KENANGAN TAHUN PERTAMA ADUN DI DEWAN NEGERI JOHOR BUKIT TIMBALAN


Pengalaman pertama di Dewan Negeri Johor Bukit Timbalan Johor Bahru.Kami sepakat sebagai ADUN Pakatan Rakyat dalam banyak perkara.Cuma satu perkara yang  mungkin untuk dijadikan sejarah apabila ADUN Bentayan,YB Gwee Tong Hiang,dengan pendiriannya tidak mahu memakai pakaian rasmi Dewan dengan bersongkok ketika Majlis Perasmian Sidang DUN Johor yang pertama.

( Lawati: http://daulattuanku.blogspot.com/2008_06_01_archive.html )

Dari kiri: YB Gwee (tidak berpakaian rasmi), YB Ong,YB Dr Boo,
YB Dr Sheikh Ibrahim,YB Dr Mohammad dan YB Ng

YB Dr Mohammad keluar dari Dewan Negeri bersama
YB Dato Zainal Abidin (Exco Agama)

Sidang Akhbar terawal ADUN Pakatan Rakyat
di luar Dewan Negeri Bukit Timbalaan

Satu lagi Sidang Akhbar Pakatan Rakyat

Ucapan Sulung YB Dr Mohammad dalam Dewan Negeri Johor

Di antara pengiring YB ke Dewan,Sdr Rozi Md Nor

YB Dr Mohammad dan Anakanda Mohd Azhar 
dalam  Bangunan Dewan di Bukit Timbalan

Pengikut setia di Dewan Negeri Johor,anakanda Mohd Azhar

YB Dr Mohammad di bilik rehat ADUN  di Dewan Bukit Timbalan

BangunanDewan Negeri Johor yang baru di Kota Iskandar

YB Dr Mohammad bersama YB Dr Sheikh Ibrahim 
di Dewan Negeri Johor Kota Iskandar

Turun tangga selepas Majlis Perasmian Dewan Negeri Johor
di Kota Iskandar

YB Dr Mohammad di tempat duduk rasmi dalam
Dewan Negeri Johor Kota Iskandar





Read More

UCAPAN BAJET ADUN MAHARANI DI DEWAN NEGERI JOHOR 2008


Ucapan Bajet 2009 Adun Maharani PDF Print E-mail
Written by DR. Mohammad Bin Taslim
Saturday, 27 December 2008 19:42
DR. Mohammad Bin TaslimBismillahirrahmaanirrahim. 
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Selamat Sejahtera.
Selamat Pagi.

YB Dato’ Speaker,

Alhamdullillah saya bersyukur kepada Allah SWT dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB Dato’ Speaker kerana memberi saya peluang untuk membahaskan Bajet Negeri Johor 2009 di dewan yang mulia ini.

Sekalung tahniah kepada YAB Menteri Besar Johor yang telah membentangkan Bajet bertema “ Menghadapi Cabaran, Memelihara Kesejahteraan Rakyat”. Menyedari suasana ekonomi dunia pada 2009 akan bertambah menguncup, sudah sepatutnya kerajaan lebih berhati-hati dan mengamalkan perbelanjaan berhemah. Harapan rakyat bajet defisit sebanyak RM2.75 juta ini tidak akan meningkat apabila sampai ke penggal pertama, kedua, dan ketiga nanti.

Rakyat memerlukan pembangunan. Saya melihat Pejabat Menteri Besar mendapat peruntukan sebanyak RM52.5 juta bagi program dan projek-projek kecil dan sederhana untuk rakyat bandar dan luar bandar. Harapan saya peruntukan ini hendaklah diagih-agihkan ke setiap DUN tanpa mengira kawasan BN atau Pakatan Rakyat tanpa ada agenda politik, tapi semata-mata untuk kesejahteraan rakyat. Rakyat rasa terbela. Janji-janji sebelum pilihanraya hendaklah ditunaikan. Kami Adun Pakatan Rakyat sentiasa berkerja untuk rakyat dan menyalurkan permasalahan rakyat kepada pihak yang bertanggungjawab. Jadi pihak yang berkenaan hendaklah menyelesaikan permasalahan rakyat dengan telus,adil dan saksama.

YB Dato’ Speaker,

Kepimpinan Khalifah Umar Abdul Aziz

Saya sangat tertarik dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng yang berkata“ Saya ingin mencontohi Khalifah Umar Abdul Aziz dalam gerak kerja saya”. Ini adalah contoh keazaman seorang pemimpin muda yang penuh dengan idealisme. Saya melihat pemimpin masa depan Islam atau bukan Islam mestilah adil dan bermoral tinggi seperti kepimpinan Umar Abdul Aziz. Saya ingin menyebut beberapa kehebatan Khalifah ini.

(1) Beliau meminta ulamak menasihati kepimpinannya.

(2) Beliau menyarankan kakitangannya tidak zalim, diskriminasi, rasuah, pilih kasih, menindas dan lain-lain.

(3) Beliau menyarankan kakitangannya tidak hidup bermewah-mewah, kenderaan sederhana sahaja, tidak menyalahkan harta negara.

(4) Beliau mudah bertemu dengan rakyat tanpa protokol.

Pemerintahan Khalifah Umar menekankan pembangunan material selari dengan rohani rakyat. Konsep modal insan telah dipraktikkan dalam pemerintahannya. Beliau juga menekankan kuasa adalah amanah yang ada balasannya di akhirat. Saya yakin ahli-ahli dewan akan bersetuju jika saya katakan Tuan Guru Menteri Besar Kelantan adalah contoh yang boleh diikuti di Malaysia ini.

YB Dato’ Speaker,

Iskandar Malaysia

Pembangunan Iskandar Malaysia akan menjadi pemangkin yang amat penting bagi ekonomi Negeri Johor dalam tahun 2009 menurut dalam ucapan bajet. Kerajaan hendaklah memastikan segala projek yang diluluskan dapat dilaksanakan sepenuhnya. Pastikan komitmen Kerajaan Persekutuan sebanyak lebih RM6 billion dilaksanakan mengikut perancangan dan pelabur-pelabur mengekalkan dan menambah lagi pelaburan mereka. Dalam keadaan ekonomi yang merudum ini, kita tidak boleh ambil ringan terhadap situasi ini.

Pertanian dan Industri Asas Tani

Berkenaan dengan program pertanian dan industri asas tani bagi tahun 2009, peruntukan sebanyak RM28.145 juta sepatutnya ditambah kerana industri tanaman makanan dan ternakan sangat penting supaya kita tidak bergantung dengan negara luar. Saya sangat menyokong dengan Kempen Bumi Hijau. Rakyat sepatutnya digalakkan untuk berdikari. Tanah-tanah terbiar hendaklah diusahakan. Saya mengucapkan terima kasih kerana kerajaan telah menghidupkan semula projek sawah padi di kawasan Sungai Balang, Muar. Kita memerlukan lebih banyak kawasan sawah kerana kita kekurangan beras.

Malangnya YB Dato’ Speaker, dalam keghairahan rakyat bercucuk tanam dan bertani, makhluk perosak pula mengambil kesempatan. Jika YB Parit Yaani mengeluh tentang masalah monyet. Di Maharani pun monyet-monyet merosakkan tanaman penduduk. Walau bagaimanapun, kami mempunyai sekumpulan monyet yang bermastautin di Tanjung Ketapang, Muar yang menjadi tarikan pelancong. Kita perlu belajar daripada monyet-monyet ini. Walau bagaimanapun, masalah yang lebih besar dihadapi di DUN Maharani ialah masalah babi hutan yang juga merosakkan tanaman penduduk. Kami beritahu Jabatan Perhilitan. Terima kasih mereka datang tetapi hanya menemui tempat babi hutan berkubang kerana mereka datang tidak bertepatan dengan masa babi hutan merosakkan tanaman. Pegawai-pegawai Perhilitan ini kena kerja lebih masa untuk menangkap atau menembak makhluk ini. Saya cadangkan lesen menembak babi dikeluarkan semula untuk membantu menyelesaikan masalah ini dan menambahkan pendapatan. Selain daripada haiwan perosak ini, Jabatan Pertanian hendaklah peka tentang masalah penyakit tanaman yang menyerang pokok kelapa dan pokok pisang. Nak buat ketupat susah, nak buat tempe pun susah.

YB Dato’ Speaker,

Industri Perabot Di Parit Bakar

Untuk makluman Ahli-ahli YB, Parit Bakar dalam DUN Maharani merupakan bandar perabot yang terbesar di Malaysia-ada yang halal dan ada yang haram. Industri ini banyak membantu memacu ekonomi Negeri Johor. Walau bagaimanapun, rakyat mengeluh kerana masalah pencemaran udara. Saman dikeluarkan oleh Kementerian Alam Sekitar, tetapi tidak berkesan. Saya harap masalah ini dapat diselesaikan kerana di bandar ini terdapat taman perumahan di sekelilingnya Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan, Sekolah Agama, dan klinik.

Laporan Bajet menyebut sebuah pusat perabot yang memang sudah lama diperlukan akan dibangunkan di kawasan Ledang. Saya ingin mencadangkan supaya ia dibina di dalam DUN Maharani kerana disini letaknya pusat industri perabot.

YB Dato’ Speaker,

Meningkatkan Hasil Cukai Tanah

Dalam meningkatkan hasil Kerajaan Negeri Johor, saya menyokong penubuhan pasukan petugas khas untuk meningkatkan kutipan hasil cukai tanah oleh pentadbir tanah negeri. Anggaran pendapatan cukai tanah bagi tahun 2009 ialah RM228.80 juta. Untuk meningkatkan hasil Kerajaan Negeri Johor dari segi cukai tanah maka sebanyak 12,642 Notis 6A telah dikeluarkan (m/s 35) diikuti dengan Notis 8A. Tidak disebut jumlah hak milik tanah yang dibatalkan atau dirampas dan berapa ramai yang datang untuk membayar tunggakan.

Dalam hal ini, saya suka menyarankan agar pentadbiran pejabat tanah tidak menjadikan perampasan tanah ini sebagai kekuatan tetapi jadikan ia langkah terakhir. Sebenarnya banyak sebab dan akibat daripada kegagalan membayar cukai tanah di antaranya kematian pemilik asal dan ketidakupayaan waris-waris menyelesaikan pemilikan harta pusaka.

Menurut Amanah Raya Berhad, di seluruh Malaysia harta pusaka orang Islam yang belum dapat diselesaikan bernilai RM40 billion. Katakanlah 10% daripada jumlah itu berada di Johor yang bererti nilainya RM4 billion. Akibat kegagalan menyelesaikan harta pusaka maka terjadilah tanah terbiar, cukai tidak dibayar, tunggakan cukai menjadi tergendala dan lebih teruk lagi ialah tanah-tanah itu tidak produktif.

Sehubungan ini, saya ingin menyentuh tanah-tanah rezab Melayu yang semakin berkurangan. Kerajaan hendaklah mempertahankan tanah-tanah rezab Melayu supaya tidak terhakis.

Kami dimaklumkan (ms36) Pentadbiran Tanah akan mengeluarkan hak milik bagi tanah-tanah rezab Kerajaan Persekutuan untuk membolehkan Kerajaan Negeri mengutip hasil dari segi premium tanah yang dianggarkan antara RM200-300 juta. Proses ini hendaklah dilakukan dengan telus dan adil kerana ini melibatkan harta kerajaan. Premium yang dikutip hendaklah mengikut harga pasaran. Saya ingin memberi contoh tapak Bangunan UMNO Bakri di mana premium asal ialah RM1.5 juta tetapi premium yang dibayar hanyalah RM23,240.00 sahaja (rujuk jawapan bertulis soalan YB Bentayan). Marilah kita sama-sama fikirkan kerugian yang akan dialami oleh Kerajaan Negeri jika diskaun seperti ini diamalkan.

YB Dato’ Speaker,

Membangunkan Kerohanian

Sekolah Agama Johor merupakan sistem pendidikan agama yang terbaik di negara ini. Sejak ditubuhkan pada 1918, ia telah melahirkan tokoh-tokoh Islam yang terkemuka. Saya bersyukur kerana kerajaan telah mengumumkan pembinaan 54 buah sekolah agama dalam tahun 2009 dengan kos sebanyak RM122.3 juta. Sekolah agama Kerajaan Johor ini perlu juga diperkasakan dengan mewujudkan kerjasama dengan pusat-pusat pengajian agama dalam dan luar negara. Tahniah kepada guru-guru yang telah berjaya mendapat diploma tetapi saya difahamkan masih ada di antara mereka ini masih belum diserapkan ke jawatan tetap.

Saya menyokong sepenuhnya peruntukan sekolah agama kerana setelah sekian lama ditubuhkan masih ada lagi sekolah agama yang menumpang di sekolah kebangsaan. Saya menyokong permohonan YB Senggarang di mana di dalam kawasannya ada 3 buah sekolah agama yang masih menumpang. Saya juga ingin mengajukan permohonan badan kebajikan Sekolah Agama Parit Bakar, Muar yang telah menumpang di Sekolah Kebangsaan Parit Bakar Darat selama lebih 20 tahun. Tanah wakaf seluas 0.5 ekar terletak di Parit Bakar Jalan Sri Tanjung(Lot2888,no geran5820). Sekolah tempat menumpang sudah uzur, pewakafnya pun sudah terlalu uzur. Mohon disegerakan.

Dalam bidang pendidikan ini, bukan sahaja sekolah agama dibantu tetapi peruntukan kepada SJKC dan SJKT dan Sekolah Menengah Persendirian Cina juga wajib diberi. Akhbar Sun bertarikh 13 Februari 2008 melaporkan dalam bulan Disember 2007, Perdana Menteri meluluskan peruntukan khas RM10 juta untuk Sekolah-sekolah Cina seluruh negara dan peruntukan tambahan sebanyak RM10 juta lagi dalam bulan Februari 2008. Saya ingin tahu adakah sekolah-sekolah di Negeri Johor ini mendapat peruntukan yang sewajarnya.

Penambahan pembinaan masjid sebanyak 32 buah dengan peruntukan sebanyak RM53 juta telah diumumkan. Di dalam DUN Maharani masih ada lagi 2 buah masjid papan iaitu di Parit Bakar Darat dan Parit Pinang Seribu Darat. Pembinaan masjid Parit Bakar Darat ini sepatutnya telah dimulakan tetapi tiada tanda-tanda ia akan didirikan. Mohon dipertimbangkan.

Berhubung dengan pengurusan masjid, daripada pengamatan saya banyak masjid yang mempunyai dana yang banyak tetapi tidak digunakan. Saya cadangkan supaya dana ini digunakan untuk kebajikan ahli-ahli qariah dalam usaha membenteras kemiskinan. Jika mereka tidak mampu menguruskan, Majlis Agama Islam dicadangkan membantunya.

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Pejabat Mufti dan Majlis Agama Islam Johor yang menyediakan khutbah Jumaat pada minggu pertama cuti persekolahan menasihatkan anak-anak supaya tidak membuang masa menonton program television-kartun, drama yang membawa cerita-cerita tahyol dan khurafat yang boleh merosakkan akidah umat Islam. Tindakan seterusnya sepatutnya Majlis Agama Islam Johor member maklum balas kepada pihak Kementerian yang berkenaan untuk melakukan sesuatu di atas perkara ini.

Akhir-akhir ini kita lihat iklan-iklan TV agak menjolok mata.Perkara-perkara yang terdedah dan sulit pun ditunjukkan.Dahulu iklan pampers sahaja tetapi sekarang iklan ‘pampers’ wanita pun ada.Ini patut dihentikan

YB Dato’ Speaker,

Masalah Jalan Mendap

Masalah kerosakan jalan dalam DUN Maharani di kawasan persisiran pantai, beberapa buah jalan kampung dari Jalan Junid ke arah pantai mengalami masalah pemendapan jalan. Sebahagiannya telah diperbaiki, tetapi yang paling teruk sekali ialah Jalan Parit Sakai Laut, Jalan Junid. Perkara ini telah diadukan kepada pihak berkenaan. Sebahagian tindakan telah diambil, tetapi keadaan sekarang bertambah teruk dan membahayakan. Baru-baru ini pula pihak JPS telah menggali parit di kawasan tersebut dengan menggunakan jentolak. Jalan bertambah mendap dan pecah.Jalan dan parit ini perlu ditambak dengan batu supaya masaalah ini dapat diselesaikan dengan sempurna.Mohon perhatian pihak yang berkenaan.

Masalah Banjir

Oleh kerana global warming terutama di DUN Maharani di kawasan persisiran pantai juga di sepanjang pantai Selat Melaka, telah berlaku banjir disebabkan oleh air pasang besar berlaku. Kawasan seperti Dumpar di Jalan Junid, kawasan Parit Perupok Laut, Parit Sakai Laut Jalan Junid telah dinaiki air. Saya harap kerajaan dapat menyelesaikan bukan sahaja masalah ini setempat tetapi di persisiran pantai yang lain dapat kita pastikan bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah ini. Contohnya menyediakan penempatan baru untuk penduduk di sini untuk mengelakkan daripada kemusnahan harta benda. Paling penting sekali apabila hujan telah mula turun, saya harapkan supaya parit-parit di kawasan bandar dan kawasan-kawasan yang rumputnya sudah tinggi terutamanya di luar bandar, JKKK dan ketua kampong dapat menguruskannya dengan kerjasama JPS supaya parit-parit dapat dibersihkan untuk mengelakkan banjir dan kerosakan tanaman. Oleh itu, rakyat tidak mengeluh dan memudahkan urusan wakil rakyat.

Bandar Muar ‘bandar pencen’?

Seperti yang kita tahu, bandar Muar dikenali sebagai bandar pencen. Untuk menarik pelancong ke Muar, saya mencadangkan agar bandar Muar dapat dibangunkan kerana kita mempunyai beberapa tarikan menarik. Contohnya, di hujung minggu kita mempunyai bot untuk menyusur di perairan Sungai Muar dan juga mempunyai tempat untuk bermain motorcross untuk anak-anak muda. Dalam pemerhatian saya, tarikan yang belum diperkenalkan ialah berkaitan dengan bangunan-bangunan lama di dalam bandar Muar yang telah didirikan dalam tahun 1920an dan 1918. Jikalau bangunan tersebut dapat dicat dan diberikan peruntukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan mungkin suatu hari nanti bandar Muar boleh dijadikan sebagai Bandar Warisan sekurang-kurangnya di peringkat negeri Johor. Secara tidak langsung ini dapat menarik pelancong singgah di bandar Muar.

PerpustakaanAwam Muar

Berkenaan dengan perpustakaan, di Muar mempunyai sebuah perpustakaan awam yang memerlukan penaiktarafan. Mungkin kita perlu memasang penghawa dingin untuk keselesaan pengguna dan yang paling penting sekali mengenai bahan-bahan bacaan. Seharusnya buku-buku tersebut mestilah relevan bukan sahaja di peringkat sekolah rendah dan menengah malahan di peringkat Tingkatan Enam,Matrikulasi dan juga di Universiti.

Akhir sekali, saya menyokong usul yang dibawa oleh YB Kempas dengan beberapa tambahan yang telah saya sampaikan. Marilah kita sama-sama berdoa agar apa yang dirancang itulah yang Allah makbulkan.

Wabillahitaufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Terima kasih.

Read More

Soalan Lisan Bagi Mesyuarat Dewan Negeri Johor November


ISKANDAR MALAYSIA

Iskandar Malaysia (IM) telah dilancarkan selama hampir dua tahun. Setakat ini dinyatakan sebanyak RM3.9 bilion pelaburan telah diterima dalam perindustrian dan RM2 bilion dalam bidang perkhidmatan. Kerajaan juga telah membuat kenyataan bahawa semua kaum terutama Melayu atau bumiputera akan mendapat manfaat daripada projek-projek dan pelaburan yang dilaksanakan di Iskandar Malaysia. Persoalannya, sejauh manakah Iskandar Malaysia (IM) benar-benar memberikan laluan kepada penyertaan Melayu atau Bumiputera. Baru-baru ini Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (Johor) dan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (Johor) membuat pendedahan dimana pembinaan Lebuhraya Pesisir Pantai (Coastal Highway) yang menghubungkan Johor Bahru dengan Nusajaya sejauh 15 kilometer dengan kos pembinaan RM1 bilion tidak melibatkan kontraktor Melayu sepertimana yang dijanjikan. Soalan saya:

Klik di sini untuk artikel penuh
Read More

PROGRAM BANTUAN PERSEKOLAHAN 2009


DUN MAHARANI dengan kerjasama Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Muar akan mengadakan program tersebut pada 27-12-2008 bertempat di perkarangan pejabat DUN Maharani di pekan Pt. Bakar.
"Program Bantuan Persekolahan" ini dianjurkan bagi kali kedua sebagai tanda tanggungjawab untuk sama-sama membantu meringankan beban khususnya kepada pelajar yang miskin dan susah sebagai persediaan memasuki sesi persekolahan tahun 2009.

Sehubungan dengan itu kami memohon kerjasama daripada semua lapisan masyarakat samada individu, NGO, dan swasta dapat menyumbangkan sedikit kewangan bagi menjayakan program ini. Sumbangan ini boleh disalurkan ke Tabong Dana Kebajikan seperti yang tertera di laman blog ini.

Program bantuan ini akan disampaikan oleh YB DATO' PADUKA HJ. HUSAM B. HJ.MUSA (Naib Presiden PAS) dengan diiringi oleh YB DR HJ MOHAMMAD B. TASLIM.
_______________________________________________________
THE STAR

Tuesday January 6, 2009

PAS helps poor schoolchildren in Muar


MUAR: Several students from poor families in the Maharani state constituency here received school aid totalling about RM15,000 from Muar PAS.
The cash aid for shoes and school uniforms was presented by party leaders, including Maharani assemblyman Dr Mohammed Taslim and PAS vice-president Datuk Husam Musa to 219 students recently.
Dr Mohammed said the programme was aimed at easing the financial burden faced by poor families with school-going children during the 2009 school season.
Timely help: Husam (left) and Dr Mohammed (centre) presenting school aid to student Tee Cheng Wai in Parit Bakar, Muar, recently.
“The party decided to provide aid to the poor families before the start of the school season and launched donation drives.
“We received contributions from party leaders and individuals as well as the PAS newspaper Harakah,” he said after presenting the aid with Husam in Parit Bakar here recently.
Dr Mohammed said, although he was the assemblyman for Maharani, the party presented similar aid to students in Sungai Balang constituency.
He said the aid was in line with the party’s election manifesto which called for a welfare state giving priority to helping the poor regardless of race and religion.
He said, although the bulk of the recipients were Malays, children from nine Chinese and one Indian families received the aid.
He said the party had set up a service centre in Parit Bakar and urged residents to visit the centre if they had problems.
“We have several staff members manning the centre. Residents can also visit me at my clinic in Muar town, he added.

source:http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2009/1/6/southneast/2929523&sec=southneast

Read More

IBADAH QURBAN I'DIL ADHA MERIAH


Sempena I'dil Adha tahun ini, DUN MAHARANI telah mengadakan Program Qurban. Lebih kurang 14 ekor lembu dikorbankan. Program ini dibuat secara berpusat iaitu di reatoran JI TOM YAM, Pekan Parit Bakar. Lebih kurang 500 kupon daging qurban telah diedarkan kepada orang ramai seperti golongan miskin dan golongan susah. Pada sebelah petang daging ini diedarkan. Mereka ini bukan sahaja mendapat daging qurban tetapi pihak urusetia telah menjamu mereka dengan mee hoon sup tulang. YB Dr Hj Mohammad B Taslim memohon maaf kerana tidak dapat hadir . Beliau
menghadiri mesyuarat Sidang Dewan Negeri Johor pada sebelah pagi dan pada sebelah petang menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Peraturan-Peraturan dan Perintah Tetap Dewan Negeri Johor.

Program qurban juga diadakan dibeberapa buah kampung/cawangan dan dagingnya diagihkan kepada penduduk setempat. Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar dan meriah. Pihak urusetia mengucapkan terima kasih kepada para petugas dan kepada individu yang telah menyertai program qurban DUN Maharani. Program ini adalah program tahunan DUN Maharani. Mudah-mudahan tahun hadapan akan bertambah penyertaian orangramai terhadap Program Qurban ini.


Pengarah MTD Dun Maharani, Sdr. Abu Bakar Ismail(berbaju biru) sedang melakukan penyembelihan.


klik di sini untuk melihat gambar-gambar




Read More

Mesyuarat Dewan Negeri Johor bertarikh 4 Disember 2008


SOALAN TAMBAHAN YB. DR. MOHAMMAD TASLIM TENTANG PROGRAM ANUGERAH DESA CEMERLANG.

Y.B Dr. Mohammad bin Taslim (Maharani):
Yang Berhormat Dato' Speaker.

Y.B. Dato' Speaker: Maharani.

Y.B Dr. Mohammad bin Taslim (Maharani): Soalan tambahan. Saya ucap tahniah kepada kampung-kampung yang dapat anugerah. Walau bagaimanapun dari segi pemantauan, yang boleh dikatakan dilakukan pemantauan, tetapi kalau kita pergilah, kita pergi ke kampung-kampung yang pernah mendapat anugerah ini, saya yakin kecemerlangan itu tidak dapat dikekalkan. Saya nampak di kawasan saya sendiri, ada kampung cemerlang tetapi sekarang nampak tak cemerlang. Saya nak tahu berapa buah kampung yang telah dianugerahkan dan bagaimana status kampung-kampung itu? Adakah memuaskan dari segi kemajuannya dan juga dari segi peruntukan-peruntukan yang diberi, adakah memadai? Terima kasih.

Y.B Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan: Yang Berhormat Dato' Speaker, sebenarnya yang tadi saya katakan beberapa aspek maknanya 7 aspek utama yang kita nilai dari segi untuk kampung itu sendiri. Maknanya di dalam segi JKK kampung itu sendiri, kepimpinan JKK itu sendiri. Dan sebenarnya, JKK lah yang memainkan peranan di dalam kita melihatkan kemajuan sesebuah kampung itu. Sebab ialah merupakan satu titik tolak untuk kampung itu lebih maju dan permuafakatan di antara JKK dengan keseluruhan masyarakat itu sendiri. Jadi sebab itu saya katakan, kalau kampung kita dah jadi johan, dah terbaik, kita nak lagi baik daripada itu. Sebab kita ada satu lagi anugerah selain daripada Anugerah Desa Cemerlang, kita ada Anugerah Desa Gemilang dan kemudian kita ada Anugerah Desa Terbilang, yang dua...

Y.B. Dato' Speaker: Apa anugerah apa Yang Berhormat? Terbilang?

Y.B Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan: Ya, Yang Berhormat Dato' Speaker, kita ada Anugerah Desa Cemerlang dan Gemilang. Dan, kemudian kita ada lagi untuk Terbilang. Jadi, inilah semua aspek-aspek yang perlu ada bagi setiap kampung itu untuk memajukan lagi kampung itu Yang Berhormat Dato' Speaker. Yang pentingnya adalah orang kampung itu sendiri dan JKK kampung itu sendiri selain daripada pemantauan yang dibuat oleh jabatan-jabatan dan juga apa yang diperlukan untuk kampung itu yang boleh dapat daripada jabatan ataupun agensi yang lain.

Y.B. Dato' Speaker: Tempat saya ada satu, Desa Cemerlang.

Read More

ADUN MAHARANI DI DEWAN NEGERI JOHOR


Johor Laksana Projek Pembangunan Di Bawah Pakej Rangsangan Ekonomi 

KOTA ISKANDAR, 23 Jun: Johor menerima peruntukan Pakej Rangsangan Ekonomi pertama sejumlah hampir RM500 juta untuk pelaksanaan 3,704 projek pembangunan di seluruh negeri.
Menteri Besar, Dato’ Abdul Ghani Othman, berkata sehingga kini sebanyak 2,001 projek iaitu 54 peratus sedang dilaksanakan, 839 projek sudah siap (22.7 peratus) dan baki 864 masih di peringkat penyediaan dokumen dan tawaran.

“Kita telah membelanjakan sebanyak RM56.5 juta iaitu 11 peratus daripada jumlah keseluruhan peruntukan.

“Projek yang sedang dilaksanakan merangkumi sektor perumahan, pembasmian kemiskinan, menaik taraf kemudahan pendidikan, kesihatan dan keselamatan serta membaik pulih infrastruktur awam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ng See Tiong (Parit Yaani), Datuk Dr Adham Baba (Pasir Raja), Datuk Abdullah Ali (Bukit Naning), Datuk Abd Hamid Abd Rahman (Machap), Lim Kee Moi (Yong Peng), Dr Lee Hong Tee (Jementah), Dr Boo Cheng Hau (DAP-Skudai) dan Dr Mohamad Taslim (PAS-Maharani) pada Sidang Dewan Negeri (DN) ke-12 di sini, hari ini.

Katanya, pelaksanaan projek berkenaan bakal menjana pertumbuhan ekonomi negeri yang positif dan dijangka siap pada penghujung tahun ini.

Abdul Ghani menjelaskan, untuk Pakej Rangsangan Ekonomi kedua sejumlah RM1.04 bilion turut diperuntukkan bagi pelaksanaan  536 projek.

“Daripada jumlah itu 16 projek bernilai RM1.3 juta telah siap, 280 projek sedang dilaksanakan dan 240 masih di peringkat penyediaan dokumen,” katanya.
sumber: http://www.johordt.gov.my/pmbj/v2/index.php?option=com_content&task=view&id=746&Itemid=29

 ______________________________________________________________________________

Laman Utama > Johor Online > Berita Kerajaan

Dec 03, 2008 - 12:52 PM •

Sidang DUN Johor: PBT tak naikkan cukai taksiran tahun depan

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri tidak bercadang untuk menaikkan cukai taksiran pihak berkuasa tempatan (PBT) tahun depan berikutan keadaan ekonomi yang kurang stabil, selain tidak mahu membebankan rakyat.
Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kemudahan Awam dan Kerja Raya negeri, Datuk Ahmad Zahri Jamil, berkata PBT perlu mencari hasil bukan cukai lain bagi menampung perbelanjaan agensi berkenaan.

Beliau yang menjawab soalan tambahan Dr Mohamad Taslim (Pas-Maharani) pada sidang Dewan Negeri Johor di sini, semalam berkata, aras cukai taksiran PBT di negeri ini hingga pertengahan tahun depan akan kekal.
 
http://www.johordt.gov.my/site/lanjutan/sidang_dun_johor_pbt_tak_naikkan_cukai_taksiran_tahun_depan/

_______________________________________________________________________________


Read More

Sedutan Ucapan YB Dr. Mohammad di Dewan Negeri Johor (27 November 2008)


Cuit-cuit...

YB. Dr. Mohammad b. Taslim (Maharani): Kempen bumi hijau sepatutnya terus digalakkan. Walaubagaimanapun, masalah yang dihadapi petani-petani ini ialah masalah makhluk perosak. Jika sebelum ini, YB. Parit Yaani mengeluh tentang pasal monyet, di Maharani juga ada masalah sama juga monyet ini ada di mana-mana memusnahkan tanaman rakyat. Cuma di Muar ini kelebihan sikit ni kalau Ahli-ahli Yang Berhormat pergi ke Tanjung Ketapang, monyet di situ dia educated sikit. Ha, kita boleh, kita boleh bermain-main, bagi dia makankan?

YB. Dato' Speaker: Oh, tempat Yang Berhormat monyet dia baik, eh?

YB. Dr. Mohammad b. Taslim (Maharani): Dia baik, baik sikit.

YB. Dato' Speaker: Daripada monyet Parit Yaani. (Dewan ketawa). Oh, Parit Yaani punya monyet, garang.

YB. Dr. Mohammad b. Taslim (Maharani): Jadi, ketua monyet Parit Yaani boleh belajar dengan monyet Muar. (Dewan ketawa).

YB. Dato' Speaker: Banyaklah. Ha, yalah, betul juga.

YB. Dr. Mohammad b. Taslim (Maharani): Tetapi ada satu perkara yang merosakkan tanaman yang tidak disebut yang masalah babi hutan. Di Maharani ini satu masalah yang selalu diajukan oleh masyarakat setempat ialah masalah babi hutan.

YB. Encik Ng See Tiong (Parit Yaani): Yang berhormat Dato' Speaker, saya minta Yang Berhormat ini hantar monyet ke kawasan saya untuk mendidik mereka. (Dewan ketawa). Beritahu PERHILITAN.

YB. Dato' Speaker: Dia tidak, monyet itu saya rasa, monyet Maharani dia tengok Yang Berhormat datang bagus, pakai songkok. Ini awak tak pakai songkok, dia marah. (Dewan ketawa). Oklah.

Read More

Soalan Tambahan Tentang Majlis Perbandaran Muar


PhotobucketMesyuarat Dewan Negeri Johor bertarikh 2 Disember 2008


Y.B. Dr. Mohammad bin Taslim (Maharani): Yang Berhormat Dato' Speaker.

Y.B Dato' Speaker: Jemput, Maharani.

Y.B. Dr. Mohammad bin Taslim (Maharani): Soalan tambahan. Adakah di antara langkah-langkah yang diambil untuk menambah hasilnya dengan menaikkan cukai sebab kita tahu dengan keadaan yang begini, kami mengharapkan supaya tidak akan dinaikkan cukai-cukai contohnya cukai tanah dan lain-lain. Terima kasih.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Kemudahan Awam: Saya ingat Yang Berhormat Bandar Maharani, terima kasih. Sedia maklum dalam keadaan suasana kewangan dunia sekarang. Memanglah dalam keadaan sekarang untuk khususnya, untuk menangani, melalui tahun hadapan dan tahun-tahun yang akan datang, setakat ini, walaupun kita akan menyemak semula kadar cukai, aras nilai cukai untuk Majlis Daerah, kawasan-kawasan PBT seluruh negeri, insya-Allah pertengahan tahun hadapan, saya kira prinsipnya ialah kita tidak akan, kerajaan tidak ada niat untuk apa ni, menaikkan cukai, untuk menambahkan hasil PBT. PBT kene usaha dengan cara penjimatan, perbelanjaan berhemah dan mencari hasil daripada hasil-hasil bukan cukai dan terimaan-terimaan yang lain.
Read More

PROGRAM IBADAH QURBAN SEMPENA I'DIL ADHA


DUN MAHARANI mengucapkan I'dil Adha kepada semua umat Islam. Sempena hari yang mulia ini Jawatankuasa Dun Maharani akan mengadakan porgram Ibadah Qurban. Alhamdulillah, setakat ini 15 ekor lembu untuk ibadah qurban. Sesiapa yang ingin menyertai ibadah qurban ini pihak Dun Maharani sangat mengalu-alukan. Ibadah Qurban ini akan diadakan dibeberapa buah kampong dan dagingnya akan diberikan kepada fakr miskin dan masyarakat setempat.

Untuk satu bahagian(1/7) dikenakan bayaran RM 400.00. Sebarang pertanyaan boleh hubungi - 017-6156740 / 019-6665694 .

Sabda Nabi Muhammad S.A.W;
'Muliakan olehmu akan qurban kamu sesungguhnya ada hari kiamat menjadi tunggangan bagimu.'
'Muliakan olehmu akan qurban kamu sesungguhnya diatas titian sirath menjadi tunggangan bagimu.'
Read More

SUMBANGAN KEPADA PELAJAR 5A UPSR 2008


Pada 30-11-2008, Dun Maharani telah mengadakan program Sumbangan Hadiah kepada pelajar yang mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR di DUN MAHARANI. Jumlah yang mendapat 5A di DUN MAHARANI sebenarnya lebih ramai lagi, tetapi peruntukan dan sumbangan agak terhad maka pihak Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DUN MAHARANI hanya memberi sumbangan kepada 49 pelajar dari beberpa buah sekolah.Sumbangan berbentuk wang tunai dan sijil penghargaan telah disampaikan oleh Y.B Dr. Hj. Mohammad B. Taslim. Ibubapa dijemput bersama bagi meraikan kejayaan anak mereka. Pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada para dermawan dan semoga Allah memberikan pahala kepada tuan-tuan dan puan-puan.


Read More