Memaparkan catatan dengan label DEWAN HIMPUNAN PENYOKONG PAS. Papar semua catatan

HIMPUNAN AMAN PALESTIN......KAMI BERSAMAMU DI MUAR




Gandingan NGO dan parti-parti politik di Muar bersatu hati untuk sama-sama memperjuangkan nasib rakyat Palestine yang tertindas sekian lama.Atas dasar keperhatinan ini,tanpa batas bangsa,agama,pertubuhan atau parti politik mereka akan mengadakan HIMPUNAN AMAN PALESTIN di pekarangan Masjid Jamek Sultan Ibrahim Muar pada hari Jumaat 18 Jun 2010 selepas solat Jumaat.

Seluruh rakyat di alu-alukan  bersama-sama menyatakan sokongan kepada rakyat Palestine dan menentang regim Zionis.
___________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________

Pada Hari Jumaat 4 Jun 2010,gabungan NGO dan Parti Politik di Muar telah mengadakan sebaran risalah menyokong Palestin (bukan demonstrasi) di beberapa buah masjid dalam daerah Muar.Demonstrasi menentang   keganasan Israel telah diputuskan untuk diadakan pada hari Jumaat 18 Jun 2010.Perjuangan untuk rakyat Palestin adalah perjuangan sepanjang hayat........ bukan bermusim dan sentiasa releven sehingga hak mereka dikembalikan.

Di bawah ini adalah gambar-gambar ketika program sebar risalah oleh ahli-ahli JIM di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Muar yang dipetik dari pulakdah.blogspot.com.(Laporan dalam blog ini sedikit mengelirukan)









 SUMBER : http://pulakdah.blogspot.com/2010/06/







Read More

PELANCARAN DEWAN HIMPUNAN PENYOKONG PAS


UPDATE 11.5.10 @ 7.17pm : Klik \

Saturday, May 1, 2010
Presiden PAS lancar Dewan Himpunan Penyokong PAS
Ditulis oleh Harakah   
TUESDAY, 11 Mei 2010 06:41

KUALA LUMPUR, 11 Mei - Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan merasmikan pelancaran Dewan Himpunan Penyokong PAS, 23 Mei ini di Pejabat Tanah Klang.
Dewan Himpunan Penyokong PAS yang mempunyai keahlian seramai 20, 000 orang merupakan pengukuhan Kelab Penyokong PAS yang ditubuhkan sejak tahun 2005.

Menurut Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional, Dr. Mujahid Yusuf, dengan pengukuhan tersebut, ahli-ahli sayap PAS itu boleh menyertai Muktamar PAS dan mengikuti muktamar di peringkat negeri.
Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, selain Presiden PAS, pimpinan PAS yang lain turut dijemput menyertai majlis bersejarah itu.
"Pelancaran Dewan Himpunan PAS ini akan mencipta sejarah dalam PAS bagi membuktikan PAS kini semakin mendapat sokongan bukan ISlam. Dengan pelancaran tersebut juga, ahli Kelab Penyokong PAS secara langsung akan menjadi sebahagian sayap PAS," katanya.
Mujahid berkata, majlis tersebut juga akan diserikan dengan persembahan pelbagai kaum.

Dalam perkembangan berkaitan, Mujahid meminta setiap Pesuruhjaya PAS Negeri memastikan negeri menghantar wakilnya bagi menjayakan majlis yang gilang gemilang itu.

 UPDATE : 10.05.2010 @ 3.20pm

PETA TUNJUK ARAH KELOKASI DEWAN SERBAGUNA MAJLIS DAERAH KLANG, JALAN KOTA RAJA, 41902 KLANG, SELANGOR D.E
Keterangan lanjut : 013-3610603 (AJK Panitia)


sumber: http://p111kotaraja.blogspot.com/2010/05/23-mei-2010-tarikh-keramat-pelancaran.html
Read More