TANAH KURNIA KERAJAAN JOHOR - ADAKAH ANDA LAYAK?


SOALAN LISAN YB BENTAYAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA 9 SEPTEMBER 2009

YB Bentayan Gwee Tong Hiang bertanya tentang tanah-tanah yang telah dikurniakan kepada parti-parti politik sejak 2004 hingga 2008,jumlah premium yang diterima kerajaan dan jumlah diskaun ke atas premium tersebut.

Y.A.B. Dato' Menteri Besar Besar menjawab:

Senarai tanah-tanah yang dikurniakan kepada parti politik:

1. Johor Bahru:

Pemilik: UMNO Johor Bahru
No. Plot: PTB 12642
No. Hakmilik :
Keluasan: 5,577.706 m.p.
Syarat: Bangunan Pejabat UMNO
Mukim: Bandar Johor Bahru
Kelulusan MMKJ : RM Bil.1412/2005 bertarikh 25.7.2005

Premium asal: RM670,000.00 (10% dpd harga pasaran)
Premium dibayar (diskaun) : RM202,710.00 (Amanah)

2. Kluang:

Pemilik: UMNO Bahagian Simpang Renggam
No. Plot: PTD 8317
No. HakmilikJajarkan ke Kiri HS(M) 3812
Keluasan : 1330 m.p.
Syarat : Bangunan (Rumah Persatuan)
Mukim :Renggam
Kelulusan : MMKJ RM Bil. 2038/2006 bertarikh 14.12.2006
Premium asal : RM28,900.00 (10% dpd harga pasaran)
Premium dibayar (diskaun) : RM14,450.00


Pemilik : UMNO Bahagian Sembrong
No. Plot : PTB 4070
No. Hakmilik : Belum Didaftarkan
Keluasan : 3907.757 m.p. (42,063 kp)
Syarat : Bangunan
Mukim : Renggam
Kelulusan MMKJ RM Bil.2383/2006 bertarikh 18.12.2006
Premium asal : RM4206.30 (10% dpd harga pasaran)
Premium dibayar : RM2103.15

3. Muar:

Pemilik: UMNO Bahagian Bakri:

(rujuk liputan tentang UMNO Bakri)


Pemilik : MCA Bahagian Bakri
PTM(K)4/99
No. Lot. PTD: LOT 1598
No. hakmilik :
Keluasan : 1570.6 k.p.
Mukim : Bandar Maharani
Tahun diluluskan : 2001
Premium asal : RM113,627.00
Premium dibayar (diskaun) : RM14,184.88

Pemilik : M.I.C. PTM(K) 13/84
No. Plot : PTB 6828
No. Hakmilik : HSD 12999
Keluasan : 3456 k.p.
Mukim : Bandar Maharani
Tahun diluluskan : 1986

4. Batu Pahat:

Pemilik : UMNO Bahagian Senggarang
No. Lot : PTB 86
Keluasan 122 m.p.
Mukim : Minyak Beku
Kelulusan : MMKJ RM Bil. 2158/2006
Premium asal : RM24,242.00 (10% dpd harga pasaran)
Premium dibayar (diskaun) : RM2,760.00


5. Kota Tinggi:

Pemilik : UMNO Bahagian Pengerang
No. Lot : PTB 10429
Keluasan : 8,417 m.p.
Mukim : Tg. Surat
Kelulusan : MMKJ R/M Bil. 1948/2002 pada 16.12.2006
Syarat : Tapak Bangunan UMNO Bahagian Pengerang
Premium asal : RM11,849.90
Premium dibayar (diskaun) RM5,924.95


Jawapan Y.A.B. Dato' Menteri Besar seterusnya:

Bagi parti-parti politik yang diberi milik tanah oleh kerajaan,kadar premium yang dikenakan adalah berdasarkan kepada Pekeliling PTG Johor Bil. 4 Tahun 2006.

Pekelilinh ini menggariskan permohonan-permohonan daripada badaan-badan seperti Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) akan diberikan diskaun pembayaran premium.

Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) ini meliputi pertubuhan politik,pertubuhan keagamaan,pertubuhan belia,pertubuhan penduduk dan pertubuhan sosial.

Premium yang dikenakan merangkumi 4 kategori:

i. Kurniaan semula tanah untuk tujuan bukan komersial ; 5% nilai pasaran
ii. Kurniaan semula tanah untuk tujuan komersial : 10% nilai pasaran
iii. Kurniaan terus untuk tujuan bukan komersial
- pajakan 60 tahun : 3% nilai pasaran
- pajakan 99 tahun : 5% nilai pasaran
iv. Kurniaan terus untuk tujuan komersial
- pajakan 60 tahun : 30% nilai pasaran
- pajakan 99 tahun : 50% nilai pasaran

Komen:

Jika anda termasuk dalam kategori di atas anda layak memohon tanah kurnia kerajaan dan mendapat diskaun pembayaran premium.PARTI POLITIK di takrif sebagai NGO,jadi secara teorinya SEMUA parti politik adalah NGO,layak mohon tanah kurnia dan dapat diskaun pembayaran premium.

Jika anda mendapat kurniaan terus untuk tujuan bukan komersial premium anda adalah 3-5% nilai pasaran TETAPI jika anda mendapat kurniaan terus untuk tujuan komersial premium anda adalah 30-50% nilai pasaran.Jadi jika anda ingin jimat kos ,mohon kurniaan tanah untuk tujuan bukan komersial (3-5% premium) kemudian mohon kurnia semula tanah untuk tujuan komersial (10% nilai pasaran). Di samping itu anda boleh buat rayuan pengurangan bayaran premium.

Apa komen anda?



Read More

BANGUNAN UMNO BAKRI


BANGUNAN UMNO BAKRI

Jika anda melalui bulatan Jalan Bakri di bandar Muar anda akan melihat sebuah projek bangunan di atas Tapak Bangunan UMNO Bahagian Bakri yang sedang rancak dibina.Tapak ini merupakan tanah yang dikurniakan oleh kerajaan Negeri Johor kepada UMNO Bahagian Bakri.Perkara ini telah dibangkitkan oleh YB Bentayan dalam Persidangan Dewan Negeri Johor dalam bulan Jun-Julai 2008 yang lalu.

Y.A.B Menteri Besar dalam jawapan memaklumkan :

Pemilik: UMNO Bahagian Bakri PTM(K) 2/97
Bil PTD: PTB 11340
No. Hakmilik HSD 34162
Keluasan: 49590 k.p.
Mukim: Bandar Maharani
Tahun diluluskan: 1998

Premium asal ialah
RM1,498,409.00
Premium yang dibayar selepas diskaun ialah
RM23,240.00


Lihat perbezaan premium asal dan selepas diberi diskaun!! Ini ialah berdasarkan kepada Pekeliling PTG Johor Bil. 4
Tahun 2oo6 yang menggariskan permohonan-permohonan daripada badan-badan seperti Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) akan diberikan diskaun pembayaran premium.Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) ini meliputi pertubuhan politik,perubuhan keagamaan,pertubuhab belia,pertubuhan penduduk dan pertubuhan sosial.



Bangunan tersergam tetapi tidak mampu membangunkan sendiri

Tapak Bangunan UMNO Bahagian ini sekarang sedang rancak dibina.Malang UMNO tidak mampu membangunkan sendiri tapak ini.Seperti biasa mereka mengambil jalan mudah seperti yang dilakukan oleh segelintir usahawan Melayu dengan mengambil persen tanpa bersusah payah.Bandingkan Markas dan Pusat Tarbiah PAS di sana sini yang gagah dibangunkan di atas tanah wakaf ahli atau penyokong PAS (bukan kurnia kerajaan), dengan sumbangan wang ringgit dan tenaga keringat ahli dan penyokong yang komited dan mengharapkan hanya ganjaran daripada Allah.

Dalam Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Yang Ke-12 mulai 18 Jun hingga 7 Julai 2009 yang lalu YB Bentayan sekali lagi mengemukakan soalan lisan yang berbunyi:

Tapak Bangunan UMNO Bahagian Bakri kini telah dibangunkan sebagai Pusat Perdagangan Maharani oleh pemaju, Tai Lee Development Sdn. Bhd.Adakah Tai Lee Development Sdn. Bhd. merupakan pemilik baru pusat tersebut atau berapakah % yang akan dimiliki oleh pemaju dalam projek berkenaan?

Jawapan Y.A.B. Menteri Besar Johor:

Tanah yang dimaksudkan adalah PTB 11340 seluas 4046 mp Mukim Bandar Maharani telah diluluskan oleh kerajaan kepada UMNO Bahagian Bakri bagaimana RM Bil. 1849/98 bertarikh 26.8.1998.

Hakmilik telah pun didaftarkan di atas nama UMNO Bahagian Bakri bagaimana HS(D) 34162 dengan pajakan 99 tahun.Pemilik tanah ini iaitu UMNO Bahagian Bakri telah melantik Tai Lee Development Sdn. Bhd. sebagai perwakilan kuasa (PA) bagi membangunkan tanah ini.Kelulusan Serah Balik Kurnia Semula (SBKS) telah diperolehi pada 17 September 2008 dengan pecahan sebagaimana berikut:
Kedai - 11 unit
Plot Perdagangan - 1 unit

Pemilikan tanah ini tidak berubah.Tai Lee Development Sdn Bhd hanya bertindak sebagai pemaju untuk membangunkan tanah ini sahaja dan pemilik tanah ini masih kekal UMNO Bahagian Bakri.


Soalan Tambahan yang tidak dapat diajukan kerana soalan lisan ini dijawab secara bertulis:

Tanah kekal milik UMNO Bahagian Bakri tetapi kedai 11 unit dan plot perdagangan 1 unit siapa punya??





Read More

TETAMU ISTIMEWA IDILFITRI 1430H


1 Syawal 1430H di Taman Bunga Raya Muar:

Hari Raya tahun ini YB Dr Mohamamd dan keluarga dikunjungi oleh t
etamu istimewa.Dua beradik comel bangsa Tionghua ini ditemani oleh ibubapa dan mak cik mereka datang untuk mengucapkan Selamat Hari Raya dan sama-sama mempelajari budaya Melayu dan Islam.

'Ahmad' segak dengan baju Melayunya sedang menikmati juadah raya
Tuan-tuan tentu terkejut ketika masyarakat mempersoalkan masaalah perpaduan yang semakin meruncing sebenarnya ramai rakyat Malaysia yang cintakan negara ini berusaha memupuk perpaduan di kalangan keluarga mereka.Lebih mengejutkan lagi apabila ibu bapa anak kecil ini memakaikan mereka baju Melayu.Anak-anak ini pula nampak selesa dengan pakaian baru mereka.Bukan pakaian sahaja malahan untuk hari raya pertama ini sahaja ibubapa mereka menamakan anak lelaki mereka 'Ahmad' dan anak perempuan mereka 'Yati' ! Kami cukup kagum dengan usaha keluarga ini menghayati semangat anak Malaysia yang sejati.Alangkah baiknya jika semua rakyat Malaysia mencontohi mereka.

Di antara adat Melayu yang mereka pelajari ialah membasuh tangan menggunakan 'cucur tangan' .Anda akan tersenyum melihat telatah anak kecil ini bersungguh-sungguh mencubanya.Pengalaman yang sugguh berharga.Sesungguhnya ibubapa memainkan peranan besar dalam mewarnakan anak-anak mereka menjadi warga Malaysia sejati.

Gambar-gambar di bawah ini menceritakan segalanya:


YB Dr Mohammad meraikan 'Ahmad' (kiri) dan kakaknya 'Yati' (kanan,di tengah-tengah)

Read More

TAKBIR BERGEMA DI MALAM RAYA,TANGAN DIHULUR MAAF DI PINTA



Kehadiran tetamu disambut mesra, Allahuakbar! Allahuakba! Allahuakba! takbir bergema di malam raya

1 SYAWAL 1430H

Sempena Syawal yang mulia ini saya,Dr Mohammad Taslim,ADUN Maharani, bersama-sama isteri Hjh Rubiah Raffee serta anak-anak, Siti Zahirah, Mohd Azhar dan Mohd Syakirin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.Semoga amalan kita yang sedikit di bulan Ramadhan Allah ganjarkan dengan pahala yang berganda.Untuk mencukupkan puasa setahun marilah kita teruskn dengan berpuasa 6 hari di bulan Syawal.

Terima kasih kepada semua pendokong perjuangan Islam dan rakan-rakan Pakatan Rakyat yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi untuk menjadikan Malaysia Negara Berkebajikan.

Sumbangan anda semua insyaAllah akan mengekalkan kemenangan ini malahan akan bertambah sokongan rakyat.

Malam ini jam 12.30 malam rumah YB Dr Mohammad di Taman Bunga Raya dikunjungi oleh jemaah daripada Surau Parit Kadhi Jalan Temenggong Ahmad Muar dan ahli-ahli PAS Cawangan Bandar 'A' untuk bertakbir menyambut hari raya.Takbir bergema menandakan kejayaan kita menjalankan perintah Allah.Amalan yang jarang-jarang di praktikkan di negeri Johor mudah-mudahan akan menjadi ikutan penduduk di sini.Mengikut Ustaz Abdul Salam yang juga Pengerusi Surau dan Imam,mereka telah mengamalkan majlis bertakbir dari rumah ke rumah di malam hari raya sejak 6 tahun yang lalu.

Esok kita akan solat sunat hari raya.Marilah kita eratkan silaturrahim dengan mengunjungi rumah saudara mara,sahabat handai,rakan taulan sambil bermaaf-maafan dan jangan lupa sebarkan ISLAM.



Read More

JAMUAN MUSLIMAT-WANITA PAKATAN RAKYAT JOHOR


Undangan Hari Raya Pakatan Rakyat PDF Print E-mail
Written by Kassim Sejahtera
Wednesday, 16 September 2009 14:10


Dewan Muslimat PAS Negeri Johor mengundang semua ke Jamuan Hari Raya DMPNJ dan Wanita Pakatan Rakyat yang akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh - 4 Oktober 2009 (Ahad)
Jamuan - 11.00 pagi - 4 Petang (Jamuan)
Ramah Mesra - 2 tengahari - 2 petang (bersama Pimpinan Wanita Pakatan Rakyat):

Ustazah Nuridah Salleh (Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat)
YB Zuraida Kamarudin (Ahli Parlimen Ampang-PKR)
YB Teo Nie Ching (Ahli Parlimen Serdang-DAP) &
Hajjah Atiah Ahmad (Ketua Dewan Muslimat PAS Johor)


Tempat :
Pejabat DUN Maharani, Pekan Parit Bakar,Muar

Kami juga mengalu-alukan sumbangan untuk menjayakan program tersebut.
Sumbangan boleh di kreditkan terus ke akaun Maybank 551025001874 dan memaklumkan Puan Zabidah Hassan 0197796549 diatas transaksi tersebut.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.


Read More

PILIHANRAYA KECIL DUN BAGAN PINANG


Undilah PAS

  • PRK N31 Bagan Pinang
Read More

BUBUR LAMBUK ADUN MAHARANI-DEWAN PEMUDA PAS MUAR


Khamis 17 September 2009 bersamaan 27 Ramadhan 1430H




Tempat: JI Tom Yam Restoran Pekan Parit Bakar,Jalan Temengong Ahmad,Muar

Sempena bulan Ramadhan Al Mubarak ini ADUN Maharan,
YB Dr Mohammad Taslim, dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Muar telah mengadakan satu lagi program kemasyarakatan dengan mengedarkan bubur lambuk secara percuma.Sebanyak 3 periuk besar dimasak di JI Tom Yam Restoran yang terletak dekat traffic light Pekan ParitBakar.Tempatnya strategik dan mudah dikunjungi orang ramai.Bukan sahaja mereka yang singgah di situ dapat mengambil bubur malahan pemandu kenderaan yang berhenti menunggu lampu hijau di traffic light juga kami hadiahkan bubur lambuk.

Terima kasih kepada Ketua Dewan Pemuda PAS Muar,Ahli-ahli Ja
watankuasa DUN Maharani,Sdr Mohd Rozi tuan punya JI Restoran merangkap Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Muar,tukang masak dan semua yang terlibat.InsyaAllah Ramadhan akan datang akan kami tambah peruntukan untuk program bubur lambuk ini.

Selain di Parit Bakar,PAS Cawangan Sri Jong,Jalan Abdul Rahman Muar juga mengadakan Program Bubur Lambuk Percuma di PASTI Al Falah setiap petang bulan Ramadhan.Mereka mengadakan Program ini sejak ebebrapa tahun yang lalu.

Saudara-saudara yang dapat merasa bubur lambuk kami sila
beri komen untuk kami pastikan resipi kami menepati citarasa saudara.


YB ni tolong mengacau bubur lambuk je, yang banyak buat kerja tu yang dalam gambar di sebelah!

YB Dr Mohammad dan Ketua Dewan Pemuda, Ustaz Mohd Adha sedang menyampaikan bubur lambuk


Pemandu lori bertuah ini juga kami hadiahkan bubur lambuk


Read More

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI -ADUN MAHARANI DAN PAKATAN RAKYAT



'Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin'


Ucapan Selamat Berpuasa dan Hari Raya dripada ADUN Maharani,Sg Abong,Bentayan,
Ahli Parlimen Bakri dan Dato Chua Jui Ming - lambang PERPADUAN Pakatan Rakyat.




Read More

SALAM I'DUL FITRI DARPADA DUN MAHARANI


Read More

ADUN MAHARANI BERBUKA PUASA BERSAMA KELUARGA



YB Dr Mohammad dan keluarga bersedia untuk berbuka puasa

Khamis 27 Ramadhan 1403H

Bulan Ramadhan biasanya YB Dr Mohammad mempunyai jadual yang ketat untuk memenuhi program dan aktiviti bersama rakyat yang telah diatur bersama ahli-ahli Jawatankuasa DUN Maharani- program ziarah,memberi sumbangan sempena bulan Ramadhan,tarawikh di surau dan masjid dalam DUN Maharani dll.Dua minggu terakhir paling sibuk dengan undangan Majlis Khatam Al Quran di surau dan masjid.Inilah tradisi kita di Negeri Johor ini.YB Dr Mohammad mengucapkan ribuan terima kasih di atas semua undangan dan mohon maaf kerana tidak dapat memenuhi semua undangan kerana banyak majlis yang di adakan bertindan.Terima kasih juga di atas pemberian 'berkat' dan ada yang dihantar terus ke rumah.

Alhamdulillah hari ini YB Dr Mohammad dapat berbuka puasa bersama ahli keluarga setelah sejak akhir-akhir ini beliau sibuk berbuka puasa bersama rakyat di surau dan masjid.
'Kami juga rakyat ayah. Mama pun undi ayah' seloroh anak-anak YB.Untuk memenuhi permintaan mereka,mereka pun sedang bercuti dan kebetulan beliau dan keluarga diundang berbuka puasa oleh pengusaha sebuah hotel di persisiran Sungai Muar maka YB terpaksa memohon maaf kepada penganjur majlis Khatam Al Quran pada petang ini.

Terima kasih daun keladi YBhg Dato' dan Sdr Manager Hotel.Makanan mewah,susah nak berhenti makan sebelum kenyang.Bilik solat untuk muslimin dan muslimat juga disediakan.

Sejak Pakatan Rakyat menawan 6 kerusi DUN dan satu kerusi Parlimen di Johor sokongan rakyat sungguh hebat.Perpaduan sebenar rakyat majmuk Malaysia dapat dirasai melalui Pakatan Rakyat.Undangan berbuka puasa ini adalah manifestasi sokongan golongan korporat kepada Pakatan Rakyat.


Telatah anak-anak lapar? Mohd Syakirin (kiri) bercadang ke Mesir belajar Perubatan.Kakinya pernah patah main ragbi di SBPI Rawang dan dah masuk besi.Agaknya ini yang buat dia nak jadi doktor.Abangnya Mohd Azhar dulu belajar Tahfiz di Kelantan,sekarang di UMTerenganu (Akauntansi) pula.



Si Kakak,Siti Zahirah, mesra bersama mamanya.Dulu nak jadi peguam
tapi akhirnya buat Graphic Multimedia.Dia kadang tolong kadang kacau blog ini!


Read More

SUMBANGAN KEBAJIKAN RAMADHAN 1430H DUN MAHARANI


Alhamdulillah, walaupun tiada peruntukan kewangan yang diberikan oleh pihak kerajaan, DUN MAHARANI dengan izin Allah masih dapat meneruskan aktiviti-aktiviti kebajikan khususnya di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Program ini berjalan berterusan sejak awal Ramadhan, secara berkelompok atau secara ziarah rumah ke rumah.Program ini dijayakan bersama Ahli Jawatankuasa Pusat Khidmat DUN Maharani ,HELWA DUN Maharani (Muslimat) , Majlis Tindakan DUN Maharani ,PAS cawangan dan Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Muar.

YB. Dr. Hj. Mohammad mengucapkan jutaan terima kasih kepada para dermawan yang sudi menghulurkan sumbangan sama ada wang ringgit atau harta benda . Sumbangan ikhlas ini memberi kesan yang mendalam kepada para penerima -gembira,terharu,bersyukur dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga.

Gambar-gambar di bawah ini adalah di antara aktiviti-aktiviti terbaru Pust Khidmat DUN Maharani, di antaranya di Surau Al Ehsan Kampong Pt. Amal Laut Jalan Joned, Kampong Pt. Unas, Kampong Pt. Samsu dan Kampong Pt. Amat Darat Jalan Sri Tanjung.


YB sedang berucap di majlis sumbangan kebajikan di Surau Al-Ehsan Pt. Amal Jln Joned. (Surau ini telah dirasmikan oleh YB Dr Mohammad). Pelajar Madrasah Tahfiz Tanwiriah kelihatan bersama diraikan.



Beberapa orang penerima sumbangan di Surau Al Ehsan

SUMBANGAN PAS CAWANGAN PT SAMSU KEPADA PENDUDUK DI SEKITAR KAMPONG PARIT SAMSU




Sumbangan disampaikan oleh YB Dr Mohammad dan Tuan Hj Abd Rahman Lajim




Read More

PROGRAM WAKAF TELEKUNG HALWA DUN MAHARANI DI BULAN RAMADHAN 1430H



HALWA DUN Maharani
tidak mahu ketinggalan memberi sumbangan di bulan Ramadhan 1430H ini.Mereka bergerak mengikut kumpulan menziarahi penduduk di sekitar DUN Maharani yang memerlukan bantuan.

Program Wakaf Telekung HALWA DUN Maharani ini julung kali dianjurkan sebagai satu usaha untuk mendekatkan PAS di hati masyarakat.Diharapkan sumbangan telekung ini dapat menyemarakkan sambutan bulan Ramadhan dengan mendekatkan diri kepada Allah.Di antara sasaran mereka ialah ibu tunggal.warga emas dan mereka yang kurang berkemampuan.

HALWA menerima sumbangan wang tunai dan telekung yang bernilai lebih RM2000.00.Sebanyak 52 pasang telekung telah berjaya diedarkan di samping barang keperluan dapur dan sedikit duit raya.

Penerima sumbangan tersebut adalah seperti berikut:
1 .Cawangan Parit Sakai dan Parit Keroma - 7 pasang
2. Cawangan Parit Samsu - 5 pasang
3. Cawangan Sri Muda - 3 pasang
4. Cawangan Bandar 'B' - 8 pasang
5. Cawangan Pt Pinang Seribu/Pt Samsu - 6 pasang
6. Cawangan PAJAR - 9 pasang
7. Cawangan Pt Bakar/Pt Amat - 5 pasang
8. Cawangan Pt Raja - 9 pasang

Tahniah HALWA ! Moga Allah berkati amal anda di bulan Ramadhan ini.Teruskan amal ini sepanjang masa,membantu dan berdakwah menyebarkan ISLAM.

Sumbangan untuk rakyat dalam PAS Cawangan Bandar 'B' dan sekitarnya telah disampaikan oleh Puan Hajah Rubiaf Raffee, isteri YB Dr Mohammad Taslim,ADUNMaharani, pada hari Isnin 14 September 2009:


Sumbangan Ikhlas daripada Muslimat PAS


Puan Hjh Rubiah menyampaikan sumbangan


Wajah kesyukuran penerima sumbangan


Terharu dan gembira di wajah penerima sumbangan berupa telekong dan wang tunai


Read More

CITY SQUARE SIAPA PUNYA?




ADUN Maharani
,Dr Mohammad Taslim, menerima jawapan kepada Soalan Bertulis (B29) daripada Jurutulis Dewan Negeri Johor hari ini.

Soalan beliau pada Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Persidangan Kedua Negeri Johor Yang Ke-12 pada hari Selasa, 8 September 2009 berbunyi:

Benarkah Government of Singapore Investment Corporation (GSIC) memiliki 70% daripada syer CITY SQUARE yang dibeli dengan harga US$123 juta pada bulan Jun 2004? Baki saham 30% dikongsi antara MPJB dan MPJBT. Siapakah pemilik terkini City Square sekarang?

Jawapan daripada UPEN Johor:

City Square sekarang ini dimilki oleh Syarikat Johdaya Karya Sdn. Bhd. dengan saham diterbitkan bernilai RM100 juta di mana 30 juta saham dimiliki oleh Merit Properties Sdn. Bhd. dan 70 juta dimiliki oleh Reco City Squares JB Sdn. Bhd.
______________________________________________________________

YB Dr Mohammad:

Jika anda ada maklumat lanjut sila hubungi kami.
Read More

DEWAN NEGERI JOHOR - USUL ADUN MAHARANI DITOLAK OLEH YB DATO' SPEAKER


YB ADUN Maharani,Dr Mohammad Taslim, telah mengusulkan tentang penyerahan Sekolah Bantuan Kerajaan Negeri kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Yang Kedua Belas pada hari Selasa 8 September 2009.Walaubagaimanapun usul tersebut ditolak oleh YB Dato' Speaker di bawah Peraturan-peraturan dan Perintah-perintah Tetap Dewan Negeri Johor Bil. 30(2).

Usul tersebut adalah seperti berikut:

USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN TETAP BILANGAN 29, PERATURAN-PERATURAN DAN PERINTAH-PERINTAH TETAP BAGI DEWAN NEGERI JOHOR,PERATURAN MESYUARAT PERKARA 29.

"MEMBINCANGKAN IMPLIKASI MASA HADAPAN PENDIDIKAN ISLAM DI NEGERI JOHOR AKIBAT DARIPADA KEPUTUSAN KERAJAAN NEGERI MENYERAHKAN 27 SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN NEGERI TERMASUK
8 SRAB KEPADA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM)"
______________________________________________________________


Usul di bawah Peraturan Tetap Bilangan 29.Dengan ini diberi notis bahawa saya akan mengusulkan supaya Mesyuarat ini ditangguhkan untuk membincangkan usul yang melibatkan perkara tertentu,kepentingan ramai dan perlu disegerakan.

YB Dr Mohammad bin Taslim memohon mencadangkan:

"Bahawa mesyuarat ini hendaklah ditangguhkan bagi membolehkan Dewan yang mulia ini merundingkan isu mengkaji implikasi masa hadapan pendidikan agama Islam di Negeri Johor akibat daripada keputusan Kerajaan Negeri menyerahkan 27 sekolah agama bantuan kerajaan negeri termasuk 8 buah Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)"

YB Dato' Speaker,

Pada tahun 1996 Kerajaan Negeri telah mengambilalin 7 buah Sekolah Agama Rakyat (SAR).Antara alasannya adalah sebahagian besar SAR ini adalah berada dalam keadaan daif dan banyak dipengaruhi oleh pembangkang.

Pada tahun 2005,KPM menawarkan supaya semua sekolah agama bantuam kerajaan negeri didaftarkan kepada KPM untuk mendapatkan statur Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).Setakat ini semua negeri telah sekolah tadi menyerahkan sekolah agama mereka kepada KPM kecuali Kelantan dan Johor.

YB Dato' Speaker.

Pengalaman daripada negeri-negeri yang telah menyerahkan sekolah agama mereka kepada KPM adalah merugikan masa hadapan pendidikan Islam di negeri-negeri tersebut.

Antara yang berlaku adalah apabila sekolah-sekolah tadi diserahkan atau didaftarkan di bawah KPM maka secara langsung sekolah-sekolah tersebut akan terikat dengan peruntukan Akta Pendidikan .Akta ini memberi kuasa kepada kerajaan persekutua melalui KPM untuk mengubah kurikulum agama (Arab) yang berasaskan Kurikulum Maahad Bustanul Azhar.Sebagai contoh Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) yang dahlunya SAR yang terletak di Muar,Johor Jaya,Segamat dan Bandar Penawar apabila diserahkan kepada KPM maka semua kurikulum agama digugurkan kecuali mata pelajaran Bahasa Arab Komunikasi.Dengan kata lain pelajar-pelajar lulusan sekolah-sekolah agama yang diserahkan kepada KPM tidak berkelayakan lagi untuk menyambung pelajaran dalam bidang agama khususnya di universiti di Timur Tengah seperti Al Azhar.Keadaan ini akan merugikan pendidikan agama Islam di negeri Johor dalam usaha untukmelahirkan ulama-ulama yang berketerampilan dan berwibawa di masa hadapan.

YB Dato' Speaker,

Hal ehwal berkaitan dengan agama Islam termasuk sistem pendidikan agama Islam adala terletak di bawah bidangkuasa DYMM Sultan bagi semua negeri.Tindakan menyerahkan atau mendaftarkan 27 buah sekolah agama bantuan kerajaan negeri akan menyebabkan DYMM Sultan Johor melalui Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) atau Jabatan Agama Johor (JAJ) akan hilang kawalan terutamanya daripada aspek pentadbiran dan halatuju sekolah-sekolah yang telah disenaraikan tadi.

YB Dato' Speaker.

Memang tidak dinafikan bilamana 27 sekolah agama bantuan kerajaan negeri diserahkan kepada KPM maka KPM akan memberikan bantuan kewangan dalam bentuk skim gaji guru yang lebih menarik dan bantuan pembangunan sekolah.Tetapi bagi sekolah agama khususnya SAR yang telah ditubuh dan beroperasi puluhan, imbuhan gaji dan prasarana sekolah bukanlah segala-galanya tetapi nilai ilmu agama yang disampaikan daripada guru-guru yang ikhlas dan berkorban ini telah melahirkan ratusan agamawan dan ulama yang berketerampilan pada masa sekarang.



Read More

TAZKIRAH RAMADHAN 1430H




TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT Mursyidul Am PAS:




Iktikaf di masjid 10 hari terakhir Ramadhan adalah ajaran agama.Rasulullah s.a.w. pada 10 terakhir Ramadhan iktikaf di masjid.

Kalau kita ada masa,iktikaf 10 hari terakhir Ramadhan adalah lebih baik.Tetapi kalau tidak,setiap kali masuk masjid hendak sembahayang berjamaah lima waktu hendaklah niat iktikaf.Bila niat iktikaf kita rasa diri kita dikurung di hadapan Allah Taala.

Nafsu kita bermuka dua,iaitu mendorong kepada kejahatan dan satu lagi kepada kebaikan.Kita dapat mengawalnya dengan iktikaf di masjid.Amalan tadarus dan tarawikh tidak ada dalam agama lain.Nabi Muhammad s.a.w. bertadarus dengan Malaikat Jibrail tiap-tiap tahun.Oleh itu saya menasihatkan semua ahli dan penyokong PAS mesti bertadarus.




USTAZ NASHARUDIN MAT ISA
Timbalan Presiden PAS

Kita jangan lupakan pemburuan Lailatul Qadar sebagai sebaik-baik malam untuk ditingkatkan amalan ibadah terutamanya munajat pada sepertiga malam.

Para pejuang Islam tidak seharusnya lalai dengan keasyikan persediaan meraikan Aidilfitri,sebaliknya peruntukkanlah sebahagian masa untuk mengecapi kenikmatan Lailatul Qadar.





SUMBER: HARAKAH
Read More

JOHOR SERAH SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN NEGERI KEPADA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA - LAPORAN DUA AKHBAR


Akhbar Berita Harian dan Harian Metro hari ini,Rabu 9 September 2009,menyiarkan laporan Persidangan Dewan Negeri Johor. Soalan lisan YB Dr Mohammad Taslim ADUN Maharani tentang Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Negeri Johor mendapat liputan kedua-dua akhbar tersebut.

.Bandingkan laporan tersebut:

BERITA HARIAN RABU 9 SEPTEMBER 2009

27 sekolah agama tak rugi jadi SABK

Penyerahan 27 sekolah agama bantuan
kerajaan negeri termasuk lapan Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) kepada Kementerian Pelajaran untuk mendapat status Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) tidak akan merugikan masa depan pendidikan agama Islam di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri,Datuk Abidin Osman,berkata ketika ini,proses pendaftaran 19 Sekolah Menengah Agama (SMAN) dan lapan SRAB sebagai SBAK dalam peringkat akhir untuk persetujan bersama mengenai isi kandungan perjanjian persefahaman (MoU) antara kerajaan negeri dengan KPM.
Beliau berkata.pihaknya sudah memasukkan dalam MoU kurikulum Azhari yan sedang diguna pakai di sekolah berkenaan akan terus dikekalkan dengan
Kementerian Pelajaran turut bersetuju mengekalkan pelaksanaan kurikulum Azhari di semua SABK serta menjadikannya sebahagian kurikulum kebangsaan di bawah Akta Pelajaran 550.
Beliau berkata demikian menjawab
soalan Dr Mohammad Taslim (Pas-Maharani).


HARIAN METRO RABU 9 SEPTEMBER 2009

KURIKULUM Azhari yang diguna pakai di sekolah agama bantuan dikekalkan walaupun selepas institusi itu diserahkan kepada Kementerian Pelajaran untuk mendapat status Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).
Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri,Datuk Zainal Abidin Osman,berkata
kementerian juga bersetuju mengekalkan pelaksanaan kurikulum Azhari di semua SABK serta menjadikannya sebahagian kurikulum kebangsaan mengikut Akta Pelajaran 550.


KITA MEGHARAPKAN JANJI UNTUK MENGEKALKAN KURIKULUM AZHARI DITEPATI.

Ada perbezaan di antara laporan 2 buah berita yang sama dalam 2 akhbar yang berlainan diatas? Tiada hadiah disediakan!

Read More

SOALAN -SOALAN BERTULIS ADUN MAHARANI DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA 8 SEPTEMBER 2009


MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-12 TELAH DIADAKAN PADA 8 SEPTEMBER 2009.

BERIKUT ADALAH SOALAN-SOALAN BERTULIS OLEH YB DR MOHAMMAD TASLIM ADUN MAHARANI:


SOALAN (1) :

BENARKAH GOVERNMENT OF SINGAPORE INVESTMENT CORPORATIOC (GSIC) MEMILIKI 70% DARIPADA SYER CITY SQUARE YANG DIBELI PADA HARGA US$123 JUTA PADA JUN 2004.BAKI SAHAM 30% DIKONGSI ANTARA MBJB DAN MPJBT.SIAPAKAH PEMILIK TERKINI CITY SQUARE SEKARANG INI?

JAWAPAN:

Unit Perancang Ekonomi Negeri akan memberi maklum balas kepada Yang Berhormat.

--------------------------------------------------------------------------------------

SOALAN (2):

SEBAHAGIAN BESAR PERUNTUKAN HUKUMAN DI BAWAH ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 1997 TIDAK BERSANDARKAN KEPADA ISLAM SEPERTI HUKUMAN SUMBANG MAHRAM,ZINA,MEMINUM ARAK DAN LIWAT.BILAKAH HUKUMAN ISLAM AKAN DILAKSANAKAN DI BAWAH ENAKMEN TERSEBUT?

JAWAPAN:

ADALAH TIDAK BENAR APABILA MENGATAKAN BAHAWA SEBAHAGIAN BESAR PERUNTUKAN DI BAWAH ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 1997 TIDAK BERSANDARKAN KEPADA HUKUM ISLAM KERANA SEBAHAGIAN BESAR HUKUMAN TERSEBUT BOLEH DIKATAKAN ADALAH BERSIFAT TAKZIR (HUKUMAN MENGIKUT BUDI BICARA HAKIM TERTAKLUK KEPADA PERUNTUKANYANG DITETAPKAN PEMERINTAH) DAN HUKUMAN TAKZIR ADALAH SEBAHAGIAN KAEDAH HUKUMAN ISLAM.

HUKUMAN YANG DIPERUNTUKKAN DI BAWAH ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH NEGERI JOHOR (DAN NEGERI-NEGERI LAIN DALAM MALAYSIA) ADALAH TERTAKLUKDI BAWAH BIDANG KUASA aKTA MAHKAMAH SYARIAH (BIDANG KUASA JENAYAH) 1965 (AKTA 355) YANG MEMPERUNTUKKAN BAHAWA BIDAN KUASA MAHKAMAH SYARIAH SEMUA NEGERI DALAM PERKARA HUKUMAN JENAYAH ADALAH DENDA TIDAK MELEBIHI LIMA RIBU RINGGIT (RM5,000.00) ATAU PENJARA TIDAK MELEBIHI (3) TAHUN ATAU NSEBATAN ENAM(6) ATAU KOMBINASI KEPADA MANA-MANA HUKUMAN TERSEBUT.

------------------------------------------------------------------------------------

SOALAN (3):

JCORP MENERBITKAN BON BAGI MENYELESAIKAN HUTANG RM4.032 BILION DAN KERAJAAN JOHOR MENJADI PENJAMINNYA.BON AKAN DITEBUS BAYAR 2012 ADALAH RM4-376 BILION.BERDASARKAN KEUNTUNGAN TAHUNAN SEBELUM CUKAI KUMPULAN JCORP BOLEH BAYAR RM4-376 BILION? APA PENYELESAIANNYA?


JAWAPAN:

Johor Corporation telah menerbitkan bon di dalam Pelan Induk Penstruktursn Korporat (PIPK) Johor Corporation bagi menyelesaikan hutang sejumlah RM4.032 bilion di mana Kerajaan Negeri Johor menjadi penjaminnya.

Di bawah PIPK ini,terdapat 4 jenis bon yang telah diterbitkan iaitu Bon Bai' Bithaman Ajil (Guaranteed Redeemable Bond), Bon Bai' Bithaman Ajil (Redeemable Revolving Credit Facility) dan juga Perjanjian Bayaran Berjadual (Schedule Payment Agreement).

Penebusa bon-bon ini telah ditetapkan di dalam tiga siri matang di mana Johor Corporation telah berjaya menebus Bon Siri 1 yang matang pada 31 Julai 2007 berjumlah RM393.76 juta dan Siri 11 yang mayang pada 31 Julai 2009 berjumlah RM694.98 juta.Sementar itu,jumlah Bon Siri 111 yang akan matang pada 31 Julai 2012 adalah berjumlah RM3.58 bilion.

Sehingga 31 Disember 2008.jumlah keseluruhan aset nyata dan asrt tidak nyata yang dimiliki Johor Corporation adalah sebanyak RM4.934 bilion sepertimana dicatatkan di dalam Laporan Tahunan Johor Corporation Berakhir 2008.Sebahagian daripada aset-aset ini telah dikenalpasti untukd ijual dan hasil penjualan dan keuntungan yang diperoleh akan disakurkan untuk membiayai bon pada tarikh matang yang akan datang.Walau bagaimanapun Johor Corportaion bercadang untuk menjual hanya sebahagian darpada aset-aset yang telah dikenal pasti ini iaitu dengan anggaran hasil jualan sebanyak RM1.0 bilion sahaja.

Penjualan nsebahagian daripada aset-aset yan dimilikinya adaklah perlu memandangkan pendapatan daripada operasi dan juga dividen adalah terhad kepada kegunaan untuk kos kewanhan dan juga operasi.Penjualan sebahagian aset tersebut juga dalah kerana Johor Corporation berhasrat untuk membiayai semula pinjaman (Refinance) sebanyak RM2.60 bilion dengan pihak-pihak bank yang berminat untuk memberikan tawaran pinjaman yang lebih baik dari segi kadar faedah dan skim bayaran balik yang lebih fleksibel serta tempoh bayaran balik yang lebih panjang bergantung kepada kemempuan tunai Johor Corporation di masa-masa akan datang.

------------------------------------------------------------------------------------

SOALAN (4):

DANGA BAY SDN BHD MEMILIKI 36.5% KEPENTINGAN DALAM KOTA SELAT TEBERAU (KST).KST (sekarang Waterfront Dev) MEMILIKI PEMBINAAN KOTA SELAT TEBERAU (PKST).
SENARAIKAN PROJEK DAN NILAI PROJEK DI ISKANDAR MALAYSIA YANG DIPEROLEHI OLEH DANGA BAY SDN BHD, KST DAN PKST.

JAWAPAN:

Projek-projek Iskandar Waterfront Development Sdn Bhd di Iskandar Malaysia pada masa ini adalah sperti berikut:-

1. Pembangunan bercampur di atas tapak seluas 6 ekar di Teluk Danga terdiri daripada 532 unit apartmen,230 unit 'Oakwood Residence Johor', 6 tingkat podium dengan suite pejabat,ruang niaga dan tempat letak kereta di lot komersial.Projek ini bernilai RM477 juta.

2. Pembangunan kediaman pesisir pantai di atas tapak seluas 112 ekar di A2 Island.Teluk Danga,terdiri daripada villa pesisir pantai,kondomonium,apartmen marina,apartmen servis,hotel serta promenade,ruang niaga,bangunan pejabat,terminal feri dan kelab marina.Projek ini bernilai RM3.2 bilion.

3. Pembamnunan kediaman di atas tapak seluas 208 ekar di Sungai Lunchoo terdiri daripada villa pesisir pantai,rumah berkembar,rumah teres,apartmen marina dan pusat komersial.

Projek-projek Danga Bay yang lain merangkumi pembangunan-pembangunan berikut:-

1. Pembangunan Danga Island di atas tapak seluas 152 ekar bernilai RM850 juta,merangkumoi152 unit villa.
2. Pembangunan marina di atas tanah seluas 10 ekar dngan 89 unit kondominium, 69 unit apartmen, kelab marina, hotel dan menara pejabat.Projek bernilai RM280 juta.
3. Pembangunan semula Bay Leaf Convention Centre bernilai RM45 juta.
4. Penambakan 10.47 ekar tanah bernilai RM18 juta dan pembinaan benteng sepanjang 2.45 km bernilai RM56 juta.
5. Pembangunan semula Taman Tema bernilai RM6 juta.
6. Pembinaan hotel bajet (Tune Hotel) bernilai RM20 juta

---------------------------------------TAMAT-----------------------------------------


Read More

SOALAN LISAN ADUN MAHARANI DAN JAWAPAN DALAM MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 PADA 8 SEPTEMBER 2009


Soalan-soalan Lisan YB Dr Mohammad Taslim dan Jawapan dalam Sidang Dewan Negeri Johor pada hari Selasa 8 September 2009:

SOALAN (1):
Tindakan menyerahkan 27 buah sekolah agama bantuan Kerajaan Negeri termasuk 8 SRAB kepada KPM (Kememterian Pelajaran Malaysia) untuk mendapat status SABK (Sekolah Agama Bantuan Kerajaan) adalah merugikan masa hadapan pendidikan agama Islam di Johor.KPM akan memansuhkan sukatan pelajaran agama dan diganti dengan satu mata pelajaran iaitu Arab komunikasi.

JAWAPAN YB DATO'HJ ZAINAL ABIDIN BIN OSMAN:

Kerajaan Johor melalui Jabatan Agama Johor sedang dalam proses akhir untuk mendaftarkan 19 buah Sekolah Menengah Agama (SMAN/R) dan 8 buah Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) sebagai SBAK.

JAJ telah mengadakan beberapa siri mesyuarat dan rundingan berhubung dasar dan kaedah pendaftaran sekolah-sekolah tersebut bersama Kementerian Pelajaran Malaysia termasuklah hal berkaitan Kurikulum Azhari.Hal ini telah dimasukkan dalam MOU.KPM telah bersetuju untuk mengekalkan pelaksanaan Kurikulum Azhari di semua SABK dan akan menjadikannya sebahagian kurikulum kebangsaan di bawah Akta Pelajaran 550.
------------------------------------------------------------------------------------

SOALAN (2):

kENAPAKAH PEMANSUHAN PPSMI PERLU DILAKSANAKAN SECARA BERPERINGKAT-PERINGKAT SEHINGGA 2012 SEDANGKAN SEMASA PERLAKSANAANYA DAHULU PADA TAHUN 2003 IANYA DILAKUKAN SERTA MERTA.APAKAH RASIONALNYA LANGKAH TERSEBUT DIAMBIL?

JAWAPAN YB DAYUK HAJI MAULIZAN BIN BUJANG

Seperti yang telah berlaku semasa PPSMI diperkenalkan,pemansuhan dasar ini juga perlu dilaksanakan secara berperingkat.Namun begitu,peralihan penggunaan bahasa penghantar dalam pemansuhan PPSMI mengambil PPSMI dilaksanakan pada tahun 2003,dasar ini sebenarnya telah dilaksanakan secara berperingkat mengikut kohort iaitu dimulakan dengan tahun 1,tingkatan 1 dan tingkata 6 Rendah.

Di sekolah rendah dasar ini telah mengambil masa 6 tahun untuk dilaksanakan sepenuhnya di semua peringkat dan kumpulan pertama yang menduduki UPSR di bawah dasar ini adalah pada tahun 2008.Di sekolah menengah pula ia telah mengambil masa selama 5 tahun dan kumpulan pertama yang menduduki SPM di bawah dasai ini adalah pada tahun 2007.

Pemansuhan dasar PPSMI merupakan satu perubahan besar dalam sistem pendidikan kebangsaan.Berbagai perubahan dan persediaan perlu dilaksanakan secara teratur agar ianya tidak menjejaskan proses pemerolehan ilmu dalam kalangan murid-murid.Aspek kesediaan murid,kesediaan guru serta faktor-faktor sokonganlain perlu diberi pertimbangan sewajarnya agar peralihan ini tidak meninggalkan impak yang negatif terhadap murid-murid.
Tempoh sehingga 2012 iatu pelaksanaan sepenuhnya dalam Bahasa Melayu adalah bagi membolehkan persiapan sewajarnya dibuat oleh semua pihak agar dasar ini dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.Jangka masa yang singkat ini diperlukan untuk menyediakan semua bahan dalam Bahasa Melayu seperti Sukatan dan Huraian Sukatan Pelajaran,buku teks dan bahan-bahan soko ngan pengajaran dan pembelajaran yang lain.Tempoh ini juga diharap dapat memberi ruang yang cukup untuk guru memahirkan semula dengan istilah,frasa serta terminologi Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu agar proses pengajaran dapat dilaksanakan dengan lancar'

----------------------------------------------------------------------------------

SOALAN(3) :

YAB TAN SRI MAHYUDDIN YASSIN MEMBUAT PENGAKUAN TERBUKA BARU-BARU INI BAHAWA KERAJAAN JOHOR TERPAKSA MENYERAHKAN EMPANGAN LINGGAU SELUAS 21,800 HEKTAR (53,373.6 EKAR) KEPADA PUB BAGI MEMBEKALKAN AIR KE SINGAPURA.JIKA TIDAK,SINGAPURA AKAN BERPERANG DENGAN JOHOR.APAKAH BENAR PENDEDAHAN BELIAU INI?

JAWAPAN YAB DATO' MENTERI BESAR

Mengikut Perjanjian 1960,Empangan Linggau seluas 21,600 hektar (53,373.6 ekar) telah dikurniakan kepada SSI (Setiausaha Kerajaan Negeri diperbadankan) dan ini telahpun dilaksanakan.SSI sepatutnya memajakkan tanah tersebut kepada PUB bagi tempoh baki Perjanjian Air 1962 yang tamat selepas 99 tahun,tetapi ianya tidak dilakukan.

------------------------------------------------------------------------------------

SOALAN (4):

SAYA BERPENDAPAT TINDAKAN MEMINDAHKAN JABATAN KERAJAAN DARI BUKIT TIMBALAN KE KOTA ISKANDAR SECARA TERGESA-GESA DALAM KEADAAN LEBUH RAYA PESISIR PANTAI BELUM SIAP,TIADA PENGANKUTAN AWAM DAN TIADA MASJID ADALAH MENYUSAHKAN DAN MEMBEBANKAN RAKYAT UNTUK BERURUSAN DENGAN JABATAN KERAJAAN.

JAWAPAN YAB DATO' MENTERI BESAR:

Perancangan perpindaha jabatan kerajaan dari Bukit Timbalan ke KOta Iskandar telah dirancang dengan teliti termasuk perancangan dan keperluan penyediaan pengangkutan awam,penyediaan kemudahan awam dan kesan positif kepada masyarakat sekitar.

Perbincangan bersama syarikar-syarikat bas awam sedia ada telah diadakan sebelum pejabat kerajaan berpindah lagi dan syarikat-syarikat terbabit telah bersetuju untuk memberikan perkhidmatan ke Kota Iskandar.Perkhidmatan yang diberikan termasuklah perkhidmatan bas ekspress daripad daerah-daerah di negeri Johor selain perkhidmatan bas berhenti-henti yang menghubungkan kawasan di sekitar Kota Iskandar,Pihak Pelesenan Kenderaan Perdagangan (PLKP) juga telah meluluskan beberapa lesen untuk menjalankan operasi tersebut kepada syarikat pengangkutan awam berkaitan.

Bagi kemudahan untuk beribadat,semua blok bangunan disediakan surau untuk kakitangan dan orang awam beribadat.Bagi jangka masa panjang,kerajaan akan membina masjid bersebelahan dengan Bangunan Dewan Undangan Negeri dimana pada masa ini,kerja tanah telah pun siap.

Sebenrnya,perpindahan jabatan kerajaan telah memberi kesan positif ke atas ekonomi masyarakat sekitar yang sangat ketara.Berdasarkan pemerhatian dan temu duga ke atas peniaga-peniaga kecil di sekitar Kota Iskandar,mereka menyatakan perniagaan semankin meningkat setelah jabatan kerajaan berpindah ke Kota Iskandar.

Selain daripada itu banyak peluang pekerjaan baru diwujudkan yang merangkumi pelbagai peringkat,sebahagian daripada peluang pekerjaan tersebut telah diisi oleh penduduk setempat di man terdapat tidak kurang 100 orang pekerja adalah penduduk tempatan.
Read More

LAGI SUMBANGAN RAMADHAN 1430H DI DUN MAHARANI


Pada HARI Sabtu 15 Ramadhan 1430H bersamaan 5 Sept. 2009, Pejabat DUN Maharani dengan kerjasama Lujnah Kebajikan & Kemasyarakatan PAS Kawasan Muar telah menyampaikan sumbangan kebajikan kali ke 3 di kawasan DUN Maharani. Kali ini sumbangan ini diadakan di Markas PAS Cawangan Sri Jong (PASTI Sri Jong,) Pt. Sakai Jalan Abdul Rahman Muar. Majlis ini bersempena Khatam Al Quran dan Tahlil yang dianjurkan oleh PAS Cawangan Sri Jong.

Majlis dimulai dengan Khatam Al-Quran, tahlil,tazkirah dan sumbangan kebajikan. YB Dr. Hj. Mohammad tidak dapat hadir kerana ada jemputan majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh GAPHOR di Bangi, Selangor. Sdr. Mohd Rozi Md Nor selaku Ketua Lujnah Kebajikan PAS Kawasan Muar dan DUN Maharani mewakili YB menyampaikan sumbangan tersebut. Turut hadir YDP PAS KAw. Muar Ust. Abu Bakar Mohd Lajat.



Sdr. Mohd Rozi berbaju melayu bersamping sementara yang berjubah adalah YDP PAS Kaw. Muar Ust. Hj. Abu Bakar Mohd Lajat sedang menyampaikan sumbangan kebajikan

Pada hari Ahad 16 Ramadhan 1430H bersamaan 6 Sept. 2009, YB Dr. Hj. Mohamad telah menyampaikan sumbangan kebajikan di dua tempat, Kampong Pt. Keroma dan di Taman Sri Temenggong Muar.

Di Pt. Keroma Program Ihya Ramadhan, Sumbangan Jariah Berbuka Puasa dianjurkan oleh Jemaah Kuliyah Mingguan/Madrasah Al Khairah bertempat di rumah Allahyarham Hjh Jamilah Omar.Majlis dimulakan dengan tazkirah oleh Ustaz Kasim Ibrahim diikuti dengan majlis penyampaian sumbangan terdiri pelajar Madrasah Mahadi, Ibu Tunggal dan Anak -anak Yatim. YB Dr Mohammad Taslim telah menyampaikan sumbangan tersebut.Selepas majlis tersebut YB Dr Mohammad bergegas ke Surau Taman Bunga Raya Jalan Temenggong Ahmad Muar (tempat tinggal beliau) untuk bersama-sama dalam majlis Khatam Al Quran dan berbuka puasa.

Pada hari yang sama PAS Cawangan Bandar B (YB adalah Ketua Cawangannya) mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan Sumbangan Ramadhan.Majlis diadakan di PASTI Ar Rahmah Taman Seri Temenggong yang dikendalikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Cawangan Bandar B.Ceramah Nuzul Quran disampaikan oleh Ustaz Muhidir,Ketua Dewan Ulama' PAS Kawasan Muar,selepas solat maghrib.YB Dr Mohammad sempat menghadiri ceramah dan solat isyak dan terawikh bersama.Sumbangan kebajikan untuk ibu tunggal dan kurang kemampuan dianjurkan oleh Cawangan PAS Bandar 'B'. YB Dr Mohammad menyampaikan sumbangan selepas solat terawikh.

YB sedang menyampaikan ucapan kepada hadirin di Parit Keroma


Sumbangan kepada anak yatim di Parit Keroma


Sumbangan kepada pelajar Madrasah AlMahdi Tangkak

Anak-anak Allahyarham Ustaz Zakaria Nor



Sumbangan kebajikan di PASTI Ar Rahmah Taman Sri Temenggong Ahmad














Read More