Gambar-gambar ini dirakam oleh YB Dr Mohammad Taslim dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Bunga Raya,Jalan Temengong Ahmad,Muar.
Penunggang motosikal ini maut diseret sebuah kereta.
Kereta yang melanggarnya tersangkut di hadapan pondok telefon.
Kereta yang melanggarnya tersangkut di hadapan pondok telefon.
Beginilah keadaan kereta tersangkut di atas batang paip.
Dahsyat....beginilah keadaan kereta yang terlibat kemalangan.
Di belakang kelihatan stesyen minyak ESSO.
Hari ini,Sabtu 13 November 2010 satu lagi kemalangan jalan raya berlaku di tempat yang sama.Kali ini dua buah kereta terlibat.Kedua-dua pemandunya telah dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar.
Gambar selepas kejadian dirakamkan oleh Siti Zahirah.
Oran ramai mengerumuni tempat kejadian.
Kemalangan di tempat yang sama.Kereta ini turut melanggat tiang telefon.
Perhatikan tiang telefon yang bengkok.Sebuah kereta lagi telah ditunda.
Teruknya kereta ini !
Apa tindakan Majlis Perbandaran Muar , TNB dan JKR Muar ?
Penduduk setempat berharap supaya kawasan ini dilebarkan , lampu jalan ditambah dan petak /garisan kuning di letakkan di kawasan ini sebelum nyawa yang tidak berdosa terkorban. Cat's eye patut dipasang di garisan tengah jalan ini. Tambahan pula kawasan ini berdekatan dengan Kompleks Mahkamah Muar yang baru, menambah lagi kesibukan jalan ini.
UPDATE: (16 November 2010 )
Seorang daripada pemandu kereta di atas meninggal dunia di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar.
UPDATE: (16 November 2010 )
Seorang daripada pemandu kereta di atas meninggal dunia di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan