Memaparkan catatan dengan label NISA'. Papar semua catatan
NISA' MUAR : SANTAI BERSAMA YATT HAMZAH
Posted in: HI-TEA, NISA'SANTAI BERSAMA YATT DI MUAR TRADERS HOTEL
AHAD 20 MEI 2012
Nisa' Muar telah mengadakan Program Santai Bersama Yatt Hamzah di Muar Traders Hotel pada hari Ahad 20 Mei 2012 yang lalu. Program khusus untuk muslimat ini telah berlangsung dengan jayanya.
Majlis diisi dengan pertunjukan Busana Muslimat dan nasyid oleh pelajar PASTI.
Seramai 40 orang ibu tunggal dan mereka yang kurang kemampuan dijemput khas dana diraikan dengan persembahan tersebut serta diberi cenderamata.
Acara kemuncaknya ialah sesi temubual bersama Yatt yang menceritakan detik beliau berubah menjadi seorang muslimah yang mengamalkan Islam sepenuhnya.
Tetamu Kehormat terdiri daripada YB Dr Mohammad Taslim yang merasmikan majlis, YB Dr Sheikh Ibrahim Salleh (ADUN Sg Abong), Sdr Abu Bakar Ismail (Pengarah MTD Maharani) dan Tn Hj Malik Mohd Diah (Penyelaras PAR Sg Balang).
Anugerah istimewa Ibu Mithali disampaikan oleh Yatt.
Yatt dan puterinya bersama peminat.
Peraga Pakaian Busana Muslimah
Persembahan Nasyid oleh pelajar PASTI Ar Rahmah
Barisan model busana muslimah
Anggun....
Perasmian oleh YB Dr Mohammad Taslim,ADUN Maharani.
YB Dr Mohammad Taslim bersama YB Dr Sheikh Ibrahim Sallae dan ASdr Abu Bakar Ismail,
Santai........
Biodata Profil Yatt Hamzah
NAMA SEBENAR: Haryati Hamzah
NAMA KOMERSIAL: Yatt Hamzah
TARIKH LAHIR: 13 April 1980
TEMPAT LAHIR: Muar, Johor
STATUS: Berkahwin
SUAMI: Abdul Mutalib Abdul Shukor
ANAK: Suci Hanania Malika, lima bulan
PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda Kepujian Komunikasi Massa & Pengajian
Media.
KERJAYA: Model, pengacara dan pelakon.
ANTARA DRAMA: Nasi Lemak Kukus, Rencong, Kaber Hero Kaber Zero, Hidayah, Bella dan Ritma Kolej, Rendang Raya Mak Tijah, Slot lagenda Ular Emas
FILEM: Impak Maksima dan Kecoh Betul
Kepala Saya Melekat Di Sejadah – Yatt Hamzah
Pelakon
Yatt Hamzah terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada
sejadah ketika dia melakukan solat taubat baru-baru ini. Dalam sujud
yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan
aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat.
“Yatt menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang diterima wanita tidak menutup aurat.”
Sebelum
itu dia bersama rakan menghadiri usrah pada 5 April lalu. Usrah itu
berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering mangabaikan solat
selain mendedahkan aurat semata-mata mengejar glamour sebagai artis
popular.
“Setiba di rumah pada petang itu Yatt terus buat solat taubat.”
Peliknya,
kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat
diangkat. Mau tak mau, kata Yatt lagi, dia terus sujud memohon keampunan
Allah sambil menangis.
Dalam
sujud yang panjang itulah Yatt nampak jelas wanita yang mendedahkan
aurat diseksa Allah di neraka. Tangisan Yatt makin kuat melihat gambaran
neraka yang amat mengerikan itu.
“Yatt nampak semua wanita itu digantung rambutnya pada api neraka.”
“Semua wanita itu meraung minta Allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan memakai tudung.”
Malam itu kata Yatt dia tertidur di atas sejadah yang dibaluti telekung hingga ke subuh.
http://www.manakedai.net/2012/05/kepala-saya-melekat-di-sejadah-yatt.html
Yatt menyampaikan Anugerah Ibu Mithali Nisa' Muar.
Ibu Mithali diraikan.
Cenderamata untuk Yatt disampaikan oleh
Puan Fatimah Ismail, Ketua Dewan Muslimat PAS Muar.
Urusetia.
Kisah Yatt: http://ohrojak.blogspot.com/2012/04/lagi-artis-berhijrah-kerana-takut-azab.html
NISA' MUAR EXPLORE NATURE
Posted in: NISA'
NISA' MUAR EXPLORE NATURE DI PANTAI PARIT PENYENGAT MUAR
Nisa' Muar di bawah kepimpinan Puan Hjh Asma' Abu Bakar melanhkah kehadapan dengan mengadakan Program Explore Nature di Pantai Parit Penyengat Muar pada pagi Ahad 22 Mei 2011.Program ini adalah sebahagian daripada misi Nisa' untuk melahirkan generasi yang mengagungkan agama, mencintai ilmu dan berakhlak mulia.Berbagai aktiviti diadakan sepanjang pagi itu hingga tengahari.
Menurut Pengarah Program Nisa' Explore Nature, Cik Kamilah Muhammad, lebih 80 orang peserta mengambil bahagian dalam program pagi itu. Mereka terdiri daripada remaja dalam DUN Maharani dan DUN Sungai Balang.Program ini diharap dapat mengeratkan ikatan silaturrahim di antara mereka sambil mendidik mereka menjadi pemimpin masyarakat yang bertakwa.Banyak lagi program sedang diatur untuk remaja ini pada masa yang terdekat.Belaiu mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan yang diberi dan juga kepada penyumbang, petugas dan penderma.
YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani, dijemput khas untuk bersama mereka dan merasmikan program ini. Turut hadir Tuan Haji Malik Mohd Diah, Penyelia Pusat Khidmat DUN Sungai Balang merangkap Timbalan YDP PAS Muar.
Read More
Nisa' Muar di bawah kepimpinan Puan Hjh Asma' Abu Bakar melanhkah kehadapan dengan mengadakan Program Explore Nature di Pantai Parit Penyengat Muar pada pagi Ahad 22 Mei 2011.Program ini adalah sebahagian daripada misi Nisa' untuk melahirkan generasi yang mengagungkan agama, mencintai ilmu dan berakhlak mulia.Berbagai aktiviti diadakan sepanjang pagi itu hingga tengahari.
Menurut Pengarah Program Nisa' Explore Nature, Cik Kamilah Muhammad, lebih 80 orang peserta mengambil bahagian dalam program pagi itu. Mereka terdiri daripada remaja dalam DUN Maharani dan DUN Sungai Balang.Program ini diharap dapat mengeratkan ikatan silaturrahim di antara mereka sambil mendidik mereka menjadi pemimpin masyarakat yang bertakwa.Banyak lagi program sedang diatur untuk remaja ini pada masa yang terdekat.Belaiu mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan yang diberi dan juga kepada penyumbang, petugas dan penderma.
YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani, dijemput khas untuk bersama mereka dan merasmikan program ini. Turut hadir Tuan Haji Malik Mohd Diah, Penyelia Pusat Khidmat DUN Sungai Balang merangkap Timbalan YDP PAS Muar.
YB Dr Mohammad bersama Pengarah dan Fasilitator Program.
Peserta-peserta mengabadikan kenangan Program Nisa' Explore Nature.
Doa dimulakan mengiringi Majlis Penutup.
Amanat daripada YB Dr Mohammad.
Di antara peserta - peserta Program.
Menyanyi Lagu Tema ' Semarak Perjuangan '
Hadiah istimewa untuk Si Cilik
Pemenang Cabutan Bertuah.
Hadiah untuk Kumpulan yang berjaya.
Tahniah ! Sungguh bersemangat wakil kumpulan ini.
NISA' MUAR HI-TEA 2010
Posted in: NISA'NISA' MUAR telah berjaya menganjurkan program " NISA' Muar Hi-Tea 2010 " pada hari Ahad 12 Disember 2010, jam 2.00 hingga 5.00 petang bertempat di Muar Traders Hotel.Lebih 200 orang muslimat dan jemputan hadir pada petang tersebut.
Nisa' Hi-Tea 2010 merupakan program yang julung-julung kali diadakan serta dianjurkan oleh Jawatankuasa Nisa' Kawasan Muar.Program ini juga merupakan salah satu cara untuk merapatkan jalinan silaturrahim ahli-ahli Nisa' dan juga masyarakat sekitar.Selain itu, program ini diharapkan dapat memperkenalkan Nisa' kepada umum.
Di antara tetamu yang hadir ialah YB Dr Mohammad Taslim (ADUN Maharani) dan isteri (Puan Hjh Rubiah Raffee), Ustaz Ustaz Abu Bakar Lajat (Yang Dipertua PAS Muar), Tuan Hj Malik Md Diah (Penyelaras Pusat Aduan Rakyat DUN Sg Balang), Sdr Yatin Sarpan (Ketua Cabang PKR Muar), Puan Fatimah Ismail (Ketua Dewan Muslimat PAS Muar), Ketua Wanita PKR Muar, Wakil Wanita DAP dan wakil-wakil NGO.
Majlis telah dirasmikan oleh YB Dr Mohammad Taslim,ADUN Maharani.Beliau sangat menghargai sambil mengucapkan syabas dan tahniah di atas kejayaan Nisa' Muar menganjurkan program ini.Ia bukan sahaja memberi peluang kepada ahli-ahli Nisa' menampilkan diri dalam dunia peragaan muslimah tetapi juga turut mempromosikan Butik Busana Muslimah yang mula berkembang maju dalam daerah Muar khususnya.Ini dapat dilihat dengan kerjasama dan sumbangan mereka menjayakan program ini.Beliau mencadangkan agar Nisa' juga mengeluarkan produk (brand) barangan keperluan muslimah sendiri.
Majlis diserikan dengan Nasyid Multimedia,Peragaan Busana Muslimah,Tayangan Multimedia dan cabutan bertuah.Busana Muslimah yang diperagakan oleh ahli-ahli dan anak-anak Nisa' mendapat sambutan hebat daripada peserta Hi-Tea. Busana tersebut adalah sumbangan beberapa buah butik Busana Muslimah di sekitar bandar Muar.
YB Dr Mohammad bersama isteri, tetamu, AJK Nisa, Peraga Busana Muslimah.
YB Dr Mohammad bersama tetamu - Sdr Abdul Razak,Sdr Yatin dan AJK Dun Maharani
di meja VIP
Pengarah Nisa' Muar bersama tetamu muslimat.
Para peserta memenuhi meja yang disediakan.
Wakil Wanita DAP tidak ketinggalan.
YB Dr Mohammad menyampaikan ucapan perasmian.
Hadiah untuk pemenang cabutan bertuah.
Model-model Muslimah anggun berbaris di pentas.
Senyuman puas, tugas terlaksana.
Lihat.....busana perenang muslimah pun ada !
Bakal juara pertandingan renag.......
Menurut Pengarah Nisa' Muar, Puan Hjh Asmq' bt Abu Bakar, Nisa' adalah kelab remaja dan wanita berumur 15 - 40 tahun.Mereka berhasrat untuk melahirkan generasi yang mengagungkan agama, mencintai ilmu dan berakhlak mulia melalui program yang dirancang, menjurus kepada pembinaan dan pembangunan modal insan.Slogan mereka ialah "Penghubung Generasi Muda @ Connecting Youth" Slogan ini menggambarkan kesungguhan NISA' untuk menyatukan generasi muda melalui pendekatan bersepadu dalam usaha meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat.
Pengarah Program Hi-Tea, Puan Norhayati Sulaiman ketika ditemui selepas program tersebut melahirkan rasa bersyukur kerana Program ini telah mencapai matlamatnya.Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat termasuk pengusaha Butik Muslimah yang mengambil bahagian dan pihak Muar Traders Hotel yang menyediakan kemudahan tempat dan juga jamuan.
Selepas tamat Program peserta berpusu-pusu menziarahi gerai pameran yang menjual busana Muslimah di ruang legar di luar dewan.
nota: berita di atas tersiar dalam akhbar Sinar Harian.
nota: berita di atas tersiar dalam akhbar Sinar Harian.
KEMBARA UKHUWAH NISA' MUAR
Posted in: NISA'TENTANG NISA'
Kebajikan. Kemanusiaan. Kemasyarakatan.
NISA’ berhasrat untuk menjalin hubungan akrab dengan pelbagai pihak seperti kementerian, agensi kerajaan, media serta NGO dalam usaha NISA’ untuk berkhidmat kepada masyarakat.
MISI NISA'
NISA' berhasrat melahirkan generasi yang mengagungkan agama, mencintai ilmu & berakhlak mulia.
Misi NISA' ini akan tercapai melalui program-program yang dirancang dengan teliti, disemai dengan kasih sayang, dan disampaikan dengan penuh keikhlasan.
KEAHLIAN NISA'
Wanita berusia 15 - 40 tahun
LOGO DAN SLOGAN NISA'
Slogan NISA' ialah "Penghubung Generasi Muda" atau "Connecting Youth", menggambarkan kesungguhan NISA' untuk menyatukan generasi muda melalui pendekatan bersepadu dalam usaha meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat.
Huruf "N" pada logo bukan sahaja melambangkan nama NISA', malahan ia membawa maksud "New" ataupun "Baru" dari sudut pendekatan dan idea baru untuk generasi muda.
Warna kelabu menggambarkan impian NISA' untuk menjadi sebuah organisasi profesional bagi golongan muda yang terbilang.
Warna ungu pula mewakili imej baru NISA' yang ceria, segar, serta 'loving and caring' terhadap generasi muda.
Latar belakang yang berbentuk bulatan menggambarkan matlamat NISA' yang ingin meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat.
sumber: http://www.webnisa.net/about.php
NISA' MUAR melangkah kehadapan dalam usaha untuk menjadi PENGHUBUNG GENERASI MUDA dengan megadakan Program "Kembara Ukhuwah" dari 22 -23 Mei 2010.Ia melibatkan dua buah DUN dalam daerah Muar iaitu DUN Maharani dan DUN Sungai Balang.Bebagai-bagai pengisian khusus untuk remaja disediakan.Selain pengisian kerohanian mereka didedahkan dengan aktiviti kemasyarakatan seperti memberi bantuan kepada ibu tunggal,fakir miskin dan orang kurang upaya.Mereka juga berjumpa masyarakat di Wetex Parade dengan menyebar risalah sambil berdakwah.
Malam hari Sabtu 22 Mei 2010 mereka solat maghrib dan isyak di Masjid Sultan Ibrahim Muar.Selepas itu mereka mengunjungi YB Dr Mohammad Taslim,ADUN Maharani, di rumahnya di Taman Bunga Raya Jalan Temenggong Ahmad Muar.Turut serta dalam rombongan ini ialah Sdr Malik Md Diah,Naib YDP PAS Muar merangkap Pengerusi Lajnah Tarbiyah PAS Muar.
YB Dr Mohammad mengalu-alukan remaja NISA' di kediamannya.
Gambar kenang-kenangan bersama NISA'
Remaja berilmu pejuang Islam
Terima kasih NISA' kerana sudi mampir dan bertaaruf bersama YB Dr Mohammad
NISA' hebat.....
Muslimin turut meraikan NISA'.Sdr Malik Md Diah di tengah-tengah
Sesi dialog bermula.Puteri Nisa' mempengerusikan Majlis.
Sdr Malik Md Diah bekas calun PAS DUN Sg Balang
menjadi ahli Panel Majlis Dialog
Pakar Motivasi,Puan Norhayati Bachok (Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Johor
dan Muar) turut memimpin NISA'
Puan Norhayati menyampaikan cenderamata kepada Sdr Malik
Cenderamata untuk YB Dr Mohammad
Program wajib...jamuan.Puan Rubiah (isteri YB Dr Mohammad)
sebok melayan tetamu.
Adun Anda
Y.B. DR. MOHAMMAD BIN TASLIM
ADUN MAHARANI ( PAS )















