DIALOG PAKATAN RAKYAT DI MUAR TRADERS HOTEL



Semua rakyat dijemput hadir bagi mendapatkan maklumat sebenar dan menyampaikan sebarang pandangan, permasalahan rakyat untuk diajukan.

Sidang Akhbar  Majlis Dialog Pimpinan Pakatan Rakyat telah di adakan di Pejabat Ahli Parlimen Bakri di Jalan Sakeh,Muar pada 27 April 2010
Berita ini disiarkan oleh akhbar Sin Chew Daily News,Nanyang Siang Pau,China Press dan Oriental  Daily News pada 28 April 2010:

 Thursday, April 29, 2010

Jangan lupa esok! Dialog Pemimpin PR Di Muar.

http://1.bp.blogspot.com/_0SA-6diX3mQ/S9aXu2dVB0I/AAAAAAAAC0c/2VOf8-nKwNw/s400/PR+Dialog+30-04-2010.jpg
Gambar dari kiri ialah YB Dr Hj Sheikh Ibrahim Salleh (ADUN Sungai Abong), YB Er Teck Hwa (Ahli Parlimen Bakri), YB Gwee Tong Hiang (ADUN Bentayan) dan YB Dr Hj Mohammad Taslim (ADUN Maharani).

Pakatan Rakyat Bakri dan  Muar akan mengadakan suatu Majlis Dialog Pimpinan Pakatan Rakyat Bersama Rakyat pada tarikh 30 April 2010 (Jumaat) bertempat di Muar Traders Hotel jam 8.00 pm - 12.00 pm.

Ahli-ahli panel yang akan hadir pada hari tersebut termasuklah Wakil-wakil Rakyat Pakatan Rakyat Negeri Johor, YB Sim Tong Him (Ahli Parlimen Kota Melaka), YBhg Dato' Dr Hj Mahfodz Mohamed (Pesuruhjaya PAS Negeri Johor), Sdr Mazlan Aliman (AJK PAS Pusat) dan Sdr CheGu Bard (Pimpinan Keadilan Pusat).

Tujuan mengadakan dialog ini adalah sempena menyambut ulang tahun yang ke 2, wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat Negeri Johor dipilih oleh rakyat Johor untuk mewakili rakyat Negeri Johor menyuarakan ketidakpuasan, ketidakadilan sama ada ke Dewan Rakyat ataupun Dewan Negeri Johor.

Rakyat di Daerah Muar adalah dijemput hadir beramai-ramai untuk berdialog dengan wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat pada malam tersebut.

sumber: http://pulakdah.blogspot.com/2010/04/jangan-lupa-30-april-2010-dialog.html 

___________________________________________________________________________________
Berita dan Gambar-gambar Majlis Dialog Pimpinan Pakatan Rakyat Johor di Muar Traders Hotel:

Majlis Dialog Pimpinan Pakatan Rakyat anjuran bersama ADUN Maharani YB Dr Mohammad Taslim dan ADUN Sg Abong YB Dr Sheikh Ibrahim Salleh dengan kerjasama ADUN Bentayan YB Gwee Tong Hiang dana Ahli Parlimen Bakri YB Er Teck Hwa telah berjaya diadakan pada malam hari Jumaat 30 April 2010.Bertempat di Muar Traders Hotel,inilah kali kedua ADUN Pakatan Rakyat Johor bersama-sama bertemu rakyat sempena 2 tahun kemenangan Pakatan Rakyat di Negeri Johor.

ADUN-ADUN  Maharani,Sg Abong,Bentayan dan Ahli Parlimen Bakri selaku tuan rumah bersama menyambut kehadiran ahli-ahli panel yang dijemput khas untuk bersama turun padang menyampaikan maklumat terkini dan mendengar keluhan rakyat.YBhg Dato Mahfoz Mohamad  (Pesuruhjaya PAS Johor) merasmikan majlis tersebut dengan ahli-ahli panel terdiri daripada YB Sim Tong Him (Ahli Parlimen Kota Melaka daripada DAP), Sdr Mazlan Aliman (AJK PAS Malaysia merangkap Ketua Penerangan PAS Johor),Sdr Cikgu Bard (AJK Pusat PKR) dan YB Dr Boo Chong Hau (Pengerusi DAP Johor merangkap ADUN Skudai).

Tahniah kepada Pengarah Program, Tuan Hj Abdul Rahman Lajim  dengan di bantu oleh Sdr Hussein dan ahli-ahli jawatankuasanya yang telah berjaya merancang dan memastikan program ini berjalan lancar.

 Panelist dan  Ahli-Ahli Yang Berhormat Pakatan Rakyat di atas pentas

 Salam perkenalan YB Dr Mohammad (ADUN Maharani) dan
YB Sim Tong Him (AP Kota Melaka)

 Sidang akhbar sebelum Majlis Dialog.YB Dr Mohammad (tengah)
diapit oleh YB Dr Boo (kiri) dan YB Sim (kanan)
Pemimpin Pakatan Rakyat selepas sidang akhbar.
Duduk dari kiri: YB Gwee,YBhg Dato Mahfoz,YB Dr Boo,YB Er dan YB Sim.
Berdiri dari kiri: Sdr Mazlan,Sdr Yatin,YB Dr Mohammad,YB Dr Sheikh Ibrahim
dan Cikgu Bard.

 Cenderamata untuk YB Dr Boo

 
YB Dr Mohammad  menyampaikan cenderamata kepada Dato PJ PAS Johor

Terima kasih Cikgu Bard.

Giliran YB Sim menerima cenderamata daripada  Dato PJ

 
Sdr Mazlan Aliman turut serta berdialog


YB Dr Mohammad Taslim (ADUN Maharani)

Cikgu Bard berjaya menarik perhatian hadirin dengan hujjahnya

YB Sim Tong Him Ahli Parlimen Kota Melaka

YB Dr Sheikh Ibrahim Salleh (ADUN Sg Abong)

YB Er Teck Hwa  (Ahli Parlimen Bakri)

Tuan Hj Abd Rahman Lajim, Pengarah Program Dialog Pakatan Rakyat
mengalu-alukan tetamu

___________________________________________________________________________________

Lihat juga laporan daripada blog AMK Muar: http://amkmuarjohor.wordpress.com/

Majlis Dialog Bersama Rakyat
30 April 2010


Pakatan Rakyat Muar telah menganjur Majlis Dialog Bersama Rakyat bertempat di Hotel Muar Traders, Jalan Maharani, Muar. Majlis yang bermula jam 8 malam ini telah dihadiri kira – kira 100 hadirin. Turut hadir di majlis ini adalah ahli – ahli UMNO / BN dan Pembantu Khas YB Dato’ Razali Ibrahim, Ahli Parlimen Muar.
Majlis Dialog dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Mahfuz Muhammad, Pesuruhjaya PAS Negeri Johor.  Ahli Panel dialog pula adalahYB. Dr. Boo Cheng Hau, Ketua Pembangkang DUN Johor merangkap Pengerusi DAP Negeri Johor, Sdr. Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Che’gu Bard, Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat, Sdr. Mazlan Aliman, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat merangkap Pengerusi Persatuan Anak – Anak Peneroka FELDA (ANAK) dan YB Tuan Sim Tong Him, Ahli Parlimen Kota Melaka.
Antara isu – isu yang diketengahkan oleh rakyat termasuklah isu Pilihanraya Kecil Hulu Selangor,  Kes – kes Anggota PKR yang keluar parti dan kejayaan Pakatan Rakyat mentadbir Negeri – Negeri selama 2 tahun ini. Masalah – masalah Negara seperti Kes kehilangan enjin Jet, Komisyen Scorpene, Altantuya, Rasuah dan ketidakcekapan pengurusan pemimpin Negara turut diperjelaskan dalam majlis ini. Pendedahan mengenai Kerajaan Johor yang membelanjakan RM 700 ribu semata – mata untuk menghantar wakil rakyat bercuti sebagai hadiah perlancongan bagi “performance” mereka agak mengejut rakyat Muar.
Pendedahan Sdr. Che’gu Bard mengenai perbelanjaan mengurus Jabatan Perdana Menteri bagi menguruskan

 “Istana Rosmah Mansor” sebanyak RM 18,000 sehari seperti yang tercatat dalam hansard Parlimen. Juga, statistic dari Bukit Aman menunjukkan 7 orang akan dirogol setiap hari. Kes Allahyarham Aminulrasyid yang mati ditembak polis turut mencuit emosi peserta majlis.
Sdr. Che’gu Bard turut mengulas mengenai Pilihanraya Kecil Hulu Selangor dimana ramai pendokong – pendokong Pakatan Rakyat yang hadir hanya menjadi “Pelancong Politik”. Seharusnya, semua perlu mendaftarkan diri di bilik – bilik gerakan untuk membantu jentera.
Sdr. Che’gu Bard memberikan penjelasan yang tepat mengenai kes Altantuya, Komisyen Scorpene, Kehilangan Enjin Jet dan ketidakcekapan pengurusan Pemimpin Negara sehingga menyebabkan Negara kehilangan berbillion ringgit. Menurut Sdr. Che’gu Bard “
 Turut menarik perhatian adalah penerangan mengenai masalah – masalah yang melanda Gugusan Tanah Rancangan FELDA yang dilihat telah membelit kehidupan peneroka zaman  berzaman. Termasuklah Akta GSA yang cuba dimanipulasi oleh Pemerintah dan FELDA. Sedangkan dalam Hansard Parlimen bertarikh 27 April 1962 Allahyarham Tun Abdul Razak, Mantan Perdana Menteri telahpun membentangkan maksud sebenar Akta GSA. Berdasarkan hansard itu, Akta GSA tiada kena mengena dengan pengurusan FELDA tetapi FELDA telah menggunakan Akta ini untuk menekan peneroka dari semua sudut seperti satu wilayah autonomi. Akta GSA juga memperuntukkan secara jelas hak Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri.


Sdr. Mazlan Aliman akan mempersembahkan dokumen dan memorandum kepada semua Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat untuk menarik balik semua hak – hak Kerajaan Negeri dimana Kerajaan Negeri bebas untuk mengurus dan menyerahkan semula hak – hak peneroka FELDA. Sdr. Mazlan Aliman turut mendedahkan kenapa beliau tidak dibenarkan untuk memasuki tanah – tanah rancangan FELDA. Pendedahan dokumen diantara Majlis Belia FELDA dengan Kementerian Dalam Negeri yang melarang beliau memasuki kawasan tanah rancangan kerana kejayaan ANAK menarik perhatian generasi muda FELDA.
Isu mengenai Kerajaan Negeri Johor bakal muflis pada tahun 2012 juga turut diperjelaskan dengan rapi oleh YB. Dr. Boo Cheng Hau dan YBhg. Dato’ Dr. Mahfuz Muhammad. Sememangnya isu ini menarik perhatian sekalian rakyat Negeri Johor kerana Muar sebagai daerah dalam Negeri Johor akan turut sama menghadapi kesan sekiranya perkara ini benar – benar terjadi. Bajet Negeri Johor telah mengalami deficit selama 10 tahun ini. Negeri Johor adalah merupakan negeri yang paling banyak berhutang.
Negeri Johor pada masa ini berhutang sebanyak RM 1 Billion. 60% dari hutang ini atau RM 600 juta
dipinjam sewaktu Negeri Johor ditadbir oleh




Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau membuat pinjaman ini untuk memajukan dan menaiktaraf bekalan air Negeri Johor. Tetapi apa yang berlaku hari ini. Kajian dilakukan di Empangan Bekok telah menunjukkan bekalan air tercemar dengan bacteria E-Coli. Kerajaan Negeri juga telahpun menjual asset pengurusan air ini kepada PAB, anak syarikat Kementerian Kewangan tetapi rakyat Johor terpaksa membayar RM 260 juta untuk membeli semula air selama 30 tahun. Sedangkan selama lebih 10 tahun ini, Kerajaan Negeri Johor tidak mampu untuk membayar hutang berjumlah RM 600 juta itu bagaimana pula untuk menampung beban membayar RM 260 juta selama 30 tahun ini?
JBiotech – sebuah syarikat Negeri Johor yang mempunyai 9 buah anak syarikat. 5 dari 9 anak syarikat JBiotech ini telah bankrap dimana secara teknikal kerana hutang mereka lebih tinggi dari asset mereka. 7 dari anak syarikat ini telah mengalami kerugian sejak tahun 2008 berjumlah RM 4.7 juta. Segala hutang ini terpaksa ditanggung oleh Kerajaan Negeri.
JCorp pula telah berhutang sebanyak 6 kali ganda dari hutang Kerajaan Negeri iaitu kira – kira RM 6.4 Billion. Kira – kira RM 3 Billion dari hutang ini adalah dalam bentuk Bon Islam yang akan matang pada tahun 2011 dan Kerajaan Negeri merupakan Penjamin kepada JCorp. Sekiranya JCorp atau Kerajaan Negeri gagal menyelesaikan hutang ini maka, Kerajaan Negeri ini akan secara teknikalnya muflis.
Che’gu Bard turut mempersembahkan satu Deklarasi iaitu Deklarasi Muar Traders yang menuntut setiap anggota parti berganding bahu dengan Pemimpin Setempat untuk menyampaikan maklumat – maklumat berguna dan terkini serta membina satu rangka gerak kerja bersepadu agar masyarakat khasnya Rakyat Muar akan dapat mengetahui dan membuka minda berfikir mengenai dasar – dasar Pakatan Rakyat sambil memuji kebijakan YAB Ustaz Azizan, Menteri Besar Kedah diatas usaha dan kebijakan beliau menangani masalah pembalakan di Kedah sehingga memberikan pulangan yang berlipat ganda. Ini adalah sesuatu yang Kerajaan Kedah pimpinan BN gagal laksanakan sewaktu mereka memerintah. Che’gu Bard turut membidas pemikiran rakyat dimana kita masih lagi terbelenggu dengan pemikiran bahawa Pemimpin mestilah memakai Kot dan memandu kereta mewah. Kerana inilah persepsi Pemimpin yang UMNO / BN telah didik kita selama ini. Che’gu Bard turut mengemukakan pandangan agar setiap jentera Pakatan Rakyat berusaha memberikan pendidikan politik kepada masyarakat agar martabat insaniah dapat ditegakkan dan rakyat tidak lagi boleh dimomokkan dengan segala bentuk ancaman oleh UMNO / BN.
Majlis Dialog Bersama Rakyat ini selesai jam 11 malam
 
































































































































































































































































































Read More

HARI PEKERJA 2010 - PERSIAPAN


1 Mei datang lagi.Hari penting mengingati pengorbanan para pekerja kita.ADUN Maharani,YB Dr Mohammad Taslim, bersama Sdr Rozi Mohd Nor,Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Muar  dan ahli-ahli jawatamkuasa Pusat khidmat DUN Maharani dan Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Muar  serta Puan Norhayati Sulaiman,Ketua  Halwa DUN Maharani dan AJKnya,juga Puan Rubiah Raffee,Timbalan Pengarah 1V MTD Maharani telah bersama-sama bergotong royong menyediakan hamper untuk disumbangkan kepada kakitangan kerajaan yang bertugas pada Hari Pekerja nanti.

Mulai selepas solat Isyak malam Jumaat 29 April 2010 bertempat di Pejabat Stokis HPA Parit Bakar Muar (bersebelahan JI Restoran) mereka memulakan operasi membungkus hamper. Hampir jam 12.30 malam baru selesai mereka bertugas.Walaupun mereka bukan professionl tetapi kerja mereka nampaknya kemas dan cantik dan ada bakat untuk terus diasah.Cuba  lihat  gerak kerja mereka...hebat. TAHNIAH  Puan-Puan !! Di atas kejayaan ini insyaAllah kami akan beri tugasan lagi kepada HELWA kita. Terima kasih....

Projek bermula ...... di belakang tu barangan HPA.
Singgahlah jika berhajat.

 
Eh..lom siap dah bergambar lagi?

 
Tekun dan rajin.Atas meja,atas lantai pun buat kerja....

 
Puan Norhayati (kanan),Puan Suraya (tengah) kerja berdiri,
Puan Rubiah duduk pulak....

 
Hah.. ini sama berdiri.... takut tumbang hamper tu...
Dari kiri: Puan Rubiah,Puan Suraya dan Puan Norhayati


 
Puan Siti Nor dan Puan As senyum puas..satu hamper dah siap...

 
Terima kasih Puan.Kerja siap.Macam profesional je buatan hamper tu...
Dari kiri: Puan Siti Nor,Puan As,Puan Suraya,Puan Norhayati dan Puan Rubiah

 
Dah 12.30 pagi rupanya baru siap tugasan ! Jangan tertinggal anak ni
di JI Restoran !



Read More

KEJOHANAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH PIALA YB ADUN MAHARANI 2010



Muar Ahad  25 April  2010

Sekreteriat Pemuda DUN Maharani di bawah Pengarahnya Sdr Abdul Razak Sulaiman dan dibantu oleh Sdr Farid Nasir telah mengadakan Kejohanan Bolasepak 9 Sebelah merebut Piala ADUN Maharani,YB Dr Mohammad Taslim.Kejohanan ini diadakan di Padang bersebelahan Stadium Muar.

Kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai yang lumayan,Piala dan Medal ini telah menarik 19 pasukan menyertainya.Mereka bukan sahaja terdiri daripada peserta dari DUN Maharani tetapi juga menarik peserta dari Tangkak,Serom,Bukit Pasir,Sg Abong,Temiang,Parit Sulong dan Melaka.Beberapa buah pasukan tidak dapat menyertai kerana terlibat dengan pertandingan bola sepak di tempat mereka.

Cuaca pagi itu yang cukup baik menambah suasana meriah,setiakawan dengan semangat kesukanan yang tinggi .Turut hadir dalam Kejohanan ini nialah YBhg Ustaz Abu Bakar Lajat (Yang Dipertua PAS Muar), Sdr Malik Md Diah (Naib YDP PAS Muar),Tuan Hj Mohamad Taib (Ketua Lajnah Penerangan PAS Muar) dan Ustaz Yuhanas Miswan (Setiausaha Dewan Pemuda PAS Muar) mewaili Ketuanya.

Majlis dimulakan dengan sepak muala oleh YB Dr  Mohammad Taslim,ADUN Maharani.Dalam ucapan beliau sebelum menyampaikan hadiah beliau mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Penganjur Kejohanan yang berjaya menganjurkan Kejohanan ini sempena dua tahun PAS memenangi Pilihnraya di DUN Maharani.Ucapan terima kasih juga kepada YDP Majlis Perbandaran Muar yang membenarkan Kejohanan ini diadakan  di padang ini.Beliau mencadangkan supaya Kejohanan seperti ini dapat diadakan dalam Stadium Muar yang telah siap dibina semula.Melalui sukan diharapkan anak-anak muda ini akan lahir sebagai ahli sukan dan pemain bola sepak  pelapis untuk Daerah Muar dan Negeri Johor.

Ahli-ahli Jawatankuasa Pengaunju bersama YB Dr Mohammad
dan duduk dari kiri ialah Sdr Abdul Razak,TuanHj Mohamad Taib,Sdr Malik
dan Sdr Rahmat Ismail

YB Dr Mohammad  bersama team MKG FC dari
Multimedia University Melaka


Pemain menunggun giliran dengan debaran.....


Warming up oleh team MKG FC


Sebuah lagi team bersedia memanaskan badan


Anak muda dari team MKG FC ni nampak hebat.....
tunggu berapa gol dia sumbat !


Selamat berjuang...YB Dr Mohammad diiringi oleh Sdr Abd Razak 
dan Sdr Malik diperkenalkan kepada pemain perlawanan pembukaan 
dari MKG FC

Kejohanan kali ini dimenangi oleh Otai FC dari Majlis Perbandaran Muar dengan menggondol wang tunai RM1000.00,Piala dan Medal.Pemain mereka, Sdr Ali  memenangi Piala Pemain Terbaik.Hadiah Kedua dimenangi oleh LPFC dari Tangkak dengan wang tunai RM500.00,Piala dan Medal.Hadiah Ketiga pula dimenangi oleh SB United dengan wang tunai RM200.00,Piala dan Medal dan hadiah Keempat merupakan Medal dimenangi oleh TS Temiang FC.

Tahniah kepada semua pemenang dan terima kasih kepada semua peserta,pengadil dan seluruh ahli jawatankuasa dan penyumbang kepada kejayaan kejohanan ini.




Read More

PRK P094 - MUSLIMAT MUAR DI HULU SELANGOR DI HARI PENAMAAN CALON


Dewan Muslimat PAS Muar sentiasa terkehadapan apabila berlaku Pilihanraya Kecil sejak PRU 12 yang lalu.Bagan Pinang,Manik Urai,Kuala Terengganu,Permatang Pasir.........sebut sahaja mereka akan sama-sama berjuang memenangkan Pakatan Rakyat.Malahan mereka telah pun membuat persediaan untuk ke Sibu,Sarawak bulan hadapan !

Dengan diketuai oleh Ketua Dewan Muslimat (DMPM) merangkap Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Johor,Puan Fatimah Ismail dan diiringi oleh Puan Norhayati Bachok (Timbalan Ketua DMPM merangkap Timbalan Ketua DMPJ) dan Puan Rubiah Raffee (isteri YB Dr Mohammad Taslim ADUN Maharani) dan Puan Zalina Bacik,  mereka bertolak dari Muar pada hari Jumaat 16 April 2010 terus ke Sungai Buaya Hulu Selangor.Puan Norhayati memandu MPVnya pergi dan balik.Hebat mereka ni.Mereka kembali ke Muar pada hari Ahad malam Isnin dan sampai jam 1.00 pagi.Alhamdulillah sebahagian daripada tugasan telah selesai.

Di hari  penamaan calon,Sabtu 17 April 2010, mereka disambut dengan gulungan kawat berduri.Satu pengalaman baru di PRK kali ini.Nasib baik mereka tidak terlanggar kawat duri ini tetapi malang bagi Samy Vellu yang terkena kawat ini !.

Inilah Bilik Gerakan Kg Sungai Buaya tempat muslimat Muar dan Negeri Johor ditugaskan.




Puan Rubiah Raffee (isteri YB Dr Mohammad Taslim) di atas bukit di hari penamaan calon

Puan Rubiah,Puan Fatimah dan Puan Norhayati gagah memegang bendera

Penyokong DAP di celah-celah himpunan rakyat

Puan Siti Fatimah Awang (Ketua Halwa PAS Johor),tiga dari kanan,bersama muslimat Johor

Muslimat siap berselempang,sedia untuk berjuang

Rehat sebentar: Puan Rubiah,Puan Zabedah (Bendahari DMPN Johor) dan Puan Fatimah

Tetap ceria selepas berjalan kaki 3 kilometer ke tempat penamaan calon

Taaruf di rumah penginapan muslimat Johor

Menunggu sahabat di Bilik Gerakan Sg Buaya selepas berkempen

Di rumah Puan Ann (duduk kanan sekali) bersama Muslimat PAS Kiambang Sari

Rumah Peneroka FELDA Kg Sg Buaya.Ada perubahan?
Di kawasan inilah muslimat berkempen dan merayu undi




Read More