UCAPAN PERBAHASAN MENJUNJUNG KASIH TITAH DYMM SULTAN JOHOR - JUN 2012





UCAPAN PERBAHASAN  MENJUNJUNG KASIH
TITAH  DULI YANG MAHA  MULIA  SULTAN  JOHOR
SEMPENA  PERASMIAN  PEMBUKAAN  PENGGAL  PERSIDANGAN KELIMA
DEWAN NEGERI JOHOR KE DUA BELAS
OLEH
YB DR MOHAMMAD BIN TASLIM
ADUN KAWASAN MAHARANI
18 JUN 2012
 


Bismillahirrahmanirrahhim
Assalamualaikum wbkth,
Selamat sejahtera.

YB Dato’ Speaker,

Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt dan terima kasih kepada YB Dato’ Speaker kerana  masih diberi peluang  berucap dalam Dewan yang mulia ini dalam rundingan  menjunjung kasih  diatas  titah DYMM Sultan Johor  sempena perasmian Pembukaan Penggal Persidangan Kelima Dewan Negeri Johor Ke Dua Belas.
Oleh kerana persidangan ini mungkin yang terakhir sebelum PRU13 yang akan diadakan tidak lama lagi Maharani  berharap persidangan kali ini akan berjalan dengan harmoni, berhikmah dalam membuat teguran,cadangan yang memberi  manafaat kepada rakyat , rakyat sentiasa di hati ketika menyampaikan ucapan.

Jangan pula pilihanraya ini diadakan pada bulan haji ketika umat Islam menunaikan fardu haji. Jadi tidak timbullah isu arahan supaya ditangguhkan ibadat haji.

YB Dato’ Speaker,

Ucapan terima kasih dan tahniah juga Maharani rakamkan untuk YBhg Jurutulis dan seluruh kakitangan Pejabat Jurutulis kerana menjalankan tanggungjawab dengan cemerlang.

Satu cadangan untuk YBhg Jurutulis : mohon supaya semua jawapan  kepada soalan lisan oleh semua ADUN yg dijawab secara bertulis dan semua jawapan kepada soalan bertulis oleh semua ADUN di beri kepada semua ADUN seperti yang diamalkan dahulu. Akhir-akhir ini ADUN hanya menerima jawapan untuk soalan yang mereka tanya sahaja. Oleh yang demikian kami tidak dapat berkongsi maklumat yang berguna untuk kami menjalankan tanggung jawab dengan lebih baik lagi.

YB Dato’ Speaker,

Maharani Bandar Diraja

Rakyat Muar sangat bertuah di atas pengumuman oleh DYMM Tuanku pada Majlis Sambutan Maulidurrasul yang lalu  bahawa Muar disytiharkan sebagai Bandar Diraja.Bandar Muar juga dikenali sebagai  Bandar Maharani , dibuka oleh baginda Maharaja Abu Bakar pada tahun 1887. Saya ingin mencadangkan supaya nama Maharani ini dikekalkan menjadi Maharani Bandar Diraja.
Dengan kemajuan yang dicapai Bandar Muar semakin hidup tetapi beberapa rungutan daripada rakyat mula kedengaran.
Untuk menjadi Bandar Diraja banyak perkara perlu perhatian.

Perhentian bas dan teksi  di Jalan Maharani dan Perhentian Bentayan perlu dinaiktaraf dengan kemudahan awam yg lebih sempurna, jalan tidak berlopak dan tempat menunggu yang bersih dan selesa.

Jawapan YB Pengerusi JK Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Kemuydahan Awam:
MPM sentiasa berusaha menaik taraf kemudahan awam supaya lebih sempurna. Pihak MPM telah memperolehi peruntukan sebanyak RM120,000.00 dpd YAB Menteri Besar bagi kerja membina euang menunggu dan bumbung di tempat letak kereta di perhentian teksi Jalan Maharani.

Persekitaran yang bersih dan lampu yang mencukupi  untuk keselamatan di waktu malam terutamanya perlu disediakan.

Jawapan YB Pengerusi JK Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Kemuydahan Awam:
Dari segi pencahayaan kawasan bandar, MPM dari semasa ke semasa sentiasa menambah bilangan lampu awam di dalam kawasan Maharani.Contohnya pemasangan lampu awam di lorong-lorong belakang kedai di Jalan Maharani mendapat peruntukan dpd Kementerian Dalam Negeri. Projek pencahayaan di Jalan Hashim dengan kos RM100,00.00 akan dilaksankan tahun ini.

Gerai makanan di sekitarnya perlu di baikpulih, dinaik taraf, dari gred C keg red B sekurang-kurangnya  supaya lebih menarik pelanggan.

Masalah kesesakan lalulintas, kekurangan tempat letak kereta perlu diatasi segera. Budaya meletakkan kereta di tepi jalan dapat di ubah dengan menyediakan ruang tempat letak kereta bertingkat. Tempat letak kereta di kawasan Dewan Jubli Intan pula nampaknya ditutup sebelah malam. Tempat ini boleh menampung keperluan parker waktu malam.

Jawapan YB Pengerusi JK Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Kemuydahan Awam:
Hasil pemantauan yang dibuat didapati punca kesesakan lalu lintas di jalan-jalan utama dalam kawasan Bandar Maharani adalah disebabkan sikap segelintir pemandu atau pengguna jalan raya yang meletakkan kenderaan  di atas jalan bagi urusan di premis-premis perniagaan dan bank-bank.Penjaja bergerak seperti di Jalan Hj Abu menyebabkan masalah ini berlaku.Ini akan dikaji kerana ia menyumbang pada kesesakan jalan raya serta juga mengganggu ruang letak kereta.
Tempat letak kereta bertingkat di Hentian Maharani dan di Dewan Jubli Intan  pula penggunaannya hanya antara 20-30% sahaja.
Kawasan letak kereta di Dewan Jubli Intan masih dibuka pada waktu malam sehingga jam 10 malam setiap hari
Keperluan membina ruang tempat letak kereta bertingkat di kawasan lain perlu kajian terperinci dari segi kos bangunan dan tanah.

Pembinaan bumbung  di Jalan Sisi  juga menyebabkan kesesakan lalulintas. Perkembangan pembinaan ini terlalu perlahan tidak mengikut jadual.Sepatutnya ia akan siap dibina pada ………… Peniaga-peniaga di jalan ini merungut kerana perniagaan mereka terjejas teruk. Mohon disegerakan.

Jawapan YB Pengerusi JK Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Kemuydahan Awam:
Teknik pembinaan tiang Up Town Maharani diubah suai dengan keadaan tapak kerana terdapat infrastruktur utiliti di bawah tanah sedia ada.Jarak antara tiang  sejauh 9 meter telah diambil bagi meminimumkan bilangan tiang.Masalah tiang terletak di hadapan kedai tidak dapat dielakkan kerana saiz bukaan kedai tidak seragam dan tidak selaras antara satu sama lain.
Satu taklimat kpd YAB Menteri Besar dan Kerajaan Negeri telah diadakan pada 6 Jun. Kerajaan telah memutuskan supaya diadakan kajian semula bagi menyelaraskan semua tiang-tiang tersebut.Pihak juru perunding telah mengadakan  reka bentuk baru sebagaimana kehendak Kerajaan Negeri. Ia akan dibentamng semula dalam masa terdekat.

Warga Muar menyambut baik pengumuman   YDP MPM bahawa  benteng mendap berhampiran Jeti Tg Emas akan dibaikpulih dengan kos RM2 juta. Malangnya ia baru mengemukakan permohonan kepada Kementerian Pelancongan dan   Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan !  Kalau lulus barulah projek ini bermula seawal tahun depan. Untuk makluman Dewan yang mulia masalah ini telah dimaklumkan sejak tahun 2010, dua tahun yang lalu. Ia perlu disegerakan kerana ia membahayakan pengunjung dan mereka yg berekreasi di sini. Kos juga mungkin meningkat kerana penghakisan pantai akan berterusan menyebabkan kerja baik pulih bertambah rumit.

Jawapan YB Pengerusi JK Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Kemuydahan Awam:
Pihak Majlis masih menunggu kelulusan permohonan peruntukan sebanyak RM6 juta daripada KPKT atau Kementerian Pelancongam\m bagi mengatasi masalah ini. 

Muar mempunyai  Stadium yang indah. Malangnya lampu limpahnya tidak berfungsi menyebabkan aktivit malam seperti bola sepak tidak boleh diadakan. Tempat duduknya juga perlu ditambah untuk menampung penonton yang hadir apabila kejohanan peringkat kebangsaan diadakan.

Jawapan YB Pengerusi JK Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Kemuydahan Awam: Pihak JKR telah membuat pemeriksaan pada bulan Januari tahun ini bagi menyediakan speks serta keperluan lampu limpah bagi tujuan permohonan kelulusan peruntukan.

Baru-baru ini penduduk di Pt Sakai/Pt Perupuk Laut telah menerima Borang Notis  5A. Masalahnya premium yang dikenakan terlalu tinggi, di luar kemampuan penduduk.Seorang penduduk yang diberi tapak seluas 60x100 kaki terpaksa membayar premium sebanyak RM14000.00 dalam masa 3  bulan. Contohilah Kerajaan Pakatan Rakyat yang hanya mengenakan premium RM1000.00 sahaja melainkan apabila tanah ini dijual barulah  mereka  dikehendaki membuat bayaran penuh.


Ucapan penggulungan oleh YAB Menteri Besar:
Dr. Mohamad Taslim (PAS-Maharani) mendakwa bayaran premium yang dikenakan oleh Kerajaan Negeri sangat tinggi, iaitu sebanyak RM14,000 untuk tapak seluas 60x100 kaki persegi dan sehubungan itu penduduk di kedua-dua kampung berkenaan memohon agar kadar bayaran dikurangkan kepada RM1,000 sahaja.


Abdul Ghani berkata, tanah berkenaan juga telah dinilai sebagai tanah rizab Melayu berikutan ia termasuk dalam rizab Melayu Parit Hj. Baki, di mana pengiraan premium bagi pajakan 60 tahun adalah 15 peratus daripada harga pasaran manakala untuk pajakan 99 tahun sebanyak 30 peratus daripada harga pasaran.

Katanya, seperti yang terkandung dalam Notis 5A, iaitu berdasarkan Seksyen 81 Kanun Tanah Negara 1965, ia termasuk cukai tahun pertama, bayaran ukur dan penandaan batu-batu sempadan, selain pendaftaran hak milik serta tidak terkecuali premium tambahan bagi tanah yang diusahakan tanpa kebenaran.
Kerajaan Negeri akan pertimbang permohonan pengurangan kadar bayaran premium.
YB Dato’ Speaker,

Menurut Pengarah JKM Johor  pihak JKM menyalurkan lebih RM4.3 juta setip bulan kepada golongan  kurang bernasib  baik  di seluruh  negeri  ini. Ini menunjukkan dengan kemajuan yang dicapai masih ramai lagi rakyat yang belum dapat keluar dari kepompong  kemiskinan.Sepatutnya negeri Johor yang makmur ini telah sifar miskin tegar dan menurun bilangan orang miskin.
Di antara aduan penerima bantuan ini ialah mereka menerima bantuan lewat, tidak tetap di awal bulan.Kadang kala bantuan diberi dua bulan sekali menyebabkan mereka menanggung kesusahan.Jika mereka yang bekerja pun tertunggu-tunggu hari  gaji, bagaimana pula orang miskin yang tiada pendapatan lain ?

Jawapan Pengerusi JK Kebajikan Masyarakat:
Bayaran bantuan dibayar sebelum 1 haribulan setiap bulan bagi semua jenis skim bantuan. Mekanisma bayaran melalui bank   sehingga Mei 2010 melibatkan 40,820  (90.83%)  orang penerima bantuan.Bayaran tunai hanya  seramai 4,121 (9.17%) orang.
Berlakunya kes-kes  dibayar dua bulan sekali mungkin kerana kesnya dikaji semula, seperti bantuan kanak-kanak yang  sudah bekerja, status ekonominya lebih baik   penerima meninggal dunia atau penerima tiada di rumah ketika pegawai kebajikan menghantar bantuan ke rumah.


Ucapan Bajet 2012 ada menyatakan Bantuan Am Keluarga akan dinaikkan  daripada  RM115 kepada RM150. Adakah ini telah dilaksanakan untuk penerima secara automatik ?

Jawapan Pengerusi JK Kebajikan Masyarakat:
Pelaksanaan Bantuan Am Negeri yang telah dinaikkan kadarnya akan bermula dari bulan Julai 2012.Bayaran tunggakan  Januri sampai Jun 2012 akan dibuat pada Ogos 2012.

OKU adalah golongan yang  memerlukan perhatian dan bantuan.Kemudahan asas seperti laluan untuk mereka, tempat parking telah mula disediakan. Untuk mereka yang berniaga Maharani mencadangkan  supaya mereka ini diberi keutamaan  dalam permohonan tapak atau gerai  perniagaan. Seorang OKU mengadu bahawa beliau memohon gerai di bangunan baru MPM di Bukit Pasir Muar, malangnya   beliau tidak pun dipanggil untuk temuduga.

Jawapan YB Pengerusi JK Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Kemuydahan Awam:
MPM sentiasa sentiasa membuat pemantauan ke atas pencerobohan tempat letak kereta untuk OKU.Tindakan kompaun sewbanyak RM100.00 akan dikenakan kepada mana-mana penyalahgunaan ke atas kemudahan untuk OKU.
OKU sentiasa diberikankeutamaan oleh Majlis untuk menyewa gerain atau tapak perniagaan milik Majlis.Bagi kes dibangkitkan,permohonan tersebut akan dipertimbangkan jika ada kekosongan.

YB Dato’ Speaker,

Akhir-akhir ini nampaknya penurapan semula jalan awam berjalan dengan rancak. Jalan kampong juga diturap semula. Di antara masalah yang berlaku ialah apabila jalan ini diturap semula, bahu jalan menjadi semakin rendah. Ini membahayakan orang ramai kerana ia boleh menyebabkan kemalangan maut. Maharani mencadangkan supaya bahu jalan juga dinaik taraf bersama  dengan kerja-kerja penurapan jalan. Begitu juga apabila  pelebaran jalan dilakukan sepatutnya tiang elektrik dan juga tiang telefon atau apa juga yang mengganggu lalulintas dipindahkan sekali.

Jawapan YB Pengerusi JK Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Kemuydahan Awam:
Projek penurapan jalan dilaksanakan oleh MPM telah mengambil kira kerja-kerja pembaikan bahu jalan seperti yang dinyatakan dengan jelas dalam speks kerja yg disediakan.

Dalam DUN Maharani ini meliputi Jalan Sri Tanjung, Jalan Dato Hj Kosai, Jalan Temenggong Ahmad, Jalan Abdul Rahman dan Jalan Joned yang selari kedudukannya. Simpang-simpang di jalan ini dahulunya mempunyai tanda berhenti tetapi sekaragn sudah hilang, rosak atau sebab vandalisma. Maharani mohon supaya dipasang semula tanda-tanda berhenti untuk mengelakkan kemalangan maut. Jika perlu kotak kuning dipasang di simpang-simpang yang tertentu.

Jawapan YB Pengerusi JK Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Kemuydahan Awam: Projek menurap semula jalan yang dikendalikan oleh JKR, termasuk kerja-kerja pembaikan bahu jalan yang rendah, mengecat semula garisan jalan, mengecat petak kunung di simpang dan garisan speed breaker, sebelum simpang dan selepas selekoh merbahaya bagi mengurangkan kemalangan, pihak JKR juga akann membaik pulih dan memasang semula papan tanda yang rosak atau hilang di simpang-simpang jalan.

Namun demikian ada juga penduduk yang mengadu mengapa  jalan di tempat mereka belum diturap seperti di Lorong Haji Mahadi di Jalan Junid Muar. Ketika saya balik kampong baru-baru ini penduduk Kampung Sungai Pulai Muar mengadu bahawa jalan kampong mereka belum diturap semula sedangkan di Kampong ini terdapat sebuah Sekolah Kebangsaan, sebuah masjid dan sebuah Madrasah.

Jawapan YB Pengerusi JK Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Kemuydahan Awam:
Peruntukan semasa tidak mengizinkan MPM melaksanakan kerja-kerja penurapan jalan di semua kawasan MPM. Untuk makluman, peruntukan pembangunan tahunan MPM hanyalah sebanyak RM2.4 juta sahaja. Peruntukan MARRIS untuk tahun ini sebanyak RM7.2 juta

Begitu juga dengan permohonan menurap jalan masuk ke rumah terutama di dalam kawasan Bandar. Seorang pemohon di Pos 122, Batu 2 ¼  Jalan Temenggong Ahmad Muar, mewakili  5 keluarga, telah memohon satu setengah tahun yang lalu tetapi masih belum berjaya sedangkan  sebahagian jalan lama telah diturap semula.  Saya yakin ini bukanlah kejadian terpencil.

YB Dato’ Speaker,

Maharani ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Jabatan Perparitan dan Saliran Muar yang prihatin dengan masalah perparitan dalam DUN Maharani yang diadukan  ketika hujan baru-b aru ini. Pembersihan rumput yang subur  tumbuh dalam parit hendaklah sentiasa dibersihkan  secara berkala untuk mengelakkan banjir. Penduduk mengalami kerugian hasil tanaman dan pokok buah-buahan apabila banjir berlaku. Sekarang pun sebahagian parit seperti di Parit Sakai  sudah mula  dilitupi rumput yang lebih tinggi daripada  jalan.

Sebahagian jalan kampong di DUN Maharani  juga kerap  mendap terutama di kawasan Jalan Junid.Kami mengharapkan tindakan segera apabila ia berlaku.

YB Dato’ Speaker,

Maharani ingin mengucapkan tahniah di atas kejayaan kerajaan membina  6,867 unit rumah di bawah Projek  Perumahan Rakyat dan 8,487 unit Rumah Murah Kerajaan. Jumlah ini masih kecil. Ia  hendaklah meliputi seluruh daerah dalam negeri Johor  dan tidak tertumpu di beberapa buah daerah sahaja.

Dalam Ucapan Bajet 2010 Negeri Johor pada 8 Disember 2011 ada disebut tentang Dasar Perumahan Rakyat Johor di Iskandar Malaysia yang diluluskan pada November 2011. Ia dijangka akan diperluaskan ke seluruh Negeri Johor pada tahun 2012. Sekarang sudah enam bulan tahun 2012 berlalu. Sudah diperluaskankah  dasar ini dan pembinaan dimulakan?  Penjenamaan semula terhadap Rumah Kos Rendah/Kos Sederhana Rendah diharap bukan pada kulit sahaja tetapi dengan perlaksanaan memenuhi keperluan rakyat.
Rakyat yang menghadapi kos sara hidup yang semangkin meningkat juga mengeluh  dengan peningkatan harga rumah yang di luar kemampuan mereka.

Jawapan YB Pengerusi JK Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Kemuydahan Awam:
Tidak dinafikan sejumlah 6,712 (97.7%)  daripada 6,824 unit rumah Projek Perumahan Rumah Rakyat dibina di daerah Johor Bahru.Keutamaan  ini untuk menangani masalah setinggan di Johor Bahru. Sejumlah 85% setinggan di Negeri Johor terletak dalam daerah Johor Bahru.

Akhir – akhir ini banyak projek perumahan berskala kecil dibina hingga ke kawasan kampong.Projek perumahan ini tidak diperlukan menyediakan kemudahan awam. Walau bagaimanapun sebagai tanggung jawab sosial pemaju haruslah menyediakan kawasan awam untuk kegunaan masyarakat setempat. Di kawasan Bandar seperti di kawasan sekitar Jalan Junid Muar yang dijadikan kawasan perumahan baru, ia  tidak mempunyai kawasan rezab untuk kegunaan awam seperti padang  permainan, dewan atau tempat ibadah. Ini adalah projek dibuat dengan skala kecil yang mungkin tidak memerlukan disediakan tempat-tempat tersebut. Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah memikirkan bagaimana perkara ini boleh diatasi mengikut undang-undang.

Jawapan YB Pengerusi JK Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Kemuydahan Awam:
Banyak projek perumahan di daerah Muar dibangunkan di atas tanah dengan keluasan kurang dari 3 ekar di mkana pemaju dikecualikan daripada membina rumah kos rendah.Kebanyakan pembangunan ini dibangunkan secara usahasama di antara  pemilik tanah dan pemaju
Pihak Kerajaan Negeri menyedari kelemahan terhadap dasar perumahan yang sedia ada yang mengecualikan  pembinaan kos rendah bagi keluasan projek kurang 3 ekar.Perkara ini telah diteliti oleh Jawatankuasa Kerja  yang dilantik dalam menggubal polisi perumahan yang baru untuk seluruh Negeri Johor.
PBT di Negeri Johor melalui kelulusan kebenaran merancang telah mewajibkan pematuhan 10% kawasan lapang dan kemudahan rekreasi bagi setiap kawasan pembangunan oleh pemaju sebagaimana keperluan Akta Perancagan  Bandar dan Desa  ataupun Akta A933.

YB Dato’ Speaker,

Pendidikan adalah modal insam yang sangat penting. Dalam keadaan ekonomi yang agak baik rakyat masih merasa kesempitan hidup. Jika dahulu ibubapa merayakan kejayaan anak mereka menjejak kaki ke maenara gading dengan kenduri besar, sekarang mereka mengeluh bagaimana hendak menampung kos kemasukan yang mencecah 4 angka. Maharani berharap supaya bantuan persediaan ke IPT oleh Baitul Mal, YPJ dan baru-baru ini tawaran oleh Perbadanan Islam Johor dapat dipermudahkan dan di beri sebelum mereka mendaftar diri ke IPT. Pelajar dikehendaki membayar yuran sebelum mendaftar dan inilah masalah yang dihadapi oleh ibubapa.
Untuk makluman dewan, Kerajaan Negeri Selangor memberi RM1000.00 hadiah anak masuk universiti.

Jawapan YB Pengerusi JK Pelajaran dan Pengajian Tinggi:
....Maharani mencadangkan betapa pentingnya mereka yg layak diberi bantuan sebelum mendaftar ke IPT memang satu cadangan yang baik.Proses permohonan  bantuan YPJ biasanya dalam masa seminggu.atau dua minggu.Bagi mereka yang sudah mendaftar di IPTA masih boleh memohon dalam tempoh  sebulan. Pada tahun 2011YPJ membiayai 652 pelajar dengan belanja sebanyak RM562,000.00.

Jawapan Pengerusi JK Agama:
Skim bantuan pendaftaran di IPTA dalam negara disediakan oleh MAIJ. Ia terbuka sepanjang tahun. MAIJ berusaha untuk menyalurkan bantua ini sebelum pelajar mendaftar masuk ke IPTA.Pada tahun 2011 seramai 2,896 pelajar menerima bantuan dengan perbelanjaan sebanyak RM1,869,766.00.Wang ini adalah daripada kutipan zakat.Jumlah bantua adalah di antara RM400.00 - RM1,000.00 bergantung kepada kursus ijazah, diploma atau sijil.
Satu cadangan baru akan dibawa pada Majlis Mesyuarat Majlis untuk memperuntukkan RM50,000.0 hingga RM100,000.00 kepada setiap daerah.Pelajar yang layak boleh memohon terus dan diluluskan di Pejabat  Majlis Agama Islam  di daerah-daerah.

Perbadanan Islam Johor juga menyediakan bantuan yang sama untuk pelajar tahun pertama pengajian di 20 buah IPTA di negara ini.Bantuan  diberi sebanyak RM1000.00 di IPTA Sabah dan Sarawak dan RM700.00 untuk Semenanjung.
Dari tahun 2010 hingga 2012 Majlis Agama Islam Negeri Johor dan Perbadanan Islam Johor telah menyediakan peruntukan bantaua pendaftaran IPT kepada seramai 6,467 orang pelajar dengan peruntukan sebanyak RM4 juta.
 
Begitu juga dengan bantuan untuk anak-anak Johor yang menuntut di luar Negara.Apakah jenis bantuan yang masih diberi bagi mereka yang menuntut dalam bidang agama atau profesion lain seperti kedoktoran,pergigian atau farmasi ?

Menjawab soalan Dr Mohamad Taslim (PAS-Maharani) yang mendakwa YPJ tidak lagi menaja pelajar anak Johor untuk menyambung pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT), Maulizan berkata perkara itu tidak benar. 
Beliau berkata dari masa ke semasa YPJ sentiasa membantu pelajar Johor yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi tetapi dengan peruntukan yang terhad.

Layari: YPJ peruntuk RM963,000 biaya penuntut Johor dalam bidang perubatan.
http://news.mylaunchpad.com.my/Local/BM/Article?Key=48081a5e-e491-471d-bc0f-34335599b731#.T-rF4gz2i-c.facebook 

YB Dato’ Speaker,

Bantuan Rakyat 1 Malaysia

Fasa pertama BR1M telah berlalu, wang RM500 pun sudah habis. Sekarang akan menyusul pula BR1M Dua. Beberapa rungutan ditimbulkan oleh mereka yang tidak berjaya, di antaranya dikatakan salah mengisi borang, borang tidak lengkap, belum berkahwin walau miskin dll. Masalah ini diharap tidak berulang. Yang memusykilkan ada orang yang telah mati  mendapat surat tawaran BR1M ! Sila selidik.
Sepatutnya rakyat yang miskin / miskin tegar lebih diutamakan dengan menaikkan elaun bulanan mereka sekurang-kurangnya melebihi paras pendapatan miskin tegar.

YB Dato’ Speaker,

Masalah sosial
 
Zaman berubah,cabaran meningkat, godaan bertambah. Maharani sangat bimbang dengan masalah ponteng sekolah yang akhirnya menjerumuskan pelajar  melakukan jenayah seperti mencuri, peach rumah dll. Masalah kecurian juga sudah berubah trend dengan dilakukan di waktu siang hari ketika ketua keluarga keluar bekerja. Skim Rondaan Sukarela yang dilakukan di waktu malam di kawasan rukun tetangga nampaknya memberi  kesan baik. Untuk menangani masalah kecurian di siang hari mungkin SRS ini dilakukan pada siang hari.


YB Dato’ Speaker,

Dalam arus pembangunan yang pesat, atas nama kemajuan ada pihak yang terkorban. Berapa buah kawasan kampong tradisi, tanah rezab Melayu yang dibangunkan dan penghuni dikeluarkan dalam negeri Johor ini ? Adakah tanah rezab Melayu ini diganti dengan keluasan yang sama dan nilai yang setimpal ?

Jawapan YAB Menteri Besar Johor pada sessi perbahasan  penggulungan sidang DUN:
Kerajaan negeri sentiasa mengambil berat dan memelihara status tanah simpanan Melayu
Bagi memastikan simpanan itu tidak berkurangan, kerajaan negeri menggantikan setiap tanah yang diambil dengan kawasan baru , bersesuaian dengan harga pasaran dan keluasannya.Ia selaras dengan Perkara 89, Perlembagaan Persekutuan dan Enakmen Tanah Rezab Melayu1936.Pembangunan yang dijalankan di tanah simpanan tidak mengubah statusnya. Namun jika pembangunan itu memerlukan tanah berkenaan dibatalkan statusnya, proses penggantian perlu dibuat tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa negeri..

Berita Harian 26 Jun 2012

Layari: Status Tanah Simpanan Melayu sentiasa dipelihara - MB
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=195479917247397&set=a.106511249477598.4961.100003561700279&type=1&theater 

YB Dato’ Speaker,

Kami sebagai wakil daripada Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, DAP dan PKR ingin merakamkan dalam dewan yang mulia ini bahawa Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat  bermuafakat membentuk Dasar Bersama   dengan setulusnya meletakkan Perlembagaan sebagai kompas perjuangan. Komitmen Pakatan Rakyat  adalah untuk :

1.       Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi  Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di Negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Negeri Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153.

2.     Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja Berperlembagaan.

3       Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau , melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum , serta meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris demi memperbaiki daya saing Malaysia di peringkat global.

Inilah nadi perjuangan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum dan pegangan untuk membina sebuah Negara dan masyarakat yang menzahirkan semangat demokrasi dan keadilan dalam semua aspek.

 Harakah 29 Jun - 1 Julai 2012

YB Dato’ Speaker,

Akhir sekali ampun maaf saya pinta.
Jumpa lagi di gelanggang PRU13.
Belum tentu sebelah mana kita duduk dalam dewan ini nanti atau mungkin ada yang duduk di kerusi atas sana.

Wabillahitaufiq walhidayah, wassalamualaum warahmatullahi wabarakatuh.

Read More

SOALAN-SOALAN LISAN ADUN MAHARANI BAGI MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KELIMA 2012




SOALAN-SOALAN LISAN BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN KELIMA
DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-12
MULAI DARI 14 JUN 2012 HINGGA 25 JUN 2012
OLEH YB DR MOHAMMAD TASLIM
ADUN MAHARANI



Bil
SOALAN-SOALAN LISAN
JABATAN
PORTFOLIO
1.
Nyatakan secara terperinci  jumlah peruntukan dan jenis-jenis pembangunan dalam Parlimen Muar dari tahun 2008 hingga sekarang ?

SOALAN INI DITOLAK MENGIKUT PERATURAN-PERATURAN DAN PERINTAH-PERINTAH TETAP DEWAN NEGERI JOHOR, PERKARA 25 (3)
"...Menteri Besar boleh enggan menjawab soalan dengan alasan bagi faedah am ..." 


Y.A.B
Menteri Besar

Pejabat Menteri Besar
2.
Minta nyatakan statistik pekerja asing mengikut warga negara dan sektor dari tahun 2008 hingga sekarang ?
Jabatan Sumber Manusia
Pengerusi  Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia,Sains , Teknologi dan Inovasi Negeri Johor
3.
Nyatakan statistik jumlah dan Negara asal  warga Negara luar yang diterima menjadi warganegara Malaysia  sejak 2008 hingga sekarang  di negeri Johor .
Y.A.B
Menteri Besar
Pejabat Menteri Besar
4
Nyatakan jumlah bilangan “saudara baru” yang memeluk agama Islam dan murtad dari tahun 2008 hingga 2012 di negeri Johor.

Jabatan Agama Islam

Pengerusi JK Agama Negeri Johor
5
Nyatakan   statistik mengikut kaum dan DUN penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia
Y.A.B
Menteri Besar
Pejabat Menteri Besar
6.
SWM Environment Sdn Bhd mengumumkan 700,000 tong sampah beroda muatan 120 liter akan diagihkan ke seluruh Johor.Bilakah ia akan dilaksanakan?

PBT
 Pengerusi JK Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya Dan Kemudahan Awam Negeri Johor

Read More

SOALAN-SOALAN BERTULIS ADUN MAHARANI BAGI MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KELIMA 2012



 SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN KELIMA
DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-12
MULAI DARI 14 JUN 2012 HINGGA 25 JUN 2012
OLEH YB DR MOHAMMAD TASLIM
ADUN MAHARANI
  
 
Bil
SOALAN-SOALAN BERTULIS
JABATAN
PORTFOLIO
1
1.1.

Apakah tindakan  Jabatan Agama Islam dalam membasmi masalah sosial seperti penagihan dadah, Mat Rempit dan lumba haram, gangsterisme dan kongsi gelap, pencabulan kehormatan dan gangguan seksual di tempat kerja , pondan dan  penggunaan bahasa lucah dan tidak sopan dalam media ?


Jabatan Agama Islam

Pengerusi JK Agama Negeri Johor
2
2.2.


Adakah  kerajaan negeri Johor  bertindak untuk
mengawalan harga rumah yang semakin melambung terlalu tinggi dan menyukarkan rakyat untuk memiliki rumah sendiri?

Perumahan

Pengerusi JK Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya Dan Kemudahan Awam Negeri Johor
33.


Adakah Kementerian  Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, melesenkan kedai-kedai runcit atau serbaneka untuk  menjual  minuman keras di premisnya dan tindakan ke atasnya kerana  ia disalahgunakan oleh belia hingga menyebabkan masalah sosial ?



Pihak Bekuasa Tempatan
( PBT)

Pengerusi JK Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna

44..

Apakah tindakan Kementerian Kesihatan untuk menyelesaikan masalah  parkir di Hospital Pakar Sultanah Fatimah yang menyulitkan pesakit dan pelawat ?

Jabatan Kesihatan

Pengerusi JK Kesihatan Negeri Johor
5.5.

Nyatakan jumlah Perpustakaan Desa mengikut DUN dan apakah  kriteria  dalam memutuskan pembinaannya?

Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah,

Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Kesenian,Kebudayaan Dan Warisan Negeri Johor.







Read More