PKR PERLU SELESAI MASALAH - ADUN MAHARANI


PKR perlu selesaikan masalah parti segera



SENAI - Parti Keadilan Rakyat (PKR) digesa selesai masalah yang melanda parti bagi memastikan keyakinan rakyat dan pengundi tidak berubah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Maharani, merangkap Ketua Penerangan Pas kawasan Muar, Dr Mohamad Taslim berkata, sebagai parti politik yang masih baru, PKR perlu menyelesaikan masalah yang melanda parti secepat mungkin.

“PKR perlu kembali kepada matlamat perjuangan parti iaitu memperjuangkan kepentingan dan hak rakyat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Beliau berpendapat, idea yang dilemparkan ketua parti bukan setakat bagus tetapi juga perlu diterima oleh ahli dan perbincangan dalam situasi ini amat diperlukan.

“Sebagai seorang ketua, bukan setakat memberi idea, tetapi juga perlu mendengar pendapat yang diberikan ahli lain,” katanya.

Beliau turut berpendapat isu yang dibangkitkan sesetengah ahli dengan menggunakan saluran media sejak kebelakangan ini disifatkan tidak matang dan mengeruhkan lagi keadaan.

“Penggunaan media oleh sesetengah pihak tidak wajar kerana apa yang dikehendaki tidak akan tercapai malahan merugikan lagi parti,” katanya.

Namun begitu, Mohamad percaya isu yang melanda PKR tidak akan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat (PR).

“Pengundi tetapkan mahukan pembaharuan yang dibawa PR,” katanya.

Edisi Johor
Berita Am
PKR perlu selesaikan masalah parti segera

SENAI - Parti Keadilan Rakyat (PKR) digesa selesai masalah
yang melanda parti bagi memastikan keyakinan rakyat dan pengundi tidak berubah.
» selanjutnya..

SUMBER: http://www.sinarharian.com.my/SH/johor/ 






Read More

SUMBANGAN KHAIRAT KEMATIAN - LAJNAH EKONOMI PAS KAWASAN MUAR


Lajnah Ekonomi dan Pembangunan PAS Kawasan Muar  telah memulakan Skim Takaful Khairat Kematian Berkelompok sejak bulan September 2007 yang lalu. Ia merupakan  cetusan idea Pengerusi Lajnah ini ,Tuan Hj Abdul Rahman Lajim, sebagai sumbangan PAS Kawasan Muar untuk kebajikan masyarakat.Di samping itu Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Muar juga memberi sumbangan apabila berlaku kematian kepada penduduk setempat.Ini merupakan sumbangan rutin dan berterusan yang sentiasa dilakukan oleh PAS Kawasan Muar di samping sumbangan untuk mereka yang ditimpa musibah.


Menurut Pengerusi Lajnah Ekonomi, Tuan Haj Abdul Rahman  skim ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira had umur Ia juga  tanpa perlu menjalani pemeriksaan kesihatan.Dengan menyumbang hanya RM24.00 setahun keluarga peserta akan menerima sumbangan sebanyak RM1000.00 jika berlaku kematian. ke atas peserta. Baru-baru ini Lajnah ini membuat keputusan untuk menyumbang sebanyak RM100.00 jika berlaku kematian ke atas anak peserta yang berumur di bawah 18 tahun.Sehingga sekarang sebanyak 5  keluarga telah menerima manafaat daripada skim ini. Alhamdulillah kini seramai 80 orang sedang menyertai skim ini. Mereka yang berminat untuk menyertai skim ini bolehlah hubungi Pengerusinya,nombor telefon 0129443294.
Baru-baru ini,pada pagi hari Selasa 23 Nov. 2010 seorang peserta skim ini, Allahyarham Tuan Hj Ahmad bin Abd Majid berumur 67 tahun telah meninggal dunia.Beliau meninggalkan seorang balu dan 2 orang anak.Beliau berniaga di warong di persimpangan Jalan masuk ke Parit Samsu Darat dan Jalan Temenggong Ahmad  Muar.


Pada petang tersebut, sekembalinya dari menghadiri Persidangan Dewan Negeri Johor di Kota Iskandar YB Dr Hj. Mohammad Taslim dengan diiringi oleh Pengerusi Lajnah Ekonomi Tn. Hj. Abd. Rahman  Lajim  dan PAnya Sdr Hamidun Omar telah menziarahi keluarga Allahyarham untuk mengucapkan takziah dan menyampaikan sumbangan khairat kematian sebanyak RM1000.00 kepada balu Allahyarham Tn Hj. Ahmad di Parit Samsu Darat , Jln Temenggong Ahmad Muar.Menurut balunya,Puan Hjh Rahmah bt Tumin, Allahyarham   tiba-tiba mengadu sesak nafas dan disahkan meninggal dunia pada jam 5.00 pagi 23 Nov. 2010 .Jenazahnya selamat disemadikan di kampong tersebut pada pagi itu juga.


Pn. Hjh. Rahmah sangat terharu dengan kehadiran YB Dr Mohammad , Pengerusi Lajnah Ekonomi dan rombongannya. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan dan keperhatian yang diberikan. Alfatihah untuk Allahyarham.Moga Allahyarham dihimpunkan bersama orang-orang soleh.Amin.


Ucapan Takziah daripada YB Dr Mohammad.
Moga Allah cucuri rahmat ke atas roh Allahyarham.


 YB Dr Mohammad menyampaikan sumbangan khairat kematian kepada Puan Rahmah dengan diperhatikan oleh Tuan Hj Abd Rahman (kanan sekali).




Read More

DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU


image
http://www.johordt.gov.my/images/uploads/TheQueen.jpg


 DAULAT TUANKU


Semoga Allah Lanjutkan Usia


 Merafak Sembah
Menjunjung Kasih Dan
Setinggi-tinggi Tahniah




DULI YANG MAHA MULIA 
 SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR
SULTAN DAN YANG DIPERTUAN BAGI NEGERI DAN JAJAHAN TAKLUK
JOHOR DARUL TAKZIM

Sempena 
Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku
Yang Ke-52
pada
22 November 2010 bersamaan 15 Zulhijjah 1431H

Yang berdatang Sembah
YB Dr Mohammad bin Taslim (ADUN Maharani)
PAS Kawasan Muar
DUN Maharani

YB Dr Mohammad,YB Gwee dan ADUN-ADUN 
di Majlis Keputeraan DYMM Tuanku.




Read More

TERIMA KASIH MPM : MASALAH PERPARITAN DI BANDAR


Terima kasih Majlis Perbandaran Muar yang telah mengambil tindakan segera di atas aduan peniaga di Jalan Petrie tentang lorong di antara Jalan Petrie dan Jalan Majidi dalam bandar Muar.Lorong ini mengalami masalah parit kerosakan dan cetek.Pehak Jurutera MPM telah mengarahkan SWM membersihkan kawasan ini selepas menerima aduan melalui YB Dr Mohammad Taslim,ADUN Maharani.

Sebagaimana dijanjikan parit konkrete U baru sedang dibina sekarang.Terima kasih sekali lagi MPM.Peniaga di sini berharap kedua-dua belah parit ini akan dibina semula dengan parit konkrete U untuk memngelakkan banjir.

Ini gambar-gambar yang dirakamkan oleh YB Dr Mohammad dalam lawatan pada 16 November yang lalu:

Parit baru di lorong belakan Jalan Petrie dan Jalan Majidee diperbaharui.
Pandangan dari Jalan Othman.

Pandangan dari arah bertentangan dengan gambar di atas.

Kerja-kerja sedang rancak dijalankan.


Gambar dari arah bertentangan dengan gambar di atas.


Ini gambar lama bersama pengadu  (kedudukan seperti
gambar di atas) sebelum  parit dibina semula.


 Masalah lama timbul semula :
Tuan punya kedai ini suka pokok tetapi lupa menjaganya 
sehingga menalar keluar dan menutup parit !

Menurut YB Dr Mohammad, dalam Persidangan Dewan Negeri Johor yang sedang berlangsung sekarang, beliau dan YB Gwee (Bentayan) telah membangkitkan isu Pengurusan Kemudahan Awam MPM dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009.Laporan tersebut (layari : http://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=2545932740067808847&postID=8924186486188668869
mendapati Pengurusan Kemudahan Awam MPM tidak memuaskan.

Walau bagaimanapun harus di akui dari segi lain MPM terus menjalankan tanggungjawabnya demi kesejahteraan rakyat.Di atas adalah di antara respons MPM terhadap aduan rakyat yang harus dipuji. 






Read More

DEWAN NEGERI JOHOR : PAS REP PRAISES BUDGET


Pas rep praises budget
New Straits Times
2010/11/20
THE state government yesterday received a rare congratulatory note from an opposition member for the tabling of a surplus budget for next year. 
Dr Mohammad Taslim (Pas-Maharani), who was debating a motion of thanks on the ruler's address, opened his speech by praising the budget, and called for the state government to maintain it in the black.

He also urged the state government to ensure that allocations for development be derived from "halal" sources instead of revenue collected from "immoral activities" such as gambling and the sale of liquor.

Dr Mohammad said the benefits of development would be negated if they were financed by economic activities which were against the teachings of Islam.

Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman had on Nov 11 tabled a surplus budget for 2011, with revenue estimated at RM814.12 million, against a management expenditure of RM811.35 million.

This was in contrast to the 1.1 per cent deficit budget this year, which was largely caused by the worldwide economic downturn.

Dr Mohammad also noted that it was praiseworthy for Ghani to stress that the budget needed to be implemented with the full commitment of government officials to ensure the people fully benefit from it.

But he called on the state government to improve transparency by fully implementing an open tender system for its projects, better collection of taxes and credit payments including those among government agencies and ensuring proper studies be carried out before the implementation of projects to avoid wastage.

He also requested for better rapport between the state government and opposition assemblymen.


Read more: Pas rep praises budget http://www.nst.com.my/nst/articles/20semj2/Article#ixzz15qHPHUmi


New Straits Times , Saturday 20 N0vember 2010


Read More

TEKS UCAPAN PERBAHASAN BAJET NEGERI JOHOR 2011 OLEH ADUN MAHARANI


 

 
UCAPAN PERBAHASAN BAJET NEGERI JOHOR 2011

OLEH:

Y.B. DR MOHAMMAD BIN TASLIM
ADUN MAHARANI (PAS)

DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR
PADA HARI JUMAAT 19 NOVEMBER 2010


Assalamualaikum .......dan Selamat Sejahtera.

Bismillah.........

Selawat......……

YB Dato’ Speaker,

Maharani mengucapkan syukur ke hadrat Allah subhanallahu wataala dan terima kasih kepada YB Dato Speaker kerana diberi peluang membahaskan Bajet   Negeri Johor Darul Takzim 2011.Mungkin ini Bajet terakhir sebelum PRU ke 13 ! Tahniah kepada YAB Menteri Besar Johor yang dapat membentangkan ucapan Bajet surplus sebanyak RM2.77 juta. Maharani mendoakan agar Bajet ini terus surplus sehingga akhir tahun 2011.


YB Dato Speaker,

SUMBER KEWANGAN NEGERI:

YAB Menteri Besar menyebut di akhir ucapannya  ‘semoga segala usaha ini mendapat keberkatan dan perlindungan  Allah serta diberi petunjuk dan hidayah-Nya untuk mencapai tahap negeri yang dilimpahi kebaikan dan beroleh naungan serta keampunan-Nya”. Amin…

Allah berfirman maksudnya :’Dan kalau sekiranya penduduk negeri itu beriman dan bertakwa,nescaya kami bukakan untuk mereka keberkatan dari langit dan bumi,tetapi mereka berdusta/berbohong,lalu Kami bertindak ke atas mereka dengan sebab apa yang mereka usahakan’.

Islam mewajibkan sumber yang halal dan diambil dengan cara yang adil.Maharani mencadangkan supaya hasil negeri diasingkan diantara halal dan hasil judi,arak dan riba.
1
Firman Allah dalam surah Al-Baqarah : 219 bermaksud ‘ Mereka bertanyakan kamu berkenaan arak dan judi.Katakan kepada mereka, pada keduanya dosa yang besar dan beberapa manafaat kepada manusia, namun dosa kedua-duanya lebih besar daripada manafaat yang dihasilkan’.

YB Dato Speaker,

Maharani menyokong penghargaan yang diberi oleh YAB Menteri Besar di atas ‘komitmen para pegawai dan kakitangannya dalam menjalankan tugas serta peka dengan tanggungjawab masing-masing’.Penghargaan sahaja tidak memadai.Maharani cadangkan mereka diberi bonus satu bulan gaji sekurang-kurangnya.

YB Dato Speaker,

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2009

Maharani ingin menarik perhatian Ahli-Ahli Yang Berhormat kepada Laporan Ketua Audit Negara Negeri Johor Tahun 2009: 

"Kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Johor pada akhir tahun 2009 dilaporkan  pada tahap MEMUASKAN"  tetapi pehatikan:

 Defisit Akaun Hasil Disatukan pada 31 Disember 2009 bertambah RM78.68 juta (19.4%) – iaitu daripada RM405.37 juta (tahun 2008) kepada RM484.05 juta (tahun 2009).
Ini adalah kerana di antaranya  Kutipan Hasil pada tahun 2009 menurun 7.6% (RM32.76 juta ) iaitu dari RM812.36 juta (2008) kepada RM750.42 (2009).

Untuk meningkatkan hasil pendapatan kerajaan negeri Maharani mencadangkan:

1.  Pelaksanaan 'Tender Terbuka’ yang telus untuk mengujudkan persaingan sihat.Kerajaan Kedah berjaya meningkatkan pendapatan kerajaan negeri melebihi 200% dengan melaksanakan sistem tender terbuka (Lihat Laporan Ketua Audi Negara 2008).

2.  Mengambil tindakan yang lebih berkesan (seperti disarankan oleh Ketua Audit Negara)  untuk mengutip tunggakan hasil  yang meningkat dari RM156.18 juta (2008) kepada RM177.32 juta (tahun 2009) iaitu 13,5%.

Jenis Tunggakan Hasil 2007 (Juta) 2008 (Juta) 2009 (Juta)
1 Cukai Tanah 76.96 79.18 97.18
2 Sewa & Sewa Beli Rumah 42.11 42.44 40.94
3 Hasil Penswastaan 17.62 17.01 16.95
4 Hasil Lain 16.78 17.55 22.25
Jumlah 153.47 156.18 177.32
 
3.  Mengutip tuggakan pinjaman daripada agensi-agensi negeri  sejumlah RM1,115.52 juta.

Bil.
Agensi
2007(RM juta)
2008 (RM juta)
2009 (RM juta)
1
Syarikat Air Johor SB
597.50
597.50
  597.50
2
Perbadanan Johor
 66,62
 83.73
   79.42
3
Pihak Berkuasa Tempatan
  5.56
   5.46
    5.36
4
Yayasan Pelajaran Johor
  3.02
   2.52
    2.52
5
Johor Special Water SB
  0.00
159.72
  430.72

Jumlah
672.70
848.93
1,115.52


4.  Mengelakkan daripada melaksanakan projek yang dibuat tanpa kajian terperinci  dan pemantauan terhadap pelaksanaannya seperti  Projek Pusat Internet e-Desa satu projek penswastaan yang ditandatangani pada November 2002  . 

Pembangunan 40 Pusat e-Desa siap sepenuhmnya pada Januari 2006.Keseluruhan kos pembangunan *usdat ini ialah RM1.97 juta.Pusat e-Desa ini mengalami pelbagai masalah diperingkat pelaksanaan menyebabkan 95% Pusat ini ditutup/tidak beroperasi pada akhir tahun 2009.


ARKIB : 02/12/2010 UTUSAN MALAYSIA

Pusat e-Desa ditutup akibat banyak masalah, kos tinggi

NUSAJAYA 1 Dis. - Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor memutuskan untuk menutup kesemua 40 Pusat e-Desa di negeri ini pada Mei lalu kerana pihak pengurusannya menghadapi pelbagai masalah selain berdepan dengan kos operasi dan penyelenggaraan yang tinggi iaitu lebih RM3 juta sebulan.
Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman menjelaskan, antara masalah yang dihadapi ialah sukar mendapatkan pekerja bagi menyelia pusat tersebut, kos baik pulih tinggi, masalah bangunan dan komputer dicuri.
"Kos operasi pula memerlukan RM93,520 dan kos penyelenggaraan RM2.9 juta sebulan. Kos ini termasuk sewa talian Internet, bil elektrik, elaun penyelia dan sebagainya.
"Di samping itu, peruntukan RM2.9 juta juga diperlukan untuk beli peralatan komputer, kelengkapan pejabat baru serta kerja pengubahsuaian bangunan," katanya pada sesi penggulungan Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan Dr. Mohamad Taslim (Pas-Maharani) berkenaan status Pusat e-Desa di seluruh negeri yang dilaksanakan sebelum ini.
Abdul Ghani berkata, faktor lain yang menyebabkan pusat tersebut terpaksa ditutup ialah sambutan dingin penduduk setempat.
Menurutnya, persaingan dengan banyak kafe siber dan premis yang menawarkan khidmat itu tidak jauh dari pusat tersebut juga menjadi sebab utama ia ditutup.
Jelasnya, dengan keupayaan komputer di kafe siber yang lebih baik, ia secara tidak langsung mempengaruhi sambutan penduduk terutama generasi muda untuk datang ke Pusat e-Desa.
"Tambahan pula, kementerian lain melalui agensi masing-masing telah membangunkan pusat seumpama Pusat e-Desa. Ada di antaranya dekat dengan lokasi Pusat e-Desa," katanya.
Sebelum ini, jelasnya, terdapat beberapa Pusat e-Desa yang terpaksa ditutup ketika banjir besar melanda pada awal 2006 dan hujung 2007.
Katanya, banjir itu mengakibatkan kerosakan teruk pada bangunan, perkakasan komputer, perabot, pendawaian elektrik dan rangkaian.
Beliau berkata, pusat itu mula ditubuhkan pada 2002 bertujuan merapatkan jurang digital antara penduduk bandar dan luar bandar.
Fungsinya sebelum ini, katanya, adalah sebagai pusat sumber, latihan, pusat penyebaran maklumat, pusat aduan dan pusat rangkaian khidmat kerajaan secara talian.

YB Dato Speaker,

 MAJLIS PERBANDARAN MUAR:

Maharani ingin menyambung sedikit apa yang telah disampaikan oleh YB Bentayan dalam perbahasan tempoh hari.
Laporan audit ini walaupun menjurus kepada  MPM,tidak bermakna PBT yang lain boleh tidur lena.Maharani yakin masalah yang dihadapi oleh MPM adalah universal merujuk kepada PBT lain dalam negeri Johor ini.

1.  Muar mempunyai Stadium baru yang moden tetapi malangnya 4 buah lampu limpahnya tidak berfungsi,bermakna tiada aktiviti malam yang boleh dijalankan.Dahulu sebelum di naiktaraf rakyat biasa boleh berlari keliling padang stadium,sekarang out of bound kepada rakyat biasa.ADUN pun belum berpeluang menyewa stadium tersebut dengan kadar yang berpatutan.

2.  Masalah pencerobohan Tapak Kemudahan Awam:
40.3% diceroboh oleh orang awam – bercucuk tanam,bina garaj,bina bangsal.Undang-Undang Kecil Taman (MDMS) 1987 ada tetapi tidak dikuatkuasakan.

3.  Tapak Kemudahan Awam Untuk Pusat Kejiranan Tidak Mencukupi:

Jabatan perancangan Bandar dan Desa menetapkan pemaju hendaklah merizabkan 10% daripada keluasan tapak pembangunan sebagai kawasan lapang.
Namun tapak kawasan kejiranan Sungai Abung dan Jalan Junid hanya disediakan 45.3%  daripada piawaian yang disyaratkan.Ini adalah akibat daripada meluluskan tanah dibangunkan dalam skala kecil.
 YB Dato Speaker,
 
MASALAH RAKYAT DALAM DUN MAHARANI:


1.Masjid Baru Parit Bakar Darat:

Ahli kariah sangat bersyukur kerana mendapat masjid baru yang sudah siap dibina tetapi hanya mempunyai 4 buah pancor air untuk  di dinding luar masjid dan sebuah dalam bilik Imam.Tiada tandas awam dan tempat berwuduk   yang sempurna untuk muslimin dan muslimat,tiada tandas,tiada pagar masjid dan halaman masjid yang tidak sempurna.Khabarnya permohonan bajet tambahan RM400,000.00 dipohon.

Masjid baru Parit Bakar Darat tanpa tandas awam dan pagar.

Maharani bimbang jika sebuah masjid ini pun bermasalah untuk disempurnakan  bagaimana pula pengurusan pembinaan 121 buah bangunan sekolah agama baru yang akan disiapkan dalam masa 2 tahun. Ini adalah peringatan yang wajib diambil serius.

Layari : (1)  http://dun-maharani.blogspot.com/2010/10/projek-121-sekolah-agama-kerajaan-johor.html 
2.  Rumah Bantuan Baitulmal di Parit Raja Muar:

Seorang ibu tunggal dengan 2 orang anak telah dikurniakan sebuah rumah oleh Baitul Mal Johor.Pembinaannya bermula pada bulan Februari 2002 tetapi hingga sekarang selepas 9 bulan dan selepas beberapa kali menghubungi pihak yang berkenaan rumah ini hanya mempunyai dindin tidak bersimin,tingkap dan pintu tiada daunnya dan tiada bumbung.Katanya masalah kotraktor dan mereka masih menunggu entah hingga bila.Minta diambil tindakan.


3. Keselamatan Jalan Raya:

     (i)  Baru-baru ini dua kemalangan maut berlaku selang beberapa minggu di simpang Taman Seri Temenggong dan Taman Bunga Raya di Jalan Temenggong Ahmad Muar.Sebelum ini sering juga berlaku kemalangan kecil.Penduduk memohon supaya jalan dan persimpangan ini dilebarkan , setiap tiang elektrik dipasang lampu dan jalan di tandakan kotak/garisan kuning juga cat’s eye pada pembahagi jalan.Tempat ini  hanya 200 meter daripada Kolmpeks Mahkamah Muar yang baru.

Kemalangan maut di persimpangan Taman Seri Temenggong dan Taman Bunga Raya

    (ii)   Jalan di sepanjang Jalan Parit Bakar Darat Jalan Sri Tanjong  Muar melalui Masjid Baru Parit Bakar Darat terutama diantara tiang lampu TNB 109 dan  110 mohon diturap kerana sering berlaku kemalangan di sini.

Jalan berlopak,membahayakan orang ramai. 
 
    (ii)   Begitu juga Persimpangan-T di Jalan Parit Bakar dan Jalan Dato Kosai adalah kawasan kemalangan.Papan tanda yang sesuai hendaklah didirikan.

4. Masalah Tanah Mendap dalam DUN Maharani:

Tanah mendap di hadapan Sekolah Kebangsaan Parit Keroma
sedang dibaikki. 

 
Gambar  di tempat yang sama sepeti di atas ketika mula mendap dahulu. 

Maharani mengucapkan terima kasih di atas tindakan yang di ambil membaiki tanah mendap di hadapan Sekolah Kebangsaan Parit Keroma,di Parit Amal Laut ,di Parit Unas .Walau bagaimanapun pemantauan berterusan dan tindakan segera dipohonkan kerana sepanjang jalan tersebut sering berulang masalah ini.Ini termasuk di Jalan Parit Sakai Laut.
Kiri : Tanah mendap di Parit Amal Laut
sebelum dibaikki.



Bawah : Tanah mendap sedang dibaikki


YB Dato Speaker,

ISU PELAKSANAAN KUPON LETAK KERETA:

Pihak PBT perlukan hasil dengan mengenakan bayaran meletak kereta dalam kawasannya.Walau bagaimanapun demi ‘Mendahulukan Kesejahteraan Rakyat’  tindakan ini hendaklah dilakukan setelah kajian teliti dibuat mengambil kira kepentingan rakyat biasa dan peniaga.Tindakan ini hendaklah ada keselarasan dengan semua PBT.Tambahan pula apabila pungutannya  diswastakan seperti yang pernah dilakukan di Muar, masalahnya pihak swasta pungut hasil tetapi tidak menjelaskan kepada MPM menyebabkan kerugian kepada MPM.

Contohnya terbaru, masyarakat Bukit Gambir tidak bersetuju perkara ini dilaksanakan dikawasanya buat masa  ini.Maharani yakin, sebagai contoh,  YB Yong Peng pun  mungkin tidak bersetuju jika pekannya dikenakan bayaran letak kereta.

YB Dato Speaker,

PERJANJIAN AIR MALAYSIA-SINGAPURA:

Perjanjian yang dimaksudkan ialah Perjajnian ‘Tebrau and Scudai Rivers Water Agreement’yang ditandatangani pada 1 September 1961 City Council Of Singapore (sekarang PUB) dan Kerajaan Johor.

Perjanjian ini memberi hak kepada Singapura untuk mendapat bekalan air dalam kawasan yang dipersetujui di Gunung Pulai,Sungai Tebrau dan Sungai Skudai untuk selama  50 tahun sehingga tahun 2011
Singapura membayar sewa tahunan $5 se ekar tanah tersebut dan  3 sen untuk setiap 1,000 gelen air mentah.Singapura pula menjual air bersih kepada Malaysia dengan harga 50 sen setiap 1,000 gelen.

Perjanjian ini membenarkan penyemakan semula harga air selepas 25 tahun iaitu pada tahun 1986.Malangnya Kerajaan Johor tidak  mengambil sebarang tindakan.

Tahun hadapan ,2011,perjanjian ini akan tamat tempoh.Apakah tindakan terperinci kerajaan dalam hal ini.Rakyat menunggu keputusan kerajaan supaya tidak lagi berlaku kes ‘win-win’ Pulau Batu Putih.

Johor menjual air mentah kepada Melaka 30 sen setiap 1,000 gelen.

Jangan sampai kera di hutan di susukan …….

Singapura sudah memberitahu dunia bahawa dia tidak memerlukan air melalui perjanjian ini.Kenapa ?

Ingat, ada satu lagi perjanjian air 1962 ; ‘The Johor Water Agreement’ ditandatangani pada 29 September 1962 , sah selama 99 tahun sehingga tahun 2061.Ini melibatkan Sungai Johor pula.Perjanjian ini juga tidak disemak semula pada tahun 1987.Mengapa?

YB Dato Speaker,

'Siapa makan cili dia rasa pedas'- sebenarnya ‘saya makan cili dia rasa pedas’ seperti kata YB Pt Yaani.

'Dia tembak gas saya rasa pedih'.

Akhir sekali marilah kita bersama  mendoakan kesejahteraan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang sedang menunaikan fardu haji moga sihat dan mendapat haji mabrur.

Sekian,wabillahi taufiq wal hidayah.......

Untuk Laporan dalam Akhbar New Straits Times Layari : 

http://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=2545932740067808847&postID=5292711121740546006

__________________________________________________________________

UCAPAN BAJET NEGERI JOHOR 2011 OLEH YAB MENTERI BESAR JOHOR:
\http://www.johordt.gov.my/doc/pdf/Ucapan-Bajet-Negeri-Johor-2011.pdf




















Read More

ADUAN RAKYAT DI PARIT BAKAR : TANGGUNGJAWAB DILAKSANA


Pada hari Khamis 18 Nov. 2010, YB Dr. Mohammad Taslim,ADUN Maharani, dan  YB Gwee Tong Hiang ADUN Bentayan, telah menerima aduan tentang jalan rosak daripada  En Lim Ah Lek yang tinggal di Kampong Parit Bakar Darat,Jalan Seri Tanjong,Muar.Kedua-dua YB dengan diiringi oleh PA masing-masing telah membuat lawatan mengejut.ke tempat yang diadukan.

Jalan diantara tiang lampu TNB 109 dan TNB 110 didapati rosak teruk,berlubang  dan digenangi air selepas hujan. .Kerosakan ini  menyebabkan beberapa kemalangan kecil berlaku.Baru-baru ini anak En. Lim  yang berumur 17 tahun cedera dibahagian lutut dan kaki setelah terjatuh di tempat tersebut pada satu malam ketika pulang dari bekerja sambilan di restoran.Dalam keadaan jalan digenangi air belaiu tidak menyedari bahawa jalan tersebut berlubang-lubang.Nasib baik tiada kecederaan berat.
.
En. Lim mohon  kerjasama daripada YB Dr. Mohammad agar masalah ini dapat diajukan kepada pihak yang berkenaan supaya jalan ini dibaiki dengan segera untuk keselamatan orang ramai.YB DR Mohammad berjanji untuk membawa perkara dalam ucapan Perbahasan Bajet Negeri Johor 2011 keesokan harinya di samping memaklumkan kepada pihak MPM dan Pejabat Daerah.

YB Dr Mohammad,YB Gwee,En. Lim dan anaknya
di kawasan berlopak di mana kemalangan berlaku.
Keadaan jalan yang perlu diturap semula.
Satu lagi pandangan jalan yang rosak.
 YB Gwee dan YB Dr Mohammad memeriksa kecederaan yang dialami 
anak En. Lim.

Berita di atas tersiar dalam akhbar China Press dan Nanyang Siang Pau keluaran hari Sabtu 20 November 2010.
UPDATE: Berita di atas disiarkan dalam Sinarharian edisi Johor pada hari Rabu 24 November 2010



Read More

SOALAN TAMBAHAN ADUN MAHARANI DALAM DEWAN NEGERI JOHOR 15 NOVEMBER 2010



 YB Dato' Zainal Abidin (Pengerusi Jawatankuasa Agama) bersama
YB Dr Mohammad Taslim keluar dari Dewan Negeri.

SOALAN LISAN YB PUAN HAMIMAH BINTI MANSOR (PENAWAR):

Dengan kenaikan gaji dan elaun Imam, adakah pihak kerajaan melihat kembali syarat-syarat pelantikan dan bidang tugas agar tidak terjadi perebutan jawatan dan perpecahan masyarakat?

YB Pengerusi Jawatankuasa Agama: Yang Berhormat Dato' Speaker, untuk makluman Dewan yang mulia ini dengan kenaikan elaun bulanan Imam daripada RM450.00 kepada RM750.00 yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa pembentangan Belanjawan 2011, seramai 2,404 orang Imam (dalam Negeri Johor)  menerima faedah daripada kenaikan ini yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1.8 juta sebulan.

YB Dato' Speaker, bagi melahirkan Imam yang berkualiti dan sahsiah yang baik , Kerajaan Negeri melalui Jabatan Agama Islam Johor telah menyediakan syarat-syarat perlsntikan Imam  yang bertugas di masjid dan surau.Di antara penekanan yang diambil oleh kerajaan dalam proses perlantikan Imam adalah seperti pengetahuan asas ilmu agama , kelayakan akademik, kemahiran dan personaliti, terutamanya perlantikan Imam-Imam di masjid-masjid kerajaan.

Walau bagaimanapun, diperingkat masjid kariah, kerajaan lebih menekankan kelayakan sahsiah diri dan kemahiran di dalam bacaan  Al-Quran berbanding kelayakan akademik. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat buat mas ini kerajaan merasaskan bahawa syarat-syarat perlantikan dan bidang tugas Imam-Imam masjid di Negeri Johor adalah memadai seperti mana dalam buku panduan kerja dan pelantikan pegawai masjid yang diterbitkan oleh Jabatan Agama Johor. Namun demikian kerajaan bersdia mempertimbangkan untuk membuat kajian  semula khasnya berhubung kelayakan , had umur dan personaliti Imam-Imam ini, di masa akan datang.

Menjawab soalan tambahan YB Penawar, di Negeri Johor terdapat 2,404 orang Imam.Bagi tahun 2008 seramai 120 orang Imam telah ditamatkan perkhidmatan mereka, tahun 2009 seramai 109 orang dan tahun 2010 seramai 69 orang.Di antara faktor Imam-Imam ini ditamatkan tugas mereka , ada disebabkan telah melebihi had umur (sampai 65 tahun) dan berubah kualiti bacaan dalam sembahyang, faktor keuzuran fizikal, telah berpindah lokasi atau tempat kediaman mereka dan ada yang tidak melepasi standard penilaian khasnya dalam sesi pemantauan semula yang diadakan setiap tiga tahun.

SOALAN TAMBAHAN YB DR MOHAMMAD BIN TASLIM (MAHARANI) :

Yangb Berhormat Dato' Speaker, berhubung dengan kenaikan elaun Imam ini, saya difahamkan adalah Imam masjid . Adakah ini melibatkan Imam-Imam surau yang juga memberi khidmat yang sama pada masyarakat dan mengikut soalan ini, adakah benar dengan kenaikan elaun Imam ini menyebabkan perebutan jawatan dan perpecahan masyarakat? Terima kasih.


YB Pengerusi Jawatankuasa Agama : Terima kasih Ahli Yang Berhormat dari Kawasan Maharani.Elaun-elaun ini hanyalah untuk Imam-Imam di masjid-masjid kariah, dia tidak merangkumi Imam-Imam di surau. Pada soalan kedua, saya ingn  nyatakan bahawa kebanyakan sebab kita menamatkan perkhidmatan Imam_imam ini adalah disebabkan meninggal dunia, meletakkan jawatan, faktor usia dan pindah lokasi kariah mereka. Saya akui kadang-kadang adalah serba sedikit mana-mana pun bukan masjid, surau, kat mana-mana pun kadang-kadang ada pertelingkahan tapi bilangannya adalah amat kecil dibandingkan sebab-sebab yang dinyatakan tadi.Jadi Yang Berhormat tak perlu bimbanglah, kalau ada pun sdikit sangat jumlahnya.


Read More

SOALAN TAMBAHAN ADUN MAHARANI DALAM DEWAN NEGERI JOHOR 12 NOVEMBER 2010


SOALAN LISAN oleh Y.B. Encik Munusamy a/l  Mareemuthu (Permas):

Masalah perceraian khasnya di kalangan pasangan muda di dalam masyarakat India semakin bertambah.Apakah langkah-langkah kerajaan untuk menjayakan program seperti ini selain dengan modul tertentu boleh dijalankan bagi kaum India?



JAWAPAN oleh YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga,Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan:


YB Dato' Speaker, Lembaga Penduduk  dan Pembangunan Keluarga Malaysia telah membangunkan beberapa program dan perkhidmatan mengukuhkan institusi kekeluargaan dan perkahwinan melalui beberapa modul:
1. Pakej Modul Kasih.
2. Belaian Kasih :    itu adalah keibubapaan anak kecil.
3. Mutiara Kasih:    keibubapaan anak remaja.
4. Pancaran Kasih : kebapaan.
5  Bahtera Kasih :   persediaan perkahwinan dan pemantapan keluarga.
6. Permata Kasih :  adalah pembangunan remaja.

Selain itu, ada juga kursus ilmu keluarga LPPKN.Peserta kursus terdiri daripada kakitangan kerajaan,pihak swasta,NGO  dan rang persaorangan.Topiknya adalah
Pembangunan Remaja,
Keibibapaan Anak Remaja,
Keibubapaan Anak Kecil ,
Pemantapan Perkahwinan,
Kursus Keibubapaan Datuk dan Nenek,
Kursus Keluarga At Work ,  
Smart Belanja LPPKN,
LPPKN At Community ,
Kursus Smart Start.

SOALAN TAMBAHAN  oleh YB Dr Mohammad bin Taslim (Maharani)

YB Dato' Speaker,masalah perceraian ini tidak mengira bangsa dan agama , dan saya dapati ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar semalam ada menyebut tentang strategi kelima untuk menerapkan nilai-nilai murni dan di antara langkah yang dicadangkan ialah memperkukiuhkan nilai kekeluargaan dengan mengadakan Program Mencari Pasangan Soleh dan Solehah,Anak Soleh Titian Ke Syurga dan juga Program Keluarga Cemerlang Ummah Gemilang.Bunyinya untuk masyarakat Islam sahaja? Adakah dalam strategi ini melibatkan melibatkan mereka yang bukan beragama Islam? Terima kasih.

YB Pengerusi Jawatankuasa Pemnbangunan Wanita  dan Keluarga , Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan:

Terima kasih Yang Berhormat.Dari segi perceraian perkahwinan ini memang kita merangkumi semua bangsalah dan agama.Jadi,untuk yang beragama Islam kita ada Modul Sakinah yang telah dibawa dan dilakukan jyuga. Jadi, apa,apa tu? Jadi,dalam Modul Sakinah....

YB Dato' Speaker: Yang Berhormat nak soal dia pulak...


YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan: Sebab soal ini adalah soal kaum India.Tapi kita kena sebut jugalah.


YB Dato' Speakear: Ha,yalah.Soalan dia soalan India.

YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga , Kebajikan Masyarakat bdan Kesihatan: Tak pelah, saya akan....


YB Dr Mohammad bin Taslim (Maharani) : Soalan yang nak ni, program baru yang kerajaan cadangkan dalam...


YB Dato' Speaker: Yang Berhormat, dia ni soalan tambahan  dia tak ada bahas.


YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan : Insya-Allah...


YB Dr Mohammad bin Taslim (Maharani) : Maksud itu yang program baru, apakah ,adakah ini melibatkan masyarakat Islam sahaja atau pun boleh gunakan untuk masyarakat bukan Islam tentang anak soleh, solehah semua ini.Terima kasih.


YB Pengerusi Jawatankuasa  Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan: Insya-Allah.Agama , boleh diaplikasikan kepada agama-agama lain.Mereka ini kalau dia ada agama , dia akan ikut yang terbaik. Jadi,anak solehah dan sebagainya kita akan aplikasikan kepada kaum-kaum lain juga.Insya-Alah modul...

YB Dato' Speaker: Macam anulah....


YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga , Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan : Kita sama-samalah...

YB Dato' Speaker : Macam PAS  dengan DAP lah.


YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan : Insya-Allah,macam modul Sakinah pun kita akan buat translation dalam bahasa lain supaya ereka ini lebih memahami, kalau boleh dia akan terapkan kepada agama-agama lain.



Read More

NEWS FROM DEWAN NEGERI JOHOR


Hard to trace alimony defaulters

Saturday, 13 November 2010 09:52AM
©The Star (Used by permission)

NUSAJAYA: It is common for men who have been ordered to pay alimony to disappear after making only a few payments, the Johor state assembly heard. “Our welfare officers often face this problem.
“But what can we do if the person involved cannot be traced?” asked state Women, Family, Health and Community Development Committee chairman Dr Robia Kosai. “One way to solve the problem is to find a new partner for the single mother,” she said.

On a suggestion to penalise welfare officers for not being able to trace the husbands involved and to collect the alimony payment, she said it was not a good plan as the department “could only do so much”.

Dr Robia was replying to questions posed by Ng Lam Hua (DAP-Mengkibol), Mohamad Taslim (PAS-Maharani) and Goh Tee Tee (BN-Tangkak) at the state assembly sitting here yesterday.

She told the House that issues of alimony payments and the increasing divorce rate were widespread problems in Johor. She said that although many steps had been taken to curb these problems, they were difficult to resolve without the cooperation of the couples involved.
“We have many counselling sessions for married couples who are facing relationship problems.
“But many non-Malays, especially Indian couples, are not interested in these programmes,” she said in reply to M.M. Sam(BN-Permas).

Dr Robia said counsellors who conducted the programmes were experienced in marriage counselling, and if more couples joined the programme, the divorce rate could be brought down.

A state assemblyman voiced concerns over ambulance drivers who misused their sirens to beat traffic. Ng See Tiong (BN-Parit Yaani) alleged that several irresponsible ambulance drivers misused their sirens to clear traffic “just to rush to a nearby mamak or fruit stall”. “The person who complained about these drivers even went to the fruit stall to check if there was a patient in the van and, of course, there was no one in there.
“We should do something immediately to stop this problem as it could cause people to stop giving way ambulances when there is a real emergency,” he said.

source : http://www.malaysianbar.org.my

             http://thestar.com.my

__________________________________________________________________________________

Saturday July 10, 2010

Assemblyman: Cut red tape to help the poor

By FARIK ZOLKEPLI and MOHD FARHAAN SHAH at the Johor state assembly
newsdesk@thestar.com.my


KOTA ISKANDAR: The government’s move to introduce the E-Kasih programme to help the poor was a good move towards caring for the less fortunate but too many procedures have led to confusion.
Munusamy Mareemuthu (BN-Permas) said the government recently launched the programme under the Prime Minister’s department to help the poor to receive welfare aid.

“Recipients from the welfare department or other agencies must re-register themselves under the E-Kasih programme,” he said, adding this has created difficulties among the poor as they face a risk of not getting aid.
He questioned why individuals who have registered with the welfare department or other agencies could not be automatically registered under the E-Kasih programme.

Munusamy said automatic registration for those who had already registered with the Welfare department would prevent their names and information from being disregarded.
“We do not want the poor to be burdened by a weak system,” he said He said E-Kasih registrants would also be entitled for assistance in enrolling for public universities.

Mohamad Taslim (PAS-Maharani) wanted to know of target groups for the programme.
“I have been asked to support applications by the poor for the programme but their names are not in the system,” he said.
Mohamed said further checks on their background revealed the applicants were really poor.
“The Government must ensure the registration for the programme is made easier in order to help the poor,” he said.

source: http://thestar.com.my/metro/story




Read More

KEMALANGAN MERAGUT NYAWA DI SIMPANG TAMAN SERI TEMENGGONG-TAMAN BUNGA RAYA



Kemalangan jalan raya telah meragut banyak nyawa.Baru-baru ini satu kemalangan maut jalan raya berlaku di hadapan stesyen  minyak Esso (Mobil) Jalan Temenggong Ahmad Muar, berhampiran simpang ke Taman Seri Temenggong dan Taman Bunga Raya.Kawasan ini merupakan kawasan merbahaya dan sering berlaku kemalangan.Dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan sebuah motosikal pada waktu malam telah mengorbankan nyawa seorang pelajar sekolah yang menaiki motosikal.

Gambar-gambar ini dirakam oleh YB Dr Mohammad Taslim dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Bunga Raya,Jalan Temengong Ahmad,Muar.

Penunggang motosikal ini maut diseret sebuah kereta.
Kereta  yang melanggarnya tersangkut di hadapan pondok telefon. 

Beginilah keadaan kereta   tersangkut di atas batang paip.

Dahsyat....beginilah keadaan kereta yang terlibat kemalangan.
Di belakang kelihatan stesyen minyak ESSO.


Hari ini,Sabtu 13 November 2010 satu lagi kemalangan jalan raya berlaku di tempat yang sama.Kali ini dua buah kereta terlibat.Kedua-dua pemandunya telah dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar.

Gambar selepas kejadian dirakamkan oleh Siti Zahirah.
Oran ramai mengerumuni tempat kejadian.
Kemalangan di tempat yang sama.Kereta ini turut melanggat tiang telefon.
Perhatikan  tiang telefon yang bengkok.Sebuah kereta lagi telah ditunda.

Teruknya kereta ini !

Apa tindakan Majlis Perbandaran Muar , TNB dan JKR Muar ? 
Penduduk setempat berharap supaya kawasan ini dilebarkan , lampu jalan ditambah dan petak /garisan kuning di letakkan di kawasan ini sebelum nyawa yang tidak berdosa terkorban. Cat's eye patut dipasang di garisan tengah jalan ini. Tambahan pula kawasan ini berdekatan dengan Kompleks Mahkamah Muar yang baru,  menambah lagi kesibukan jalan ini.

UPDATE: (16 November 2010 )

Seorang daripada pemandu kereta   di atas meninggal dunia di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar.












Read More