PELARASAN TARIF AIR JOHOR


Pelarasan tarif air Johor

JOHOR BAHRU - SAJ Holdings Sdn Bhd (SAJ Holdings), operator bekalan air di negeri ini semalam mengumumkan pelarasan tarif air berkuat kuasa 1 November ini bagi seluruh Johor sebagaimana yang diluluskan Kerajaan Persekutuan baru-baru ini.


Ketua Pegawai Eksekutif SAJ Holdings, Abdul Wahab Abdul Hamid berkata, pelarasan itu tidak membebankan pengguna di negeri ini di mana kenaikan bil air kepada pengguna-pengguna majoriti adalah purata RM1.85 sebulan sahaja. 


Bagaimanapun ia mempunyai elemen-elemen bagi menggalakkan penjimatan penggunaan air di kalangan pengguna sambil mengekang pembaziran air yang melampau.


“Pelarasan ini juga dapat memenuhi peningkatan kos operasi bekalan air yang meningkat serta untuk membina aset baru yang akan membantu SAJ Holdings untuk menyediakan bekalan air yang berterusan dan berkualiti kepada rakyat Johor.


“Di samping itu, selepas pelarasan ini dilaksanakan, pengguna berhemah  yang menggunakan hanya 20,000 liter air sebulan akan mendapat penjimatan 25 sen sebulan daripada bil bulanan asal mereka, iaitu bayaran pada RM12.25 pada kadar tarif lama kepada RM12.00 pada kadar tarif baru ini untuk 20,000 liter. 
Bagi pengguna yang menggunakan 25,000 liter air sebulan pula, peningkatan bil bulanan adalah amat minima iaitu sebanyak RM1.45 sahaja,” katanya.


Menurut Abdul Wahab lagi, dengan pelarasan ini juga sebagai program tanggungjawab korporatnya dalam memberi rebat-rebat percuma bagi golongan miskin tegar dan miskin.


Golongan miskin tegar katanya, akan menerima rebat percuma air sebanyak 20,000 liter sebulan manakala golongan miskin diberikan rebat percuma sebanyak 10,000 liter sebulan. 
Golongan ini dikenal pasti melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) dan Jabatan Hal-Ehwal Orang Asli (JHEOA). Program ini juga adalah salah satu dari inisiatif Kerajaan Negeri Johor untuk memberi bantuan kepada golongan miskin dan miskin tegar.


“Pelarasan ini sudah melalui beberapa forum perbincangan sebelum ianya diputuskan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), dan seterusnya direstui pihak Kerajaan Negeri dan pihak Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA),” katanya.


Pelarasan tarif itu juga mewajarkan pulangan yang setimpal bagi memperbaiki perkhidmatan SAJ Holdings kepada pelanggan-pelanggannya serta untuk berdaya maju dalam jangka masa yang panjang ke arah kemampanan jangkapanjang dalam industri.


Ini bermakna instalasi bekalan air di negeri ini harus terus dibangunkan dan pembangunan itu berupaya menyediakan perkhidmatan bekalan air yang berdaya maju untuk kesejahteraan orang ramai.


sumber: http://www.sinarharian.com.my/johor/content/story8349616.asp

__________________________________________________________________________________

2010-11-10


Johor to ensure revised water tariff will not burden people

The Star

JOHOR BARU: The Johor government will spend more than RM1mil yearly to subsidise the cost of water for those who use less than 35,000 litres a month, following the recently revised water tariff in the state.


“The decision to streamline the water tariff was made by the Federal Government but the state government wants to do its part in ensuring such a decision will not burden the people further,” said state Energy, Water, Communication and Environment committee chairman Tan Kok Hong.


State water management company SAJ Holdings Sdn Bhd announced recently the streamlining of water tariff from Nov 1.


Its chief executive officer, Abdul Wahab Abdul Hamid, said the new tariff would not burden consumers as the increase would only be an average of RM1.85 per month for those who used more than 35,000 litres a month.


Tan said it would cost the state government RM1mil a year to help lower the tariff from RM1.85 per 1,000 litres to RM1.65 (per 1,000 litres) for 80% of consumers who used between 21,000 litres and 35,000 litres monthly.


Tan, speaking at a press conference after launching the state-level World Water Day at Kulaijaya, near here yesterday, said the state government would also foot the bill for hardcore poor families by as much as 20,000 litres a month and for those in the lower-income group by as much as 10,000 litres monthly.


“We have not ascertained the exact number of recipients (in hardcore poor and lower-income families) as the data is still being compiled by the Welfare Department.”


Tan reminded those who used more than 35,000 litres of water monthly that they would be subject to the RM1.85 rate.


“We want to remind the people to use water wisely and avoid any wastage,” he said.


Meanwhile, the Johor Baru Chinese Chamber of Commerce said it was against the increase.


Chamber president Loh Lian Hang said: “The increase will spike our companies’ operational costs.”


“We hope the government can reconsider its decision, taking into account the industries’ needs to be competitive,” he added.



Read More

LAPORAN AUDIT NEGARA - SELANGOR



 Laporan Audit bukti Selangor urus dengan telus
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, MB Selangor   

Kerajaan Negeri Selangor ingin mengucapkan terima kasih atas keprihatinan pihak media terhadap Laporan Ketua Audit Negara mengenai kewangan Kerajaan Selangor yang telah diedarkan kepada orang ramai, Isnin lalu.

Kami percaya laporan audit yang telah disediakan oleh pejabat Audit Negara bertujuan untuk penambahbaikan. Namun apa yang tergambar di media seolah-olah kerajaan negeri tidak mengurus dengan baik.

Agar rakyat tidak terkeliru, saya ingin membuat penjelasan seperti berikut.

Pertama: Urusniaga Penyata Penyesuaian Bank Kerajaan Selangor

Sejak 2002, Selangor telah gagal menyesuaikan (reconcile) urusniaga iaitu urusniaga tertuggak dalam penyata bank Kerajaan Negeri Selangor. Sehingga 2009, urusniaga yang telah gagal disesuaikan berjumlah RM977.70juta. Mengikut pecahan, 2002-2003 sebanyak  RM126 juta, 2004 (RM327 juta), 2005 (RM82 juta), 2006 (RM278 juta),  2007 (RM48 juta) , RM61 juta pada 2008 dan RM56 juta pada 2009.

Menyedari jumlah ini terlalu banyak, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat telah menubuhkan Jawatankuasa Pasukan Petugas untuk menangani masalah ini supaya semua urusniaga dan pungutan hasil dapat disesuaikan dengan kedudukan semasa. Dengan ini, urusniaga tertunggak dapat dihentikan sepertimana yang diamalkan oleh organisasi kewangan yang cekap dan berkesan,

Jawatankuasa ini telah menyelesaikan masalah menyesuaikan nombor urusniaga pembayaran dan pungutan hasil dengan rekod buku tunai dan penyata bank.  Hasilnya, sejumlah RM770.85 juta telah dapat diselaraskan sehingga 26 Oktober 2010.

Baki RM206.36 juta akan disemak dari semasa ke semasa dan dijangka penyesuaian akan dapat dibuat sepenuhnya total pada tahun kewangan terakhir pada 31 Disember 2010.

Oleh itu., laporan akhbar News Straits Times yang mendakwa RM977.70 juta wang Kerajaan Negeri ‘hilang’ dalam tempoh enam enam  hingga tujuh bulan adalah tidak benar. Laporan ini boleh dianggap sebagai laporan nakal yang bermotifkan politik (politically mischevious news report). Ini adalah kerana laporan audit telah dengan jelas menyatakan masalah ini berlaku sejak tujuh tahun yang lepas - bukan enam hingga tujuh bulan yang lepas seperti yang dilaporkan.

Kedua:  Hutang  Kerajaan Pusat

Laporan Ketua Audit Negara menyatakan hutang kerajaan negeri  kepada Kerajaan Pusat berjumlah RM829.86 juta.  Lebih 85%  atau RM705juta daripada jumlah hutang melibatkan pembelian aset air. Hutang ini sepatutnya dibayar SYABAS sepertimana yang dipersetujui dalam perjanjian penswastaan bekalan air Selangor diantara SYABAS, Kerajaan Negeri dan Persekutuan apabila perkhidmatan air diambil alih oleh SYABAS daripada   Perbadanan Urus Air Selangor (PUAS) pada 2003.

Kerajaan Negeri  mendapati rekod aset loji pembekalan dan loji pengagihan air bukan sahaja tidak lengkap malah tertinggal dalam rekod milikan Kerajaan Negeri. Mulai 2008, selepas Pakatan Rakyat mengambil alih, Kerajaan Negeri mula membuat tindakan mengesahkan aset-aset  dengan mengenal pasti lokasi dan keadaan aset tersebut.

Sebelum pengesahan dibuat, nilai aset air yang tercatat dalam buku Karajaan Negeri hanyalah RM1 bilion. Tetapi pakar perunding yang dilantik kerajaan negeri telah mengenal pasti aset air yang dimiliki sebenarnya bernilai RM10.98 bilion iaitu melebih RM9 bilion dari rekod asal.

Jika Kerajaan Negeri mengambil alih pengurusan air dan menyerahkan aset ini kepada PAAB (Perbadanan Aset Air Berhad) yang ditubuh bawah Akta WSIA (Akta Industri Air Malaysia),  Kerajaan Negeri bukan saja dapat melangsaikan hutang tersebut tetapi menambah milikan aset lebih dari RM9 bilion.  Oleh itu pembayaran hutang air ini tidak timbul dan perkara ini telah pun dipersetujui oleh pihak Audit Negara.

Di sini saya ingin menekankan penyusunan semula air perlu dilakukan segera supaya rakyat Selangor tidak dibebankan dengan tariff  tinggi  yang akan dikenakan oleh SYABAS yang selama ini tidak membayar satu sen pun  untuk menggunakan aset kerajaan negeri  yang bernilai lebih RM10 bilion.

Ketiga: Rezab

Semasa penyelidikan audit dilakukan terhadap rezab negeri Selangor, pejabat Ketua Audit Negara hanya mengambil kira  dalam kewangan berakhir 31 Disember 2009 dan tidak melihat apa yang berlaku seterusnya.

Untuk makluman, selepas tempoh tersebut, rezab kerajaan negeri meningkat dan tidak lagi berada dalam kedudukan negatif. Kerajaan Negeri tahu pada waktu itu bahawa keadaan akan pulih kerana pendapatan dijangka  meningkat selepas 31 Disember 2009.

Carta di bawah menunjukkan dengan jelas peningkatan rezab pada 2010. Sehingga Jun 2010,  Selangor telah mencatatkan lebihan pendapatan RM268.18 juta iaitu paling tinggi dalam tempoh lima tahun.

Turun naik rezab adalah perkara biasa dalam mana-mana institusi kewangan termasuk rezab negara. Oleh itu laporan audit bahawa rezab Selangor telah  merosot tidak membimbangkan.



Keempat: Bangunan Teater Diraja Shah Alam


Projek ini menghadapi masalah sejak dari awal dimana kontraktor melakukan kerja tersebut telah dilantik secara runding terus. Kerajaan Negeri telah membelanjakan RM43 juta untuk projek ini tetapi hasilnya sangat mengecewakan kerana syarikat kontraktor gaga; mematuhi spesifikasi  dan pelan asal.

Contoh kerja pembinaan yang lemah ialah kemasan yang renggang, tinggi tangga yang tidak sekata dan projek siap lewat sehingga 14 bulan.

Kerajaan negeri menubuhkan jawatankuasa untuk membaiki kerosakan dan kelemahan pembinaan dan dijangkanya bangunan ini dapat perbaiki dalam tempoh setahun.

Kelima: Pelaburan anak syarikat tidak untung

Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) telah disusun semula pada Jun 2009 . Sebelum waktu ini, kebanyakan anak-anak  syarikat yang ditubuhkan Kerajaan Negeri tidak melihat keuntungan sebagai asas utama penubuhan. Syarikat ini tidak memberi fokus kepada keuntungan yang sesuai dengan pelaburan dibuat. Selepas penstrukturan semula MBI, wujud satu visi untuk mendapat keuntungan.

Walaupun anak-anak syarikat ini terus menjalankan tanggungjawab sosial (corporate social responsibility) untuk rakyat Selangor tetapi konsep mendapat keuntungan dari perniagaan akan diberi keutamaan.  Semua syarikat akan dipantau oleh MBI dan semua bonus dan pembayaran ganjaran syarikat mestilah berasaskan hasil keuntungan.

Keenam: Isu pasir


Pembayaran royalti bukan satu-satunya hasil kerajaan negeri dari industry pelombongan pasir. Sejak KSSB ditubuhkan Jun 2008, hasil pasir adalah termasuk keuntungan dari jualan.


Nota
*   Projek Khas (Kolam Tadahan Air Wijaya Baru) di Petaling menyumbang royalty sekitar RM3.1juta
** 15 Sep – 31 Dis 2008, KSSB mula beroperasi 15 Sep 2008, telah diaudit


Oleh itu, jika kita campurkan hasil royalti dan keuntungan KSSB, maka pendapatan Kerajaan Negeri adalah lebih baik daripada sebelum ini.  Sila lihat graf dibawah:


Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini satu Jawatankuasa Khas yang diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri bertanggungjawab memantau dan membanteras operasi perlombongan haram. Usaha ini melibatkan Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) serta Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) yang sering mengadakan pemantauan bersama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA). Kerajaan Negeri Selangor juga amat mengalukan pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk bersama terlibat dalam operasi sebegini.

Mengikut perangkaan yang dikemaskinikan sehingga  26 Oktober 2010 oleh Pejabat Tanah dan Galian Selangor  terdapat  sembilan puluh enam (96)  tangkapan yang telah dilakukan oleh Pejabat Tanah Daerah dan juga Pejabat Tanah dan Galian Selangor.

Tangkapan tersebut telah dilakukan sekitar bulan Januari hingga Oktober  2010 di beberapa lokasi  hotspot yang dikenalpasti menjadi tumpuan penyangak pasir. Tempat hotspot tersebut menjadi tumpuan pencuri pasir kerana kualiti pasir dan permintaan pasir yang tinggi dipasaran pada masakini.

Daripada rekod kes yang didaftarkan oleh Bahagian Undang-Undang  dan Dasar, Pejabat Tanah dan Galian Selangor terdapat lapan (8) kes telah berjaya dibawa ke Mahkamah Majistret Kajang dan atas perintah Mahkamah Majistret pada 18 Oktober 2010 lapan (8) kes berkenaan dipindahkan ke Mahkamah Seksyen Shah Alam.

Secara kesimpulannya, kita mahu memastikan pentadbiran Kerajaan Selangor adalah bersih dan berada di landasan yang betul serta tidak lagi wujud unsur-unsur korupsi, salah urus tadbir dan pembaziran

Kita mahu memperbetulkan kesilapan-kesilapan lama, mengemas kini kelemahan pentadbiran kewangan untuk memastikan pentadbiran  yang telus, efektif dan bertanggungjawab.


sumber: http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29207:laporan-audit-bukti-selangor-urus-dengan-telus&catid=96:fokus-khas&Itemid=134

Read More

AUDITOR GENERAL REPORT 2009 - PENANG



Columnists :: The Nutmeg Verses - By Himanshu Bhatt
Penang gets its numbers right

IT is said that if there is one official report that offers a relatively fearless and no-holds-barred examination of any government in Malaysia, it is that of the auditor-general.
So it must have come as a somewhat notable moment when the auditor-general, Tan Sri Ambrin Buang, personally praised Penang in January, for being the first state in the country to hand in its annual accounts for auditing not just once, but over the last three consecutive years. Mind you, the commendation reflected well not just on the current Pakatan Rakyat state government, but also on the previous Gerakan-led one which was responsible for the accounts prepared in early 2008.
And now, the state has just received another feather on its cap. In its latest report on Penang released this month, the auditor-general lauded the state government for producing sound and healthy financial standing for the year 2009. Calling the state’s financial condition "baik" (good), the report noted that the state authorities had exercised prudent expenditure, which was crowned by a financial statement that was professionally furnished with comprehensive documentation.
"With a good financial standing, the state government has been able to provide its people with services and contributions that are more effective," the auditor-general said in the latest annual report for the state.
The tone of the report must have come as music to the ears of Chief Minister Lim Guan Eng, a qualified professional accountant and graduate in Economics from Monash University. Lavishing praises on the state’s finance officer,
Datuk Farizan Darus, Lim attributed Penang’s strengthened financial condition to new budgeting procedures the state has adopted. These include the introduction of line-item accounting, outcome-based budgeting, open tender system and risk management.
What does it all mean in hard numbers? According to the state’s balance sheet, the state’s total consolidated funds at the end of 2009 came up to about RM1.1 billion, a 7.4% increase from the RM1.025 billion marked in 2008. What is significant about the accounts is that they reflect a record high in accumulated funds.
The latest figures do well to complement the financial resuscitation of the state, which has been demonstrated by the performances of the two municipal councils over the last couple of years. For example, following a series of deficits totalling RM230 million from 2000 to 2007, the Seberang Perai Municipal Council (MPSP) managed to chalk up a significant surplus of some RM14.57 million in 2009. The final accounting statement showed the MPSP’s reserves soaring by more than 50%, from RM29.07 million in 2008 to RM43.67 million in 2009.
Certainly, the surplus compared well to the eight consecutive years of losses that the MPSP had experienced under the previous government. Compare the latest RM14.57 million surplus to the incurred losses worth RM5.06 million in 2000, which then worsened steadily to RM39.04 million in 2003, and peaked in 2005 with an annual deficit of RM57.08 million.
The state government claimed that the MPSP’s recovery was due to resourcefulness in collecting revenue and saving on costs to help the council turn around its financial plight. "This has been a painful process, but now the council’s financial condition has been treated and it is well under recovery," Lim said.
It has been a healing experience. In June 2009, the state government ordered MPSP to appoint an independent audit committee to look into losses that it incurred from 2000 to 2007. The team then reported its findings and recommendations to Farizan, who is the MPSP’s previous president, for follow-up action.
Like the MPSP, the Penang Island Municipal Council (MPPP) also made a surplus in 2009 – RM49 million – which was a record for the body. It was an achievement Lim attributed to prudent expenditure and tightening of the council’s budget.
The figure marked a significant improvement from 2008 when the MPPP recorded RM20 million in surplus. It also compared well to the overall surplus and deficits from 2000 to 2009 that cumulatively came up to RM14.48 million, with the highest deficit for a single year recorded in 2004 at RM33 million.
The state’s difficult task now lies in collecting arrears, totalling some RM88.63 million, mainly from assessment rates, low-cost housing rentals and other revenues.
It is also not always that the auditor-general praises a government for the way it handles taxpayers’ money. And so Penangites may be forgiven for hoping that the auditor-general’s unusual commendations and good marks may
just be the sign they have all been waiting for in anticipation for the secure economic and administrative future they crave.

Himanshu
is theSun’s Penang bureau chief. Comments: letters@thesundaily.com

SOURCE: http://www.sun2surf.com/article.cfm?id=53392 
Thursday 28 October 2010
Read More

BELIA MAHU UBAH NASIB - ADUN MAHARANI


Belia mahu ubah nasib
SENAI – Faktor ingin ubah nasib dan mencari peluang lebih baik dalam hidup adalah antara sebab utama belia di Kelantan keluar mencari rezeki luar dari negeri itu.

Demikian pendapat Pengerusi Penerangan Am Pas Muar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Maharani, Dr Mohamad Taslim yang juga menyatakan bahawa masalah itu bukan hanya berlaku di negeri itu malah negeri-negeri lain.

Menurutnya, melihat fenomena belia Kelantan keluar bekerja di negeri lain bukan perkara luar biasa yang perlu dipertikaikan dan menjadikannya sebagai isu besar.

“Siapa pun kita, tinggal di mana pun, jika kita mahu sesuatu yang lebih baik dalam hidup kita akan bertindak ke arah kemajuan.

“Sebagai contoh, orang Kelantan suka berniaga makanan dan mengambil peluang meniaga di luar Kelantan kerana prospek yang lebih baik. Itu tidak boleh dikatakan sebagai perkara negatif kerana Kelantan masih lagi mempunyai tenaga kerja yang mencukupi,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.

Sementara itu, ADUN Kempas, Datuk Osman Sapian berkata, kerajaan Kelantan perlu menggunakan sumber asli yang dimiliki secara optimum agar ia dapat memberi manfaat kepada kemajuan ekonomi serta meningkat status pendapatan rakyat negeri itu.

“Jangan amalkan prinsip, ‘tak apalah, itu saja dah cukuplah’ kerana pendirian itu hanya akan membawa kepada tahap dan keadaan yang ketinggalan zaman,” katanya.

Osman berkata, Kelantan merupakan negeri yang berpotensi untuk maju jika pucuk pimpinannya bijak menjana ekonomi dengan kelebihan yang dimiliki negeri itu.

Baru-baru ini, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mencadangkan Pas seharusnya mempunyai program pembangunan yang rapi untuk memastikan peluang pekerjaan sentiasa tersedia bagi golongan belia selain mengelak kekurangan tenaga kerja mahir di negeri itu.

Ahmad Shabery berkata, negeri itu telah membiarkan perkara itu berlanjutan terlalu lama dan kurang memberi penekanan kepada aspek pembangunan yang membuka peluang pekerjaan sehingga menyebabkan ramai golongan belia mencari rezeki di luar Kelantan.



sumber: http://www.sinarharian.com.my/johor/content/story8337929.asp
            Rabu 27 Oktober 2010









Read More

ADUN MAHARANI EDAR ' MASK ' DI BANDAR MUAR


Beberapa hari yang lalu,Indeks pencemaran udara (IPU) bagi Muar, Johor dilaporkan pada keadaan amat berbahaya manakala bagi kebanyakan tempat  pula ia diletakkan dalam keadaan tidak sihat.
Menurut laman sesawang, Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar - www.doe.gov.my - bacaan melebih paras 100 dikategorikan sebagai tidak sihat dan bacaan melebihi 300 pula dikatakan amat bahaya. Kategori sihat adalah ukuran IPU daripada 0 hingga 50 manakala 51 hingga 100 sebagai sederhana.Sekolah-sekolah di Muar ditutup pada hari Khamis 21 Oktober 2010.

YB. Dr. Hj. Mohammad Taslim,ADUN Maharani,  mengambil inisiatif mengedarkan topeng hidung dan mulut  percuma  kepada orang ramai di Perhentian Bas Muar dan di Pejabat Pos Muar pada pagi  Jumaat 22 Oktober 2010. Beliau diiringi oleh Ust. Hj. Abu Bakar Lajat (YDP PAS  Muar) dan  AJK DUN Maharani dan PAS Kawasn Muar.Sdr Ahmad Jimin turut bersama mewakili YB Dr Sheikh Ibrahim (ADUN Sg Abong). Terima kasih YB Dr Sheikh di atas sumbangan  YB dan wartawan  The Star dan Sinar Harian yang membuat liputan.

Pada hari sebelumnya YB Dr Mohammmad bersama dengan YB Gwee (ADUN Bentayan) telah mengedarkan topeng percuma kepada orang ramai dan pesakit di Klinik Kesihatan Maharani di hadapan Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar.

Sila ambil,percuma...

Satu untuk Pak Cik !

'Ha..begini cara memakainya,' terang YB Dr Mohammad.
Us Abu Bakar dan Tn Hj Abd Rahman turut mengiringi.

Tuan punya restoran pun perihatin dengan kesihatan mereka.

YB Dr Mohammad memasangkan topeng dengan 
diperhatikan oleh Sdr Abd Razak dan Us Abu Bakar.

Penumpang bas juga diberi 'face mask'

Satu untuk adik,jangan tak pakai.Jaga kesihatan.


Pemandu bas prihatin,moga selamat dalam perjalanan.

Nak ke mana Sdr Rozi ni? Oh mengedarkan topeng dalam bas...

Special...topeng untuk Sdr Ahmad,PA YB Dr Sheikh

Konvoi Posmen dari Pejabat Pos Muar keluar bertugas.

'Ini cara nak pakai topeng,' terang Tn Hj A Rahman Lajim

Terima kasih Tuan Posmen.Selamat bertugas,kesihatan kena jaga !

Rakan kita ini penyokong tegar Pakatan Rakyat !

Berita di atas dilaporkan dalam Sinar Harian pada hari Sabtu 23 Oktober 2010.
Read More

PILIHANRAYA KECIL GALAS



Posted: 24 Oct 2010 02:37 AM PDT

Setiausaha Umno Gua Musang Aziz Yusof dipilih bagi mewakili Barisan Nasional (BN) merampas kerusi DUN Galas daripada penguasaan PAS.

Pemilihannya diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini sebentar tadi.


Tiga hari lalu, pengamal perubatan yang juga pemangku Yang Dipertua PAS kawasan Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad dipilih sebagai calon Pakatan Rakyat.


Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya Che Hashim Sulaima daripada PAS, yang meninggal dunia akibat kanser usus 27 September lalu.


Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, 11,553 pengundi layak untuk mengundi dalam pilihan raya kecil itu iaitu Melayu 7,125 orang atau 61.7 peratus, kaum Cina 2,317 atau 20.06 peratus, India 185, Bumiputera Siam 10 orang dan Orang Asli 1,889 orang.
sumber : http://blog2-pas.blogspot.com/ 
___________________________________________________

BIODATA CALON PAS PRK GALAS N45 GUA MUSANG

Biodata Calon
Ditulis oleh Administrator
Ahad, 10 Oktober 2010 01:29


Nama : Dr.Zulkefli bin Mohamed
Umur : 44 Tahun
Tarikh Lahir : 16hb. Januari, 1966
Nama Isteri : Zainab binti Jalar
Umur : 30 Tahun
Tarikh Lahir : 2hb. Jun, 1980


Kelayakan Akademik :
Lulusan Ijazah Sarjana Muda Perubatan & Sarjana Muda Pembedahan Universiti Malaya Kuala Lumpur tahun 1992.



Pengalaman Kerja :
1992 – Pegawai Perubatan di Hospital Taiping, Perak.
1993 – Pegawai Perubatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu, Kelantan.
1994 – Pegawai Perubatan di Klinik Kesihatan Chiku 3, Gua Musang.
1996 – Membuka Klinik Perubatan sendiri di Chiku 3, Gua Musang.

Kerjaya Politik :
2003 – 2005: AJK PAS Kawasan Gua Musang & juga sebagai Penyelia DUN Paloh.
2004: Menjadi Calon PAS Parlimen Gua Musang menentang calon BN Tengku Razaleigh Hamzah dalam PRU-11.
2005 – 2009: Yang DiPertua PAS Kawasan Gua Musang.
2005 sehingga sekarang sebagai Penyelia Parlimen Gua Musang.
2008: Menjadi Calon PAS Parlimen Gua Musang menentang Calon BN Tengku Razaleigh Hamzah dalam PRU-12.
2009: Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Gua Musang.
2010: Pemangku Yang DiPertua PAS Kawasan Gua Musang.

*Mempunyai sejumlah 10 orang adik beradik yang terdiri dari 7 lelaki & 3 perempuan. Dr.Zulkefli adalah anak yang ke-7
Ibu beliau bernama Hajah Ramlah binti Mat Jusoh, berumur 76 tahun manakala bapa beliau pula merupakan bekas ADUN Guchil, Kuala Krai pada tahun 1974-1978 iaitu Allahyarham Haji Mohamad bin Awang.
Allahyarham bapa beliau ketika hayatnya pernah menjadi Setiausaha PAS Kawasan Ulu Kelantan semasa Allahyarham Ustaz Khaidir bin Khatib menjadi Yang DiPertua PAS Ulu Kelantan

sumber: http://wanhassan.wordpress.com/2010/10/23/biodata-calon-pas-prk-galas-n45-gua-muang/
 
UNDILAH PAS
________________________________________________________________________



Data undian PRU 12 DUN Galas menurut pecahan Peti Undi.
 t=1296 
http://1.bp.blogspot.com/_i5-K4MLrko0/TK2J_bVwVPI/AAAAAAAAdhs/LZYGtzR8yBU/s1600/p





Read More

JANGAN UNGKIT HAK MELAYU - ADUN MAHARANI


Jangan ungkit hak Melayu

SENAI - Golongan yang masih mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera serta hak sah bagi kaum dianggap golongan kolot dan bersikap terkebelakang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Maharani, Dr Mohamad Taslim berkata, golongan itu seolah-olah tidak menghargai erti kemerdekaan, selain asyik gemar mengungkit dan mempertikaikan perlembagaan.

Menurutnya, rakyat perlu bersikap terbuka dan saling menghormati tanpa mengira bangsa dan agama jika mahu melihat negara maju seiring dengan pembangunan di peringkat global.

“Keikhlasan adalah elemen paling penting jika kita mahu bersatu hati walaupun berbeza kaum. Ketepikan sikap tamak dan pentingkan bangsa sendiri kerana kita ada visi yang lebih penting, iaitu memajukan negara,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Mohamad yang juga Pengerusi Penerangan Pas Muar berkata, masyarakat juga diminta tidak memperbesar-besarkan isu kecil sehingga membangkitkan amarah antara kaum yang membawa persengketaan berpanjangan.

“Perkara yang kecil janganlah hendak disensasikan, sebaliknya ia boleh dibawa berbincang dan diselesaikan secara muafakat,” katanya.

Sementara itu, Penolong Setiausaha Publisiti DAP negeri, Ng Lam Hua menghormati dan menyokong hak keistimewaan orang Melayu serta kaum lain seperti yang ter- maktub dalam perlembagaan.

“Saya amat menyokong hak ini jika ia di- guna pakai membantu rakyat dalam kesusahan dan bukan untuk kepentingan peribadi.

“Jangan abaikan orang miskin dan tolong tanpa mengira latar belakang mereka atas dasar kemanusiaan,” katanya.
sumber: http://www.sinarharian.com.my/johor/content/story8320528.asp
sinarharian Sabtu 23 Oktober 2010


Read More

PASTI AR RAHMAH - PENDAFTARAN 2011


SELAMAT DATANG KE PASTI AR RAHMAH
DAFTARKAN ANAK-ANAK ANDA SEKARANG

Pengerusi ,Ahli-Ali JawatanKuasa dan Guru-Guru PASTI Ar Rahmah
mengalu-alukan kehadiran anda untukm mendaftarkan anak-anak anda  (umur 4 ,5 , 6  tahun)
di PASTI Ar Rahmah
di alamat : No. 213 Jalan Sri Temenggong 13,
Taman Sri Temenggong Ahmad,Muar
Tempat terhad .
Hubungi Cikgu Sazlina  Tel: 0126142769
Cikgu Rosnah : Tel : 0197071208

Read More

JEREBU DI MUAR : ADUN MAHARANI/BENTAYAN TURUN PADANG


Muar dikejutkan dengan masalah JEREBU sejak beberapa hari ini.Dengan bacaan IPU (Indeks Pencemaran Udara) pada hari Rabu 20 Oktober 2010 di paras 432 sekolah di daerah Muar telah diarahkan tutup.

YB Dr Mohammad Taslim (ADUN Maharani) dan YB Gwee Tong Hiang (ADUN Bentayan) telah melapangkan masa memberi topeng mulut dan hidung percuma kepada pesakit-pesakitdan orang ramai  di Klinik Kesihatan Maharani (dahulunya Klinik Komuniti Bandar Maharani ) pada hari Khamis 21 Oktober 2010.

Dengan diiringi pembantu-pembantu dan pemberita akhbar Nanyang Siang Pau dan China Press,lebih 100 orang pesakit yang berada di Klinik telah mendapat manafaat.Inilah simbul kerjasama ADUN Pakatan Rakyat membuat kerja-kerja kebajikan.Program ini mendapat kerjasama yang baik daripada YB Dr Sheikh Ibrahim Salleh , ADUN Sg Abong.

Keesokan harinya program memberi topeng percuma akan diteruskan di bandar Muar di sekitar perhentian bas dan warong-warong.

YB Gwee sedang memakaikan topeng kepada seorang pesakit.
YB Dr Mohammad bersedia dengan topeng untuk diberi percuma kepada orang ramai. 


Ha...inilah cara memakai topeng hidung dan mulut.

GAMBAR-GAMBAR ehsan daripada YB Gwee Tong Hiang
http://gweetonghiang.blogspot.com/2010_10_01_archive.html

Berita di atas tersiar dalam akhbar Nanyang Siang Pau, China Press, Oriental daily dan Sin Chew Daily pada hari Jumaat 20-10-2010.


Read More

MUAR DILANDA JEREBU


Kualiti udara di Muar bahaya, Melaka tak sihat  

Okt 20, 10 3:07pm        
Indeks pencemaran udara (IPU) bagi Muar, Johor dilaporkan pada keadaan amat berbahaya manakala bagi kebanyakan tempat di Melaka pula ia diletakkan dalam keadaan tidak sihat.
Sehubungan dengan keadaan jerebu yang dikategorikan sebagai amat bahaya ini, jabatan pelajaran Muar mengarahkan semua sekolah di daerah itu supaya membatalkan semua aktiviti luar bilik darjah.

Pada jam 11 pagi tadi, bacaan di Muar adalah pada 432 sementara bacaan yang diukur di Bukit Rambai, Melaka pada 95 dan bandaraya Melaka pada 111.

Menurut laman sesawang, Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar - www.doe.gov.my - bacaan melebih paras 100 dikategorikan sebagai tidak sihat dan bacaan melebihi 300 pula dikatakan amat bahaya.
Kategori sihat adalah ukuran IPU daripada 0 hingga 50 manakala 51 hingga 100 sebagai sederhana.

Kualiti udara yang merosot juga dilaporkan di beberapa tempat seperti di utara Jojor, Negeri Sembilan dan Selangor sejak beberapa hari kebelakangan ini.
Menurut JAS keadaan berjerebu itu disebabkan oleh pencemaran jerebu merentas sempadan dari Sumatera, Indonesia.
Ia berikutan peningkatan bilangan titik panas di Sumatera kepada 244 sejak empat hari lalun, berbanding 80 yang dikesan pada 16 Oktober.

"Imej satelit NOAA-18 pada 17 Oktober 2010 juga menunjukkan terdapat pergerakan asap jerebu dari kawasan-kawasan kebakaran di Wilayah Riau, Wilayah Sumatera Selatan dan Wilayah Jambi, Sumatera, Indonesia ke Pantai Barat Semenanjung Malaysia," kata jabatan itu. 

Gambar-gambar jerebu di Muar pada 19 Oktober 2010
 Bangunan TNB Muar nampak kelam.

 Pemandangan dari Sek Keb Pt Kadi Jalan Temenggung Ahmad Muar

 Bangunan Baru Mahkamah Muar  dalam jerebu.


Jalan Temenggong Ahmad berhampiran Pam Minyak ESSO
di hadapan Taman Bunga Raya - kelam.
Read More

MALAYSIAN BRAIN DRAIN


Malaysian tops Cambridge, heads to Singapore

October 19, 2010

Container ships are seen against the backdrop of the Singapore’s financial district. Singapore has honed its capacity to scour the world for top talent, including from Malaysia where students are recruited to the republic from as young as 15 years old. – Reuters pic
ANALYSIS, Oct 19 – Malaysian first-class honours law graduate Tan Zhongshan, who won a slew of awards at Cambridge University including the Slaughter and May prize for best overall performance, is heading to Singapore to join its Legal Service commission, it was reported today. But this is no longer an uncommon case in Malaysia which has been facing a brain drain problem for decades even as previous administrations did little to stem the tide of outgoing talent.
This has led to fears that the country is being hollowed out.
The Najib administration has taken the strongest steps yet to tackle the issue by proposing a Talent Corporation (Talentcorp) to lure talent and overseas Malaysians back as well as resolving the perennial government scholarship debate by awarding scholarships to all students who score 9As and above.
The prime minister has also been on a personal charm offensive abroad the past one year and told Malaysian communities in Belgium and Luxembourg this month that the Talentcorp will seek overseas Malaysians out and do what it takes to make them consider going home.

It is too early to tell however if the initiatives will be able to dent the numbers of qualified Malaysians moving abroad, particularly to Singapore which has over the years, honed its capacity to scour the world for top talent, including from Malaysia where students are recruited to the republic from as young as 15 years old.
In the case of Ipoh-born Tan, he was sponsored with an Asean scholarship by Singapore’s Ministry of Education after completing his A-Levels at the Temasek Junior College there, The Star newspaper reported today.

It is unclear however if the Talentcorp’s mandate also extends to preventing further hemorrhaging of talent even as it works to bring overseas Malaysians back.
While the prime minister’s campaign to bring lure the Malaysian diaspora back to the country has been widely welcomed, he faces structural and branding challenges including the widespread perception that in Malaysia, ability is not appreciated and ranks well below other factors such as race and political connections.
The country also lags behind favoured immigration destinations such as Australia, New Zealand, US and UK in terms of livability, lifestyles, education systems and opportunities in areas such as scientific research, making it harder for many returnees to adjust even though they want to serve the country as well as be closer to friends and family.
The government’s fledgling Economic Transformation Programme, which aims to elevate Kuala Lumpur to the top 20 in the world in terms of livability and economic activity could however help address some of the concerns.
The number of Malaysian migrants rose by more than 100-fold in a 45-year period, from 9,576 Malaysians in 1960 to 1,489,168 Malaysians in 2005, according to the World Bank which warned that a lack of human capital is a “critical constraint in Malaysia’s ambition to become a high-income economy.”

Deputy Foreign Minister Senator A. Kohilan Pillay also said recently that 304,358 Malaysians had migrated from March 2008 till August 2009 compared with 139,696 Malaysians in 2007.
The prime minister told Parliament this month that less than one per cent of 784,900 Malaysians working overseas have returned to the country during the past nine years with Singapore having the highest number of Malaysians with 303,828 people, followed by Australia with 78,858.

source: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/malaysian-tops-cambridge-heads-to-singapore/

__________________________________________________________________________________

Not a question of loyalty

Comment by ROGER TAN


Malaysians who live, work or study in Singapore should not be regarded as disloyal to their own country.
LIKE many Malaysians, I am naturally proud of ex-Muar High School boy Tan Zhongshan’s extraordinary academic feat (“Malaysian is top law student at Cambridge University”, The Star, Oct 19).
By chalking up the record as the overall best law student in the entire Cambridge University, his performance has probably even surpassed that of the university’s luminary alumni like Singapore’s Minister Mentor Lee Kuan Yew and his late wife.

Tan is but one of the thousands of young and bright Chinese Malaysians who have received scholarships from the Singapore government to study at different levels from secondary one to university in the city state.
It is no secret that Singapore officials would only recruit the “cream among the crop” for this purpose and those who excel will be sent to Oxbridge colleges and the Ivy League universities. Upon graduation, they would be bonded to work for a number of years in Singapore or elsewhere in Singapore-owned corporations. By then, most will not return to Malaysia.
Needless to say, many such children from poor families who were unable to get state aid in Malaysia have benefited immensely from this financial assistance. In return, they generally feel grateful to the Singapore government.

In Tan’s case, he said he would join the Singapore legal service. This is another achievement because only the very best of law graduates would be selected to join the Singapore judicial and legal services. It is also financially rewarding considering that a Singapore High Court judge is said to draw an annual salary inclusive of perks amounting to about S$1mil (RM2.4mil).
However, one has to take up Singapore citizenship if he aspires to become a judge or hold a senior position in their legal service.

This reminds me of my own experience. Unable to get financial aid from the state, my family had to privately finance my law studies in England. At that time, the then British government had begun imposing full-cost fees on foreign students as well as prohibiting them from seeking employment while studying there.
I wrote to Prime Minister Margaret Thatcher telling her that the common wealth of the Commonwealth ought to be commonly shared! I did receive a reply from the British Department of Education and Science on her behalf justifying the new policy on the grounds of national interest.
My father had to dispose of a six-acre rubber plantation in Yong Peng and I was also blessed to have my sisters who substantially financed my studies. Fortunately too, I had housemates in London from well-to-do families – like former Health Minister Tan Sri Chan Siang Sun’s daughter and the daughter of a cousin to Tan Sri Robert Kuok – who helped me whenever the cheque for my monthly £200 allowance arrived late.
When I emerged as one of the 38 out of 1,000 plus Commonwealth students to obtain a second class in the British Bar Final exams (there was no first class award that year), I decided to start my career in Singapore after being called to the English Bar.

But I returned to Malaysia after spending about a year in Singapore. There were probably two main reasons.
Firstly, there was this incident where I was chosen as one of the young lawyers to meet the then Singapore Chief Justice, Wee Chong Jin, to give our views on the inception of the Singapore Academy of Law. When I returned to report about the meeting, a Singaporean lawyer asked me whether, as a Malaysian, I was fit to represent them.
The majority of Singaporeans present were not happy with her and she probably did not realise that Wee was also a Malaysian. Though it was an innocuous question, the incident made me realise that, unless I took up Singapore citizenship, I would always be judged on my nationality if I had stayed.
Secondly, with a background as a hot-blooded student leader imbued with nationalistic feelings, I felt a bit awkward practising the laws of another country. Had I been a medical doctor, engineer or accountant, the story could have been different.

But this should not mean that the 300,000 or more Malaysians who live in Singapore are disloyal. The same goes for the 100,000 or more Malaysians who commute daily between Singapore and Johor Baru to work and study.
One interesting fact is that only a small fraction of them are prepared to give up their Malaysian citizenship despite many attempts to lure them to become Singapore citizens. Most of them still make it a point to return and vote during our general elections.

It is for this reason that our government must know why these Malaysians continue to stay on despite various restrictions imposed on them by the Singapore government.
These restrictions include:
> Foreign workers, students and PRs can only drive Singapore-registered vehicles in Singapore.
> All male PRs who reach 18 are required to undergo a two-year national service.
> Education fees for PRs and foreigners who study in Singapore will triple by 2012.
> Promotional aspects for sensitive and senior positions in the Singapore civil service are only possible if the PR becomes a Singapore citizen.
> Only a married PR couple or PR working siblings are entitled to purchase a resale and not new Housing Development Board flat provided they also do not own any other private property in Singapore or elsewhere including any property they may have inherited in Malaysia.
> New laws are in the pipeline to require Singapore citizens and PRs who own landed properties to dispose of the same within two years after they give up their citizenship or PR status; failing which there will be a penalty of S$20,000 (RM48,000) or three years’ jail.
If you ask many of these Malaysians (including my three sisters), who are all die-hard supporters of the PAP government, they will tell you that in Singapore their talent is being recognised and appreciated in a system based on meritocracy.
What is important to them is the ability to make an honest living without having to bend any rule or seek patronage under any person.
Hence, for the sake of their children’s future, these resilient Malaysians would not mind putting up with these inconveniences.
At the same time, they follow the political development in Malaysia closely, always favouring a cordial working relationship between leaders of our two nations. And I, for one, can feel that it is beginning to be reassuring under Datuk Seri Najib Tun Razak’s leadership. It was him who transformed Malaysia into a regional education hub when he was the Education Minister, making foreign tertiary education more accessible locally.

It is hoped that the Talent Corporation set up to bring home highly-skilled Malaysians will also help stem the exodus of local talent. In this respect, the MCA leadership should be commended for securing more scholarships and university places for deserving non-Malay high achievers.

The writer is a senior lawyer. He can be contacted via Twitter @rogertankm

source: http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/10/24/nation/7287772&sec=nation
 

Read More

BEKU KENAIKANN KADAR TOL : rakyat tanggung beban


Beku tol: Rakyat tanggung beban 'RM64 bilion'
Joseph Sipalan
Okt 19, 10
7:25pm
  
Kerajaan mungkin berakhir membelanjakan RM64 bilion sebagai pampasan kepada Plus Highway Berhad, jika ia bercadang membekukan kenaikkan kadar tol sehingga konsesi syarikat itu berakhir pada 2038, kata setiausaha publisiti DAP, Tony Pua.

Mengambil kira anggaran RM5 bilion pampasan seperti yang diumumkan pada pembentangan Bajet 2011 Jumaat lalu, bagi memastikan kadar tol di empat lebuh raya milik Plus tidak dinaikkan, Pua berkata tindakan itu tidak masuk akal.

Sebaliknya, kata Pua ia hanya tindakan popular dan kerajaan hanya bertindak sedemikian semata-mata untuk mengembirakan pengundi.

"Tindakan ini tidak masuk akal apabila kerajaan terpaksa memberi pampasan sebanyak RM5 bilion kepada pemilik konsesi dan berkemungkinan besar setinggi RM64 bilion dalam tempoh keseluruhan konsesi itu di mana pembelian langsung Plus hanya sebanyak RM23 bilion sebagaimana yang ditawarkan UEM-KWSP,” katanya.

Tambah ahli parlimen Petaling Jaya-Utara itu lebih murah bagi kerajaan membeli terus syarikat lebuh raya itu pada harga RM4.60 sesaham seperti yang ditawarkan oleh firma usahasama UEM dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).


     
Andaiannya, jika kadar tol dibekukan selama 14 tahun, kerajaan masih boleh mendapatkan pelaburannya dan menggunakan wang berkenaan untuk menjadikannya bebas tol ataupun mengutip bayaran minimum bagi tujuan penyelengaraan, katanya.

"Kecualilah jika kerajaan mahu melihat rakyat Malaysia menderita," kata Pua pada sidang akhbarnya di lobi parlimen.





sumber: http://www.malaysiakini.com/news/145812


Read More

ADUAN RAKYAT - MASALAH PERPARITAN DI BANDAR


Seorang peniaga di Jalan Petrie Muar baru-baru ini mengadu bahawa lorong di belakang kedainya memerlukan perhatian daripada pihak Majlis Perbandaran Muar (MPM).

Masalahnya perparitan di lorong di antara Jalan Petrie dan Jalan Majidi ini selalu dinaiki air apabila hujan lebat.Ini disebabkan oleh parit yang  cetek,rosak dan dipenuhi pasir dan sampah.Ia perlu diganti baru dengan parit U yang lebih lebar dan dalam.Juga terdapat pokok hiasan yang menjalar keluar dari belakang kedai yang perlu dibersihkan.

Deretan kedai di Jalan Petri ini terdiri daripada restoran pejabat peguam,bangunan KWSP dan juga HSBC BankYB Dr Mohammad Taslim,selaku ADUN Maharani, dan pembantunya Sdr Hamidun Omar telah melawat kawasan tersebut dan memaklumkan masalah ini kepada pihak MPM.
Terima kasih MPM yang telah mengambil tindakan segera.

Hari ini YB Dr Mohammad dimaklumkan oleh MPM bahawa kawasan ini telah dimasukkan dalam kerja kecil untuk bina semula parit di sini.Terima kasih sekali lagi MPM di atas keperhatinan tuan menyelesaikan masalah rakyat.

Di bawah ini adalah gambar-gambar selepas kerja-kerja pembersihan dijalankan oleh MPM.

Lorong yang menghubungkan Jalan Majidee dan lorong  di belakang Jalan Petrie.
Sampah ,  pasir  dan tanah telah dibersihkan.

Sampah sarap dari dalam parit telah  dikeluarkan
 Pengadu menunjukkan kawasan yang telah dibersihkan 
tetapi air tidak mengalir kerana masih ada parit yang tersumbat.

Keadaan parit dan jalan yang telah dibersihkan,
cuma paritnya sempit dan sudah terlalu lama. 

Read More

KEMALANGAN JALAN RAYA - SATU PANDUAN


Anda pernah mengalami kemalangan?

Pengalaman ini mungkin boleh dijadikan panduan untuk mereka yang belum pernah mengalami kemalangan.Moga Allah selamatkan anda.

Satu malam dalam bulan Syawal yang lalu, jam 11.45 malam,  ketika  kami sekeluarga kembali dari menghadiri majlis rumah terbuka di rumah sahabat di Bangi,  tanpa diduga musibah menimpa kami.Ketika kami berhenti di lampu isyarat di Kesang (laluan AMJ) sebuah kereta tiba-tiba melanggar belakang kereta kami. Pengalaman pertama......

Inilah kereta yang melanggar kereta  kami dari arah belakang  : sebuah Volvo.
Hanya sedikit kecederaan pada kereta ini.

Kesannya......(gambar di tempat kejadian) bahagian belakang kereta kami terperosok ke dalam.
Nasib baik tidak terkena tayar dan masih boleh dipandu.Alhamdulillah tiada kecederaan kepada penumpang.
Nampak papan tanda ke Pekan Sg Rambai?

 
Bumper depan dan lampu kanan kereta kami rosak teruk apabila melanggar kereta Persona
di hadapan kami. Bumper Persona pula hanya rosak sedikit sahaja.(Jadi,belilah barangan Malaysia !)

Keadaan kereta kami sebelum dihantar ke bengkel.Lihat,bumper depan pun hampir tanggal
terlanggar Persona !

Gambar dari sebelah kiri.




Bahagian belakang.Nampaknya sebulan kereta masuk paddock.

Apa yang hendak saya kongsikan  ialah pengalaman membuat laporan Polis.
Kemalangan berlaku di laluan AMJ hampir waktu tengah malam.di lampu trafik di simpang ke Pekan  Sg Rambai.Saya sangka kemalangan berlaku di kawasan Sg Rambai.Jadi kami terus ke Balai Polis Sg Rambai untuk membuat laporan.Mencari Balai Polis Sg Rambai di tengah malam  pun satu masalah juga kerana papan tanda ada di tepi jalan tetapi tiada tanda arah. Balai ini rupanya di rumah kedai ,tidak kelihatan dari tepi jalan raya.Minta papan tanda  arah yang lebih jelas....
Kami diarahkan pergi ke Polis Trafik Merlimau untuk membuat laporan kerana BP Sg Rambai tiada Polis Trafik.(Mereka sepatutnya pastikan  di kawasan mana kemalangan berlaku supaya dapat membuat laporan di balai yang tepat.Dalam keadaan kesusahan kami agak kelam kabut.)

Apabila sampai di Bali Polis Merlimau baru kami dimaklumkan bahawa tempat kemalangan adalah dalam Daerah Ledang dan laporan hendaklah dibuat di Balai Polis Tangkak! Di sinilah kedua-belah pihak kena faham - pengadu kena pastikan dalam daerah mana kemalangan berlaku dan pihak Polis kena maklumkan dengan tepat kepada pengadu supaya tidak berlaku salah faham atau menimbulkan kesusahan kepada pengadu.Pengadu tidak berpengalaman sebab first time accident!
Oleh kerana sudah larut malam dan untuk ke Tangkak dengan kereta yang rosak kemalangan,  kami membuat keputusan untuk balik ke rumah sebelum membuat laporan Polis ke esokan harinya.

Dalam perjalanan balik ke Muar saya menelefon Balai Polis Muar untuk bertanya jika aduan boleh dibuat di Polis Trafik Muar.Lega saya apabila Pegawai Polis yang menjawab telefon berkata "YB boleh buat laporan di Muar kerana online." "Boleh siap ambil gambar sekali ke?", saya ingin kepastian.Bila diberitahu boleh saya pun ke Polis Trafik Muar ketika jam sudah lepas 1.00 pagi.Malangnya Polis Trafik  yang bertugas memberitahu jika mereka terima laporan pun kami masih terpaksa buat laporan di Balai Polis Tangkak! Inilah makluman yang kurang tepat menyebabkan rakyat bingung ........Inilah salah faham yang menyebabkan  rakyat mengadu Polis tidak mahu terima laporan keran bukan kawasan mereka! (Jika mereka terima pun anda kena buat kerja kali kedua membuat aduan di Balai yang terlibat.)

Keesokan harinya saya ke Polis Trafik Tangkak untuk membuat laporan kemalangan di atas.Oleh kerana kemalanga berlaku malam sebelumnaya mereka terpaksa menetukan siapa Pegawai yang patut menerima laporan.Walau bagaimanapun terima kasih Koperal Yassin yang melayan saya dengan baik.Cuma mohon maaf kerana tidak kenalkan diri saya sebagai YB kerana tujuan saya hanya membuat laporan kemalangan biasa untuk tuntutan insuran sahaja.Rupanya YB ni dikira VIP, jadi   protokolnya seoang Inspektor  Polis yang bertanggungjawab menerima laporan.Pengalaman baru bagi saya.Terima kasih Inspektor Suriani yang menjalankan tanggung jawab dengan baik sekali.

Selesai sudah cerita saya, kereta pun ada di bengkel sedang dibaikki...
Sila baca seterusnya sebagai panduan........





Habislah NCD ......

JIKA BERLAKU KEMALANGAN

LANGKAH-LANGKAH BERIKUT MUNGKIN BOLEH MEMBANTU:
Sila bertenang dan jangan cemas.
. Jika ada sesiapa yang tercedera ,telefon 999 untuk bantuan.
. Jika tidak ada sebarang kecederaan , alihkan kenderaan anda dari aliran trafik ke tempat yang selamat,jika boleh.Catatkan nama dan alamat pemandu-pemandu lain yang terbabit.
. Catatkan model dan nombor pendaftaran kenderaan lain yang terlibat.
. Catatkan nama dan alamat saksi -saksi,sekiranya ada.
.  Buat lakaran kasar tentaang kemalangan dan lokasi kenderaan terlibat sejurus sebelum dan selepas kemalangan. (Gambar mengenai kemalangan,jika ada akan membantu.)
. Bertukar maklumat mengenai syarikat insurans/pemgendali takaful masing-masing..
. Jangan berbincang  tetntang siapa yang bersalah.Ini mungkin menimbulkan kesulitan dalam mengendalikan tuntutan anda.
. Jika kenderaan anda perlu ditunda, pastikan bahawa kenderaan tersebut akan dihantar ke bengkel yang betul.Hubungi syarikat insurans/pengendali takaful anda atau nombor 'hotline' kemalangan syarikat tersebut bagi mendapatkan maklumat tentang bengkel-bengkel kenderaan yang sepatutnya.
. Laporkan kemalangan kepada Polis dengan segera.
. Laporkan kemalangan kepada syarikat insurans/pengendali takaful anda dengan segera ,walaupun anda tidak berniat untuk membuat sebarang tuntutan. Pihak ketiga yang terlibat dalam kemalangantersebut mungkin akan memuat tuntutan insurans daripada syarikat insurans/pengendali takaful anda dan akan menyebabkan kehilangan NCD anda.
.Isikan borang tuntutan dengan lengkap dan masukkan maklumat  tambahan yang berkaitan.Jika ada sebarang keraguan,dapatkan nasihat dari syarikat insurans/pengendali takaful anda.

Sekiranya kenderaan anda mengalami kerosakan , anda boleh membuat samada tuntuan kerosakan sendiri atau tuntutan pihak ketiga.

Jika syarikat insurans anda mencadangkan kerja pembaikan dilakukan di bengkel panel yang diluluskan,hantar kenderaan anda seperti yang dinasihatkan.Syarikat insurans akan menghantar pelaras kerugian untuk menilai kerosakan kenderaan anda sebelum membenarkan kerja baik pulih dijalankan.

Takaful motor memberikan anda perlindungan terhadap kerugian atau kerosakan kenderan sendiri akibat kebakaran,kecurian atau kemalangan , dan/atau kecederaan tubuh badan atau kematian pihak ketiga, kerosakan atau kerugian harta benda pihak ketiga..

SELAMAT MEMBACA DAN BERTINDAK UNTUK KESELAMATAN ANDA.

sumber: Utusan Malaysia Sabtu 16 Oktober 2010




Read More