Memaparkan catatan dengan label .ramadhan . sumbangan. Papar semua catatan
SUMBANGAN RAMADHAN PKR DAN PAS MUAR
Posted in: .ramadhan . sumbangan
KESERASIAN DAN KERJASAMA PAKATAN RAKYAT TERSERLAH LAGI.
Pakatan Rakyat Muar tidak ketinggalan berterusan membantu rakyat mengikut kemampuan dengan hasrat untuk merialisasikan MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN. Bulan Ramadhan merupakan bulan terbaik untukkami meneruskan usaha murni membantu meringankan beban rakyat..Setelah menziarahi rakyat di kawasan luar bandar kali ini kami turun ke kawasan bandar di Lorong Penambang, Jalan Khalidi Muar.untuk menyampaikan bantuan.
Kami menziarahi Tuan Haji Ibrahim di Lorong Penambang, tidak jauh dari Bulatan Sulaiman di hadapan Wetex Parade,pusat belibelah yang terhebat di Muar. Warga emas ini , seorang bekas bilal surau mengalami kecederan patah tulang peha dan juga angin ahmar. Beliau bergerak menggunakan kerusi roda tetapi nkerusi roda beliau sudah terlalu uzur, minta diganti. Keluarga beliau mengadu hal kepada YB Dr Mohammad yang kebetulan sedang mengaagihkan sumbangan Ramadhan. Sdr Hizwan Ahmad, penyelaras PKR Parlimen Muar pula sedang mencari seorang penerima kerusi roda. Memang rezeki Tn Hj Ibrahim agaknya.
Pada petang Rabu, 25 Ogos 2911 Sdr Hizwan dengan diiringi oleh YB Dr Mohammad Taslim dan AJK PAS dan PKR serta wartawan Sinar harian telah menziarahi untuk menyerahkan kerusi roda tersebut.
Read More

Suasana panas di luar, mencari tempat teduh....
YB Dr Mohammad bersama Sdr Hizwan dan Tn Hj Ibrahim.
Terharu dan gembira....Tn Hj Ibrahim menerima sumbangan
daripada Sdr Hizwan.
Untuk kenangan: Sdr Hizwan, Sdr Subranmani, Ketua Wanita PKR Muar,
Pak Yahya Asam Pedas dan YB Dr Mohammad bersama Pak Ibrahim.
IHYA RAMADHAN MERAIKAN ANAK-ANAK YATIM DAN KELUARGA MISKIN
Posted in: .ramadhan . sumbangan
IHYA RAMADHAN ANJURAN JEMAAH KULIYAH MINGGUAN/MADRASAH AL-KHAIRAH, PARIT KEROMA MUAR
Majlis Berbuka puasa dan menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim dan keluarga miskin telah dianjurkan oleh Jemaah Kuliyah / Madrasah Al-Khairah Parit Keroma Muar telah diadakan pada petang hari Ahad, 21 Ramadhan 1432H. Majlis dilangsungkan di Mann Chalet Jalan Junid Muar mulai jam 5.30 petang hingga 8.00 malam. Hampir 200 orang hadir termasuk pelajar muslimat Tahfiz dari Madrasah Hasan Mahmud Parit Sakai Muar.

YB Dr Mohammad dan tetamu tekun mendengar tazkirah.
Ucapan Perasmian oleh YB Dr Mohammad
sebelum menyampaikan sumbangan.

Ustaz Kasim menyampaikan wang tunai, YB Dr Mohammad bersedia
dengan hadiah iringan,D tengah-tengah nberjubah hitam ialah
Hjh Rokiah Hj Md Salleh dpd urusetia program.

Sementara menunggu waktu berbuka puasa, Alfadhil Ustaz Hj Kasim Hj Ibrahim telah memberi tazkirah.
Ustaz Kasim memberi tazkirah Ramadhan.
YB Dr Mohammad dan tetamu tekun mendengar tazkirah.
Ucapan Perasmian oleh YB Dr Mohammad
sebelum menyampaikan sumbangan.
Ustaz Kasim menyampaikan wang tunai, YB Dr Mohammad bersedia
dengan hadiah iringan,D tengah-tengah nberjubah hitam ialah
Hjh Rokiah Hj Md Salleh dpd urusetia program.
Menurut Puan Hjh Rokiah Hj Md Salleh, program ini merupakan program tahunan yang beliau uruskan brsama ahli keluarganya dari Madrasah Al-Khairah dan jemaah kuliyah mingguan Parit Keroma. Kuliah untuk muslimat dijalankan setiap pagi Ahad di rumah keluarga beliau. Tahun-tahun sebelumnya program ini dijalankan di rumah keluarga beliau. Kali ini sedikit kelainan dengan mengadakan program ini di luar. Alhamdulillah sumbangan daripada jemaah kuliah dan penderma mencurah-curah tahun ini. Lebih 100 orang anak yatim, keluarga miskin dan pelajar tahfiz menerima sumbangan kali ini. Semoga Ramadhan dan hari raya tahun ini lebih bermakna kepada mereka.
Adun Anda
Y.B. DR. MOHAMMAD BIN TASLIM
ADUN MAHARANI ( PAS )