Pada petang Khamis 9 Februari 2012 yang lalu, YB Dr Mohammad Taslim, selaku ADUN Maharani telah turun padang bersama Sdr Shukor,seorang pemimpin PAS tempatan ,untuk menyampaikan sumbangan beras bulanan al it'am kepada 4 orang penduduk di rumah masing-masing.Kali ini 4 orang penduduk di Kg Pt Hj Ali Jalan Sri Tanjong , Parit Punggur Daarat dan Parit Pinang Seribu telah dikunjungi.Mereka semua adalah di antara 32 orang setakat ini yang menerima sumbangan beras bulanan.Bilangan ini akan meningkat apabila ramai lagi penderma tampil memberi sumbangan.
Ketika kunjungan pada hari ini beliau berpindah ke rumah lama beliau di sebelah rumah di atas kerana seorang anaknya pula berpidah ke rumah di atas.Kelihatan Sdr Shukor bermesra dengan orang kampungnya ini selepas menyampaikan sumbangan beras.
En. Ibrahim ada juga menghantar borang permohonan BR1M ke LHDN pada 27 Disember 2011. Sehingga ke hari ini beliau belum lagi menerima jawapannya.
LAWATAN KE RUMAH KEDUA : Nenek Samilah tiada di rumaah, mungkin beliau pergi ke rumah anaknya. 'Harimau' ini agaknya menunggu tuannya kembali sambil beristerrihat di atas motor !
RUMAH KE TIGA di Parit pungur Darat :
Inilah rumah lama Nenek Maimunah (kanan) dan rumah dua bilik PPRTnya (kiri). Nenek ini tingga bersama 2 orang anak bujangnya di sini.
YB DR Mohammad bermesra dengan Nek Maimunah selepas memberi sumbangan.
Rumah di atas ini kepunyaan Tn Hj Mohd Nor, seorang warga emas yang tinggal seorang diri di Kg Parit Pinang Seribu.Anaknya tinggal tidak jauh dari rumahnya.Beliaulah yang menghantar makanan untuk bapanya ini. Rumah lama, jelas menunjukkan bahawa tuan rumah ini seorang yang kuat beragama.
YB Dr Mohammad menyampaikan sumbangan kepada Tn Hj Mohd Nor.
" Khotamannubuwah " dpd Tn Hj Md Nor
Inilah hadiah untuk kami sebelum berpisah.
InsyaAlah bulan hadapan akan kami kunjungi lagi insan mulia ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan