Memaparkan catatan dengan label PAS. Papar semua catatan

MAJLIS IHYA RAMADHAN 2011 BPPNJ


MAJLIS TADARUS AL-QURAN  DAN IHYA RAMADHAN  anjuran Badan Perhubungan PAS Johor dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Johor telah dijayakan di Pusat Tarbiyah PAS Muar di Parit Pechah.



Majlis Tadarus dimulakan pada jam 3.00 petang hari Sabtu 20 Ramadhan 1432H diikuti dengan Majlis Khatam Al-Quran Bersama Pimpinan PAS Negeri yang dipimpin oleh Dato' Pesuruhjaya PAS Johor, YBhg Dato' Mahfodz Muhamed. Inilah julung-julung kalinya Majlis seperti ini dianjurkan oleh PAS Negeri Johor
Majlis Khatam Al-Quran turut disertai oleh TPJ Tuan Hj Aminolhuda Hassan, Ketua Pemuda Negeri Sdr Suhaizan Kaiat, SU Dewan Pemuda PAS Pusat Sdr Khairul Faizi Ahmad Kamil, Ustaz Mohd Razali Jamil Al-Hafiz, YB Dr Mohammad Taslim dan Wakil Madrasah Tahfiz.

 Dato' PJ memulakan Majlis Khatam Al-Quran.



Majlis diteruskan dengan Majlis berbuka puasa, solat maghrib, Tazkirah oleh Ustaz Nasarudin Hasan Tantawi, Ketua Pemuda PAS Malaysia, solat isyak, tarawikh dan Ceramah Badar Qubra.
Majlis Ceramah diPengerusikan noleh Sdr Faizul Salleh, Ketua Pemuda PAS Muar/SU Pemuda PAS Negeri.
YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani, memulakan dengan ucapan alu-aluan selaku tuan rumah, dikuti dengan Sdr Suhaizan Kaiat Ketua Pemuda PAS Johor, Exco Pemuda Pusat, Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz (Tim. Ketua Pemuda PAS Malaysia) dan di akhiri dengan ucapan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasarudi.

YB Dr Mohammad, Sdr Suhaizan dan Ustaz Nasarudin Hasan Tantawi
di atas pentas.Ustaz Nik Abduh sedang berucap.

Ustaz Nasarudin memberi tazkirah selepas maghrib.

Ustaz Nasarudin bersama pelajar tahfiz


Pelajar-pelajar tahfiz bersama dalam Majlis Khatam Al-Quran.


Pengerusi Majlis, Sdr Faizul memulakan majlis.

Amanat Exco Pemuda PAS Malaysia

Ustaz Nik Abduh.




Ceramah Ustaz Nasarudin.

Self potrait YB Dr Mohammad di pentas.
Read More

JALUR GEMILANG TETAP BERKIBAR DI PEKAN PARIT BAKAR MUAR


JALUR GEMILANG KOYAK ?

BERITA HARIAN edisi Johor hari ini, Rabu 19 Januari 2011, menyiarkan berita tentang Jalur Gemilang yang dikibarkan di kawasan persendirian di Pekan Parit Bakar, Jalan Temenggong Ahmad, Muar.Tajuk berita berbunyi "Jalur Gemilang koyak jejaskan pemandangan".

Kawasan ini bersebelahan dengan Restoran JI dekat lampu isyarat Pekan Parit Bakar.Sejak sekian lama ia menjadi tempat Jalur Gemilang, bendera Negeri Johor dan bendera PAS dikibarkan.Di Pekan ini juga terletaknya Pusat Khidmat ADUN Maharani.


Jalur Gemilang tersebut telah berkhidmat sekian lama,berkibar bersama-sama bendera lain siang dan malam, panas dan hujan untuk menunjukkan bagaimana patriotiknya masyarakat di Pekan Parit Bakar khasnya.Pihak yang berkenaan menyedari Jalur Gemilang yang disanjung seluruh rakyat jelata telah dimamah usia.Bendera-bendera tersebut telah pun diganti dengan yang baru sebelum beritanya tersiar dalam Berita Harian hari ini.Terima kasih kepada ahli masyarakat yang perihatin. Marilah bersama-sama kibarkan Jalur Gemilang di kediaman masing-masing sebagai tanda kecintaan rakyat kepada tanah air Malaysia.


Diharapkan pihak yang berkenaan dapat memastikan Jalur Gemilang yang dikibarkan dalam DUN Maharani khususnya dipasang mengikut aturannya dan sentiasa diperbaharui jika rosak.


YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani, telah dihubungi oleh Pegawai Penguatkuasa Majlis Perbandaran Muar memaklumkan tentang berita yang tersiar dalam Berita Harian pagi ini.Beliau memberitahu pegawai tersebut bahawa bendera tersebut telah pun diganti baru sebelum berita itu tersiar lagi.Terima kasih petugas-petugas kami yang sentiasa perihatin dan bertanggungjawab.

Di bawah ini adalah gambar-gambar yang diambil hari ini, 19 Januari 2011 (tiada bendera yang koyak)


Jalur Gemilang berkibar megah di samping bendera PAS
di dataran Parit Bakar.

Jalur Gemilang, bendera Negeri Johor dan bendera PAS
berkibar bersama.









Dataran Parit Bakar meriah dengan kibaran bendera sepanjang masa.


Read More

PAS BUKAN PAK TURUT - DAP


Pas bukan pak turut


SENAI – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bentayan, Gwee Tong Hiang menyangkal parti Pas adalah sekadar menjadi sebuah parti pak turut tetapi bergerak atas nama Pakatan Rakyat (PR).

Menurutnya, mereka mempunyai perjuangan yang sama mempertahankan hak dan keadilan rakyat untuk dinikmati secara bersama yang turut disertai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP).

“Kepimpinan ketiga-tiga parti ini sentiasa bergerak bersama melalui sebuah keputusan yang dicapai melalui meja rundingan dan perbincangan yang dilakukan dari semasa ke semasa demi mencapai keputusan yang mantap.

“Di samping itu, barisan PR juga sentiasa berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dan keadaan ini berbeza dalam UMNO yang mana ada parti yang sebenarnya menjadi pak turut sebenarnya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Tong Hiang berkata, masing-masing mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat untuk memangkin serta memajukan parti sebagai usaha mengukuhkan dan mengeratkan hubungan antara satu sama lain.

Menurutnya, perkara ini jelas kelihatan ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Unda�ngan Negeri (DUN) Galas dan Parlimen Batu Sapi meskipun Pas tewas atas faktor tertentu dan kemenangan Barisan Nasional (BN) juga atas sebab tertentu.

“Walaupun Pas kalah bertanding dalam kedua-dua PRK itu, namun apa saya cuba tekankan di sini adalah semangat satu pasukan yang mana kami bertanding atas nama PR sebagai membantu antara satu sama lain.

“Ini menunjukkan bahawa para penyokong tidak semestinya menyokong calon Pas semata-mata tetapi turut menyokong perjuangan dalam PR demi menegakkan keadilan serta saling bekerjasama,” katanya.

Beliau menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini adalah tidak berasas dan tidak adil kerana individu tersebut berbeza aliran serta berada dalam platform berlainan dan tidak sepatutnya memberi komen demikian.

Terdahulu, Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahmad berkata, pada masa ini Pas walaupun mempunyai organisasi kukuh, jentera mantap, ahli teramai dan pengaruh peringkat umbi kuat berbanding parti pembangkang lain tetapi ia hanya sekadar menjadi pak turut.

Menurutnya, sepatutnya berdasarkan kepada kelebihan Pas itu, ia wajib menjadi dominan dalam pakatan pembangkang, sekali gus sebagai wadah alternatif Melayu Islam selain daripada UMNO.


sumber: http://www.sinarharian.com.my/johor/content/story8379647.asp
Sinarharian Isnin 8 Novembet 2010


Read More

SINAR HARIAN : WARGA EMAS TERIMA BANTUAN PAS Cawangan Bandar 'A'


Warga emas terima bantuan
(Sinarharian Selasa 31 Ogos 2010)

 Mohammad Taslim menyampaikan sumbangan kepada Habsah sempena
Kunjungan Ramadhan

PARIT KADHI – Seorang warga emas kurang upaya (OKU), Habsah Abd Rahim, 54, terpilih menerima sumbangan sempena bulan Ramadan ini daripada Pas Bandar A, Muar, di sini.

Habsah yang kini terpaksa menumpang kasih daripada ibunya yang juga ibu tunggal, Juriah Abd Majid, 71, selain menderita penyakit buah pinggang yang dialami sejak sekian lama.

Keluarga itu bergantung hidup dengan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan anaknya.

Ketua Cawangan Pas Bandar A Muar, Selamat Othman berkata, Program Ziarah Ramadan itu adalah acara tahunan yang diadakan setiap tahun pada bulan Ramadan.

Menurutnya, sebanyak 12 rumah terpilih menerusi kunjungan itu yang terdiri daripada golongan kurang berupaya dan miskin pada kali ini.

“Selebihnya, sumbangan ini akan disampaikan di Masjid  (SURAU)  Parit Kadhi sempena dengan majlis berbuka.

“Sumbangan yang diberikan dalam bentuk wang tunai dan barangan keperluan dapur,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, diharapkan dengan bantuan itu dapat meringankan kesusahan penerima dan membolehkan persiapan hari raya dilakukan dengan lebih meriah.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Maharani, Dr Mohamad Taslim.

sumber: http://www.sinarharian.com.my/johor/content/story8125023.asp


Cik Habsah menerima sumbangan daripada YB Dr Mohammad
dengan diiringi oleh Tn Hj Selamat (kiri) dan AJK PAS Cawangan Bandar 'A'






Read More

MERAIKAN KEMENANGAN PAS JOHOR






Meraikan Kemenangan ADUN Pas Johor
Tidak ada sesiapa yang menyangka Pas Johor mampu untuk menembusi kekebalan UMNO?BN Johor. Malah, kebanyakan pemerhati politik mengatakan UMNO Johor akan terus berkuasa.
Pada malam pengiraan undi, Penganalisis Politik Datuk Johan Jaafar dengan pendapat peribadinya mengatakan 'UMNO Johor tidak ada masalah untuk menyapu bersih semua sekali kerusi yang ditandingi'

.Namun, Allah lebih berkuasa berbanding penganalisis politik. Siaran pengiraan undi ditamatkan seawal jam 3 pagi. Penganalisis-penganalisis politik sudah tidak lagi memberi pendangan yang menyebelahi BN. Rata-rata sudah menukar rentak bicara.

Pas Johor diantara yang terkejut dan bersyukur dengan kurniaan tuhan ini. Hilang kerusi Senggarang, menang pula kerusi Maharani dan Sungai Abong. Hilang satu, dapat dua. Inilah yang dinamakan limpahan rezeki yang tidak disangka-sangka. Berkat kesabaran, kecekalan, amalan yang berterusan, sedikit demi sedikit hasil yang diperoleh akan tiba jua.

Sehubungan itu, Pas Johor akan mengadakan Majlis Jamuan meraikan kemenangan dan petugas PRU mulai jam 6 petang pada 15hb Mac 2008 di Dewan Jubli Intan, Muar. Tetamu yang dilaporkan akan hadir adalah Presiden Pas, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, ADUN Maharani, YB Dr Mohamad Taslim dan ADUN Sg.Abong, YB Dr Sheikh Ibrahim Sheikh Salleh.

0 comments

 
Read More