SOALAN-SOALAN BERTULIS DEWAN YANG DIBANGKITKAN DI DALAM PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA 1-19 JULAI 2010DARIPADA YB DR MOHAMMAD BIN TASLIM (MAHARANI)
Bil. | Soalan-soalan Bertulis | Jabatan | Portfolio |
1. | Nyatakan nama-nama,alamat,nombor telefon,kawasan atau zon yang mereka wakili serta tugas-tugas Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Muar. | Majlis Perbandaran Muar | Pengerusi. Jawatankuasa Kerajaan Tempatan |
2. | ‘Pelan Strategik Majlis Perbandaran Muar 2010-2015’ telah dilancarkan.Apakah kandungannya dan bolehkan dokumen tersebut diberi kepada ADUN Pakatan Rakyat dalam Daerah Muar supaya mereka boleh membantu dalam melaksanakan Pelan tersebut? | Majlis Perbandaran Muar | Pengerusi. Jawatankuasa Kerajaan Tempatan |
3. | Nelayan Parit Perupuk Laut Muar mengadu masalah parit cetek,sempit dan tebing dipenuhi pokok-pokok,tiada lampu jalan.Lawatan bersama Pegawai Jabata Pengaliran dan Saliran Muar dilakukan pada 3 Mac 2010.Hingga sekarang tiada tindakan diambil,mengapa? | Jabatan Pengairan dan Saliran | Penerusi Jawatankuasa KerajaanTempatan,Kerja Raya dan Kemudahan Awam Negeri |
4. | Nyatakan nama-nama dan alamat penduduk miskin dan miskin tegar dalam DUN Maharani | Jabatan Kebajikan Masyarakat | Pengerusi. Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat Negeri |
5. | Majlis Perbandaran Muar mengenakan bayaran ‘ANGKAT SAMPAH NIAGA’ sebanyak RM120.00 setahun.Nyatakan peraturan mana digunakan dan siapa yang terlibat.Seorang peniaga di Parit Jawa Muar terpaksa membayar tunggakan 2003-2010 sebelum lesennya diperbaharui.Mengapa penguatkuasaan tidak efisen? | Majlis Perbandran Muar | Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan