Masalahnya perparitan di lorong di antara Jalan Petrie dan Jalan Majidi ini selalu dinaiki air apabila hujan lebat.Ini disebabkan oleh parit yang cetek,rosak dan dipenuhi pasir dan sampah.Ia perlu diganti baru dengan parit U yang lebih lebar dan dalam.Juga terdapat pokok hiasan yang menjalar keluar dari belakang kedai yang perlu dibersihkan.
Deretan kedai di Jalan Petri ini terdiri daripada restoran pejabat peguam,bangunan KWSP dan juga HSBC BankYB Dr Mohammad Taslim,selaku ADUN Maharani, dan pembantunya Sdr Hamidun Omar telah melawat kawasan tersebut dan memaklumkan masalah ini kepada pihak MPM.
Terima kasih MPM yang telah mengambil tindakan segera.
Hari ini YB Dr Mohammad dimaklumkan oleh MPM bahawa kawasan ini telah dimasukkan dalam kerja kecil untuk bina semula parit di sini.Terima kasih sekali lagi MPM di atas keperhatinan tuan menyelesaikan masalah rakyat.
Di bawah ini adalah gambar-gambar selepas kerja-kerja pembersihan dijalankan oleh MPM.
Lorong yang menghubungkan Jalan Majidee dan lorong di belakang Jalan Petrie.
Sampah , pasir dan tanah telah dibersihkan.
Sampah , pasir dan tanah telah dibersihkan.
Sampah sarap dari dalam parit telah dikeluarkan
Pengadu menunjukkan kawasan yang telah dibersihkan
tetapi air tidak mengalir kerana masih ada parit yang tersumbat.
Keadaan parit dan jalan yang telah dibersihkan,
cuma paritnya sempit dan sudah terlalu lama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan