bersebelahan dengan PASTI ini belajar di PASTI. Jadi sebelum ada slogan 1Malaysia lagi PASTI ini dan masyarakat pelbagai bangsa di kampung ini sudah menghayati erti hidup dalam masyarakat majmuk.
Di bahagian bawah bangunan PASTI inilah terletaknya Pejabat Pusat Aduan Rakyat DUN Sungai Balang yang diketuai oleh Tn Hj Malik Md Diah.Di bahagian atas bangunan ini pula terdapat Pejabat PAS Kawasan Muar. Bermakna bangunan ini adalah nadi PAS Kawasan Muar.
Menurut Tn Hj Malik, selaku Pengarah Program ini, (gambar di atas) beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyumbang untuk menjayakan program hari ini. Diharapkan dengan adanya aktiviti kemasyarakatan ini rakyat akan dapat menilai sumbangan besar yang diberi oleh PASTI dalam mendidik anak-anak menjadi Generasi al-Quran.Diantara aktiviti pada hari ini ialah berbagai pertandingan khusus untuk muslimat,muslimat,remaja dan kanak-kanak. Pemeriksaan Kesihatan Percuma dijalankan oleh 3 orang sukarelawan terdiri daripada seorang doktor pakar kanak-kanak dan dua orang doktor perubatan, YB Dr Mohammad Taslim bermurah hati menyumbang kit mengesan kencing manis dan darah tinggi dan ubat-ubatan. 50 strip ujian kencing manis yang disediakan tidak mencukupi kerana sambutan hebat daripada pengunjung.Terima kasih para doktor yang sanggup memberi khidmat di hari cuti ini.
YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani, diberi penghormatan merasmikan majlis ini. Beliau merupakan anak tempatan yang tidak asing lagi kepada penduduk di sini. Beliau juga biasa mengadakan Program Pemerilksaan dan Rawatan Perubatan Percuma dalam Program Kebajikan bersama PAS Kawasan Muar.
Beliau gembira dengan perkembangan PASTI ini yang berjaya melahirkan pelajar cemerlang dalam akademik dan kerohanian. Ini diakui oleh ibubapa dan guru-guru Sekolah Kebangsaan yang yang mendidik mereka. Mereka dapati pelajar-pelajar PASTI mahir dalam akademik,kegiatan ko-kurikulum, ilmu agama dan al-Quran, boleh menulis Jawi dengan baik, hafal doa dan mulia budi pekerti.
Beliau memuji kegigihan guru-guru PASTI mendidik anak-anak ini di samping kerjasam erat daripada Pengurus dan AJK PASTI.
YB Dr Mohammad mencadangkan supaya satu Jamaah Ibubapa dan Guru seperti PIBG di Sekolah Kebangsaan ditubuhkan supaya dapat menambahbaik perjalanan PASTI.
Cenderamata untuk Perasmi disampaikan oleh Tn Hj Malik. Terima kasih.
Nisa' Muar turut menyumbang tenaga dalam program hari ini.
Ibubapa berduyun-duyun hadir untuk mengiratkan silaturrahim.
Mesra...YB Dr Mohammad bersama Tn Hj Malik (kanan) dan Tn Hj Abu Musa (mantan YDP PAS Muar) bersama anak-anak PASTI.
Acara menarik... "Awang Bentan".Bila bola diletak di celah peha,
teringat gaya berjalan selepas berkhatan !
teringat gaya berjalan selepas berkhatan !
Di antara program yang telah dijalankan ialah;
1. Pemeriksaan Kesihatan Percuma oleh 3 orang doktor,
2. Kanak-kanak : Pertandingan Mewarna, kupas buah limau, tiup belon,isi air dalam botol, Awang Bentan.
3.Muslimat : pertandinagan memasak dan gubahan,
4. Muslimin : Mengupas kelapa dan membancuh kopi kaw kaw,
5. Remaja Lelaki : bowlinh kelapa dan cari & lipat,
6. Remaja Perempuan : Menganyam ketupat an mengupas epal,
Hadiah-hadiah lumayan menanti mereka.
Terima kasih Doktor. Moga semuanya sihat selepas ini.
3 orang doktor tidak cukup tangan memeriksa pesakit.
Malangnya hanya 50 orang sahaja yang bertuah dapat diperiksa darahnya
untuk mengesan kencing manis secara percuma.
3 orang doktor tidak cukup tangan memeriksa pesakit.
Malangnya hanya 50 orang sahaja yang bertuah dapat diperiksa darahnya
untuk mengesan kencing manis secara percuma.
Pertandingan memasak atau nak rebus ubi ?
Tak sabar si kecil ini menunggu masa menerima hadiah. Pertandingan
melukis untuk kanak-kanak baru selesai dijalankan.
melukis untuk kanak-kanak baru selesai dijalankan.
Wah...ini produk ori dari kampong !
Pengurus PASTI At-Taufiqiah, Sdr Ismail Yusof, cukup gembira dengan sambutan daripada orang ramai dan kanak-kanak.Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberi pelbagai sumbangan.
Majlis berterusan hingga lewat tengahari. InsyaAllah program ini akan diteruskan di masa hadapan.Program ini sudah menjadi amalan di sebahagian besar PASTI dalam Kawasan Muar.
KEJOHANAN BOLASEPAK, BOLA JARING DAN SUKANEKA PASTI KAWASAN MUAR 2011
Posted in: PASTI
PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI) KAWASAN MUAR telah berjaya mengadakan Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah, Bola Jaring dan Sukaneka pada pagi Ahad 24 April 2011 bertempat di Padang Luar, Stadium Sultan Ibrahim , Muar.Kejohanan yang sungguh meriah ini bermula dari jam 8.30 pagi hingga 2.00 petang. Sambutan daripada ibubapa terutamanya sungguh menggalakkan.
Kejohanan tersebut telah di rasmikan oleh YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani. Turut meraikan Kejohanan ialah Pengarah PASTI Negeri Johor, Sdr Faizul Mohd Salleh (merangkap Ketua Pemuda PAS Muar), Mantan Ketua Pemuda PAS Muar, Sdr Adha dan Sdr Abd Razak.Pengarah Kejohanan ialah Sdr Nazri.
Pertandingan Bola Sepak dan Bola Jaring telah dimenangi oleh PASTI Ar Rahmah,Taman Seri TemenggongMuar yang juga menggondol gelaran Johan Keseluruhan. Tahniah !
Gambar-gambar di bawah ini adalah ehsan Sdr Ayub Sulaiman:

Jom ramai-ramai meriahkan Kejohanan Bola Sepak, Bola Jaring dan Sukaneka
PASTI Kawasan Muar !
Lihat AJK Kejohanan bertungkus lumus menyediakan padang !
Apa agaknya yang diarahkan oleh Sdr Hamidun Omar,
Setiausaha PASTI Muar merangkap Pegawai Khas ADUN Maharani.
Silat pun ada menyambut kedatangan tetamu kehormat.
Ini dia pesewrta-peserta Kejohanan.
PASTI Ar Rahmah Juara Bola Jaring. Hebat pasukan ini...lihat score-linenya !
YB Dr Mohammad bersama pasukan bolasepak sebelum perlawanan akhir
yang dimenangi oleh Pasukan PASTI Ar Rahmah. Tahniah !
YB Dr Mohammad adalah Penaung PASTI ArbRahmah dan Mantan Pengurus PASTI ini.
Gambar-gamnbar lain akan menyusul kemudian.
Adun Anda
Y.B. DR. MOHAMMAD BIN TASLIM
ADUN MAHARANI ( PAS )