PERBAHASAN UCAPAN BAJET NEGERI JOHOR DARUL TA'ZIM TAHUN 2013 OLEH ADUN MAHARANI





UCAPAN PERBAHASAN UCAPAN BAJET NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM TAHUN 2013

OLEH YB DR MOHAMMAD BIN TASLIM

ADUN KAWASAN MAHARANI

11 DISEMBER 2012







Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaiukum warahmatullahiwabarakatuh
Salam sejahtaera

YB Dato’ Speaker,

Alhamadulillah, Maharani mengucapkan syukur kpd Allah swt dan terima kasih YB Dato’ Speaker kerana diberi kesempatan utk membahaskan Ucapan Bajet Negeri Johor Darul Ta’zim Tahun 2013.

Maharani juga ingin mengucapkan tahniah di atas kejayaan Kerajaan Negeri Johor yang berjaya membentangkan Bajet MENSEJAHTERAKAN RAKYAT 2013 ,satu belanjawan lebihan sebanyak RM4.402 juta, berbanding lebihan RM1.21 juta tahun 2012.
Alhamdulillah, Kerajaan Johor telah dapat memastikan Johor tidak muflis menjelang 2012 seperti amaran yang kami beri ketika kedudukan kewangan Kerajaan Johor nampak membimbangkan dahulu.. Inilah hadiah terbaik untuk kerajaan yang akan memerintah selepas PRU13 nanti.
Dalam demokrasi rakyatlah yang berkuasa memilih.

Tidak perlu ditakutkan rakyat dengan ‘peristiwa 13 Mei akan berulang’, “Melayu hilang kuasa” …
Juga tidak adil jika dikatakan pembangkang menipu rakyat, sabotaj perkembangan ekonomi, cakap sini lain, sana lain.
Kita bersama menjadi wakil rakyat untuk rakyat demi agama , bangsa dan Negara.
Marilah kita didik rakyat menghormati proses yang mengikut semangat perlembagaan Malaysia.
YB Dato’ Speaker,
Maharani ingin menyentuh beberapa perkara yang disentuh oleh Ketua Audit Negara dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2011:

1. Pejabat Menteri Besar : Pengurusan Kemudahan awam di luar Bandar:

Semakan audit mendapati Pejabat Menteri Besar tidak menetapkan sasaran bilangan projek pembinaan atau bekalan peralatan kemudahan awam luar bandar pada setiap tahun. Ini menyebabkan kemudahan awam ini tidak diberi mengikut keutamaan dan keperluan rakyat yg sebenar.
Budaya memberi kelulusan permohonan secara segera semasa lawatan YAB Menteri Besar ke kawasan-kawasan hendaklah dihentikan dan hanya diluluskan setelah diteliti mengikut keperluan dan keutamaan bukan dengan alas an politik.

2. Projek Dan Bekalan Peralatan Kepada Individu:

a) Garis panduan Rancangan Pembangunan Kerja-kerja Kecil menyatakan kelulusan projek/bekalan atas kegunaan Individu tidak dibenarkan.

Malangnya semakan audit di daerah Muar, Ledang dan Kluang mendapati penerima projek/bekalan dibuat atas nama 10 persatuan/pertubuhan manakala satu lagi adalah penerima individu.Audit mendapati KESEMUA bekalan bernilai RM55,360.00 telah ditempatkan di rumah individu !

Contoh bekalan tersebut ialah komputer riba, set komputer, penyaman udara, kerusi meja, gerobok, kerusi dan meja antik, kitchen cabinet, food processor, microwave oven ,periuk, kuali dll.
Apa tindakan yg diambil keatas individu ini ?
Adakah barangan ini dipulangkan kepada yg berhak?

b) Di Mukim Sg Balang pula pembelian bagi 81 unit komputer riba bernilai RM162,000 bagi badan kebajikan dibuat secara pembelian terus. Ini juga menyalahi Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Thn 2009 yg menyatakan perolehan bekalan dan perkhidmatan melebihi RM50,000 hingga RM0.5 juta perlu melalui proses sebutharga.Ini adalah satu langkah penjimatan yang wajib dibuat.

Mungkinkah ini juga berlaku di kawasan lain dan apa tindakan yg diambil oleh kerajaan?
Maharani ingin tahu nama2 badan kebajikan tersebut dan di manakah komputer riba ini berada sekarang ?

YB Dato’ Speaker,

PENGURUSAN SEKOLAH AGAMA JOHOR:

Maharani ingin tahu apakah tindakan proaktif yg telah dan akan diambil oleh Kerajaan Negeri dan Jabatan Agama Johor untuk mengatasi permasalahan yg dihadapi oleh Sekolah Agama Johor seperti yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara Tahun 2011 ?
Ini termasuklah:

1. Sekolah ditempatkan di pelbagai premis : daripada keseluruhan 546 buah sekolah agama, 376 buah mempunyai bangunan sendiri sementara selebihnya masih menumpang.
2. Jadual Penyenggaraan Dan Baik Pulih Tidak Dibuat,
3. Kekurangan Kemudahan Infrastruktur (spt bilik mesyuarat, bilik sumber, perabut,peralatan pejabat dan kantin.
Tahniah kepada BKSA yg banyak menyumbang !

ADUN Skudai juga ada menyebut bantuan yang diberikannya kpd Sekolah Agama dan PAS menyumbang kepada Sekolah Persendirian Cina.)

3. Kurang Kawalan Keselamagtan spt alat pemadam dan pegawai keselamatan,
4. Pengisian Guru Secara Tetap Belum Dibuat ( pada tahun 2011 masih ada 1429 kekosongan yg belum diisi)

Apa yang diperlukan ialah BPJAJ (Bhg Pendidikan Jabatan Agama Johor perlukan peruntukan yg lebih besar dpd Kerajaan Negeri !
Peruntukan RM 129.33 juta pada tahun 2011 tidak mencukupi walaupun ia merupakan peningkatan dibandingkan dengan peruntukan sebanyal RM 121.67 juta untuk tahun 2009.

YB Skudai pernah bertanya tentang saguhati tahunan elaun guru KAFA pada persidangan bulan September 2012. Menurut Exco jumlahnya untuk tahun 2012 ialah RM762,200.

DI PULAU PINANG SAGUHATI TAHUNAN GURU KAFA ADALAH SEBANYAK RM879,000 (2009), RM913,200 (2010), RM900,00 (2011) dan RM900,00 (2012).
Sebuah negeri yang kecil memberi saguhati lebih daripada yang mampu diberi oleh negeri Johor yg lebih besar.


Imbas kembali Persidangan Dewan Negeri Johor Julai 2009:

RM120 juta bina 62 sekolah agama

Ditulis pada 08/07/2009 13:52:00
NUSAJAYA 7 Julai - Masalah kesesakan pelajar di sekolah-sekolah agama di negeri ini dijangka selesai dengan pembinaan 62 buah sekolah agama secara serentak, melibatkan kos keseluruhan pembinaan sebanyak RM120 juta.
Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Datuk Zainal Abidin Othman berkata, fasa pertama pembinaan kesemua sekolah berkenaan dijangka selesai dalam tempoh dua tahun akan datang.
Katanya, antara kawasan yang terlibat ialah di Taman Mutiara Rini, Mount Austin, Kampung Pagoh Dua, Bandar Seri Perani, Parit Awang, Pekan Layang-Layang dan Simpang Renggam.
“Kesemua projek di kawasan berkenaan telah disenaraikan dalam fasa pertama Projek Pembangunan Prasarana Sekolah-Sekolah Agama Johor manakala fasa kedua pula yang melibatkan kawasan Taman Pelangi dan Bukit Siput di daerah Segamat akan dilaksanakan sekiranya mendapat peruntukan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar di sini hari ini.
Dalam pada itu, Zainal Abidin berkata, kerajaan negeri telah membelanjakan RM5.6 juta bagi menambah elaun guru-guru KAFA sambilan yang seramai 1,711 orang.
Katanya, pengiraan pembayaran elaun mereka adalah mengikut jumlah jam mengajar dalam sehari.
“Secara umumnya, guru KAFA yang mengajar 4 jam 30 minit diberi tambahan sejumlah RM312 menjadikan jumlah elaun sebanyak RM812 manakala bagi mereka yang mengajar tiga jam sehari pula telah ditambah elaunnya RM112 menjadi jumlah elaunnya RM612.
“Malahan semasa Majlis Multaqo Penyelia dan Guru-Guru KAFA peringkat negeri pada 27 Jun yang lalu, dimaklumkan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang dalam rangka mengkaji semula kenaikan elaun guru KAFA sejajar dengan kenaikan barangan keperluan,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia, 8 Julai 2009
http://www.johordt.gov.my/site/lanjutan/rm120_juta_bina_62_sekolah_agama


YB Dato’ Speaker,

Peruntukan tahunan RM200,000.00 yang disalurkan kepada ADUN Kerajaan/Pegawai Khas YAB Menteri Besar Johor sudah beberapa kali ditanya dalam dewan yg mulia ini dengan jawapan yg tidaak memuaskan.

Walau bagaimanapun mengikut LKAN, Garis Panduan Rancangan Pembangunan Kerja-kerja Kecil menyatakan hanya 30% dpd peruntukan ini boleh digunakan untuk pembelian jersi,alatan sukan, pakaian seragam bagi kumpulan belia dan kebudayaan, alatan kesenian, hadiah, pinggan mangkuk alatan memasak dan jahit menjahit.
Di daerah Muar, Ledang dan Kluang perbelanjaan ini melebehi 32.5% hingga 73.5%.

Memorandum LKAN menyatakan ini adalah kerana itulah yg dipohon oleh rakyat serta kurang permohonan berbentuk kerja-kerja dan penyelenggaraan. Tidakkah wakil rakyat ini turun padang untuk keperluan rakyat yg lebih utama selain dpt tersebut di atas ?

YB Dato’ Speaker,

Mensejahterakan Rakyat Melalui Cara Hidup Islam:

Adalah diakui kemudahan pendidikan agama di Negeri Johor memberi impak positif kepada rakyat untuk mengamalkan tuntutan agama.
Contohnya pakaian menutup aurat bagi wanita Islam sudah menjadi lumrah. Malangnya seorang ibu mengadu bahawa anaknya perempuannya yang memakai tudung gagal memohon jawatan sebagai penyambut tetamu di kaunter 2 buah hotel di Muar kerana diberitahu syaratnya beliau tidak boleh memakai tudung dengan alasan itu polisi hotel atau tidak sesuai kerana hotel ini menerima ramai pelanggan luar negara. Aduan kepada Pejabat Agama menghampakan kerana dinasihatkan supaya mencari kerja lain. Mengapa mesti ada diskriminasi dalam Negara di mana Islam adalah agama rasmi?

YB Dato’ Speaker,

Pembangunan Bersepadu Minyak, Gas Dan Petrokimia RAPID di Pengerang:

Isu ini sedang hangat diperkatakan sekarang kerana ia melibatkan kepentingan awam. 8 soalan lisan diajukan oleh ahli2 YB yang memerlukan penjelasan daripada YAB Menteri Besar. Jika jawapan diberi secara bertulis mohon dijelaskan secara lisan untuk pengetahuan umum dan isu ini tidak ‘dipolitikkan’ mengikut persepsi setengah pihak.


http://www.medkom.my/v5/index.php?option=com_content&view=article&id=1050:50-peratus-kontraktor-tempatan-untuk-pembangunan-penempatan-semula-di-pengerang&catid=1:latest-news&Itemid=50 

YB Dato’ Speaker,

Penempatan Pekerja Asimg telah dilaksanakan di seluruh Iskandar Malaysia. Maharani mencadangkan supaya ia juga diwujudkan di
bandar-bandar lain yg mempunyai ramai pekerja asing seperti di Muar untuk menyelesaikan masalah sosial,jenayah, keselamatan, kesihatan
juga kebersihan. Oleh kerana tiada penempatan sendiri, jika YB ke Bandar Maharani Bandar Diraja dari arah utara, apabila turun sahaja dari Jambatan Sultan Ismail, YB akan disambut oleh warga asing yang membanjiri Padang Nyiru setiap hujung minggu .

YB Dato’ Speaker,

BANDAR MAHARANI BANDAR DIRAJA

Bandar Maharani Muar telahpun selamat diisytiharkan sebagai Bandar Maharani Bandar Diraja oleh DYMMTuanku Sultan pada hari Sabtu 24 November 2012 bersamaan 10 Muharram 1434H. Ia meliputi 4 DUN: Maharani, Sg Abong , Bentayan dan Jorak. Sudah semestinya rakyat di sini khususnya mengharapkan satu transformasi menyeluruh Bandar Maharani yang memberi manafaat kepada semua penduduk. Sebahagiannya telahpun dilakukan seperti yg akan Maharani sampaikan nanti.

Namun begitu penaiktarafan ini hendaklah dilimpahkan ke Bandar lain seperti Pontian, yang dipohon oleh YB Pulai Sebatang dalam soalan dewan.

Di antara perkara yang disentuh oleh DYMM Tuanku dalam titah baginda ialah

1. Masalah kebersihan.

Ini adalah masalah universal yg wajib diambil kira oleh semua pihak berkuasa tempatan dan rakyat. Jika kebersihan boleh ditingkatkan ketika sambutan dan perayaan ini maka tidak ada sebab budaya kerja ini dikekalkan.Yg penting ialah kerjasama dpd SWM, PBT dan rakyat.

Masalah kebersihan ini juga hendaklah termasuk masalah tanah-tanah kosong yang semak, rumah persendirian atau kuarters kerajaan yang terbiar dalam bandar dan taman-taman. Jika kita melalui Jalan Ibrahim contohnya ada beberapa tanah kosong yang menjadi sarang ular dan binatang berbisa yang membahayakan penduduk. Di zaman pembangunan ini, bukan sahaja monyet tetapi babi hutan pun masuk dalam taman….(Tanya YB Bentayan, dia ada pengalaman !)

YB Dato’ Speaker,

2. Jika ahli2 YB menziarahi Bandar Maharani sekarang , YB2 akan merasai ia seperti Bandar dalam taman dengan pasu bunga diletakkan di tepi jalan besar, bunga2 di bulatan. Maharani mengharapkan ia dikekalkan dan ditambahbaik dengan meletakkan pasu bunga di kaki lima kedai dalam bandar dengan kerjasama peniaga-peniaga. Satu masa dahulu pihak Lions Club pernah menyumbang dan meletakkan pasu bunga di kaki lima kedai tetapi tidak bertahan lama mungkin kerana kurang kerjasama dan pengawasan.

3. Bangunan dalam Bandar Maharani juga sudah dicat semula oleh tuan punya bangunan/penyewa dengan arahan PBT mengikut warna tertentu, sempena sambutan ulangtahun Hari Keputeraan DYMM Tuanku dan Majlis Perisytiharan Bandar Maharani Bandar Diraja. Banyak bangunan lama dalam Bandar ini yang boleh menarik pengunjung dan peminat fotografi. Maharani mencadangkan supaya bangunan-bangunan yang unik senibinanya, yang dibina sebelum merdeka khususnya, dengan tahun dibina tertera di atas bangunannya, bangunan warisan,dicat berlainan warna mengikut pilihan pemunya bangunan supaya ia lebih menarik, menampakkan keunikan seni binanya. Syarikat pengeluar cat boleh bekerjasama dalam menjalankan cadangan ini.

4. Menepati strategi Program Bandar Selamat pihak PBT telah menyediakan tempat letak motosikal berkunci di sekitar bandar, satu usaha yamg sangat baik. Malangnya sambutan daripada rakyat sangat menyedihkan, boleh dikira bilangan mereka yang memanafaatkannya. Inilah pentingnya pendidikan kepada rakyat supaya dapat bekerjasama dalam segala perancangan yang buat oleh kerajaan. Maharani ingin tahu juga statistik kecurian motosikal dalam daerah Muar khususnya kerana masyarakat nampaknya tidak begitu mengambil berat keselamatan harta benda mereka.

5. Untuk memastikan keselamatan pejalan kaki, PBT hendaklah sentiasa memastikan tiada kerosakan , tiada lubang di sepanjang parit-parit yang bertutup seperti di sepanjang Jalan Abdul Rahman, di Jalan Taha Sharif, malahan di simpang Jalan Sayang/Jalan Mariam juga berlaku kerosakan.

Begitu juga projek parit konkret di Pekan Parit Bakar yang belum siap sepenuhnya sejak sekian lama dengan lubang penutup parit masih tidak ditutup, membahayakan orang ramai.

6. Maharani ingin mengucapkan tahniah kpd MPM dan syarikat swasta yang menyediakan kemudahan tempat letak kereta dan laluan berjalan untuk OKU. Tempat letak kereta OKU ini khususnya selalu disalahgunakan oleh orang awam. Tindakan pihak berkuasa mengikut undang-undang hendaklah dilaksanakan. Cuma rakyat hendak tahu juga apakah stiker atau tanda rasmi yg dipasang dikereta OKU ini. Ada juga pihak tertentu meletakkan kon di tempat parker OKU ini yg menyusahkan OKU.

YB Dato Speaker,

7. Transformasi bandar Maharani ini juga dapat dilihat dengan percambahan tiang iklan digital di sana sini. Apakah manafaat yg diperolehi oleh MPM dan butiran perjanjian yang dibuat dengan syarikat pengendali iklan ini ? Tidak kelihatan ruang promosi Bandar Muar sebagai Bandar pelancungan unik yang diwar-warkan. Yang ada diiklankan ialah promosi destinasi pelancongan di negeri Melaka. Juga tidak kelihatan kenyataan aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan oleh pihak kerajaan dan MPM untuk makluman orang ramai.

YB Dato’ Speaker,

8. Penduduk di Pekan Parit Bakar Muar mengadu tentang kesesakan di hadapan PUSPAKOM yang mengganggu lalu lintas di jalan besar, di hadapan taman perumahan berhampiiran dan juga di Klinik Kesihatan bersebelahan dengannya. Minta pihak polis dan JPJ membantu menyelesaikan masalah ini. Mungkinkah PUSPAKOM ini dipindahkan ke tempat yang lebih sesuai.

Terima kasih di atas peluang yg diberikan untuk membahaskan ucapan bajet Negeri Johor 2013.

Akhir sekali Maharani ingin mengucapan ribuan terima kasih kepada YB Dato’ Speaker, Jurutulis dan kakitangannya, semua jabatan yang memberi kerjasama yang baik sepanjang kami menjalankan amanah rakyat.

Wabillahitaufik wal hidayah wslm.
Read More