KEJOHANAN FUTSAL PIALA KETUA PEMUDA PAS MUAR 2012


KEJOHANAN FUTSAL PIALA KETUA PEMUDA PAS MUAR
GALAXY D'FUTSAL JALAN JUNID MUAR
AHAD 29 JANUARI 2012 

Dewan Pemuda PAS Muar  yang diketuai oleh Sdr Faizul Salleh telah menganjurkan Kejohanan Futsal Piala Ketua Pemuda PAS Muar pada hari Ahad 29 Januari 2012. Majlis pendaftaran di Galaxy d'Futsal ,Jalan Junid Muar bermula sejak 8.00 pagi lagi. Malam sebelumnya undian telah diadakan di Pejabat HPA Pekan Parit Bakar Muar. Sambutan hebat daripada pemuda-pemuda dalam daerah Muar, Bakri, Ledang,Batu Pahat dan Melaka menyaksikan 42 buah pasukan dipilih walaupun pada peringkat awalnya hanya 32 buah pasukan yang akan didaftarkan. Beberapa buah pasukan terpaksa ditolak pendaftaranya kerana kesuntukan masa.

Menurut Sdr Muhd Taqiuddin Che Man, SU Kerja DewanPemuda PAS Muar, yuran penyertaan hanyalah RM50.00 sahaja dengan hadiah utama sebanyak RM500.00 berserta medal. Kejohanan kalah mati ini dapat memberi peluang para pemuda melakukan riadah dan aktiviti yang bermanafaat.Pihak Dewan Pemuda PAS Muar sentiasa menganjurkan program berkala untuk anak-anak muda ini. Sebelum ini pwertandingan bola sepak telah dianjurkan. Program yang akan datang mungkin pertandingan bowling.

Kejohanan ini mendapat sokongan daripada ADUN Maharani sendiri, YB Dr Mohammad Taslim , yang turut menaja 3 buah pasukan. Beliau hadir pada permulaan majlis di sebelah pagi.

YB Dr Mohammad Taslim bersama Ketua Pemuda PAS Muar,
Sdr Faizul Salleh (duduk kanan), Sdr Taqiuddin di kanannya dan orang-orang kuatnya. 

Galaxy d'Futsal tempat kejohanan berlangsung.
Jika anda berminat menyewa gelanggang ini hubungi 019-7226902.

Urusetia Kejohanan bersiap sedia sejak jam 8.00 pagi lagi.

YB Dr Mohammad bersama Team 'Funny Kick' yang ditajanya.
Tahniah anak-anak muda ini yang berjaya hingga ke peringkat suku akhir !

YB Dr Mohammad bersama team yang akan mengambil bahagian.


Selamat berjuang dengan semangat kesukanan !

All the best ! YB Dr Mohammad memberi semangat kepada peserta-peserta.

Suspense - Di antara pengurus pasukan mengawasi anak didik masing-masing.



Siap sedia !


Ada gaya johan ni ....



Doa perasmian......



Sepakan pertama bermula......

 
 Lawan tetap lawan !

 
 Waktu zohor dah sampai....




 
 Anak-anak soleh tunaikan solat zohor....



 
 Muslimin contoh..... tidak lupa Allah walau di mana....





 Dua pasukan yang akan berentap dalam separuh akhir.



Pasukan ini bersedia merebut tempat ke Pertandingan Akhir !
 


Hadiah wang tunai, piala dan medal sudah tersedia.

Pertandingan berterusan selepas solat zuhur.Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YDP PAS Muar, Ustaz AbuBakar Lajat. Beliau seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Para peserta nampaknya berpuas hati dengan penganjuran Kejohanan ini yang telah dapat berjalan dengan lancar.

Sumber gambar: sebahagian dpd Sdr Ayub Suleiman dan fb Sdr Abdul Samad, Sdr Faizul Salleh dan Sdr M. Taquiddin. Terima kasih.

  
Read More

MAJLIS PELANCARAN KAWAN - SUKARELAWAN PENDIDIKAN RAKYAT MUAR


KAWAN ( SUKARELAWAN PENDIDIKAN RAKYAT)  MUAR





PAS anjur himpunan generasi guru bermaruah Ahad ini

Harakahdaily, 27 Jan 2012
JOHOR BAHRU, 27 Jan: PAS akan mengadakan perhimpunan Generasi Guru Bermaruah 2012 bagi mendekatkan lagi mereka dengan golongan guru di negara ini.

Program yang dipelopori oleh Cikgu Normala Sudirman (gambar), bekas calon PAS pilihanraya kecil Tenang ini dijangka akan mengumpulkan 1,000 guru di Dewan Pusat Tarbiyyah PAS Parit Pechah, Muar, Johor.

Ia akan diadadakan Ahad 29 Januari ini dengan pelbagai pengisian.

Normala dalam kenyataannya berkata, warga pendidik memainkan peranan sangat penting dalam menggerakan aktiviti bersifat kemasyarakatan.

Golongan ini juga sangat dekat dengan masyarakat dan sangat dihormati justeru peranan yang disumbangkan dalam membentuk masyarakat selama ini.

Oleh itu, katanya,  sekiranya tenaga mereka dapat digarap dengan tanzim yang tersusun, ianya mampu memberikan kesan yang amat besar dalam gerakan dakwah dan politik yang diperjuangkan PAS selama ini.

Program yang bertemakan 'Bangkit Guru Untuk Rakyat' ini akan diserikan dengan pelbagai kertas kerja yang akan dibentangkan oleh tokoh pendidik dari PAS.

Antaranya Dr. Mahfodz Mohamad, Pesuruhjaya Pas Negeri Johor, yang merupakan bekas pensyarah kanan Universiti Malaya.

Turut terlibat adalah Datuk Abu Bakar Bin Chik, Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat dan Dr. Halimah Bin Mohd Ali, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi & Pembangunan  Modal Insan Negeri Selangor.

Pada sebelah malamnya pula akan diadakan pidato perdana dan ceramah sempena perhimpunan guru ini.

Antara penceramahnya adalah Dr Mahfodz, Datuk Adnan Bin Ibrahim (Bekas Pengarah Pelajaran Negeri Perak) dan  Cikgu Normala sendiri.

sumber:http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7790-pas-anjur-himpunan-generasi-guru-bermaruah-ahad-ini
Read More

MALAM YASINAN DI MASJID JAMIK SULAIMANIAH PARIT PINANG SERIBU MUAR


PROGRAM YASINAN BERSAMA RAKYAT BERTERUSAN
MASJID SULAIMANIAH PT PINANG SERIBU MUAR

Malam ini malam Jumaat 26 Januari 2012. Jadual telah disusun,Malam yang dinanti telah tiba. YB Dr Mohammad Taslim selaku ADUN Maharani meluangkan masa untuk bersama rakyat beribadah di Masjid Sulaimaniah Parit Pinang Seribu Jalan Sri Tanjung Muar. Masjid ini sebuah masjid baru yang mula digunakan pada tahun lalu. Beberapa orang sahabat turut serta dalam rombongan ziarah /beribadah termasuk Sdr Hamidon Omar, Pegawai Khas YB, Tn Hj Abd Rahman Lajim, Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Muar, serta AJK Cikgu Abd Rahman Yanti dan Sdr Adam.

Lawatan sambil beribadat ini memberi peluang YB bertemu rakyat dan untuk rakyat menyampaikan masalah mereka. Sambutan daripada ahli kariah cukup baik dan mesra.

 
Cikgu Abd Rahman Yanti beri'tikaf di dalam masjid
sementara menunggu waktu maghrib.

Tuan Imam Yazid memulakan majlis Yasinan.
Doa dipohon, mohon perkenan, amin.

Amiin....doa sama dipohon.

 
Menunggu jamuan ringan.


TuanImam Hj Yazid memperkatakan sesuatu.....


 
Jamuan tersedia...

 
Rezeki jangan ditolak....

Read More

SUMBANGAN AL IT'AM LAJNAH KEBAJIKAN DAN KEMASYARAKATAN PAS MUAR


HRabu 25 Januari 2012.

Petang ini, Rabu 25 Januari 2012, YB Dr Mohammad Taslim dengan diiringi oleh Tn Hj Abdul Rahman Lajim, Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Muar dan Sdr Aliff Baharom meluangkan masa menyampaikan sumbangan beras bulanan  al it'am kepada 4 orang penerima. Program Lajnah Kebajikan PAS ini adalah hasil kesedaran masyarakat yang terpanggil untuk membantu mereka yang memerlukan. Ia dicetuska oleh Tn Hj Abd Rahman mengambil model yang telah lama dijalankan di negeri Kelantan. Setakat ini 26 orang penerima telah mendapat manafaat dan angka ini akan bertambah.

Jutaan terima kasih kepada semua penyumbang, moga Allah gandakan rezeki yang halal..Sahabat-sahabat yang berhajat menyumbang sebulan sekampit bewras ini sila hubungi Pengerusi program al it'am, Tn Hj Abd Rahman sendiri, no. telefon 0142358861.


Jejak kasih...... sumbangan diberi, rupa-rupanya tanpa diduga 
penerima ini ada hubungan keluarga dengan YB Dr Mohammad !
Untuk nenek yang tinggal bersendirian.

Hajat datang memberi sumbangan beras bulanan.
Kebetulan kakak  yang terlantar kerana angin ahmar ini demam.
YB Dr Mohammad sempat memberi rawatan.
Read More

ZIARAH TAHUN BARU CINA BERSAMA ADUN MAHARANI DI PEKAN PARIT BAKAR MUAR , HARI KE TIGA


RABU 25 JANUARI 2012, HARI KE TIGA TAHUN BARU CINA 2012
Kemeriahan Tahun Baru Cina 2012, Tahun Naga Air, masih terasa. Hari ini, 25 Januari 2012, sudah masuk hari ke tiga Tahun Baru Cina 2012. YB Dr Mohammad Taslim  dengan diiringi oleh Pengarah MTD Maharani, Sdr Abu Bakar Ismail, Sdr Abdul Razak Sulaiman, Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Muar, Tn Hj Abdul Rahman Lajim, dan AJK DUN Maharani bersama-sama menziarahi jiran-jiran di sekitar Pekan Parit Bakar Muar. Salam perkenalan, salam persahabatan, salam perpaduan dihulurkan dengan iringan buah limau. 

Ziarah ini menzahirkan perpaduan irat masyarakat majmuk Malaysia khusunya dalam DUN Maharani. Setakat ini rombongan YB Dr Mohammad diterima dengan penuh kegembiraan. Mereka gembira diziarahi malah ada yang tidak menyangka seorang Wakil Rakyat akan bersama menyambut Tahun Baru di rumah mereka. Ada juga yang menyatakan bahawa inilah kali pertama sejak lebih 50 tahun yang lalu seorang wakil rakyat datang menemui mereka sempena Tahun Baru Cina. "Sangat tak sangka," kata mereka.

Suasana mesra dan ceria tanda sokongan padu dalam dilihat dalam rakaman gambar-gambar sempena lawatan YB ke rumah penduduk dan di tempat awam.


 Bersama penduduk di warong di Pekan Parit Bakar  menghadiahkan limau.


 Limau diberi tanda setiakawan dan hormat.


 Senyuman menceritakan segala-galanya.
Limau diberi mengeratkan hubungan.


 Anak muda geng kita !


 "V sign" menyambut kami. Tahun Baru membawa kemenangan dan kegembiraan !

 Selamat Tahun Baru semua ! Mereka bersedia melakukan perubahan.


 Limau membawa perpaduan.


 Di mana saja limau membawa keharmonian sejagat.


Anak muda disantuni.
Read More

ADUN MAHARANI MENZIARAHI RAKAN-RAKAN TIONGHUA DI HARI KEDUA TAHUN BARU CINA: SELASA 24/01/2012


SELASA, 24 JANUARI 2012, HARI KE DUA TAHUN BARU CINA 2012

Tahun Baru Cina adalah masa paling sesuai untuk mendekati mereka sebagai tanda perpaduan dan muhibbah rakyat Malaysia. YB Dr Mohammad Taslim , selaku ADUN Maharani, turut melahirkan rasa gembira dengan menziarahi penduduk setempat dan mengucapkan  "Selamat Tahun Baru Cina". Beliau diiringi oleh AJK dan ahli-ahli PAS  menziarahi beberapa buah rumah rakan-rakan Tionghua di sekitar Parit Unas, Parit Pinang Seribu dan Parit Samsu Muar.

Gambar-gambar yang dirakamkan menunjukkan kemeriahan sambutan Tahun Baru untuk tahun ini. Di mana sahaja rombongan YB diterima dengan senang hati dan penuh kegembiraan. Mereka cukup menghargai kehadiran Wakil Rakyat mereka yang sanggup turun  padang bersama rakyat.


Limau dan kueh muih memenuhi meja. Uncle ini dengan penuh yakin
menyatakan bahawa makanan yang beliau sediakan ini halal ! Beliau faham Islam !
Tangan dihulur, senyum bersambut. Selamat Tahun Baru !

 
Satu kenangan manis terakam di Tahun Baru.

 
Cerita menarik ni .....

 
Terima kasih di atas sambutan rakan-rakan. Selamat Tahun Baru !

 
Dari jauh salam sudah terhulur..... salam keikhlasan bersambut luhur....

 
Tahun Baru membawa perpaduan dan keharmonian.
 
YB Mohammad menerima ang pau !
Hebat sungguh limau dibalas ang pau ! Tidak dijangka ...... terima kasih.
Pertemuan rakan sekampung, tetap mesra.

 
Salam tanda gembira diziarahi....

 
Ada jamuan istimewa... udang dan otak-otak.


Di mana saja, kemesraan terasa...

 
Salam dihulur bersambut tanda persefahaman.

 
Kehadiran dihargai.....


Sambutan cukup mesra, makana penuh semeja.....

 
Seperti dah kenal lama, YB bermesra dengan tuan rumah.

Tuan rumah budiman, tetamu terasa aman.

 
YB bersama tuan rumah.

 
Dengar amanat datuk ni..... tanda sokongan....

 
Wajah ceria menyambut btetamu..

 
Terima kasi .... Selamat Tahun Baru.
Read More