SELAMAT DATANG KE TANJONG EMAS MUAR !


SELAMAT DATANG KE TANJONG EMAS MUAR !!

Muar  boleh berbanggga dengan adanya taman yang terletak di Tanjong Emas.Pengunjung-pengunjung boleh menikmati berbagai-bagai kemudahan awam.Yang paling penting bagaimana masyarakat menghargainya dan bagaimana tanggung jawab Majlis Perbandaran Muar  menjaga kawasan ini.

Pagi ini,Sabtu 29 mei 2010 YB Dr Mohammad Taslim dan isteri,Puan Rubiah Raffee, berjogging dan beriadah di Tanjong Emas Muar.

Apabila anda sampai ke penghujung Tanjong Emas anda akan disambut oleh sebiji durian gergasi.Durian ini dahulunya terletak di hadapan Jambatan Sultan Ismail Muar,sekarang dibina menara jam besar.

Inilah buah durian gergasi dari Muar

Sebuah Taman Riadah terletak di sebelah tempat letak kereta.
Kelihatan Puan Rubiah di pintu masuk Taman sebelum memulakan riadah pagi.

Di tepi taman ini ada benteng sungai.Anda boleh menikmati
pemandangan Selat Melaka di sini  (atas risiko sendiri! )

Kompleks Marina -Gajah Puteh Muar?

Jeti Marina Menunggu kapal layar berlabuh,tapi tak kunjung tiba !

Jeti Tanjung Emas ,tempat pelabuhan  kapal menyusuri Sungai Muar

Jeti Tanjung Emas

Anda boleh menyusuri Sungai Muar dan melihat Kunang-kunang waktu malam
Selamat Datang ke Dataran Tanjung Emas Muar


Pagi Sabtu dan Ahad anda boleh bersama senamrobik di sini

 Pemandangan indah Dataran dengan pengunjung bersenamrobik di pagi Sabtu dan Ahad

 
Gelanggang roller-skating yang popular satu masa dahulu.
Permukaannya sudah pecah di beberapa tempat,perlu dibaikk.
Sebatang Pokok Warisan berdiri gagah di tengah-tengah gelanggang.

Eh..ini buai adik bukan untuk kakak !!

Sila ber'refleksologi' di sini

Tempat pejalan kaki ini sudah dipenuhi rumput.Dah sampai masa untuk
dibersihkan atau diracun.

Puan Rubiah termenung melihat rumput di laluan.
Rumput memenuhi  tempat pejalan kaki

Di bawah ini kisah tebing mendap di  Tanjung Emas:

YB Dr Mohammad Taslim  (ADUN Maharani ) dan YB Gwee Tong Hiang (ADUN Bentayan) telah beberapa kali menimbulkan masalah ini dalam Persidangan Dewan Negeri Johor.Ia juga mendapat liputan akhbar Cina.Katanya sudah dibaikki tetapi masih belum sempurna.Majlis Perbandaran Muar wajib mengambil tindakan segera untuk kebaikan penduduk dan pengunjung.

Dibaikki tapi tak sempurna.

Retak dah terbelah

Bahaya ! Jangan tersangkut kaki.

Close-up

Mula-mula hilang bata kemudian berlobang

Ini gambar dulu.Lobang besar boleh menelan manusia !

Bahaya! Jangan dekat !

Pagi ini ketika YB Dr Mohammad sempat berjogging di sini
nampaknya lobang telah ditutup tapi belum sempurna.

Aman pagi ini....memancing memang hobinya.

Sapa punya harta ni ha? Pandai makan pandailah simpan!.
Pemandangan ini biasa setiap pagi. Sila cadangkan bagaimana nak
mendidik masyarakat tentang tanggung jawab?

 Pokok Warisan menjulang tinggi......Khazanah ummah.

Pokok Warisan membarisi pantai

Terima kasih MPM diatas kemudahan yang disediakan
tetapi marilah kita bersama menghargai harta awam
dan menjaganya.
 




Read More

TERIMA KASIH,TERIMA KASIH,TERIMA KASIH 4


Musim tengkujuh telah berlalu,alhamduliullah.Cuaca panas sekarang tetapi jaga-jaga......ku sangka panas hingga ke petang...rupanya hujan di tengah hari.Bersedialah untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Beberapa bulan yang lalu hujan lebat menyebabkan Kampong Parit Samsu Muar dan Kampong Parit Limbong Muar dilanda banjir kerana perparitan yang tidak di jaga dengan sempurna.YB Dr Mohammad Taslim,ADUN Maharani, menerima aduan daripada penduduk kampong tentang masalah ini.Pihak Jabatan Perairan dan Saliran Muar telah dihubungi.Kerja menggali parit telah dilakukan tidak lama kemudian.Walau bagaimanapun kerosakan kepada tanaman dan harta benda tidak dapat dielakkan.

Lihat keadaan parit di Parit Samsu Jalan Temenggong Ahmad Muar
ketika banjir.Parit di bawah jambatan ini terlalu cetek.



Jambatan yang sama di atas ketika banjir,diambil dari arah bertentangan

Jalan masuk ke Parit Samsu Darat

Keadaan di jambatan di atas selepas parit digali

Perparitan Parit Samsu selepas digali

Keadaan di jambatan Parit Samsu Jalan Temenggong Ahmad
selepas parit digali.
TERIMA KASIH JPS MUAR

Di bawah ini keadaan di Kampong Parit Limbung Jalan Temenggong Ahmad Muar

Beginilah keadaan di Kampong Parit Limbong Jalan Temenggong Ahmad Muar ketika banjir

Keadaan parit yang dipenuhi air kerana rumput yang tidak dipotong

 Sdr Hamidun dan Tuan Haji Abdul Rahman Lajim meninjau
keadaan di Parit Limbung yang dipenuhi rumput.
 
 
Rumah penduduk di sini dipenuhi air banjir


Keadaan banjir di tepi jalan Parit Limbong Jalan Temenggong Ahmad

Rumah penduduk dikelilingi lautan air
Petani ini kerugian besar akibat banjir.Pokok pisangnya musnah.

 Banjir di atas telah diatasi apabila parit di kampong ini digali.Dalam peristiwa banji sebelum ini ramai penduduk kerugian besar kerana taman-tanaman mati akibat banjir  Pokok-pokok buah-buahan seperti durian mati dan terpaksa ditebang.

Hari ini penduduk Parit Limbung Jalan Temenggong Ahmad Muar mengadu semula kepada YB Dr Mohammad Taslim kerana keadaan parit di situ sudah mula ditumbuhi rumput semula.Mereka bimbang banjir akan merosakkan tanaman mereka sekali lagi jiak tiada tindakan diambil.Mereka mengharapkan pihak JPS Muar akan mengambil tindakan segera. .


Read More

PERTANDINGAN BOLASEPAK 7 SEBELAH DAERAH MUAR


Persatuan Pengadil Daerah Muar telah menganjurkan Pertandingan Bolasepak 7 Sebelah pada hari Ahad 23 Mei 2010.di padang bersebelahan Stadium Muar.Sebanyak 20 buah pasukan telah mengambil bahagian.Pertandingan ini diadakan secara liga.

Pertandinga ini telah dirasmikan oleh YB Dr Mohammad Taslim,ADUN Maharani.

AJK Pertandingan ini terdiri daripada Pegawai-Pegawai Persatuan Pengadil Daerah Muar::
Pengerusi :          Tuan Haji Abu Bakar bin Basar,
Naib Pengerusi:  En. Shafei bin Doriat
Setiausaha :        En. Shokri bin Senin,
AJK Kerja:        En. Zulkifli bin Bahanan,
                         Tuan Syed Abu Bakar,
                         En. Nasir bin Hamidon,
                         Semua Pengadil Daerah Muar
YB Dr Mohammad bersama -sama Pengadil-Pengadil Daerah Muar
 Team Bandar 'B' TST3 turut mengambil bahagian.
Team ini mewakili PAS Cawangan Bandar 'B' dibawah kelolaan Sdr Rahmat.
YB Dr Mohammad ialah Ketua Cawangan PAS Bandar 'B'

YB Dr Mohammad bermesra dengan bekas Pengadil Kebangsaan.
Mereka mencadangkan supaya disediakan tempat duduk untuk penonton
di tepi padang ini.

YB Dr Mohammad bersama Naib Pengerusi Persatuan Pengadil,
En. Shafie Doriat.

YB Dr Mohammad bersedia merasmikan Pertandingan

Ini dia sepakan mula pertandingan.......

Cenderamata untuk YB Dr Mohammad.

Persatuan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada:
Tuan Hj Mislan b. Hj Karmani,Pegawai Daerah Muar
YB Dr Mohammad Taslim,ADUN Maharani
YB Tuan Hj Tahir b. Mohd Taat,ADUN Bukit Serampang
YB Dato Dr Sharuddin b.Md Salleh,ADUN Jorak
YB DR Sheikh Ibrahim Salleh,ADUN Sg Abong
YB Senator Hjh Noriah bt Mahat
Tuan Hj Azman b Arof,Pengerusi Syarikat Mayang Sari
En. Mohammad bin Salleh
Majlis Perbandaran Muar
Jabatan Pertahanan Awam.






Read More

KEMBARA UKHUWAH NISA' MUAR


pix 01pix 
02pix 03pix 
04pix 05  
TENTANG NISA'
Kebajikan. Kemanusiaan. Kemasyarakatan.
NISA’ berhasrat untuk menjalin hubungan akrab dengan pelbagai pihak seperti kementerian, agensi kerajaan, media serta NGO dalam usaha NISA’ untuk berkhidmat kepada masyarakat.
MISI NISA'
NISA' berhasrat melahirkan generasi yang mengagungkan agama, mencintai ilmu & berakhlak mulia.

Misi NISA' ini akan tercapai melalui program-program yang dirancang dengan teliti, disemai dengan kasih sayang, dan disampaikan dengan penuh keikhlasan.
KEAHLIAN NISA'
Wanita berusia 15 - 40 tahun
LOGO DAN SLOGAN NISA'
Slogan NISA' ialah "Penghubung Generasi Muda" atau "Connecting Youth", menggambarkan kesungguhan NISA' untuk menyatukan generasi muda melalui pendekatan bersepadu dalam usaha meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat.

Logo NISA'
Logo NISA' ini direka khusus bagi menggambarkan imej terkini dan perubahan NISA'.
Huruf "N" pada logo bukan sahaja melambangkan nama NISA', malahan ia membawa maksud "New" ataupun "Baru" dari sudut pendekatan dan idea baru untuk generasi muda.
Warna kelabu menggambarkan impian NISA' untuk menjadi sebuah organisasi profesional bagi golongan muda yang terbilang.
Warna ungu pula mewakili imej baru NISA' yang ceria, segar, serta 'loving and caring' terhadap generasi muda.
Latar belakang yang berbentuk bulatan menggambarkan matlamat NISA' yang ingin meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat.

sumber:  http://www.webnisa.net/about.php


NISA' MUAR melangkah kehadapan dalam usaha untuk menjadi PENGHUBUNG GENERASI MUDA dengan megadakan Program "Kembara Ukhuwah" dari 22 -23 Mei 2010.Ia melibatkan dua buah DUN  dalam daerah Muar iaitu  DUN Maharani dan DUN Sungai Balang.Bebagai-bagai pengisian khusus untuk remaja disediakan.Selain pengisian kerohanian mereka didedahkan dengan aktiviti kemasyarakatan seperti memberi bantuan kepada ibu tunggal,fakir miskin dan orang kurang upaya.Mereka juga berjumpa masyarakat di Wetex Parade dengan menyebar  risalah sambil berdakwah.

Malam hari Sabtu 22 Mei 2010 mereka solat maghrib dan isyak di Masjid Sultan Ibrahim Muar.Selepas itu mereka mengunjungi YB Dr Mohammad Taslim,ADUN Maharani, di rumahnya di Taman Bunga Raya  Jalan Temenggong Ahmad Muar.Turut serta dalam rombongan ini ialah Sdr Malik Md Diah,Naib YDP PAS  Muar merangkap Pengerusi Lajnah Tarbiyah PAS Muar.

YB Dr Mohammad mengalu-alukan remaja NISA' di kediamannya.

Gambar kenang-kenangan bersama NISA'

Remaja berilmu pejuang Islam

Terima kasih NISA' kerana sudi mampir dan bertaaruf bersama YB Dr Mohammad

NISA' hebat.....

Muslimin turut meraikan NISA'.Sdr Malik Md Diah di tengah-tengah

Sesi  dialog bermula.Puteri Nisa' mempengerusikan Majlis.

Sdr Malik Md Diah bekas calun PAS DUN Sg Balang 
menjadi ahli Panel Majlis Dialog

Pakar Motivasi,Puan Norhayati Bachok (Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Johor
dan Muar) turut memimpin NISA'


Puan Norhayati menyampaikan cenderamata kepada  Sdr Malik

Cenderamata untuk YB Dr Mohammad

Program wajib...jamuan.Puan Rubiah (isteri YB Dr Mohammad)
sebok melayan tetamu.



Read More