En. Mahpop,bapa pengadu, mohon jasa baik YB untuk menyelesaikan masalah tersebut.Maka pada pagi Khamis 5 Ogos yang lalu beliau bersama Pegawai Tadbirnya,Sdr Hamidun Omar,telah melawat tapak bangunan yang terbengkalai.Nampaknya tapak rumah telah siap dan simen dan sedikit batu bata terbiar disitu tetapi tidak nampak kerja-kerja seterusnya akan dijalankan.
YB Dr Mohammad bersama En. Mahpop di tapak rumah
Sdr Hamidun turut menyaksikan keadaan rumah yang tidak siap
En. Mahpop merenung pilu rumah anaknya yang belum siap dibina
Inilah keadaan tapak rumah yang dimulakan pembinaan pada bulan Februari 2010
Jalan masuk ke tapak rumah.Di sebelah kanan ialah rumah
yang diduduki oleh Puan Monaliza sekarang
Pasir dan batu bata yang terbiar hampir 6 bulan.
YB Dr Mohammad cuba menghubungi kontraktor yang diamanahkan menmina rumah ini tetapi tidak berjaya.Beliau terus menghubungi Penolong Pengarah unit Agihan Zakat Maij di Johor Baharu pada hari Isnin 9 Ogos 2010 mengadukan hal tersebut.Alhamdulillah tindakan pantas Pegawai juruteknik MAIJ telah dapat melancarkan perjalanan projek ini.Beliau telah dapat menghubungi kontraktor berkenaan dan mengarahkan beliau menghantar barang-barang binaan dengan segera pada hari itu juga dan menyambung kerja mulai 11 Ogos 2010 atau kontraknya ditamatkan.
Inilah bahan binaan yang dihantar ke tapak binaan,3 lori kecil pasir!
Hari ini 11 Ogos 2010 bersamaan 1 Ramadhan 1431,YB Dr Mohammad melawat tapak pembinaan.Menutur En. Mahpop pihak kontraktor telah menghantar pasir di atas sahaja dan berjanji akan menjalankan kerja pada 2 Ramadhan,itu pun hanya 2 hari dalam seminggu !.
YB Dr Mohammad akan terus memantau untuk memastikan rumah ibu tunggal ini disiapkan segera.
YB Dr Mohammad akan terus memantau untuk memastikan rumah ibu tunggal ini disiapkan segera.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan