Keesokan harinya pada pagi Jumaat jam 9.00 pagi YB Dr Mohammad dengan diiringi oleh Sdr Hamidun Omar,Pegawai Tadbir DUN Maharani dan Sdr Lokman Mahmud,Setiausaha PAS Cawangan Parit Keroma telah menziarahi Puan Lim untuk menimnjau keadaan tempat kejadiaan.Kami disambut oleh ibu Puan Lim dan adiknya.
Inilah keadaan tebing yang runtuh betul-betul di hadapan pintu pagar masuk ke rumah mereka.Memang membahayakan.Tanah di sini bercampur gambut dan liat.
Tebing yang runtuh jelas kelihatan
Bersama -sama saudara lelaki Puan Lim yang bergegas datang
apabila diberitahu tentang kedatangan kami.Beliau berniaga kedai runcit
di simpang Parit Sakai Jalan Temenggong Ahmad Muar.
YB Dr Mohammad telah segera menghubungi En. Nazri Abdul Rahman,jurutera MPM pagi itu juga.Beliau berjanji akan datang menyiasat dan menyelesaikan masalah ini.Kita tunggu perkembangan selanjutnya........
Selesai satu tugasan di pagi Jumaat yang mulia.YB Dr Mohammad dan rombongan berhenti sebentar mengeteh di Warong di hadapan Muarlite Parit Keroma sebelum beliau meneruskan tugas di Klinik Mohammad'
UPDATE 19 Mei 2010:
Ketika dihubungi pagi ini En .Nazri mengesahkan telah melawat tempat kejadian dan telah mengarahkan juruteknik MPM untuk menjalankan tindakan selanjutnya.
SABAR ye...tunggu berita selepas ini....
UPDATE 19 Mei 2010:
Ketika dihubungi pagi ini En .Nazri mengesahkan telah melawat tempat kejadian dan telah mengarahkan juruteknik MPM untuk menjalankan tindakan selanjutnya.
SABAR ye...tunggu berita selepas ini....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan