Menurut Puan Hjh Rokiah bt Hj Md Salleh,Pengerusi Urusetia Program ini,program ini adalah acara tahunan sempena Ramadhan yang diadakan dengan kerjasama keluarga Almarhum Hj Mohd Salleh bin Hj Ahmad dan Jemaah Kuliyah Mingguan yang dijalankan di Madrasah ini.Anak-anak yatim dan keluarga miskin dari sekitar kampung ini juga dari Tangkak telah diberi sumbangan wang tunai dan barang-barang iringan,
Program dimulakan pada jam 6.00 petang dengan bacaan alquran dan tazkirah oleh YBhg Ustaz Kasim Ibrahim,salah seorang penceramah/ustaz yang mengajar di kuliah mkingguan di sini.
YB Dr Mohammad Taslim,ADUN Maharani, telah dijemput bersama isteri untuk bersama-sama meraikan anak-anak yatim dan keluarga miskin.Beliau diberi peluang untuk memberi ucapan dan
seterusnya menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim.
Turut hadir ialah pelajar-pelajar tahfiz lelaki dan perempuan dari Madrasah Tahfiz di Tangkak bimbingan Ustaz Kasim.
Majlis diteruskan dengan majlis berbuka puasa dan soalt maghrib berjamaah.
YB Dr Mohammad bersama YBhg Ustaz Kasim Ibrahim berbuka puasa
Doa seorang guru,Ustaz Kasim Ibrahim
Terima kasih Ustaz....
Ustaz Kasim memberi sumbangan kepada anak-anak yatim
Sebahagian daripada penerima sumbangan
Lagi penerima sumbangan
Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa yang mempunyai harta,maka bersedekahlah dengan kekayaan dan barang siapa yang mempunyai ilmu,maka bersedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga,maka bersedekahlah dengan tenaganya."
Rasulullah s.a.w. juga bersabda:
"Sedekah itu dapat menutup tujuh puluh pintu kejahatan."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan