YB GWEE TONG HIANG telah mengajukan soalan lisan dalam Persidangan Dewan Negeri Johor pada 8 September 2009 tentang kerosakan teruk tebing tembok Tanjung Emas,Muar. YB Datuk Haji Ahmad Zahari bin Jamil sebagai Exco berkenaan menjawab bahawa
"Kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM500,000.00 untuk membaiki tembok tersebut.Kerja-kerja membaiki tebing tembok berkenaan akan dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Johor.JPS Negeri sedang dalam proses penyediaan yang melibatkan reka bentuk dan arahan kerja.Dianggarkan kerja-kerja akan dilaksanakan pada perengahan bulan Oktober 2009".
MARI KITA TUNGGU DAN PASTIKAN PROJEK TERSEBUT BERJALAN LANCAR SEPERTI DIRANCANG.
0