CERAMAH UMUM PAS MUAR


Pas Muar

CERAMAH AHLAN YA RAMADHAN
&
ISU SEMASA


OLEH: 1.UST AZMAN SHAPAWI (Timb.Ketua Pemuda Pas Pusat)

2.SDR.KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL(Ketua Pemuda Pas Johor)
...
TARIKH: 3.8.2010

HARI : SELASA MLM RABU

JAM : 9.00 MLM


TEMPAT: PEJABAT DEWAN PEMUDA PAS MUAR

PT.KASSIM JLN ABD RAHMAN MUAR

SEMUA DIJEMPUT HADIR..




Tuan Punya Blog

Read More

KERJASAMA UMNO-PAS : Kenyataan YB Dato Dr Hasan Ali / Dato Harussani




https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj2zvGh1VKqxlVeGnILJuG52xhtw0Y7-uBuGRdGyOTi8dhCD2RPvJG2dv-Mdlbu2O0x_NwAGS3ZjzYmcRbrNEh1CVikKQET6gOTuC6PODd83XkbQQW4Lt9XZ_W0JsjWQjBfM-9Vhx98gOA/s226/PAS_014.JPGhttp://1.bp.blogspot.com/_qqE6FBwEG-E/SorX8RGzuQI/AAAAAAAAK1E/klM5o7D4Hzc/s200/ss-harussani-zakaria.jpg

KENYATAAN AKHBAR YB DATO DR HASAN BIN MOHAMED ALI AHLI EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR


Kerajaan Negeri Selangor tidak pernah menyekat malah sentiasa menggalakkan ahli-ahli Exconya mengadakan pertemuan dengan mana-mana pihak tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik mereka. Pertemuan seperti ini diatur bagi meningkatkan keupayaan, kemampuan, prestasi serta profesionalisme ahli-ahli Exco berkenaan. Dengan cara ini sistem pengurusan dan pembangunan negeri terus dapat dipertingkatkan.

Pertemuan saya dengan Dato’ Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan pada kira-kira dua bulan yang lepas merupakan salah satu daripada “engagement” sedemikian yang dilakukan atas sifat saya sebagai ahli Exco Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab secara langsung antara lainnya portfolio Hal Ehwal Islam dan Adat-adat Melayu.

Pertemuan tersebut diatur bagi membolehkan saya meninjau ilmu dan pengalaman beliau secara amali mengurus Hal Ehwal Islam dan Adat-adat Melayu. Saya dimaklumkan beliau telah berkhidmat lebih 30 tahun sebagai Mufti dan sebelum itu menjawat jawatan sebagai Kadhi Besar Negeri Perak Darul Ridzuan. Ilmu dan pengalaman yang begitu luas yang beliau miliki sudah tentu dapat dimanfaatkan untuk kebaikan bersama dan umat Islam seluruhnya.

Saya ingin menegaskan bahawa:

1. Pertemuan tersebut adalah pertemuan di antara saya selaku ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor dengan beliau selaku Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan;

2. Pertemuan diatur bagi meraih kebaikan bersama demi untuk kemajuan Islam dan kesejahteraan umat;

3. Pertemuan tersebut bukan pertemuan sulit, malah diadakan secara terbuka ditempat yang terbuka.

4. Saya tidak pernah diberi mandat oleh parti saya untuk membincangkan hal-hal politik perpaduan, oleh itu tidak ada agenda khusus membincangkan soal itu;

5. Pertemuan tersebut tidak menatijahkan apa-apa tindakan susulan di kedua-dua pihak bahkan tidak ada sebarang perhubungan antara kami berdua selepas itu;

6. Pertemuan itu diadakan sehari sebelum mesyuarat Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri. Saya telah diminta mewakili kerajaan negeri dalam mesyuarat tersebut. Saya menjadikan pertemuan itu sebagai sebahagian daripada persediaan saya menghadiri mesyuarat tersebut.

Kepada sesiapa yang mempunyai prasangka dan agenda jahat terhadap saya dalam hal ini, saya menyeru supaya mereka dapat merenung semula dan bermuhasabah diri agar tidak menghabiskan masa dengan kerja-kerja yang tidak memberi manfaat kepada kemajuan agama, parti yang sama-sama kita cintai dan umat seluruhnya. Marilah kita bersama-sama menumpukan tenaga dan pemikiran bagi menghadapi cabaran Pilihanraya Umum Ke 13 yang dijangka akan berlaku tidak berapa lama lagi.

Sekian terima kasih.
24 Julai 2010

YB Dato’ Dr Hasan Bin Mohamed Ali
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam,
Adat-adat Malayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam
Tingkat 2, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
__________________________________________________________________________________

Harussani: ‘Ya, Hasan jumpa saya tapi tak bincang kerjasama politik’

KUALA LUMPUR, 25 Julai — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria juga mengesahkan ada menemui  Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali, tetapi menegaskan mereka tidak membincangkan soal kerjasama politik Umno dan PAS.
Harussani berkata setakat ini beliau hanya mengadakan pertemuan dengan seorang pemimpin dari PAS iaitu Hasan.
Ini kali pertama Harussani berkongsi identiti tentang Hasan yang sebelum ini didakwa mengadakan pertemuan memintanya menjadi orang tengah dalam isu kerjasama politik dan perpaduan PAS dan Umno.
Kata Harussani, kedua-dua mereka tidak membincangkan kerjasama politik Umno dan PAS tetapi mengenai perpaduan orang Melayu di negara ini.
“Kami memang tidak membincangkan langsung pasal kerjasama Umno dan PAS tetapi perpaduan orang Melayu di negara ini kerana kami melihat orang Melayu semakin berpecah.
“Kami hanya membincangkan soal bagaimana untuk mencari jalan penyelesaian untuk menyatukan perpaduan di kalangan orang Melayu, itu sahaja.
“Langsung tidak menyentuh soal kerjasama politik Umno dan PAS,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.
Harussani berkata demikian ketika diminta mengulas kenyaataan Hasan semalam yang mengaku pernah mengadakan pertemuan dengan  Harussani dua bulan lalu tetapi menegaskan mereka tidak membincangkan soal kerjasama politik Umno dan PAS.
Ia kenyataan pertama Hasan sejak Harussani mendedahkan ada pemimpin PAS dan Umno menemuinya dan meminta beliau mengaturkan kerjasama perpaduan membabitkan kedua-dua parti itu.
Malah kata Hasan, beliau tidak diberi mandat untuk mengaturkan perbincangan dengan mufti berkenaan berhubung kerjasama politik Umno dan PAS.
“Saya tidak pernah diberi mandat oleh parti saya untuk membincangkan hal-hal politik perpaduan, oleh itu tidak ada agenda khusus membincangkan soal itu.
“Pertemuan tersebut tidak menatijahkan apa-apa tindakan susulan di kedua-dua pihak bahkan tidak ada sebarang perhubungan antara kami berdua selepas itu,” kata Hasan.
Pertemuan itu didakwa berlangsung di ibu negara hujung Mei lalu.
Hasan menambah pertemuan itu diadakan sehari sebelum mesyuarat Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.
“Saya telah diminta mewakili kerajaan negeri dalam mesyuarat tersebut. Saya menjadikan pertemuan itu sebagai sebahagian daripada persediaan saya menghadiri mesyuarat tersebut,” katanya.
Dalam ulasan lanjut, Harussani bagaimanapun berkata tiada parti yang layak untuk membincangkan soal perpaduan orang Melayu kecuali Umno dan PAS.
“Ingin saya tegaskan perpaduan orang Melayu boleh berjaya sekiranya kerjasama Umno dan PAS dapat diwujudkan.
“Ini kerana saya melihat Umno memperjuangkan orang Melayu manakala PAS pula memperjuangkan agama Islam, jadi siapa yang lebih layak untuk mewujudkan perpaduan orang Melayu melainkan kedua-dua parti ini.
“Saya ingatkan melalui perbincangan untuk menyatukan orang Melayu boleh mencari jalan penyelesaian tetapi jadi makin teruk pula,” katanya.
Sebelum ini Harussani berkata, terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu berkenaan yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut.
Setakat ini kenyataan Harussani telah ditolak pemimpin tertinggi PAS dengan menyifatkannya sebagai “satu fitnah dan pembohongan.”
Dua naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub menegaskan, pihaknya tidak pernah memutuskan untuk meminta Harussani agar menguruskan pertemuan Umno-PAS bagi membincangkan penyatuan orang Melayu dan Islam. – TheMalaysianInsider

sumber: http://semuaberita.rakanweb.com/harussani-%E2%80%98ya-hasan-jumpa-saya-tapi-tak-bincang-kerjasama-politik%E2%80%99/


Read More

ISU PELAJAR MENGANDUNG


Hamil : Di mana kejujuran pemimpin, ulama kerajaan

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 27 Julai: Isu pelajar mengandung, pengguguran dan pembuangan bayi telah meresahkan keharmonian masyarakat dan menunjukkan musnahnya institusi kekeluargaan negara, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik (gambar).
Justeru itu, katanya PAS menggesa masyarakat agar mengambil langkah-langkah bagi melaksanakan perintah amar maaruf dan nahi mungkar dengan sebaiknya dan menggesa rakyat, khususnya umat Islam menunaikan amanah dengan memilih kerajaan yang jujur dalam menegakkan kesejahteraan dan keadilan rakyat.

“Perlu diingatkan bahawa undang-undang Islam dan feqah Islam mampu bagi menangani isu-isu sebegini,” ujarnya yang juga Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga mempersoalkan di mana kejujuran mereka yang memimpin negara dan ulama dalam kerajaan yang mengabaikan keperluan menyelesaikan masalah secara Islam.

Abu Bakar menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang mahu menubuhkan sekolah untuk pelajar hamil.
“Kenyataan ini menunjukkan betapa sangat seriusnya isu pelajar perempuan mengandung disebabkan perzinaan dan pengguguran bayi berlaku secara berleluasa di negara ini,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau menambah, jarang berlaku pertembungan kenyataan di antara menteri atau timbalan di peringkat pusat dengan menteri besar atau ketua menteri.
“Tetapi dalam kes ini, Ketua Menteri Melaka bertegas untuk menubuhkan sekolah khas walaupun disanggah oleh Timbalan Menteri Pelajaran,” katanya.
Menurutnya lagi, adalah amat malang bagi umat Islam apabila berhadapan dengan isu pembuangan bayi dan mengandung kerana perzinaan tidak ditangani sewajarnya berdasarkan sebab-sebab asal berlakunya masalah ini; seperti pergaulan bebas, hiburan liar dan wujudnya pusat-pusat maksiat di segenap pelusuk negara.
Beliau menambah, alangkah baiknya jika langkah-langkah pencegahan dilakukan di samping langkah pemulihan dilakukan.

sumber: http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=27830:hamil-di-mana-kejujuran-pemimpin-ulama-kerajaan-&catid=1:utama&Itemid=50
___________________________________________________________________________________

[abjz-logo-small.jpg]

YB Dr Mohammad Taslim,ADUN Maharani,telah mengajukan soalan kepada YB Datuk Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran dan Pengajian Tinggi Johor dalam Mesyuarat Pertama bagi Penggal Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor Ke-13,pada Hari Khamis, 8 Julai 2010 yang lalu.

Soalan A160 berbunyi:

Nyatakan bilangan pelajar sekolah ( dalam Negeri Johor ) yang mengandung mengikut bangsa dan daerah sejak 2008.

Jawapan Y.B. Datuk Haji Maulizan bin Buang:

Untuk makluman Yang Berhormat,tiada laporan murid mengandung di sekolah.Sekiranya ada laporan di mana-mana agensi yang menunjukkan gadis di bawah umur mengandung,mungkin mereka sudah berhenti sekolah dan diluar daripada sistem persekolahan.

Sila hantar komen anda kepada kami. ANDA percaya di negeri Johor tiada pelajar sekolah hamil ??

Image Hosted by ImageShack.us
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

28 Julai, 2010 13:44 PM

Dewan Negara: 21 Kes Pelajar Mengandung Dan Bersalin Anak Luar Nikah Sejak 2006

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Sebanyak 21 kes pelajar yang mengandung dan bersalin anak luar nikah sejak 2006 hingga sekarang telah dikesan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata 12 daripadanya berlaku di sekolah luar bandar dan sembilan di kawasan bandar.

"Siasatan yang dilakukan kementerian menunjukkan bahawa 20 kes adalah berdasarkan suka sama suka antara pasangan manakala satu kes melibatkan kes rogol," katanya.

Ketika menjawab soalan Senator Datuk Azian Osman di persidangan Dewan Negara di sini pada Rabu, beliau berkata kesemua kes berkenaan berlaku di dalam kawasan perumahan masing-masing.

SUMBER : http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=516964

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sekolah pelajar hamil diteruskan

Biarpun hasrat Melaka menubuhkan sekolah khas bagi pelajar yang mengandung tidak mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk Kementerian Pelajaran namun rancangan tersebut tetap akan diteruskan. Sehubungan itu, kerajaan negeri telah melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Datuk Ab. Rahaman Ab. Karim sebagai pengerusi bagi menggerakkan penubuhan sekolah berkenaan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, pelantikan Ab. Rahaman itu berkuat kuasa serta-merta. Menurut beliau, ia merupakan komitmen kerajaan negeri yang serius untuk menubuhkan sekolah tersebut biarpun terdapat beberapa pihak memperlekehkan cadangan mengenainya. ”Saya mencadangkan perkara ini bukan untuk suka-suka tetapi berdasarkan pandangan banyak pihak menerusi rumusan setiap seminar menangani gejala sosial sebelum ini. ”Tiada jalan penyelesaian yang boleh dibuat sekali gus menyelesaikan masalah ini sehinggalah kerajaan negeri mencadangkan perkara ini,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Chua Kheng Hwa (BN-Bemban) pada sidang Dewan Undangan Negeri Penggal Ketiga kali ke-12 di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Cadangan penubuhan sekolah untuk gadis mengandung yang diumumkan oleh Mohd. Ali baru-baru ini tidak mendapat sokongan pelbagai pihak kerana menyifatkannya sebagai tiada keperluan.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi pula menyifatkan ia suatu idea yang pelik dan tidak sesuai dilaksanakan.

http://blogs.iium.edu.my/ka_mokhtar/2010/07/29/sekolah-pelajar-hamil-diteruskan/


Read More

TABUNG IMPIAN RAKYAT (TIRAM ) -PENGENALAN




Wednesday, 21 July 2010

Pengenalan TiRAM:.

TABUNG Impian Rakyat Malaysia (TIRAM) ditubuhkan atas kesedaran betapa perlunya suatu wadah atau platform yang membiayai usaha-usaha pemerkasaan dan memurnikan sistem demokrasi di Malaysia.

Ini termasuk menimbulkan kesedaran dan mendidik masyarakat apakah tanggungjawab mereka sebagai rakyat di sebuah negara demokratik dari aspek perlembagaan, pemerintahan Negara dan proses pilihanraya.

Tumpuan juga akan diberikan kepada kerja-kerja penyelidikan dan mempromosikan system demokrasi yang sihat bagi mempertingkatkan komitmen seluruh rakyat ke arah Negara yang lebih demokratik dan adil.


Objektif :
  • Mengumpul dana bagi tujuan membiayai usaha-usaha:-
  • Membentuk kesedaran dan mendidik masyarakat tentang tanggungjawab mereka sebagai rakyat di sebuah negara yang demokratik samada dari aspek perlembagaan, sistem pilihanraya dan pemerintahan negara.
  • Melaksanakan kerja-kerja penyelidikan dan mempromosikan system demokrasi yang sihat kepada seluruh rakyat di Malaysia.

Maklumat Lanjut Hubungi :

Pejabat TIRAM di Blok B, Worlwide Business Center, 40675 Shah Alam, Selangor.

No.Tel. Pej. : 03-55104611 (Nurani/Diana) | No.Fax: 03-55111302 | Sobri Said (019-385 7160) | Ismahali Ismail (019-282 5716)

Website: http://tirammalaysia.blogspot.com

Email : tiram.rakyatmalaysia@gmail.com 
 

sumber: http://tirammalaysia.blogspot.com/2010/07/pengenalan-tiram.html#more

Read More

TABUNG IMPIAN RAKYAT (TIRAM ) - MAKAN MALAM MEGA


Tuesday 26 JULY 2010

 
PELANCARAN TABUNG IMPIAN RAKYAT (TIRAM)


RM20j: impian kita bersama, kata Husam

Pakatan akan lancar tabung RM20 juta untuk PRU 13

PAKATAN Rakyat akan melancarkan Tabung Impian Rakyat (Tiram) bernilai RM20 juta bagi mempersiapkan diri mereka ke Putrajaya selepas pilihanraya umum ke 13 nanti.

Pengerusi Tiram, Datuk Husam Musa berkata, pelancarannya akan dibuat 7 Ogos ini di Stadium Melawati Shah Alam di mana semua pemimpin kanan Pakatan dijangka menyertai majlis ini.
"Sehingga kini, Datuk Seri Anwar dan Tok Guru Nik Aziz sudah mengesahkan penyertaan mereka," kata Husam kepada Harakahdaily.
Pelancaran ini dibuat dalam bentuk majlis makan malam untuk pungutan derma dengan mensasarkan kutipan sebanyak RM20 juta.

Mei lalu Husam pernah menyatakan hasrat mengumpul dana RM20 Juta bagi menawan Putrajaya.

Ilham itu diperolehinya setelah dia didakwa berjaya menggunakan peruntukan RM4 juta menyingkir bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi dan melemahkan Umno Kelantan pada pilihan raya umum 2008.

Tuduhan tersebut dibuat bekas pembantunya, Syed Azidi Aziz atau lebih dikenali dengan nama Kickdefella.
"Kalau sebelum ini orang tuduh saya belanjakan RM4 juta untuk menghadapi pilihan raya 2008...terbukti dalam pilihan raya itu kita berjaya walaupun tuduhan itu tidak semestinya betul.

"Sekarang kita akan kumpulkan RM20 juta untuk ke Putrajaya," katanya lagi.
Beliau yang juga Exco Kerajaan Kelantan sebelum ini juga membuat penjelasan bahawa PAS atau kerajaan negeri tidak pernah membayar sesiapapun sebanyak RM4 juta seperti yang didakwa untuk menjatuhkan kerajaan termasuk bekas Perdana Menteri tersebut.

Malah PAS sejak dari dulu mendapat bantuan kewangan dari sumbangan ahli-ahli mereka untuk membantu perjuangan parti itu dalam menegakkan syiar Islam di negara ini.

Posted by tiram at 12:32
Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Google Buzz


sumber:  http://tirammalaysia.blogspot.com/2010/07/rm20j-impian-kita-bersama-kata-husam.html
Read More

SOALAN-SOALAN LISAN ( DAN JAWAPAN ) PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR 1-19 JULAI 2010



         SOALAN-SOALAN LISAN ( DAN JAWAPAN )  DEWAN 
YANG DIBANGKITKAN
DI DALAM PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR
1-19 JULAI 2010
DARIPADA
YB DR MOHAMMAD BIN TASLIM (MAHARANI)


SOALAN A160:

Nyatakan bilangan pelajar sekolah yang mengandung mengikut bangsa dan daerah sejak 2008.

JAWAPAN Y.B. DATUK HAJI MAULIZAN BIN BUJANG

Untuk makluman Yang Berhormat, tiada laporan murid mengandung di sekolah. Sekiranya ada laporan daripada mana-mana agensi yang menunjukkan gadis di bawah umur mengandung, mungkin mereka telah berhenti sekolah dan di luar daripada sistem persekolahan.

SOALAN 161:

Kerajaan Selangor telah melaksanakan cuti bersalin bergaji 90 hari sejak 01.01.2009 dan berhak memilih pampasan jika bekerja selepas 60 hari dari tarikh bersalin.Bilakah Kerajaan Johor akan melaksanakan dasar ini?

JAWAPAN Y.A.B. MENTERI BESAR

Dasar Cuti Bersalin sedia ada adalah selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan yang dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dari semasa ke semasa.Sebarang dasar baru Cuti Bersalin hanyanakan dilaksanakan apabila Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia memutuskan sedemikian.

SOALAN A162:

Berapakah perbelanjaan keseluruhan dan berapa orang ADUN N Johor mengikuti lawatan ke luar negara baru-baru ini?

JAWAPAN  Y.A.B. DATO' MENTERI BESAR:

Jumlah Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah dan akan mengikuti lawatan ke luar negara adalah seramai 40 orang termasuk 2 orang urus setia.Jumlah perbelanjaan dianggarkan sebanyak RM682,000.00

SOALAN A163:

Nyatakan jumlah pungutan pingat mengikut acara yang dimenangi oleh Kontinjen Johor dalam SUKMA 2006 - 2010 dan mengapa Johor tidak ampu mengatasi negeri lain yang lebih sedikit penduduknya?

JAWAPAN Y.B. TUAN HAJI MD. JAIS BIN SARDAY

Temasya SUKMA Ke-13 di Melaka yang telah berlangsung dari 9 hingga 19 Jun 2010 yang lalu, Kontinjen Negeri Johor (Harimau Selatan)   telah mengutip sebanyak 40 pingat emas, 39 perak, dan 53 gangsa. Jumlah kutipan sebanyak 132 pingat (ketiga terbanyak) telah melonjakkan kedudukan Negeri Johor ke tempat keempat secara keseluruhan berbanding tempat ke-9 pada SUKMA Terengganu 2008.
Atlet-atlet kita telah berjaya memecahkan 6 rekod SUKMA melalui acara memanah,menembak,olahraga dan angkat berat.

Pada  SUKMA Tahun 2006 di Kedah, Kontinjen Johor memperolehi 19 pingat emas dan
pada tahun 2008,semasa SUKMA di Terengganu, Johor mencatat 27 pingat emas (tempat ke-9).
Faktor kutipan emas di dalam SUKMA tidak bergantung kepada jumlah penduduk,tetapi berkait rapat dengan usaha mencungkil bakat-bakat baru dan membina keupayaan mereka dengan memberi latihan  serta pendedahan.

Untuk tujuan meningkatkan kecemerlangan atlet negeri Johor,Majlis Sukan Negeri Johor akan mengadaka satu Bengkel Percambahan Fikiran dalam masa terdekat ini melibatkan pakar-pakar sukan di dalam negara,persatuan serta penggerak sukan dalam Negeri Johor,agensi Kerajaan yang berkaitan,syarikat-syarikat korprrat serta individu-individu yang berminat.

SOALAN A164:

Pegawai Pendaftar Pemilih Sementara Suruhanjaya Pilihanraya daripada Pakatan rakyat mengadu borang mendaftar pengundi baru selalu kehabisan sedangkan pengundi Negeri Johor yang belum mendaftar melebihi 600,00 orang.Mengapa ini berlaku?

JAWAPAN Y.A.B. MENTERI BESAR:

SPR telah melantik seamai 153 orang Penolong Pendaftar (Sementara) dari kalangan Parti politik di seluruh negeri Johor.Pelantikan telah dibuat mulai 30 April 2009 dan akan tamat pada Disember 2010.Sepanjang tempoh perlantikan sehingga kini jumlah borang A yang dibekalkan adalah sebanyak 68,300 manakala borang A yang telah dikembalikan untuk proses semakan dan pendaftaran kepada Pejabat Pilihan Raya Negeri hanya sebanyak 36,691 sahaja.Baki borang A yang masih ada di tangan semua Penolong Pendaftar (Sementara) yang telah dilantik adalah sebanyak 23,609.

Untuk makluman,Pejabat ini memberikan tambahan borang A kepada Penolong Pendaftar (Sementara) berdasarkan borang a yang dikembalikan oleh mereka ke Pejabat ini.Borang A juga akan dikeluarkan kepada penolong pendaftar melebihi yang sepatutnya atas sebab Penolong Pendaftar (Sementara) ada menganjurkan program-program khas Pendaftaran Pemilih.

Pejabat ini ingin menegaskan bahawa pengeluaran borang A tidak pernah disekat,hal ini boleh dilihat daripada jumlah baki boran A yang masih ada di tangan Penolong Pendaftar (Sementara) dan masih belum digunakan.

SOALAN A165:

Masalah pungutan sampah tidak pernah selesai di kawasan PBT.Dalam kawasan Majlis Perbandaran Muar contohnya sampah berlonggok di tepi jalan,di simpang jalan,di gantong di pokok Premis tidak mempunyai tong sampah  atau tong tidak sesuai.Apakah tindakan PBT ?

JAWAPAN Y.B. DATUK HAJI  AHMAD ZAHRI BIN JAMIL:

Kerajaan Negeri mengambil maklum dan memberi perhatian yang serius terhadap isu pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dengan melaksanakan penguatkuasaan mengilut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).

Akta 672 memperuntukkan bahawa semua pengusaha bagi perkhidmatan pengurusan sisa pepejal,pengusaha bagi perkhidmatan pengurusan pembersihan awam hendaklah mendapatkan lesen sebelum perkhidmatan dapat diberikan.Akta ini juga menghendaki semua pembinaan atau pengubahan dan penutupan kemudahan pengurusan sisa pepejal yang ditetapkan perlu mendapat kelulusan bertulis daripada Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara terlebih dahulu.

Bersambung...............

SOALAN A53 OLEH Y.B. DR. BOO CHENG HAU (SKUDAI):

Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam usaha membaikpulih pengurusan dan pembangunan kolam renang Muar?

JAWAPAN Y.B. DATUK HAJI AHMAD ZAHARI BIN JAMIL:

Kolam Renang Muar mula beroperasi pada Tahun 1977., dengan kos pembinaannya berjumlah rm1.5 juta. Pengurusan kolam tersebut dilaksanakan oleh Majlis Daerah muar Selatan (MDMS) ketika itu dan kini dikenali sebagai Majlis Perbandaran Muar (MPM) sebelum disewakan kepad syarikat swasta mulai Tahun 1988 hingga 1993.Pengurusan Kolam renang tersebut diambil alih semula oleh MDMS sebelum ditutup pada Tahun 1998 kerana kos penyelengaraan yang sangat tinggi.

MPM telah mempelawa syarikat-syarikat atau individu  yang bermiant untuk menguruskan atau membangunkan kolam renang secara usahasama tetapi hingga kini tiada pihak yang berminat.

MPM tiada peruntukan untk membaikpulih atau membangunkan semula kolam renang tersebut yang kini keadaan fizikalnya yang uzur dan tidak ekonomik untuk dibaiki.Kos untuk membangun semula     kolam tersebut dianggarkan menelan bwlanja sebanyak RM2 juta.

Walau bagaimanapun  Jabatan Belia dan Sukan Negeri johor Cawangan Muar telah mengemukakan permohonan peruntukan daripada Kementerrian Belai dan Sukan (KBS) bagi membangun semula kolam renang tersebut dalam Raancangan Malaysia Ke-10 (RMK 10).






Read More

SOALAN-SOALAN BERTULIS (DAN JAWAPAN) ADUN MAHARANI DALAM PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA 1 JULAI 2010 - 19 JULAI 2010




SOALAN-SOALAN BERTULIS (DAN JAWAPAN) ADUN MAHARANI
DALAM PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR 
PADA 1 JULAI  2010  - 19 JULAI 2010

Bil.
Soalan-soalan  Bertulis
1.B 106
Nyatakan nama-nama,alamat,nombor telefon,kawasan atau zon yang mereka wakili serta
tugas-tugas Ahli-Ahli  Majlis Perbandaran Muar.
Jawapan:
Di Majlis Perbandaran Muar (MPM) terdapat 24 orang Ahli Majlis.
Senarai nama-nama,alamat,no. telefon,kawasan atau zon yang mereka wakili 
adalahsebagaimana di Lampiran A.
Tugas-tugas Ahli-Ahli Majlis di PBT termasuk Ahli Majlis Perbandaran Muar 
adalah sebagaimanaberikut:
1.  Ahli Majlis sebagai Sebahagian Daripada Pentadbiran PBT
2.  Ahli Majlis sebagai Penasihat Kepada Majlis
3.  Ahli Majlis sebagai Mewakili Rakyat
4.  Membuat dan Meluluskan Undang-Undang Kecil
5.  Ahli Majlis sebagai Penggubal Dasar Majlis
6.  Ahli Majlis sebagai Pendokong dasar majlis
7.  Ahli Majlis sebagai Penyemak Pelaksanaan Dasar
8.  Ahli majlis sebagai Tenaga Penggerak Masyarakat
9.  Ahli Majlis sebagai Mata dan Telinga Majlis.

Senarai Nama-Nama Ahli Majlis Perbandaran Muar


Zon
Nama Zon
Parlimen
Nama
1.
Parit Yusof/
Sg Balang
Muar
En. Md Yunos b. abd Rahman
5,Jalan abd Rahman,Semerah
Baru,Mkm Sg Balang,
83600 Semerah,Johor
h/p: 013-7781908
2.
Seri Menanti/
Parit Jawa
Muar
En. Ng Aik Beng
83,Jln Meriam,84000Muar
h/p: 012-2800290/
         06-9511291
3.
Bukit Mor/
Pt Jawa Timur
Muar
En. Nor Halim b. Hj Hashim
47,Jln Biru 4,Tmn Bkt Mor Baru,84150 Pt Jawa,Muar
h/p: 019-6285555
4.
Pt Bakar Tengah/
Darat
Muar
Y.Bhg Datuk Hj Mohd Ismail
B Hj Md Shah
Km 3,Pt Keroma,Jln Temenggong Ahmad,84000 Muar
h/p: 016-2265555
5.
Pt Bakar Laut/
Jln Junid Dalam
Muar
Pn Hjh Ramlah Ismail
Bt 2 ¼ Pt Keroma,Jln Abd Rahman,84000 muar
h/p: 012-6541845
6.
Bakri (A)
Bakri
En. Lee Poh Peng
183A,Lorong Pendek,Bkt Bakri,84200 Muar
h/p: 012-6381831/06-9860215
7.
BandarA(Bakariah)
Muar
En. Mohd Mustafa b, Abd Kadir
Pos 444,Bkt Tereh,Jln Bakariah,84000 Muar
h/p: 012-6315869
8.
Bakri (B)
Bakri
Pn Hjh Jamilah bt Othman
No. 17E,Jln Dato Hj Kosai,84000 Muar
h/p: 019-6285555
9.
Air Hitam
Bakri
En. Md.Saat b. Amat
No. 40-B,Pt Hj Anuar,Bt 17,Air Hitam,84060 Muar
h/p: 017-6957345
10.
Bandar (B)
Bakri
En. Mohd Fuad b. Tukirin
Pos 165,Lot 2109,Jln Dato Hj Kosai,84000 Muar
h/p; 013-6526668
11.
Bandar (C)
Muar
Cik Lim Sew Chow
48,Pt Unas,Jln Abd
Rahman,84150 Muar
h/p: 019-6658362/
         06-9529409

12.
Bandar (D)
Bakri
En. Chua Teck Boon
37,Jln Satu A,Tmn Sri Maharani,84000 Muar
h/p: 019-6263434/
         06-9543434
13.
Bandar (E)
Bakri
En Wee Chong Yan
No. 264-19,Jln Kenanga 2,Tmn Kenanga,Jln Bakri,84000 Muar
h/p: 019-3453333
14.
Sg Abong (A)
Pagoh
En. Chelvarajan a/l R.Suppiah
No.11,Lrg 2 off Jln Junid,Tmn Tg Baru,84000 Muar
h/p: 012-6801867
15.
Sg Abong (B)
Bakri
En. Goh Kim Huat
258,Jln Indah 6, Tmn Indah,84000 Muar
h/p: 012-6127777/
         06-9512110
16.
Sg Abong  (C)
Bakri
Puan Fong Soh Lan
116,Jln Kelisa 9,Tmn Sg Abong Indah,84000 Muar
h/p: 012-6603362/
         06-9537951
17-24

Pagoh
2.
107
‘Pelan Strategik Majlis Perbandaran Muar 2010-2015’ telahdilancarkan.Apakah
kandungannya dan bolehkan dokumen tersebut diberi kepada ADUN Pakatan
Rakyatdalam Daerah Muar supayamereka boleh membantu dalam melaksanakan
Pelan tersebut?

Jawapan:
Pelan Strategik Majlis Perbandaran Muar 2010 - 2015  yang telah dilancarkan 
mengandungi 5 perkara iaitu:
1.   Mempertingkatkan  keupayaan dan kapasiti MPM bagi memantapkan sistem 
penyampaian perkhidmatan.
2.   Memperkasa tadbir urus MPM dan pembudayaan nilai-nilai murni ke arah
kecemerlangan organisasi.
3.   Memperkukuhkan dan mengoptimimka sumber-sumber hasil MPM bagi 
meningkatkan penyediaan infrastruktur dan kemudahan awama untuk mempertingkatkan 
kualiti hidup masyarakat,melaksanakan pembnagunan yang terancang dan meningkatkan 
perbandaran yang cekap untuk persekitaran yang kondusif,bersih,selesa,selamat,sejahtera
dan lestari.
4.  Memantapkan perkongsian pintar bagi meningkatkan data laksana dan keberkesanan 
program pembangunan fizikal dan sosio-ekonomi.


Individu yang berminat boleh mendapatkan  sesalinan Pelan Strategik Majlis Perbandaran 
Muar 2010 - 2015 ini denga secara memohon secara rasmi di Jabatan Khidmat 
Pengurusan,Majlis Perbandaran Muar.

3.B 108
Nelayan Parit Perupuk Laut Muar mengadu masalah parit cetek,sempit dan tebing
dipenuhipokok-pokok,tiada lampu jalan.Lawatan bersama Pegawai Jabata Pengaliran
dan SaliranMuar dilakukan pada 3 Mac 2010.Hingga sekarang tiada tindakan diambil,
mengapa?
Jawapan:

Tindakan penggalian Parit Perupuk telahpun diambil dengan melaksanakan kerja-
kerja penggalianParit Perupuk dari Kuala sehinggan ke Jalan Abdul Rahman  
sepanjang 2,000meter.Kerja-kerjaini termasuk member ihkan pokok-pokok yang 
tumbuh di sepanjang tebing parit dsn telahpun siap dilaksanakan pada  awal Jun 
2010 yang lalu.Bahagian kuala atau muara Parit Perupuk juga akan didalamkan.
Sebut harga bagi kerja-kerja ini telah dipanggil dn dijangka dapat dilaksanakan 
pada bulan Julai 2010yang akan datang.
.
4.B 109
Nyatakan nama-nama dan alamat penduduk miskin dan miskin tegar dalam
DUN Maharani




Jawapan:
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor  mempunyai rekod dan data 
semua penerima-penerima bantuan kewangan bulanan Jabatan yang menerima
bantuankewangan masing-masing di dalam e-Bantuan.Bagi tujuan rasmi,senarai 
nama-nama penerima bnatuan tersebut boleh diperolehi melelui Pejabat Kebajikan 
MasyarakatDaerah masing-masing selepas mendapat kelulusan daripada Pengarah 
Mebajikan Masyarakat Negeri /Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia 
bagi mengelakkan  suatu perkara yang tidak diingini berlaku akibat pendedahan 
nama-nama penerima bantuan tersebut. Ini kerana ada sebahagian penerima-penerima
Bantuan Kewangan ini tidak mahu identiti mereka didedahkan untukpengetahuan 
umum.Jabatan Kebajkan Masyarakat Negeri Johor sedia maklum dan boleh membantu
mana-manaagensi,Jabatan dan lain-lain agensi berkaitan bagi tujuan mendapatkandata
untuk membantu kumpulan sasar jabatan.
Berikut adalah bilangan penerima bantuan JKM untuk DUN Maharani mengikut jenis
bantuan dan kaum bagi tahun 2009:



MUKIM 
SKIM/
BANGSA
BOT
BKK
EPC
BPT
BTB
BA
AP
GP
JUMLAH
BANDAR
MELAYU
120
85
59
12
10
57
1
0
344

CINA
44
12
21
3
5
17
0
0
102

INDIA
5
4
2
2
1
6
0
0
20

LAIN-LAIN
1
0
0
0
1
1
0
0
3
PT.BAKAR/PT JAWA
MELAYU
147
86
40
16
10
53
0
0
352

CINA
19
19
10
2
3
11
0
0
64

INDIA
0
0
1
0
0
1
0
0
2

LAIN-LAIN
0
0
0
0
0
0
0
0
0
JUMLAH
KESELURUHAN
336
206
133
35
30
146
1
0
887



5.B 110

Majlis Perbandaran Muar mengenakan bayaran ‘ANGKAT SAMPAH NIAGA’ sebanyak
RM120.00 setahun.Nyatakan peraturan mana digunakan dan siapa yang terlibat.Seorang
peniaga di Parit Jawa Muar terpaksa membayar tunggakan 2003-2010 sebelum lesennya diperbaharui.Mengapa penguatkuasaan tidak efisen?
Jawapan:
Peraturan mengenakan bayaran angakt sampah niaga sebanyak RM120 setahun 
dilaksanakan di bawah peruntukan Undang-Undang Kecil Pemungutan,Pembuangan
dan Pelupusan Sampah Sarap (MDMS) 1985 di bawah Undang-Undang kecil (6(1)
dan (2) telah dikuatkuasa pada 1 Julai 1980.pihak Majlis telah mengenakan bayaran
ke atas perniagaan-perniagaan seperti berikut:


1.
Bangunan Kompleks Perniagaan /Pasaraya
RM200.00
2.
Hotel Kelas Pertama
Hotel Kelas Kedua
Hotel Kelas Ketiga
      100.00
        20.00
        10.00
3.
Panggung Wayang
        10.00
4.
Restoran/Kedai Makan
        10.00

 Dalam Mesyuarat Majlis pada 30 Julai 1999 dicadangkan bayaran angkat sampah 
dikenakan kepada semua jenis perniagaan.Walau bagaimanapun cadangan ini ditangguhkan
dan hanya mengekalkan caj/bayaran kepada jenis-jenis perniagaan sepertimana jadual 
diatas.Merujuk kepada isu yang dibangkitkan,peniaga tersebut telah gagal menjelaskan
bayaransebanyak RM120.00 setahun sejak tahun 2003 hingga sekarang.Mulai Tahun 2010 
peniaga yang mempunyai tunggakan telah diminta menjelaskan tunggakan berserta dengan 
bayaran lesen perniagaan
 









Read More