(Dahulu PEMBERITAHU !)
PEMBERITAHU
Kategori Pengguna | Kadar (m3) | Harga bagi satu bulan (RM) | Bayaran Minima Satu bulan /sebahagian daripadanya (RM) |
1. Rumahtangga | 0 - 15 16 - 30 31 - 45 46 -100 >100 | 0.38 1.31 1.82 2.20 2.23 | 4.00 |
2.Perdagangan | 0 – 20 >20 | 2.22 2.96 | 18.48 |
3. Bangunan Kerajaan | Purata | 2.13 | 9.24 |
4. Kapal-kapal | Purata | 5.20 | - |
6..Ladang-ladang | Purata | 1.14 | - |
7. Pangsapuri (Meter Pukal). | Purata | 1.18 | 4.00 |
TARIF AIR SAJ HOLDINGS S/B SEKARANG.........
(Sekarang KENYATAAN !)
KENYATAAN
Jenis Kegunaan (kod tarif) | Kadar tiap-tiap satu meter Pada (sebulan) RM | Kadar Minimum (setiap bulan atau sebahagian daripadanya) RM |
Domestik (1) | 0 m3 hingga 20 m3 0.60 Lebih 20 m3 hingga 35 m3 1.65 Lebih 35 m3 2.96 | 5.00 |
Komersial (2) | 0 m3 hingga 35 m3 2.60 Lebih 35 m3 2.96 | 25.00 |
Kerajaan (3) | Kadar rata 2.80 | 25.00 |
Perkapalan (4 & 5) | Kadar rata 7.00 | 30.00 |
Kuarters Estet – Pukal (6) | Kadar rata 1.15 | 10.00 |
Rumah Pangsa – Pukal (7) | Kadar rata 1.35 | 15.00 |
________________________________________________________________________________
INILAH KENYATAAN SAJ HOLDINGS SDN BHD BARU BARU INI
Pelarasan tarif air Johor
JOHOR BAHRU - SAJ Holdings Sdn Bhd (SAJ Holdings), operator bekalan air di negeri ini semalam mengumumkan pelarasan tarif air berkuat kuasa 1 November ini bagi seluruh Johor sebagaimana yang diluluskan Kerajaan Persekutuan baru-baru ini.
Ketua Pegawai Eksekutif SAJ Holdings, Abdul Wahab Abdul Hamid berkata, pelarasan itu tidak membebankan pengguna di negeri ini di mana kenaikan bil air kepada pengguna-pengguna majoriti adalah purata RM1.85 sebulan sahaja.
Bagaimanapun ia mempunyai elemen-elemen bagi menggalakkan penjimatan penggunaan air di kalangan pengguna sambil mengekang pembaziran air yang melampau.
“Pelarasan ini juga dapat memenuhi peningkatan kos operasi bekalan air yang meningkat serta untuk membina aset baru yang akan membantu SAJ Holdings untuk menyediakan bekalan air yang berterusan dan berkualiti kepada rakyat Johor.
“Di samping itu, selepas pelarasan ini dilaksanakan, pengguna berhemah yang menggunakan hanya 20,000 liter air sebulan akan mendapat penjimatan 25 sen sebulan daripada bil bulanan asal mereka, iaitu bayaran pada RM12.25 pada kadar tarif lama kepada RM12.00 pada kadar tarif baru ini untuk 20,000 liter.
Bagi pengguna yang menggunakan 25,000 liter air sebulan pula, peningkatan bil bulanan adalah amat minima iaitu sebanyak RM1.45 sahaja,” katanya.
Menurut Abdul Wahab lagi, dengan pelarasan ini juga sebagai program tanggungjawab korporatnya dalam memberi rebat-rebat percuma bagi golongan miskin tegar dan miskin.
Golongan miskin tegar katanya, akan menerima rebat percuma air sebanyak 20,000 liter sebulan manakala golongan miskin diberikan rebat percuma sebanyak 10,000 liter sebulan.
Golongan ini dikenal pasti melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) dan Jabatan Hal-Ehwal Orang Asli (JHEOA). Program ini juga adalah salah satu dari inisiatif Kerajaan Negeri Johor untuk memberi bantuan kepada golongan miskin dan miskin tegar.
“Pelarasan ini sudah melalui beberapa forum perbincangan sebelum ianya diputuskan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), dan seterusnya direstui pihak Kerajaan Negeri dan pihak Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA),” katanya.
Pelarasan tarif itu juga mewajarkan pulangan yang setimpal bagi memperbaiki perkhidmatan SAJ Holdings kepada pelanggan-pelanggannya serta untuk berdaya maju dalam jangka masa yang panjang ke arah kemampanan jangkapanjang dalam industri.
Ini bermakna instalasi bekalan air di negeri ini harus terus dibangunkan dan pembangunan itu berupaya menyediakan perkhidmatan bekalan air yang berdaya maju untuk kesejahteraan orang ramai.
sumber: http://www.sinarharian.com.my/johor/content/story8349616.asp
SILA SEMAK BIL AIR ANDA UNTUK BULAN NOVEMBER 2010 BERI ULASAN ANDA DI SINI SEBELUM TINDAKAN SELANJUTNYA DIAMBIL.
Inilah hasil penyerahan SAJ Holdings Sdn Bhd kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)
sekaligus menyelesaikan masalah hutang SAJ kepada Kerajaan Persekutuan yang digerenti oleh Kerajaan Johor !
________________________________________________________________________________
Tarif Air
Turutan Tarif Air Domestik Tahun 2009
Kadar Air (Domestik) 2009 | |||
Negeri / Kawasan | Tahun | Purata Tarif Air (RM/m³) | Turutan |
PULAU PINANG | 2001 | 0.31 | 1 |
TERENGGANU | 1997 | 0.52 | 2 |
KEDAH | 1993 | 0.53 | 3 |
KELANTAN | 2001 | 0.55 | 4 |
SARAWAK1 | 1984 | 0.56 | 5 |
PERLIS | 1996 | 0.57 | 6 |
PAHANG | 1993 | 0.57 | 6 |
BINTULU | 1995 | 0.61 | 7 |
SARAWAK2 | 1992 | 0.62 | 8 |
NEGERI SEMBILAN | 2002 | 0.68 | 9 |
MELAKA | 2005 | 0.72 | 10 |
PERAK | 2006 | 0.73 | 11 |
SELANGOR | 2006 | 0.77 | 12 |
LABUAN | 1982 | 0.9 | 13 |
SABAH | 1982 | 0.9 | 13 |
JOHOR | 2007 | 0.98 | 14 |
PURATA NASIONAL | 0.65 | ||
Nota :
Purata tarif air domestik bagi 35 meter padu yang pertama
Lajur “Tahun” menunjukkan tarikh terkini tarif air yang disemak mengikut negeri/ kawasan.
Sarawak1 – JKR Sarawak
Sarawak2 – Sibu, Kuching, Sri Aman, Limbang, Sarikei, Kapit
Purata tarif air domestik bagi 35 meter padu yang pertama
Lajur “Tahun” menunjukkan tarikh terkini tarif air yang disemak mengikut negeri/ kawasan.
Sarawak1 – JKR Sarawak
Sarawak2 – Sibu, Kuching, Sri Aman, Limbang, Sarikei, Kapit
Turutan Tarif Air Industri Tahun 2010
Tarif Air (Industri) 2010 | |||
Negeri / Kawasan | Tahun | Purata Tarif Air (RM/m³) | Turutan |
SABAH | 1982 | 0.9 | 1 |
LABUAN | 1982 | 0.9 | 1 |
PULAU PINANG | 2001 | 0.94 | 2 |
SARAWAK2 | 1992 | 1.06 | 3 |
TERENGGANU | 1997 | 1.12 | 4 |
SARAWAK1 | 1984 | 1.19 | 5 |
KEDAH | 1993 | 1.2 | 6 |
BINTULU | 1995 | 1.21 | 7 |
KELANTAN | 2001 | 1.25 | 8 |
PERLIS | 1996 | 1.3 | 9 |
PAHANG | 1983 | 1.45 | 10 |
MELAKA | 2005 | 1.47 | 11 |
NEGERI SEMBILAN | 2002 | 1.59 | 12 |
PERAK | 2006 | 1.6 | 13 |
SELANGOR | 2006 | 2.27 | 14 |
JOHOR | 2003 | 2.93 | 15 |
PURATA NASIONAL | 1.32 | ||
Nota :
Purata tarif air industri bagi 500 meter padu yang pertama
Lajur “Tahun” menunjukkan tarikh terkini tarif air yang disemak mengikut negeri/kawasan.
Sarawak1 – JKR Sarawak
Sarawak2 – Sibu, Kuching, Sri Aman, Limbang,Sarikei,Kapit
(Sumber: SPAN)
Purata tarif air industri bagi 500 meter padu yang pertama
Lajur “Tahun” menunjukkan tarikh terkini tarif air yang disemak mengikut negeri/kawasan.
Sarawak1 – JKR Sarawak
Sarawak2 – Sibu, Kuching, Sri Aman, Limbang,Sarikei,Kapit
(Sumber: SPAN)
Johor,kadar tarif air domestik teratas !
SILA BUAT ANALISA SENDIRI.
FAKTA TELAH DISEDIAKAN .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan