Memaparkan catatan dengan label JUDI. Papar semua catatan
HASIL ARAK NEGERI JOHOR DAN HASIL JUDI NEGARA
Posted in: hasil judi, JUDI
SOALAN LISAN YB DR MOHAMMAD TASLIM (MAHARANI) DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI JUMAAT , 19 NOVEMBER 2010 :
JAWAPAN YAB DATO' MENTERI BESAR
Lesen minuman keras dikutip oleh Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia (KDRM), Negeri Johor adalah berjumlah RM978,236.26 bagi tempoh 1 Januari 2010 hingga 2 November 2010. Ia menjadi hasil Kerajaan Negeri. Wang hasil tersebut dibelanjakan bagi tujuan pembangunan melibatkan rakyat bukan Islam.
Bilangan syarikat yang diberi kelulusan berkaitannya oleh Pegawai Pelesen menurut Akta Eksais 1976 adalah berjumlah 1,259 buah syarikat di mana pecahanya mengikut daerah adalah seperti berikut:
Kerajaan Negeri mengeluarkan lesen bukanlah untuk menghalalkan minuman keras, tetapi bertujuan untuk mentadbir serta mengawal penjualan minuman keras. Kutipan yang dibuat adalah merupakan caj kawalan (service charge) kepada syarikat yang menjual minuman keras.
Sekiranya tidak dikawal, penyalahgunaan di kalangan orang-orang Islam dikhuatiri akan berlaku dan penjualan secara haram akan berleluasa. Dengan itu, Kerajaan Negeri bukan mengutamakan hasil yang dipungut, tetapi sbaliknya lebih kepada kawalan ke atas jualan minuman keras di tempat-tempat awam dan kutipan yang dibuat adalah lebih kepada caj kawalan (service charge) atas perkhidmatan tersebut.
Hasil judi pula tidak dikutip oleh Kerajaan Negeri atas faktor lesen judi adalah di bawah kelulusan Kmenterian Kewangan malaysia dan merupakan hasil Kerajaan Persekutuan.
JAWAPAN BERTULIS:
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah hasil yang disumbangkan oleh sektor perjudian kepada negara dari tahun 2000 hingga 30 September 2010 adalah seperti berikut:
2. Untuk makluman Yang Berhormat selanjutnya, kesemua hasil perjudian tersebut dimasukkan sebagai hasil ke dalam Kumpulan Wang Disatukan. Hasil dalam Kumpulan Wang Disatukan ini digunakan sebagai sumber perbelanjaan mengurus dan membangun Negara tanpa disasar kepada sesetengah golongan sahaja.
Read More
Berapakah jumlah hasil judi dan arak yang diperolehi Kerajaan Negeri Johor bagi tahun 2010, dimanakah wang tersebut disimpan dan dibelanjakan serta namakan syarikat-syarikat yang terlibat?
JAWAPAN YAB DATO' MENTERI BESAR
Lesen minuman keras dikutip oleh Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia (KDRM), Negeri Johor adalah berjumlah RM978,236.26 bagi tempoh 1 Januari 2010 hingga 2 November 2010. Ia menjadi hasil Kerajaan Negeri. Wang hasil tersebut dibelanjakan bagi tujuan pembangunan melibatkan rakyat bukan Islam.
Bilangan syarikat yang diberi kelulusan berkaitannya oleh Pegawai Pelesen menurut Akta Eksais 1976 adalah berjumlah 1,259 buah syarikat di mana pecahanya mengikut daerah adalah seperti berikut:
DAERAH | BIL | |
a. | Johor Bahru | 612 |
b. | Kulaijaya | 68 |
c. | Muar | 110 |
d. | Ledang | 23 |
e. | Batu Pahat | 107 |
f. | Pontian | 25 |
g. | Segamat | 83 |
h. | Kluang | 97 |
i. | Kota Tinggi | 120 |
j. | Mersing | 14 |
JUMLAH | 1.259 |
Kerajaan Negeri mengeluarkan lesen bukanlah untuk menghalalkan minuman keras, tetapi bertujuan untuk mentadbir serta mengawal penjualan minuman keras. Kutipan yang dibuat adalah merupakan caj kawalan (service charge) kepada syarikat yang menjual minuman keras.
Sekiranya tidak dikawal, penyalahgunaan di kalangan orang-orang Islam dikhuatiri akan berlaku dan penjualan secara haram akan berleluasa. Dengan itu, Kerajaan Negeri bukan mengutamakan hasil yang dipungut, tetapi sbaliknya lebih kepada kawalan ke atas jualan minuman keras di tempat-tempat awam dan kutipan yang dibuat adalah lebih kepada caj kawalan (service charge) atas perkhidmatan tersebut.
Hasil judi pula tidak dikutip oleh Kerajaan Negeri atas faktor lesen judi adalah di bawah kelulusan Kmenterian Kewangan malaysia dan merupakan hasil Kerajaan Persekutuan.
Hasil Judi Negara mulai tahun 2000 hingga September 2010
Puan Siti Zailah Binti Mohd. Yusuff (Rantau Panjang) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah pendapatan negara sejak tahun 2000 hingga tahun 2010 dari sumber pendapatan dari hasil lesen judi yang dikeluarkan dan jumlah perbelanjaan terperinci yang telah digunakan dari hasil pendapatan lesen judi tersebut.JAWAPAN BERTULIS:
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah hasil yang disumbangkan oleh sektor perjudian kepada negara dari tahun 2000 hingga 30 September 2010 adalah seperti berikut:
Tahun | Jumlah (RM) |
2000 | 1,958,380,415.89 |
2001 | 1,972,252,986.48 |
2002 | 1,922,115,807.36 |
2003 | 1,797,401,240.15 |
2004 | 1,849,176,119.10 |
2005 | 1,984,615,754.74 |
2006 | 2,266,814,152.52 |
2007 | 2,416,963,021.54 |
2008 | 2,561,892,892.66 |
2009 | 2,606,378,658.57 |
Sehingga 20 September 2010 | 1,952,406,090.08 |
2. Untuk makluman Yang Berhormat selanjutnya, kesemua hasil perjudian tersebut dimasukkan sebagai hasil ke dalam Kumpulan Wang Disatukan. Hasil dalam Kumpulan Wang Disatukan ini digunakan sebagai sumber perbelanjaan mengurus dan membangun Negara tanpa disasar kepada sesetengah golongan sahaja.
Adun Anda
Y.B. DR. MOHAMMAD BIN TASLIM
ADUN MAHARANI ( PAS )
