Jalan diantara tiang lampu TNB 109 dan TNB 110 didapati rosak teruk,berlubang dan digenangi air selepas hujan. .Kerosakan ini menyebabkan beberapa kemalangan kecil berlaku.Baru-baru ini anak En. Lim yang berumur 17 tahun cedera dibahagian lutut dan kaki setelah terjatuh di tempat tersebut pada satu malam ketika pulang dari bekerja sambilan di restoran.Dalam keadaan jalan digenangi air belaiu tidak menyedari bahawa jalan tersebut berlubang-lubang.Nasib baik tiada kecederaan berat.
.
En. Lim mohon kerjasama daripada YB Dr. Mohammad agar masalah ini dapat diajukan kepada pihak yang berkenaan supaya jalan ini dibaiki dengan segera untuk keselamatan orang ramai.YB DR Mohammad berjanji untuk membawa perkara dalam ucapan Perbahasan Bajet Negeri Johor 2011 keesokan harinya di samping memaklumkan kepada pihak MPM dan Pejabat Daerah.
YB Dr Mohammad,YB Gwee,En. Lim dan anaknya
di kawasan berlopak di mana kemalangan berlaku.
Keadaan jalan yang perlu diturap semula.
Satu lagi pandangan jalan yang rosak.
YB Gwee dan YB Dr Mohammad memeriksa kecederaan yang dialami
anak En. Lim.
Berita di atas tersiar dalam akhbar China Press dan Nanyang Siang Pau keluaran hari Sabtu 20 November 2010.
UPDATE: Berita di atas disiarkan dalam Sinarharian edisi Johor pada hari Rabu 24 November 2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan