Memaparkan catatan dengan label MASALAH RAKYAT. Papar semua catatan
LAWATAN KE TEMPAT PELUPUSAN SAMPAH DI LORONG OSMAN , JALAN JUNID, MUAR
Posted in: MASALAH RAKYAT
Masalah Pelupusan Sampah di Lorong Hj Osman
Penduduk di sekitar Lorong Hj Osman, Jalan Junid, Muar telah beberapa kali memaklumkan kepada Majlis Perbandaran Muar tentang masaalah tempat pembuangan sampah di kawasan mereka dan juga beberapa masaalah lain. Perkara ini telah pun diambil tindakan oleh YB Dr Mohammad Taslim selaku ADUN Maharani dalam lawatan beliau terdahulu dengan melaporkan kepada MPM.Berita ini telah pun disiarkan oleh akhbar Sinar Harian. Malangnya belum ada tindakan positif diambil.
Petang ini, Jumaat 6 Januari 2012, YB Dr Mohammad bersama YB Gwee Tong Hiang , ADUN Bentayan, melawat tapak tersebut bersama penduduk tempatan dan wartawan-wartan akhbar Cina. Di antara masalah yang mereka hadapi ialah:
1. Tempat melupuskan sampah oleh MPM di hujung Lorong Hj Osman ini kotor. Ia menjadi sarang babi hutan, biawak dan monyet mencari makan. Apabila sampah tersebut dibakar, asap dan habok mengganggu kesihatan penduduk dan menyebabkan penyakit. Mereka mohon supaya pembuangan sampah di sini dihentikan,
2. Lorong Hj Osman rosak teruk kerana lori berat melaluinya setiap hari unuk membuang sampah.Jalan menjadi lecak. Mereka terpaksa menabur kasaran sendiri di tempat yang rosak,
3. Lorong Hj Osman ini asalnya jalan awam yang boleh dilalui dan laluan jogging hingga ke Tanjong Ketapang.Sejak laluan digunakan untuk membuang sampah ia terbiar dan jalan tar ini sudah dipenuhi rumput.Mereka minta jalan ini dibaikpulih untuk kegunaan awam,
4. Jalan ini juga perlu ditambah lampu jalan untuk keselamatan,
5. Kawasan di Lorong Hj Osman ini adalah kawasan banjir. Ia dinaikki air setiap kali air pasang besar atau hujan lebat.Penyelesaiannya ialah dengan menggantikan jambatan di hujung jalan ini dengan kalvert yang lebih besar supaya air mudah surut apabila banjir, Mereka difahamkan peruntukan telah dip[ohon tetapi belum ada tanda-tanda ia akan dilaksanakan,
Kawasan ini kawasan persendirian, bergeran. Mereka mohon supaya masalah yang sudah bertahun-tahun ini dapat diselesaikan segera.ADUN Maharani dan ADUN Bentayan akan membawa perkara ini kepada pihak yang berkenan untuk tindakan segera.
Read More
YB Dr Mohammad dan YB Gwee menerangkan sesuatu kepada wartawan.

Tapak Pelupusan Sampah - Asap berkepul-kepul mencemarkan alam sekitar.
1. Tempat melupuskan sampah oleh MPM di hujung Lorong Hj Osman ini kotor. Ia menjadi sarang babi hutan, biawak dan monyet mencari makan. Apabila sampah tersebut dibakar, asap dan habok mengganggu kesihatan penduduk dan menyebabkan penyakit. Mereka mohon supaya pembuangan sampah di sini dihentikan,
Sang biawak mencari makan - plastik jadi habuan !
Monyet makan tebu di atas bumbung,
sambil menonton Astro?
2. Lorong Hj Osman rosak teruk kerana lori berat melaluinya setiap hari unuk membuang sampah.Jalan menjadi lecak. Mereka terpaksa menabur kasaran sendiri di tempat yang rosak,
Jalan rosak, penduduk bergotong royong tabur kasaran.
3. Lorong Hj Osman ini asalnya jalan awam yang boleh dilalui dan laluan jogging hingga ke Tanjong Ketapang.Sejak laluan digunakan untuk membuang sampah ia terbiar dan jalan tar ini sudah dipenuhi rumput.Mereka minta jalan ini dibaikpulih untuk kegunaan awam,
Jalan bertar ini sudah tidak diselenggara.
Dahulunya laluan jogging hingga ke Tanjung Ketapang.
Dahulunya laluan jogging hingga ke Tanjung Ketapang.
4. Jalan ini juga perlu ditambah lampu jalan untuk keselamatan,
5. Kawasan di Lorong Hj Osman ini adalah kawasan banjir. Ia dinaikki air setiap kali air pasang besar atau hujan lebat.Penyelesaiannya ialah dengan menggantikan jambatan di hujung jalan ini dengan kalvert yang lebih besar supaya air mudah surut apabila banjir, Mereka difahamkan peruntukan telah dip[ohon tetapi belum ada tanda-tanda ia akan dilaksanakan,
Laluan air ke laut - calvert di bawah jambatan ini perlu diganti
dengan yang lebih besar.
Parit di tepi lorong Hj Osman
Kawasan ini kawasan persendirian, bergeran. Mereka mohon supaya masalah yang sudah bertahun-tahun ini dapat diselesaikan segera.ADUN Maharani dan ADUN Bentayan akan membawa perkara ini kepada pihak yang berkenan untuk tindakan segera.
TEBING RUNTUH DI PARIT KEROMA MUAR
Posted in: gotong royong.kebajikan, MASALAH RAKYAT
YB Dr Mohammad Taslim,ADUN Maharani,telah dihubungi oleh Puan Lim yang datang ke Klinik beliau di Jalan Sayang Muar pada petang Khamis 14 Mei 2010 yang lalu mengadu bahawa tebing parit di hadapan rumah beliau runtuh dua hari yang lalu akibat hujan lebat.Rumah beliau terletak di Lot 3999,Kampong Parit Keroma Jalan Temenggong Ahmad Muar,bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaab Parit Keroma.
Keesokan harinya pada pagi Jumaat jam 9.00 pagi YB Dr Mohammad dengan diiringi oleh Sdr Hamidun Omar,Pegawai Tadbir DUN Maharani dan Sdr Lokman Mahmud,Setiausaha PAS Cawangan Parit Keroma telah menziarahi Puan Lim untuk menimnjau keadaan tempat kejadiaan.Kami disambut oleh ibu Puan Lim dan adiknya.
Inilah keadaan tebing yang runtuh betul-betul di hadapan pintu pagar masuk ke rumah mereka.Memang membahayakan.Tanah di sini bercampur gambut dan liat.

Tebing yang runtuh jelas kelihatan
Bersama -sama saudara lelaki Puan Lim yang bergegas datang
apabila diberitahu tentang kedatangan kami.Beliau berniaga kedai runcit
di simpang Parit Sakai Jalan Temenggong Ahmad Muar.
YB Dr Mohammad telah segera menghubungi En. Nazri Abdul Rahman,jurutera MPM pagi itu juga.Beliau berjanji akan datang menyiasat dan menyelesaikan masalah ini.Kita tunggu perkembangan selanjutnya........
Selesai satu tugasan di pagi Jumaat yang mulia.YB Dr Mohammad dan rombongan berhenti sebentar mengeteh di Warong di hadapan Muarlite Parit Keroma sebelum beliau meneruskan tugas di Klinik Mohammad'
UPDATE 19 Mei 2010:
Ketika dihubungi pagi ini En .Nazri mengesahkan telah melawat tempat kejadian dan telah mengarahkan juruteknik MPM untuk menjalankan tindakan selanjutnya.
SABAR ye...tunggu berita selepas ini....

ADUAN RAKYAT - MASALAH NELAYAN PARIT PERUPOK DI DUN MAHARANI
Posted in: JETI, MASALAH RAKYAT, nelayanParit Perupuk Laut, Rabu 3 Mac 2010
YB Dr. Mohammad Taslim bersama AJK DUN Maharani telah menemui nelayan-nelayan di Parit Perupok Laut, Jalan Jonid, Muar. Nelayan-nelayan tersebut melalui Persatuan Nelayan telah mengadu di Pusat Khidmat ADUN Maharani, Parit Bakar,Muar berkaitan peparitan di Jeti mereka. Parit laluan mereka ke laut terlalu sempit, cetek dan di kiri kanan parit ditumbuhi pokok-pokok. Masalah ini telah diajukan kepada pihak yang bertanggungjawab beberapa tahun yang lalu tetapi sehingga sekarang tidak ada tindakan. Sekiranya mereka ini berlarutan ini akan menjejaskan pendapatan para nelayan.YB Dr Mohammad telah mengajukan masalah ini kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Muar untuk tindakan lanjut.

Pada hari Rabu 3 Mac 2010 jam 10.45 pagi YB Dr Mohammad telah turun padang bersama rakyat untuk meninjau masalah yang dihadapi oleh nelayan tersebut.Turut hadir wakil Juruterta JPS Daerah Muar dan wartawan akhbar Cina (Sin Chew Jit Poh, Nanyang Siang Pau, China Press dan Oriental Daily News). Mereka mendengar permasalah nelayan serta keluhan mereka.
YB Dr Mohammad, para tetamu dan wartawan telah dibawa menaiki bot nelayan untuk melihat sendiri masalah yang dihadapi oleh para nelayan di situ. Pihak JPS berjanji akan membawa masalah kepada pihak yang berkenaan kerana kawasan ini juga di bawah kelolaan Majlis Perbandaran Muar.Masalah di jangka dan diharap dapat diselesaikan dalam tahun ini juga.
Di antara permohonan nelayan tersebut ialah:
1. Mendalam dan melebarkan parit laluan mereka ke Selat Melaka,
2. Menebang pokok-pokok yang menutupi tebing parit,
3. Mendirikan pondok yang berlampu di jeti,
4. Menaiktaraf jalan di tepi parit menghala ke laut,
5. Memasang lampu jalan dan lampu isyarat supaya mudah mereka kembali ke jeti ketika keluar waktu malam atau awal pagi.

Perahu tersadai di atas lumpur menunggu air pasang
baru nelayan dapat turun ke laut.Ini merugikan masa mereka.
Cetek...sempit...semak....inilah laluan nelayan ke laut.
Nak ke laut? Perahu pu tak boleh lalu....
Perhatikan betapa ceteknya parit semasa air surut.
Perahu/bot nelayan terpaksa menunggu air penuh baru boleh ke laut.
Ini merugikan masa dan menjejaskan tangkapan mereka.

YB Dr Mohammad bersama AJK DUN Maharani,
En.Adam Ketua Persatuan Nelayan
dan wakil Jurutera JPS Muar
YB Dr Mohammad dan Wakil Jurutera JPS di temuramah wartawan
YB menyerahkan salinan surat aduan kepada JPS .
diperhatikan oleh (kiri) En. Mohamad Husein,Ketua Kampong Sri Jong
dan (kanan) Sdr Abd Razak.
En Adam menerima salinan surat aduan dpd YB Dr Mohammad
Serius nampaknya YB berbincang dengan wakil JPS
Jom ke laut !!!!
Wartawan turut turun ke laut untuk membuat tinjauan
Pengalaman yang tidak boleh dilupakan,ke laut bersama nelayan
YB dan AJKnya bergambar bersama Ketua nelayan.
Dari kiri Sdr Lokman,Sdr Abu Bakar,En Adam,YB dan Sdr Rozi
Sedikit sumbangan kepada En. Adam yang mewakili nelayan
Berita di atas tersiar dalam semua akhbar perdana berbahasa Cina edisi Johor
keesokan harinya.
Adun Anda
Y.B. DR. MOHAMMAD BIN TASLIM
ADUN MAHARANI ( PAS )