SOALAN-SOALAN LISAN DEWAN YANG DIBANGKITKAN
DI DALAM PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR 1-19 JULAI 2010
DARIPADA YB DR MOHAMMAD BIN TASLIM (MAHARANI)
Bil. | Soalan-soalan mulut | Jabatan | Portfolio |
1. | Nyatakan bilangan pelajar sekolah yang mengandung mengikut bangsa dan daerah sejak 2008 | Jabatan Pelajaran | Pengerusi. Jawatankuasa Pelajaran dan Pengajian Tinggi |
2. | Kerajaan Selangor telah melaksanakan dasar cuti bersalin bergaji 90 hari sejak 01.01.2009 dan berhak memilih ampas an jika bekerja selepas 60 hari dari tarikh bersalin.Bilakah Kerajaan Johor akan melaksanakan dasar ini? | Menteri Besar | Menteri Besar |
3. | Berapakah perbelanjaan keseluruhan dan berapa orang ADUN Johor mengikuti lawatan ke luar Negara baru-baru ini? Jawapan:. ............................................................................................................ | Menteri Besar | Menteri Besar |
4. | Nyatakan jumlah pungutan pingat mengikut acara yang dimenangi oleh Kontinjen Johor dalam SUKMA 2006-2010 dan mengapa Johor tidak mampu mengatasi negeri lain yang lebih sedikit penduduknya? | Belia dan Sukan | Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan |
5. | Pegawai Pendaftar Pemilih Sementara Suruhanjaya Pilihanraya daripada Pakatan Rakyat mengadu borang mendaftar pengundi baru selalu kehabisan sedangkan pengundi Negeri Johor yang belum mendaftar melebihi 600,000 orang.Mengapa ini berlaku? | Menteri Besar | Menteri Besar |
6. | Masalah pungutan sampah tidak pernah selesai di kawasan PBT.Dalam kawasan Majlis Perbandaran Muar contohnya sampah berlonggok di tepi jalan,di simpang jalan,di gantong di pokok Premis tidak mempunyai tong sampah atau tong tidak sesuai.Apakah tindakan PBT ? | Majlis Perbandaran Muar | Pengerusi. Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan