Pada hari Khamis 19 Mei 2011, jam 6.00 petang YB Dr. Hj. Mohammad B. Taslim, ADUN Maharani, telah meluangkan masa bertemu dengan pemuda-pemuda di padang Kelab Takraw Parit Punggur Jalan Temenggong Ahmad Muar. Beliau diiringi oleh Setiausaha Politiknya serta Pegawai Khasnya Sdr Hamidun Omar dan Sdr Fuad, AJK DUN Maharani.
Kelab ini akan menganjurkan Kejohanan Sepak Takraw pada 22 Mei 2011 akan datang bertempat di beberapa buah gelanggang Sepak Takraw dalam DUN Maharani. Menurut Urusetia Penganjur penyertaan terbahagi kepada 2 katogeri iaitu senior dan junior. Sempena lawatan tersebut YB Dr Mohammad telah menyumbangkan beberapa biji bola dan net sepak takraw, T-Shirt dan sedikit wang sagu hati kepada pihak penganjur. Pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan yang diberikan sebagai galakan dan keperhatinan kepada usaha murni kelab ini. Menurut Penganjur tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mencari dan membina pelabis-pelapis baru sukan takraw khususnya di DUN Maharani ini.Ia juga riadah yang memberi manafaat dan mengeratkan silaturrahim sesama belia. Memandangkan remaja sekarang kurang berminat dengan sukan takraw diharapkan pertandingan ini menjadi pencetus dalam mengaktifkan sukan Sepak Takraw.
Latihan pesat oleh peserta-peserta
YB Dr Mohammad bermesra dengan Pihak Penganjur.
Pemuda-pemuda ini sungguh berbakat...
Sumbangan bola Takraw, net dan T-shirt kepada Penganjur.
Sumbangan wang tunai kepada Penganjur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan